Peria Goreng Berlada

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu abah ada suruh Nani masak peria goreng berlada and Nani yang tak pernah masak apatah lagi makan ni macam blur blur sikit. Hahah! Tak ada lah susah mana pun nak masak peria goreng berlada tu, sama aje macam biasa tapi biasalah Nani kan. Kalau tak pernah masak, memang blur habis. Nani ni pun tak pandai nak agak peria tu dah masak ke belum. Sudahnya ambik gambar hantar dalam WhatsApp family tanya. Kah! Baiklah tanya kan sebelum abah makan peria yang tak cukup masak. Nasib baik bila abah makan peria tu abah tak cakap apa apa. Tak tahu lah sedap ke tidak ke. Tapi kalau dah abah makan elok tu, sedap lah kan? Eh? 😂 Dekat bawah ni ada Nani kongsikan resepi peria goreng berlada, mana lah tahu kot kot ada yang nak mencuba. 
Peria Goreng Berlada
Bahan - Bahan :
- Cili padi
- Bawang besar & bawang putih
- Udang
- Peria
- Garam 
Cara - Caranya : 
1) Tumbuk atau kisarkan sekali cili padi, bawang besar dan bawang putih. Kemudian tumiskan bahan bahan ni tadi dalam minyak panas.
2) Lepas tu masukkan peria dan kacau sebati. Masukkan air sikit sebab nak bagi peria tu cepat masak.
3) Last sekali baru masukkan udang dan garam secukup rasa. Udang masukkan last sebab udang cepat masak. 
4) Siap!
Ha mudah sangat kan. Hahaha! Dah pro kan boleh lah cakap gitu. Hari tu gelabah gelabah ayam jugak lah bila abah suruh masak memula tu. Heheh. Mana yang dah tak tahu nak masak peria macam mana, boleh lah try resepi Nani yang tak seberapa. Korang suka makan peria? 

11 comments:

  1. pandai nani masak..leh kawen dah ni..hihi

    ReplyDelete
  2. pernah buat peria goreng telur..tp mkn telur je ..peria xmkn hehe

    ReplyDelete
  3. Favourite akak ni, Nani. Tetapi selalu akak goreng peria tu dengan sikit tepung dan serbuk kari dulu. Bagi rasa rempah2 sikit 😊

    ReplyDelete
  4. sedap... akak suke mkn syr peria nih tp kt umah tu takde yg minat mkn peria nih...
    klu msk mmg akak sorang2 je yg mkn...
    klu ada udang mcm nani msk nih, udang je yg ilang hehehhe

    ReplyDelete
  5. Pandai nani masak. Akk tak makan sayur ni. Masak pun tsk tahu. Hehe..

    ReplyDelete
  6. Suka nya peria!!!! selalu mak akak rendam dulu dengan air garam nak kasi kurang rasa pahit dia. Lepas tuh kalau ditumis akan dimasukkan dengan telur sekali. Nyumsss...sedap! akak layan ajer yang pahit pahit ala2 manja gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah rendam ngan air garam dulu bg kurang rasa pahit..lau x buat ni mau pahit yg amat..sedap woo goreng ngan telur n udang nyum3

      Delete
  7. kak ain 'tak pandai' makan peria.. entah lah, tak boleh telan kalau peria ni.. hehehehehee.. kalau peria goreng tepung tu boleh juga la makan sikit-sikit..

    tapi peria ni walaupun pahit tapi banyak khasiat.. kann.. kann..

    ...

    ReplyDelete
  8. fevret busyra lah peria ni! even pahit tp sedap.

    ReplyDelete
  9. Saya suka klu dpt makan peria mcm ni dgn ikan bakar cicah sambal asam tu.. pehh, pahit2 manis, masam... sedap!

    ReplyDelete
  10. tak berapa pandai nk makan peria ni...sebab ada rasa pahit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page