Menu Ramadhan di Alanna's Kitchen

Assalamualaikum & Hello.
Pejam celik, pejam celik berbaki 19 hari lagi nak melangkah ke bulan Ramadhan. Tak lama dah ni korang, kalau mak mak ni mungkin dah mula fikir bulan puasa nanti nak masak apa kan. Entry menu sepajang Ramadhan pun Nani tengok dah ramai yang buat. Memang terasa sangat bahang bahang nak berpuasa ni. Tapi itu lah kalau hari hari makan lauk yang kita masak sendiri jemu jugak kan. So hari ni Nani nak kongsikan dengan korang menu Ramadhan di Alanna's Kitchen. Alanna's Kitchen ni terletak di Pandan Indah, restoran ni tersangatlah senang nak cari. Dalam Waze pun ada okay. Kalau korang tak ada transport sendiri nak ke sini boleh aje naik LRT ke Pandan Indah lepas tu ambik grab car. Tak ada hal lah bersusah susah sikit demi nak makan dekat tempat yang sedap dan harga berbaloi. 
Alanna's Kitchen
Alanna's Kitchen ni restoran HALAL tau korang dan ada banyak sangat menu yang boleh dicuba. Dari makanan tempatan, makanan barat, nasi arab apa semua ada. Kek pun ada macam macam jenis sampai kau akan rasa semua kek tu kau nak try! Hahah! Lagi best dekat sini semua kek tu home made. Fuhh memang terbaik betul lah. 
Alanna's Kitchen
Istimewanya dekat Alanna's Kitchen ni, sepanjang Ramadhan nanti dia orang akan sediakan nasi arab. Dekat atas ni set yang untuk empat orang makan dihidangkan dengan ayam panggang, ayam grill dan jugak kambing bakar. Setiap set yang dipilih akan dapat kuih muih dan jugak kurma. 
Alanna's Kitchen
Serius weh teringat ingat lagi nasi arab dekat Alanna's Kitchen ni. Nasi lembut sangat, ayam dengan kambing tu perapan dia cukup rasa. Memang puas hati kalau nak makan nasi arab dekat sini. Nasi tu kalau tak makan dengan kuah sup sekali pun dah sedap. Bila dah campurkan semua sekali, memang terpejam pejam lah mata menikmati. Hahah! Recommend sangat korang pergi berbuka di Alanna's Kitchen. 
Alanna's Kitchen
Ini pulak set untuk dua orang, nasi dan jugak ayam grill & ayam panggang. Nasi tu nampak aje macam sikit tapi banyak okay. Kalau rasa rasa tak cukup, nanti minta lah tambah. Tak ada hal okay! Nani ni jarang jarang makan nasi arab sebab selalu terkena restoran yang tak berapa nak sedap tapi yang dekat Alanna's Kitchen ni memang boleh buat rasa nak tambah berkali kali. Nak tahu lagi details, pergi stalk Facebook dan Instagram dia orang sana. Heheh. 
Facebook : Alanna's Kitchen 
Instagram : Alanna's Kitchen 
Alanna's Kitchen
Ini pun set untuk dua orang, ayam grill + kambing bakar. Kambing bakar tu lembut sangat sangat. Pada Nani, memang perfecto sangat nasi arab dekat sini hah. So nanti bulan Ramadhan kalau rasa tekak teringin nak makan nasi arab boleh lah ajak yang tersayang ke Alanna's Kitchen. Hehehe. Biasa lah kan, bulan puasa ni kadang kadang tekak suka nak makan makanan yang lain sikit. 
Alanna's Kitchen
Nani bawa kawan Nani hari tu, dia pun cakap sedap nasi arab dekat sini. Siap ajak lagi bulan puasa nanti repeat makan dekat Alanna's Kitchen. Cumanya, kalau nak berbuka puasa di Alanna's Kitchen korang kena lah buat tempahan supaya dia orang dapat siapkan order nasi arab tu untuk korang. Kalau walk-in harapan nak berbuka puasa dekat sini memang sipi sipi aje lah sebab nya time berbuka puasa selalunya full house! Untuk mengelakkan sebarang masalah, elok korang buat tempahan siap siap! Boleh call aje nombor dekat bawah ni okay!
πŸ’™ 03 - 92017134 (Alanna's Kitchen)
πŸ’™ 012 - 5518227 (Madam)
Alanna's Kitchen
Waffle pun sedap okay! Waffle rangup lepas tu combine kan pulak dengan aiskrim coklat dan mangga. Pehh nikmat yang tak terkata! Aiskrim tu home made jugak tau korang. Serius ni first time aku jumpa restoran yang hampir 100% home made menu dia orang. Tak tahu nak decsribe macam mana dah kesedapan makanan dekat sini. Hahha! Senang cerita, nanti korang ajaklah kawan, family apa semua berbuka puasa dekat sini. Tak nak makan nasi arab, ada banyak lagi menu lain yang boleh dipilih. Sally cakap spaghetti carbonara pun sedap! Haih, tak sabaar nak pergi lagi. Nanti kita try pulak rasa menu western dia orang. Bab makan, memang lajuuuu! Nak pergi Alanna's Kitchen? Nah, Waze aje alamat bawah ni. Wajib try korang!
Alanna's Kitchen 
No. 8 Jalan Pandan Indah 1/23D
Kuala Lumpur Malaysia. 

10 comments:

  1. wahh.. ini kegemaran Pokchik ni.. hehehehee.. kena try satu hari nanti.. :)

    ...

    ReplyDelete
  2. sedapnya, terliur sangat tengok ayamnya!

    ReplyDelete
  3. Lapar blk teringat nasi Arab yg sedap ni

    ReplyDelete
  4. mule2 tgk ingatkan nasi tu skit mmg 4 lauk gtu... tak sangka utk 4 org... ptt lah boh lauk banyak gitu

    akak mmg peminat ns arab... mcm2 jenis lauk lak tuh... menggoda semua nya

    ReplyDelete
  5. waffle ais krim tu nampak sedap sangat..

    boleh la cuba nasi arab dekat alanna ni nanti, nampak cam menarik juga.

    ReplyDelete
  6. Waffle tu tolonglaa..sedpnyeee

    ReplyDelete
  7. baru je makan nasi arab jugak tadi
    tengok gambar ni je rasa lapar nasi arab balik xD

    ReplyDelete
  8. Tak makan malam ni. Laparnya tengok gambar makanan T_T

    ReplyDelete
  9. Wahh.. hidangan tu nampak unik semuanya.. menyelerakan. Bertambah selera kalau tengok depan2 sambil menunggu berbuka puasa nanti hehee :)

    ReplyDelete
  10. Belum terfikir lagi Nani nak masak apa atau nak berbuka di mana bulan puasa ni nanti. Tapi yang pasti memang tak membeli di bazar Ramadhanlah. Nampak macam sedap tapi anak-anak akak ni kurang suka makanan Arab sebenarnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page