2014 Tahun Pandai Memasak. Wohaaaa.

sekejap aje masa berlalu sedar sedar esok dah nak bertukar tahun pun. okay ayat cliche. bhahahah :P banyak pahit manis yang saya awak dan kita semua dah lalui. tapi aku rasa tahun ni banyak manis dari pahitnya. alhamdulillah :) bukanlah sepanjang masa aku rasa bahagia ada lah jugak rasa down sedih tu semuaa. tahun ni tahun paling seronok sebab ai is dah pandai memasak macam macam. suka sangat tau bila dah pro sikit banyak nak memasak. hahahah :P 

dulu dulu aku macam ni hah. memasak pun jauh jauh dari kuali. nak tumis bawang pun campak je dari jauh sebab takut minyak tu percik habess kena kulit aku. kahkahkah. memang sengal betul bila aku ingat balik :P itu baru nak tumis bawang bayangkan kalau nak goreng ikan macam mana. paling aku tak boleh lupa bila wan aku membebel dekat aku dengan sepupu aku. "belajar belajar lah memasak esok mak mentua nak makan nasi gulai ke mana sambal ke mana." ambik kau bila wan dah bersuara mula lah terkulat kulat dekat situ. bhahahaha :P aku pun jawab dekat wan "alahh lambat lagi nak jadi isteri orang wan." jawapan paling selamat aku bagi. hikssss :D 

belajar sikit sikit memasak lama lama jadilah pandai. ewahhhh :P aku banyak tengok  #DapurBujang dekat youtube tu sebenarnya. dia memasak senang je aku nengok. dari situ lah aku mula rasa nak try macam macam reseipi. dekat tv pun kalau ada rancangan travel dengan memasak yang tu aku tengok dulu. wohaaa. tapi rancangan memasak banyak waktu pagi. mana ada nak masa nak tengok. sobsss :( tapi ikut mood jugak nak masak. kalau mood ke laut tu jangan cakap masak jejak dapur pun tak nak. muahahahah :P

pstttt semalam aku tengok blog Nadia dengan Cik Puan Eka dua dua post entri pasal coconut shake klebang. ayoyoyo tergugat napsu aku tengoknya.tak pe lahh coconut shake pasar malam pun boleh. hahah. awakk awakk jom kita pergi melaka. ehhh ewahhh :P 






Dahh Jadi Tabiat Aku

habit aku yang satu ni memang aku tak boleh nak tinggalkan dari dulu sampai sekarang. tapi habit aku ni bukanlah dahsyat sangat okay. aku punya tabiat kalau sebelum tidur mesti kena belek novel sehelai dua. wohaaa. kemahen kan ulat buku kenkononnya :P ekceli tak kisah pun buku ke majalah ke asalkan ada benda nak membaca sebelum tido. biasanya memang aku akan belek novel lerr lepas tu berangan.hahaha. gamaknya dulu dulu ibu suka baca buku pwincess kot untuk aku sebelum tido sebab tu aku minat sangat membaca sebelum dibuai mimpi indah. ewahhhh :P

sekarang misi menghabiskan novel yang ni. baca satu bab sebelum tido pun jadilahh :p 

pesta buku dekat pwtc baru ni ai is banyak memborong buku. berduyun lagi dalam almari tak baca. tahun depan baru habes gamaknya aku baca semua yang aku beli hari tu. ewahhhh.macam lama je lagi kan padahal esok lusa dah bertukar tahun pun. bukan aku tak nak baca tapi masa sokmo jeles dengan aku. sobssss :( aku ni pulak jenis yang kalau novel tu best mula lah nak baca lagi dan lagi. haaaaa gituu. lepas tu esok bangun pagi mata lebam sebijik. hahahhaha :P 

kalau novel tu dah sweet sawit sangat takkan aku tak nak baca pulak. masa tu lahh keluar segala ghase nak kawen dengan anak raja lah orang kayalah apa semuaaa. hahaahaha. bab berangan no satu aku. ke bulan ke bintang kalau boleh semua nak. aidioshhhh :P korang minat buat apa sebelum tido?? 






Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP



klik SINI untuk join :)





Bukan Main Lagi Mintak

marilah mulakan hari ini dengan senyuman. aiwahhhh :P kenalah senyum pagi pagi barulah semangat nak buat kerja kannn. pagi semalam ada sorang junior call tanya rumah ibu dengan abah aku banjir ke tidak. prihatin betul budak ni dengan aku. terhaghuu kejap :D alhamdulillah rumah ibu dengan abah dekat pahang tak banjir tapi bekalan air terputus. tak lama lepas tu dia telefon aku mintak buatkan kek cokelat. pfttttttt. ada ayam di sebalik mee kari budak bertuah ni. hahahaha :P 

kemahen dok merayu dekat aku "akak buatkanlah kek cokelat untuk kitorang". aiwahhh. pepagi buta telepon nak suruh aku buatkan kek cokelat. hahahah. tak kuasa akak nak buatkan dik oiii. pagi pagi ahad akak nak berehat rehat meluruskan balik urat urat saraf yang dah berselirat macam hape ni. cehhhh kononnya kann akak ni :P padahal aku ada agenda lain semalam :D lain kali lahh akak buatkan kek cokelat untuk awak ye dikk. ye ye akak tahu kek akak memang sedap. ramai dah orang cakap kek akak setanding dengan Sikret Resepi tapi akak tak nak buat bisnes kek cokelat lagi. bhahahhaha :P ampunkanlahh entri aku yang memang perasantannn hari ni :D 

sumber pic yang tak dek kaitan ni di sini  :P

aku bukan orang yang berseni sangat. kek aku buat cincai cincai je tapi aku tak paham macam mana tekak budak ni boleh cakap sedap. mungkin sebab ada semangkuk kasih sayang & sesudu keikhlasan aku letak buat kek tu jadi sedap. bhahahahhaha :P 

#pray4pantaitimur #pray4mangsabanjir




Untungnya Wahai Si Isteri

amboi tajuk kemahen lagi kann. ekceli aku tengah baca satu buku ni aisyah humairah harumnya mawar merah kesayangan Rasulullah. dalam buku tu adeler cerita kelebihan seorang wanita menjadi isteri.wohaaaa. tips rumah tangga bahagia pun hadooo :p aku baca je tapi belum boleh praktis lagi. bhahahahahha :p

buku ni kawan aku yang sekelas dengan aku dulu bagi. superb best. wehuuu :D

tahu tak kalau seorang isteri yang memotong bawang untuk dimasak kepada ahli rumahnya sehingga mengalirkan air mata maka Allah akan memberikan ganjaran pahala sama seperti orang yang menangis kerana takutkan Allah. subhanallah. beruntungnya kalian yang bergelar isteri :D aku tak pernah lagi kalau potong bawang sorang sorang dekat dapur sampai mengalir air mata. heeeee. tapi kalau masa kenduri tu jangan cakap potong bawang tengok orang kupas bawang pun boleh mengalir air mata. bhahahahah :P deras je dia mengalir keluar kau. memang boleh buat drama. hahaha :P

lagi satau kelebihan menjadi isteri apabila dia melakukan empat perkara ini dia diberi jaminan masuk ke syurga iaitu menunaikan solat lima waktu , berpuasa di bulan ramadhan, menjaga maruah diri dan mentaati suami selagi tidak bercanggah dengan islam. cukup empat pakej ni in sha allah seorang isteri itu bakal penghuni syorga. untungkannn???berbahagialah wahai si isteri kerana syurga begitu hampir denganmu :D 

ada satu lagi fakta yang aku baca perempuan ni hatinya mudah tersentuhh. aherherher. so janganlah sakiti hati perempuan sebab jiwa kami ni halussss macam tepung. bhahahahhaha :P aku sebenarnya tak khatam lagi buku ni nanti dah habes baca aku kongsikan lagi okayy. bukan serius lagi dah tapi dua tiga rius buku ni best plus buat aku taksabarr nak dapat pangkat isteri. muahahahahah :P aku yakin Dia sedang merancang jodoh yang terbaik untuk aku. aiwahhhhhh :P 


selamat hujung minggu semuaaaa ^__^
#pray4pantaitimur #pray4magsamangsabanjir :(






Tabahlah Sahabat

semalam sempat berborak dengn sorang kawan yang rumahnya terlibat dengan banjir. allahuakbar. pertama kali ada kawan yang terlibat dengan banjir. rumahnya di pahang tapi dia duduk dekat tempat lain. balik pun bila cuti panjang dengan raya. masa dia balik tu memang air dah naik. tak dek satu barang pun yang dapat diselamatkan. 

ni masa hari dia sampai. rumah kawan tu jauh ke dalam lagi. memang tak lepas dah nak masuk. taman perumahan pun boleh banjir.

esoknya tuu air dah makin naik. allah allah allah.
sabarlah sahabat. Allah sedang mengujimu dan kita semua. in sha allah ada sesuatu yang allah nak bagi untuk kita. jangan berhenti berdoa. 






Baiklah Abahhhhh

semalam kan public holiday so semua adalah dekat rumah. kitorang lepak king dalam rumah je. hujan kekadang renyai kekadang lebat jadi malas nak keluar. malam tadi aku bagitau abah cadangnya nak ambik lesen. bukan apa senang sikit nanti nak ke sana sini kann. aku bukan tak suka naik transport awam ni tapi kalau time orang ramai tu ya rabbi sabar je lahhh. kalau semua manusia dalam malaysia ni baik belaka tak ape. ini kang ada yang macam hampeh perangai. menciii aku =,=

bila aku cakap nak ambik lesen tahu jawapan abah apa?? tak payahlahh. nanti naik basikal je senang sikit. tak payah isi minyak apa semua. ehhhh ehhhh ehhhhh abah ni. idea yang bernas betul. orang lain pakat gelak ke aku. heh. abah suka betul nak bergurau dengan aku. hahahaha. hari tu cakap lain malam tadi cakap lain.hari tu abah siap cakap nak bayarkan untuk aku. semangat tau bila dengar. hahahha. oiii abah nak tolong bayar untuk ambik lesen sape tak nok kann. tak lah melayang duit aku seribu lebihh. tak pe tahun depan lepas birthday abah aku nak bodek lagi. wohaaaa. tak lama dah hari lahir abah ( satu hari bulan ni oiii ) 

sumber incheee googleee :P
nanti kalau nampak ada orang mengayuh basikal tengah bandar tu aku lah tak dak dah orang lainn. masa tu aku buat tebal muka je orang pandang hahahaha :p

malam ni nak pikir hadiah apa nak bagi dekat abah satu hari bulan nanti? wehuuu. enam tanah lot ke? kereta ferrari ke? atau bunglo lagi sebijik untuk abah? hahahha :P 




Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul

Allahu sedih tengok berita malam tadi bila tahu keadaan mangsa banjir macam mana. ada berita yang aku baca di sini semalam dua buah bot yang terbalik dan mangsa dibawa arus . allahuakbar. memang Allah nak uji betul keluarga tu. mudah mudahan mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah ni. aku yang tengok ni pun gerun rasa apatah lagi diorang yang alami benda tu kan. :)


sama sama kita amalkan ayat ni. mudah mudahan banjir yang melanda ni akan surut. Dia yang menurunkan ujian Dia juga yang akan menurunkan penawarNya :)

ni salah satu gambar banjir yang berlaku di Kuala Tahan Pahang. Allah. cuma nampak atap je mudah mudahan tak dek yang meragut nyawa :) rumah nenek sedara dekat kampung kuala lipis pahang air dah sampai tingkap rumah. sempat bawak keluar barang sikit je dari rumah sebab air naik cepat. 


mana yang boleh kita hulurkan bantuan kita hulurkan. ^__^ bantuan yang kita hulurkan in sha allah memberikan secebis kegembiraan dan kesenangan buat mereka :)





Pizza Ohh Pizza

ingat lagi tak kes pizza memalukan yang aku cerita dekat sini hari tu. so nya semalam aku buatlah home made pizza. aku letak sebanyak banyak cheese yang aku nak. bhahahha :P kebetulan minggu lepas mak cik aku yang ada bakery tu buat pizza lepas tu doh yang dia buat tu ada lebih. aku pun apa lagi suruh lah dia pos untuk aku. wohaaaaa. aku dah serik nak buat doh  sendiri sebabnya aku pernah buat doh yang keras gilaaa.  memang masa tu doh aku tahap baling dekat cermin memang confirm cermin boleh pecah. hahahaha :P

ni pizza yang mak cik aku buat. kemas je aku nengoknya.yang atas tu bukan mak cik aku okayy kemahen muda mak cik aku. amboii. tu sepupu aku :)


ni yang aku buat semalam. memang caca merba habess. bhahahhaha :P aku ni memang tak dak seni kulinari. bab menghias makanan  apa semua memang aku fail. tapi bab makan aku memang teror. ehhhh hehh :P tengok lah aku buat lada benggala tu macam mana. sepatutnya potong dadu bukan macam aku ni. :P semalam aku bakar dua keping dulu satu untuk aku makan satu lagi aku bagi kakak sebelah yang bagi aku puding hari tu :) ada lagi dua keping doh ni. wehuuuuu :P hujung minggu nanti lah pulak aku buat :)

nak resipi? 
aku boleh bagi untuk topping je lah.. nak buat doh memang aku tak dapat nak nolong. sebab aku pun tak pandai. bhahahha :p atas doh tu aku letak sos spaghetti kimball lepas tu tepi tepi tu aku letak sosej + lada benggala. tengah tu aku letak daging kisar yang digoreng dengan sedikit minyak last sekali tabur lah cheese mozarella :) bakar dalam sepuluh ke lima belas minit suhu dalam 130. dah siap bakar nanti letak lah sos cili atas dia. memang sedapppp :)

selamat mencuba ^__^







Giveaway untuk Bloggers


klik SINI untuk join ^__^
hadiah memang menarik. rugi kalau tak join. mana tahu ada rezeki menang  ^__^




Bergaya dengan Tudung Labuh Berfesyen

Tudung merupakan salah satu aset yang sangat penting bagi seorang muslimah. Kalau dulu aku selalu pakai tudung bawal atau pun tudung sarung je bila nak ke bandar. Tapi since aku masuk SMKA dulu sikit sikit aku ubah penampilan aku. Tudung yang pendek tu aku mula labuhkan. Alhamdulillah aku kekalkan sampai sekarang. Siapa kata pakai tudung labuh tak boleh nak berfesyen? Boleh je sebenarnya. Sekarang ni pun banyak yang jual wide shawl, tudung sarung labuh kannn.

ni gambar masa raya hari tu. aku pakai wide shawl warna grey. memang selesa dan cantik :)

Sejuk mata memandang wanita yang bertudung labuh bukan? Jika dahulu, masyarakat mempunyai persepsi bahawa ‘wanita yang bertudung labuh semuanya ustazah’. Rasanya, kini tibalah masanya untuk kita menukar persepsi tersebut. Bertudung labuh merupakan alternative bagi para wanita untuk tampil lebih sopan dan menutupi keseluruhan bahagian tubuh. Dengan revolusi fesyen yang semakin berkembang, kini terdapat beberapa cara untuk memakai tudung labuh tetapi masih kelihatan fashionable.





Being fashionable tidak bermaksud kita harus membuka aurat. Dan tidak salah untuk berfesyen jika kita tahu batas-batas yang telah ditetapkan. Tengok gambar-gambar selebriti seperti berikut, masih tampak begitu cantik dan menyerlah walaupun dengan berpakaian Muslimah dan bertudung labuh. 





Apa kata kitacuba variasikan gaya lilitan tudung. Jika kita merupakan penggemar shawl, gunakan wide shawl untuk memastikan lilitan tersebut cukup labuh untuk menutupi bahagian dada.




Kita juga boleh memakai tudung bawal atau pashmina yang berbidang lebar. Selain itu, jika kita lebih selesa dengan pemakaian tudung syria, pastikan kita memakai inner terlebih dahulu di bahagian dalam. Pastikan inner tersebut cukup labuh sehingga melepasi bahagian dada. Kemudian sarungkan pula hoodie atau tudung fullmoon di bahagian luar. Apa pun jenis tudung pilihan kita, pastikan kita selesa memakainya!










Nostalgia Dulu Dulu

semalam aku bukak album lama masa aku kecik kecik dulu. tak banyak pun sebenarnya. adalah dalam dua tiga album je. yang lain tu semua dah kena makan dek anai anai.  senyum sorang sorang aku tengok. pftttttttt. muka baby face gituuuu. sekarang dah macam hmm hmm mummy face. bahahhaha :P belum masanya aku nak jadi mak budak.isteri orang pun idok lagi oihhhh. tunggu lah tahun depan ke. ehhhhh  :P


mesti lah aku yang bermata bulat tu kannn takkan pakai topi pulak dahhh :) 
gambar ni kalau tak silap masa aku dua tiga tahun macam tuu  kot. aku pun tak sure sangat umur aku berapa masa ni. nak tanya ibu tapi selalu lupaaa. hahahah :P


aku paling suka tengok gambar ni. hahahha :P boleh tak nak macam dalam gambar ni sokmo. gembira sepanjang masa tak payah fikir banyak masalah apa semuaaa & yang paling penting tak dak orang tanya bila nak kawen? bila nak tunang? amboi kemahennnn lagi kan. hahhahaha :P 
dah tak banyak gambar masa kecik kecik dulu. mana yang ada ni semua aku ambik simpan dalam album baru. nanti dah tua bangka boleh tengok balik. hahahhaha. nostalgia sangat gambor gambor ni sebenarnya. gambar je lah dapat tengok kan kalau nak ingat guna kepala otak sendiri macam mana aku waktu kecik dulu memang harem lahh. mana den ingat oihhh. hahahha :P bila orang cerita pasal aku masal kecik kecik dulu aku mesti akan cakap " eh yeke nani macam tu dulu? macam tipu je." hahahhaha. nampak tak dekat situ permainan aku. menafikan benda yang orang cakap. pfttttttt :P 







Mini Giveaway #1




klik SINI untuk join :)






Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz




klik SINI untuk join :)

jom sama sama join segmen kak lya ni :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page