Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Kek Lapis Sarawak by Ain Syahirah
klik SINI untuk join

Jus Qalbi Al Ehsan di MAHA 2016

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Rasanya semua dah tahu kan bermula 1 Disember hingga ke 11 Disember ini akan diadakan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA. Memang boleh dikatakan Pameran MAHA ni antara program yang saban tahun diadakan. Sama seperti tahun sebelum ni, Pameran MAHA akan diadakan di MAEPS Serdang. Ada yang nak berkunjung ke sana nanti? Alang alang dah cuti sekolah ni kan, boleh lah bawa keluarga berkunjung ke MAHA. Ha kalau korang berpeluang ke Pameran MAHA nanti jangan lepaskan peluang tau untuk berkunjung ke Booth Jus Qalbi Al Ehsan di Hall C (D18). Ha nak tahu dengan lebih lanjut tentang Jus Qalbi Al Ehsan ni, jom baca dekat bawah 😃
Jus Qalbi Al Ehsan
Jus Qalbi ni sangatlah sesuai untuk yang mempunyai penyakit kolestrol yang tinggi. Kalau tak tinggi sangat pun rasanya elok jugak untuk amalkan ni Jus Qalbi ni hah. Baik kita merawat sebelum jadi lebih teruk kan. Maklumlah kita ni selalunya bila dah teruk baru nak cari penawar. Bila mana tak kawal pemakanan harian kita, sebab itu lah terjadinya kolestrol tinggi dalam badan. Fuh, minta jauh lah kita daripada dapat penyakit macam ni. Tambah pula, dari penyakit kolestrol ini lah akan menyebabkan kita dapat strok, penyakit jantung dan macam macam lagi lah. 

Jus Qalbi Al Ehsan
Macam mana nak tahu kandungan kolestrol kita tinggi dalam badan? Boleh tengok dekat bawah ni okeh. Kalau ada tanda tanda ni, lepas ni kena tukar gaya pemakanan harian dan amalkan Jus Qalbi Al Ehsan ni hah. In sha Allah boleh membantu kita mengawal kolesrol. 
✌ Sering berasa kebas kebas pada kaki.
✌ Mudah letih, cepat penat dan mengantuk.
✌ Sering berasa sakit kepala.
✌ Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. 
✌ Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah semakin pada bahagian jantung mula tersumbat.
✌ Timbul bintik bintik putih (biji kolestrol) di bawah mata, kawasan muka atau leher. 

Jus Qalbi Al Ehsan
Untuk yang berpeluang untuk mengunjungi Pameran MAHA 2016, Nani ada berita baik untuk korang. Jeng Jeng Jeng. Heheh. Semasa Pameran MAHA ni nanti, korang boleh dapatkan potongan harga untuk Jus Qalbi Al Ehsan ni secara berganda ganda. Bukan sikit tau tapi banyak sangat tawaran harga sehingga RM73. Rugi tau kalau terlepas peluang ni. Bila dah ada offer ni, wajiblah beli kan. Boleh hadiahkan untuk emak dan ayah yang mempunyai masalah kolestrol. 
Macam mana nak gunakan baucar ni? Dekat bawah ni ada baucar yang bernilai RM73, RM53, RM35 dan juga RM15. Apa yang korang perlu buat, cuma tunjukkan gambar baucar dekat bawah ni ketika di Booth Jus Qalbi Al - Ehsan. So korang download siap siap gambar dekat bawah ni dan simpan dalam telefon. Nanti tunjuk aje gambar baucar tu dah korang akan dapat potongan harga yang berganda ganda. Ha best ke idok ni? Heheh. 
Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan

Jus Qalbi Al Ehsan
Ingat tau korang, kawal kolestrol baru lah sihat. Hehe. Untuk makluman yang lebih lanjut tentang Jus Qalbi Al Ehsan ni, korang boleh menghubungi atau WhatsApp nombor telefon dekat bawah ni. Nak lagi mudah korang boleh terus follow Instagram dan like Facebook Jus Qalbi Al Ehsan ni. So kalau korang berkesempatan ke Pameran MAHA nanti, jangan lupa tau singgah ke Booth Jus Qalbi Al Ehsan yang terletak di Hall C (D18). 
WhatsApp : 018-373 9021 | 017-730 0366 | 012-646 0421

Giveaway Miniature Photography by Waza Studios

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Miniature Photography
klik SINI untuk join 

Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya

Assalamualaikum & Hello.
Zaman sekarang ni memang ramai yang gunakan khidmat suprise delivery untuk bagi dekat orang tersayang kan. Sepupu Nani ni pun baru aje buat servis Chocolate Bouquet ni hah dan sesuai lah kalau nak hadiahkan buat yang tersayang. Tak kisah lah sempena nak sambut hari lahir ke, ulang tahun perkahwinan ke atau pun saja saja nak bagi dekat yang tersayang kan. Heheh. Jadi untuk yang tinggal di sekitar bandar Jerantut, Jengka dan sekitarnya boleh lah kalau nak buat tempahan gubahan coklat daripada sepupu Nani ni. Buat masa sekarang cuma ada servis dekat Pahang aje dulu, luar kawasan Pahang belum lagi. Harga cuma dalam RM30 - RM50 sahaja. Murahkann uolsss. Selalu yang Nani jumpa mesti letak rate harga dalam RM70 ke RM80 ke atas tau. So kalau nak buat tempahan boleh hubungi, WhatsApp : 017 939 0395 [Najwa]
Nani tengok sepupu buat gubahan ni pun rasa berbaloi lah dengan harga tu. Iya lah, bukan senang nak gubah tu dengan harga barang yang boleh katakan sekarang mahal lagi. Untuk orang yang berseni, memang sekejap aje lah kan dah siap. Kalau Nani yang buat ni mahu makan hari baru siap. Hahah! I is bukan orang yang KRAFTANGAN tapi KERASTANGAN. Eh 😂
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Kalau yang tersayang dapat sejambak gubahan coklat macam ni, memang sah sah dia senyum sampai telinga kan. Siapa tak suka dapat coklat macam ni. 
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
 Korang boleh request nak Chocolate Bouquet ikut bajet yang korang ada. Nak minta hantarkan terus kepada yang tersayang pun boleh. Kalau dekat, nak self pick up dekat Bakery pun boleh, tak ada hal. Boleh pm tepi, kita runding sampai puasa hati. Heheh 😄
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Untuk minggu ni ada promosi tau, boleh dapatkan dengan harga serendah RM30 ringgit aje. Start minggu depan, harga dah lain. So jangan lepaskan peluang tau untuk dapatkan harga promosi ni hah. Rugi uolsss kalau terlepas tawaran istimewa ni.
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Untuk korang yang nak buat tempahan Chocolate Bouquet ni boleh terus aje WhatsApp lelaju nombor telefon yang tertera dekat bawah. Tempahan boleh dibuat seawal tiga hari tau, jangan last minute pulak nanti tak sempat nak siapkan tempahan gubahan coklat korang tu. Jom gembirakan hati yang tersayang dengan hadiahkan gubahan coklat yang macam dekat atas ni.
WhatsApp : 017 939 0395 [Najwa]

Nasi Lemak

Assalamualaikum & Hello.
Dah masuk tengah hari baru terkial kial nak update entry. Biasalah bila dah cuti sekolah ni, semua ada dekat rumah pulak, macam macam hal nak kena buat dulu. Korang ada plan ke mana mana ke cuti sekolah ni? Sekarang cuaca tak berapa menentu, sekejap hujan, sekejap panas, kalau nak berjalan pun kena rancang bebetul kan. Nani tak ada plan nak ke mana mana pun, cuma weekend ni aje ada Family Day dekat Kuantan. Yeeehaaa! Takzabaaaar nak ambil udara pantai. Harap harap cuaca nanti elok elok lah, kalau tak jangan berangan lah nak fefeeling duduk tepi pantai kann. Hehe. Lepas pada Family Day tu rasanya memang duduk rumah aje kot, tak ada pun merancang nak ke lain. Lagipun dah rancang nak ke Penang bulan satu nanti jadi kena lah jugak jaga kewangan tu. Kehkeh :p
Pagi ni sebab Cikgu Roslina dah mula bercuti daripada mengajar dan mendidik anak bangsa, awal awal pagi lagi ibu dah dekat dapur masak nasi lemak. Semerbak bau nasi lemak pagi ni, terus buat perut rasa lapar. Hahaha! Sedapnya lahai dapat makan nasi lemak air tangan ibu sendiri. Nani sebenarnya dah jemu sangat makan breakfast yang beli, sampai kan kadang tu skip aje breakfast sebab dah tak tahu nak makan apa. Hahaha! Ni ibu dah cuti hah tak payah dah nak membeli, makan aje apa yang ibu masak tu kan. Heheh :)

Segmen Jom Tambah Follower By Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum & Hello.
klik SINI untuk join 

Aiskrim Gulung

Assalamualaikum & Hello.
Sejak bila entah aiskrim gulung ni mula jadi viral dan Nani ni tersangatlah tak boleh tengok sejenis makanan yang pelik pelik hatta aiskrim sekali pun. Laju je okeh deria tekak ni nak rasa. Dulu masa Nani pergi makan dekat Kopi XOXO Bangsar, memang ada asikrim gulung ni tapi sebab masa tu macam overload gila makanan so cancel. Iya lah kang banyak banyak sangat order tak habis rugi. Cadangnya nak pergi lagi makan dekat situ sekali dah berpindah ke Bangi pulak jadi lupakan niat nak makan aiskrim gulung. Dekat area tempat Nani ni ada jugak orang jual aiskrim gulung tapi yang buat tu Chinese. I is sangatlah ragu ragu nak membeli even ada tulis halal dekat situ. Heheh. 
Baru ni kan berpeluang ke Langkawi, ada sehari tu kiterang jalan jalan dekat Zon Bebas Cukai (area Pantai Cenang) terjumpa lah abam jual aiskrim gulung ni hah. Bayangkan tengah sibuk sibuk beli coklat sikit, tetiba ternampak aiskrim gulung. Terus lelaju pergi dekat situ, tengok perisa aiskrim gulung yang ada dan order (without knowing the price) Tengah ralit tengok that guy buat aiskrim gulung, baru lah Nani tanya harga aiskrim gulung. Sekali dia jawab...
Aiskrim Gulung
RM10 untuk satu bekas ni. Tak tahu nak nangis ke nak apa masa tu? Hahahaha! Bila mana engko dah terlalu excited, memang terus lupa semua benda. Tapi sebab dah terlanjur order, bayau je lah kan. Rezeki dia untuk hari tu. Heheh. Tak sia sia okeh bayar RM10 untuk satu bekas aiskrim ni sebab aiskrim ni sedap sangat. Topping dekat atas tu boleh pilh nak letak ke tak, harga tetap sama seploh ringgit. Haruslah pilih kan nak letak topping tu sebab dah bayar mahal mahal. EH 😁
Rasanya sekarang ni pun dah banyak tempat yang jual aiskrim gulung ni tapi tak pasti lah harga nya berapa ringgit. Yang Nani pernah jumpa dalam RM5 ++ macam gitu lah (ikut jenis aiskrim gulung) Nani hari tu pilih oreo, ada jugak strawberry, coklat dan macam macam lah lagi. Menariknya boleh lah tengok secara live macam mana dia buat aiskrim gulung ni hah. Korang dah pernah makan? 

Sambal Kentang Simple

Assalamualaikum & Hello.
Bangun pagi ni cuaca mendung sangat, nak sidai kain dekat luar pun tak jadi. Nanti kang tak pasal pasal tengok kain dah basah kan. Sejak dah masuk musim musim tengkujuh ni, jarang sangat lah sidai kain dekat luar. Heheh. Sebab cuaca mendung mendung, otak pun jadi tepu tak tahu nak taip apa. Eh :p Ok lah, kisahnya semalam beli gulai daging kerutuk lepas tu rasa macam tak kena pulak ada satu lauk aje. Hehe. Bukak peti ais tengok ada ubi kentang, cili kering pun dah siap kisar, apa lagi terus datang idea nak buat sambal kentang yang simple tu kan. Nak bagi sedap sikit lagi Nani campurkan sekali kacang tanah dengan ikan bilis. Buat pedas pedas sikit pehh nikmat sangat okeh. Saja buat lebih sebab sambal ni makan macam tu pun sedap. Masak masak macam ni power lah sebab simple je kan, campak campak je semua sekali dalam kuali lepas tu siap! 
Sambal Kentang Simple
Sangatlah tak proper kannn, gambar dalam kuali yang dia letak :p 
Nak resepi ke? Ehehe. Ini cara Nani buatlah, biasa biasa je, lepas lah untuk tekak bujang ni nak makan. Hahah! Mula mula goreng sampai garing ikan bilis, kacang tanah dengan ubi kentang (potong nipis nipis. Kalau nak mudah guna penyagat) Dah siap goreng ketepikan, tumis bawang merah dengan bawang putih sampai kekuning kuningan, masukkan cili kering. Tumis sampai cili garing, masukkan gula sikit untuk bagi sambal tu warna dia cantik. Ini yang ibu Nani ajar. Hehe. Last sekali, haruslah garam secukup rasa lepas tu masukkan sekali bahan bahan yang kita dah goreng tadi. Ratakan semua sekali, dapatlah maca, gambar dekat atas tu. Gitu. 
Ha yang ni jangan nak tanya resepi lah sebab bukan Nani yang buat. Hahah! Cream puff ni I is masih lagi failed nak buat. Ini makcik Nani yang buat, Nani makan je tahu. Lepas ni kena belajar lagi kot dengan makcik macam mana mana nak buat cream puff yang gebus gebas macam ni hah. Sekarang ni misi nak buat kek coklat larva sebab dah terjumpa resepi mudah ya amat dekat facebook. Yeehaa!






Lepak di Wendy's Chicken

Assalamualaikum & Hello.
Nani ni jarang jarang makan dekat Wendy's (baru sekali je pergi) hari tu ajaklah kawan pergi makan dekat sana. Iya lah dah diorang asyik cakap makanan dekat sana murah, I is pun nak lah jugak cuba. Pernah tengok outlet Wendy's Chicken ni dekat KLCC kalau tak silap, tapi masa tu tak teringin pun nak makan. Hari tu ajak kawan makan dekat sini sebab Nani macam dah jemu gila tengok nasi campur. Serius tak tahan kalau hari - hari hadap lauk yang sama, sampai dah tak lalu nk makan. Itu yang kadang kadang muncul nya cekodok, nasi goreng, bubur nasi yang dimasak guna rice cooker. Eheh. Nani tak sure sangat banyak ke tidak outlet Wendy's Chicken ni, yang Nani tahu ada dekat KLCC, Sunway Pyramid, lain lain tak tahu sangat. Hehee.
Apa yang bestnya dekat Wendy's ni? Kawan Nani haritu ajak makan bubur sebab bubur dekat sini sedap katanya. Masa Nani pergi tak ramai sangat orang so servis dia laju lah. Murah pun ye jugak makanan dekat sini, cuma air dia je yang Nani rasa macam sikit dari fast food yang lain. Hehee. Tapi kalau macam order bubur ke memang banyak lah. Nani baru sekali makan dekat sini so tak pasti sangat apa lagi yang best. Jom lah tengok apa yang Nani makan hari tu, mana lah tahu kot kot engkorang ada nak pergi lepak dekat Wendy's lepas ni. Gituu :)
Wendy's Chicken
Chicken Porridge
Sebab diorang cakap bubur ni sedap, Nani pun order lah semangkut. Harga RM5.90 kalau tak salah Nani untuk bubur sekali dengan air. Murah kann? So kalau tengah tengah berjimat tak tahu nak makan apa, boleh lah datang sini. Tempat pun selesa, siap ada wifi lagi.
Wendy's Chicken
Cheese Nachos
Teringin nak makan nachos yang dekat Chili's, Nani ni pun order lah cheese nachos ni hah. Tak ingat berapa harga ntuk cheese nachos ni. Maklumlah dah lama sangat pergi, baru harini nak masuk dalam blog. Eheheh. Pada Nani cheese nachos dia biasa biasa aje sebab nachos tu tak crunchy. Cheese dengan mayonis dah sedap dah, kalau nachos tu rangup memang ngam! Nani pernah makan dekat satu food court dalam KLCC, memang sedap sangat nachos dekat situ. Kalau pergi sana, memang singgah beli nachos. Hehee. Feveret ok cheese nachos ni. Eh dah menyimpang ke lain pulak kan. 
Korang kalau tak tahu nak makan mana, boleh lah pergi Wendy's ni hah. Murah dan jugak berbaloi sebab portion besar. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang outlet dan menu diorang boleh tengok website Wendy's Chicken okeh. 

Diuji Dengan Kehilangan

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu yang lepas keluarga belah abah Nani diuji dengan kehilangan salah sorang ahli keluarga yang terdekat. Anah buah Nani (anak kepada sepupu) baru berumur 13 tahun telah kembali ke rahmatullah petang Sabtu tu. Allahu, Nani macam tak percaya bila dapat tahu dia dah tak ada. Lagi terkesan dekat hati sebab dah lama sangat tak berjumpa dengan arwah. Dapat tahu dia meninggal waktu maghrib, masa tu Nani dengan ibu tengah sibuk siapkan tempahan nasi goreng dalam 60 bungkus. Ingatkan nak gerak ke Raub malam tu juga lepas dah siapkan tempahan tu tapi cuaca pulak tak mengizinkan. Hujan lebat sangat malam tu, jadi Nani dengan family gerak pagi Ahad tu ke sana.
Masa Nani sampai arwah tengah dimandikan. Bila tengok memang nampak seolah olah dia sedang tidur. Arwah memang ada masalah berkaitan dengan jantung dari kecil tapi masa hari dia dia meninggal tu memang tak ada sakit apa pun. Sihat sangat, cuma petang tu dia mengadu letih. Bila bawa ke hospital doktor cakap dia dah tak ada. Mungkin letih itu tanda yang dia nak berehat dari dunia ni buat selama lamanya. Berehatlah dik, syurga menantimu. 
Sungguh kematian itu tak mengenal usia dan bagaimana. Segalanya termaktub dalam rahsia Tuhan. Nani sampai sekarang macam tak sangka anak buah yang baru berumur 13 tahun ni dah kembali menghadap Illahi. Moga arwah tenang di sana. Pagi ni pulak dikhabarkan dengan berita emak jiran Nani meninggal dan juga bapa saudara ibu. Allah, bila mana ada kematian yang begitu dekat memang akan buat kita selalu ingat bahawa dunia ini hanya sekadar persinggahan sementara. Satu masa nanti kita akan kembali juga ke tempat yang asal. Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa mereka ini. Al Fatihah. 

Klebang Original Coconut Shake

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sangat Coconut Shake Klebang ni masuk dalam wishlist Nani. Maklumlah dah lama sangat tak pergi Melaka, so dah sampai sana baru ni haruslah terjah semua yang dah ada dalam wishlist tu. Eheh. Ada dua tempat yang Nani memang nak sangat pergi, coconut shake ni dengan kuih keria antarabangsa. Tapiiii, satu je yang tertunai sebab kuih keria tu ramai gila orang. Dah tengah hari kan masa tu jadi bye - bye lah. Next time lah kalau ada rezeki ke Melaka lagi kita pergi rasa kuih keria antarabangsa. Hehehe. Tempat yang jadi tumpuan orang ramai ni memang kena bertabah sikit bila nak jalan jalan tu. Kalau time weekdays mungkin lah kot tak ramai orang.  
Klebang Original Coconut Shake
Cuaca memang elok sangat(panas terik) masa kiterang pergi ni so sedaplah basahkan tekak tu khen. Sini siap ada tempat parking khas okeh. I is baru first time sampai so teruja dia lain macam. Kalau nak take away dekat tepi jalan aje. Gitu. 
Klebang Original Coconut Shake
Crowded sangat! Hujung minggu pulak tu lagi lah ramai orang. So kena bersabar sikitlah bila nak cari tempat duduk dan nak beratur masa membayar tu hah. 
Klebang Original Coconut Shake
Akhirnyaaaa! Tertunai jugaklah hasrat hati Nani nak minum coconut shake Klebang ni hah. Hahah! Sedap lah memang patut pun ramai orang. Heheh. Takkan minum je kan? Haruslah rasa juga kuih muih dengan nasi lemak dekat sini buat alas perut sebelum pergi makan Asam Pedas Selera Kampung. Hahah! Dah bertahun asyik tengok aje orang buat entry pasal tempat ni sekali dapat jugak kita ni hah pergi. Yang ni coconut shake special. Apa yang specialnya sebab ada aiskrim tu. Korang kalau ke Melaka jangan lupa singgah sini minum coconut shake okeh. 

Jonker Walk Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Sebenarnya Nani dah lama sangat tak ke Melaka ni. Last pergi sana masa umur enam tahun macam tu kot. Hahaha! Entah lah bila. So kali ni pergi macam teruja nak explore Melaka ni (walaupun hari tu banyak lagi tak sempat nak pergi) Mungkin kena buat lagi trip ke Melaka lepas ni tapi tunggu duit lebih sikit lah. Eheh. Baru ni Nani sempatlah ke Jonker Walk, jalan jalan sambil tengok tempat orang. Kebanyakkan nya dekat Jonker Walk ni chinese yang meniaga. Nani tak jumpa pulak hari tu ada orang kita yang menjual. Heheh. Tapi haritu nampak macam ada juga satu kawasan yang menjual makanan Melayu tapi kiterang tak pergi pun sebab masa tu dah lewat sangat. Lagipun sebelum tu dah kenyang makan BBQ. Eh 😀
Jonker Walk Melaka
Kiterang pergi tu malam minggu dan tersangatlah ramai manusia. Jalan pun macam sampai terlanggar langgar orang lain. Memang takdek apa pun nak cari dekat situ, saja nak jalan jalan tengok Bandar Melaka waktu malam. Dah puas bersesak sesak dekat situ terus pergi cari beca. Teruja dia lain maciaam betul bila dah lama giler engko tak naik benda ni. 
Jonker Walk Melaka
That face bila mana dah lama sangat tak naik beca. Hahahaha! Kemain meghelip beca sekarang okeh. Siap dengan lampu lampu dan lagu. Lagu pulak semua yang latest macam lagu Aida Jebat, Aiman Tino. Kelaaaaaas sangat! 
Jonker Walk Melaka
Satu beca ni RM25 so nanti orang tu akan bawa kita jalan jalan pusing dekat area situ lah. Heheee. Sebelum jalan jalan tu, boleh lah ambil gambar sampai lebam. Gitu. Jauh sangat beza beca zaman dulu dengan zaman sekarang. Hahah! Sekarang prop dia kemain lawa hah. Ada doraemon, kitty, angry birds, eh bayak lagi lah. 
Jonker Walk Melaka
Seronok lah dapat naik beca ni walaupun dalam masa yang sama rasa macam alah kesiannya dekat pakcik ni nak kena kayuh, dah lah berat. Tapi tu lah mungkin itu rezeki pencarian dia kan. Rasa macam imbau balik zaman naik beca dulu dulu. Hahah! Tak nak naik beca boleh juga sewa basikal tapi tak sure sangat berapa harga dia. Jalan waktu malam tahan sikitlah sebab sejuk, beca pun meghelip ghelip. Kalau naik waktu siang time panas terik tu fikirlah sendiri acane. Heee. Korang suka naik beca tak?

Restoran Asam Pedas Selera Kampung Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Wuhuuuu! Dah sampai ke Melaka tak lengkaplah kalau tak pekena asam pedas Melaka kan. Sebelum balik sempat lah kiterang singgah Pahlawan Walk Market dengan niat nak cari ole ole gitu. Dah masuk dalam tu, macam macam beli okeh dengan belacan, baju eh banyak lah lagi. Hahah! Sekali keluar ikut tepi kedai kedai orang dekat situ terus nampak Asam Pedas Selera Kampung. Memang ingat nak cari jugak asam pedas, tak kira lah kedai mana - mana pun sekali dah nampak yang ni apa lagi terus lah terjah. Tak sempat nak fikir tiga empat kali dah. Hahah! Tambah pulak bila terang tang tang dia tulis dekat situ Pilihan Jalan Jalan Cari Makan. Kalau dah jadi Pilihan JJCM, haruslah jadi pilihan kiterang jugak. 
Memang full house restoran ni, dekat 20 minit jugak nak tunggu ada meja kosong. Gigih sangaat kan? Demi asam pedas ku sanggup tunggu. Restoran ni ada bahagian yang ada aircond, tunggu lah dekat bahagian tu (baru lah tak berpeluh dan panas masa nak tunggu meja tu kosong. Eh!) Taaapiiiii itu lah walupun bersungguh nak tunggu meja yang dekat bahagian ada aircond tu kosong, sekali pekerja diorang suruh kitorang duduk dekat meja luar. Hahah! Dah ada meja kosong dekat luar tu duduk aje lah, takkan nak tambah lagi doploh minit tunggu, kang tak balik pulak. Ehehe. 
Asam Pedas Selera Kampung MelakaRestoran Asam Pedas Selera Kampung ni dekat dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari. Kalau pergi Melaka, cari restoran ni okeh. Memanggg terbaik. Semua jenis asam pedas diorang dah letak dalam pinggan, korang tinggal pilih aje nak asam pedas jenis apa.
Asam Pedas Selera Kampung Melaka
Hari tu Nani pilih asam pedas ikan parang. Kenapaaa yang sedap sedap ni semua jauh jauh? Hahaha! Harga pulak ikut jenis asam pedas yang kita ambil. Macam yang Nani ambil ni dalam RM10.00 seketul. Total makan hari tu RM 13.00 termasuk air. Heheh. 
Asam Pedas Selera Kampung Melaka
Kasi zoom sikit asam pedas ikan parang ni. Selain daripada ikan parang ada jugak asam pedas ikan pari, telur ikan, ikan kembung dan daging tetel. Tak nak makan asam pedas boleh tengok menu lain macam ayam kampung, gulai lemak siput sedut dan banyaaaaak sangatlah. Sebab tu restoran ni jadi tumpuan ramai, banyak sangat pilihan makanan yang sampai tak tahu nak pilih. Restoran memang full house setiap masa tapi jangan risau asam pedas ni sentiasa ada. Macam Nani hari tu dah pukul tiga petang kot kitorang pergi makan tapi lauk semua full lagi.
Puas hati sangat dapat makan asap pedas tip top kebabooom ni. Heheh! Asam pedas dekat sini yang lainnya sebab letak daun limau purut. Selalu yang Nani biasa makan jumpa daun kesom aje, jarang jarang jumpa yang ada daun limau purut. Rahsia rahsia ramuan lain tak tahu lah pulak. So, engkorang kalau ke Melaka jangan lupa cari Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni tau! Waze aje alamat dekat bawah, mesti jumpa punya. 
Asam Pedas Selera Kampung
No. G2, Jalam PM3, Mahkota Square,
Bandar Hilir, Melaka.
No.Telefon : +06 288 1799
Waktu Operasi : 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. 

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Baru - baru ni Nani berkesempatan ikut kawan kawan blogger yang lain ke Melaka. Ini kiranya short trip ke Melaka lah dengan diorang. Memang short trip betul sebab cuma semalaman aje di Melaka. Hehe. Walaupun semalaman tapi meriah sangat - sangat okeh. Kiterang ke Melaka dan menginap di Homestay Idaman Villa yang terletak di Taman Kota Syahbandar. Apa yang best sangat Idaman Villa ni sebab terletak betul - betul di tengah Bandaraya Melaka. Bila terletak dekat bandar Melaka memang dekat lah bila nak ke Jonker Walk, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan banyak lagi lah. Villa Idaman ni mempunyai tiga tingkat jadi sesuai lah kalau datang dengan bilangan yang besar.
Villa Idaman tiga tingkat ni terdapat tujuh bilik tidur, enam tandas, tv di ruang tamu dan di bilik tidur serta Wifi. Memang syok dan selesa sangat lah bila semua kelengkapan disediakan sepenuhnya. Memang rasa macam duduk rumah sendiri lah. Korang kalau datang ke Melaka untuk bercuti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai pilihan yang utama.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini bahagian depan Idaman Villa. Tengok pun nampak macam eksklusif sangat kan. Laman rumah pun luas sangat, kalau anak - anak kecil nak main pun boleh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ruang tamu ini dilengkapi dengan sebuah televisyen yang mempunyai lebih daripada 50 siaran untuk ditonton. So boleh lah kalau nak tengok tv sampai ke pagi. Hahah. Wifi pun ada jugak dengan kelajuan 30Mbps. Jangan risau, walaupun ramai Internet tetap juga laju. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian dapur. Konsep ni ala ala dekat cofee bar gitu. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Meja makan yang boleh memuatkan dalam lapan orang dalam satu masa. Ini muka muka blogger yang ke Melaka hari tu. Ada yang korang kenal tak? Heheh. Jom tengok pulak bilik bilik yang ada dekat setiap tingkat di Idaman Villa ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini ruangan bilik untuk 1 - 1. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil queen dan juga bilik air. Untuk makluman korang, dekat Idaman Villa ni boleh juga kalau korang cuma nak sewa bilik aje. So kalau cuma datang bercuti dalam dua tiga orang boleh lah juga nak menginap di Idaman Villa.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-1 
Bilik 2-1 ini merupakan master bedroom. Dekat Idaman Villa ni terdapat dua master bedroom. Satu di tingkat dua manakala satu lagi di tingkat tiga. Setiap master bedroom dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz queen, televisyen, bilik air dan juga iron. Ada juga ruang balkoni untuk bersantai tau.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-2
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-3
Untuk bilik 2-2 dan bilik 2-3 dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz single dan sebuah bilik air. Kalau datang berkeluarga sesuai lah bilik macam ni untuk anak - anak. Heheh. Sebuah almari juga disediakan di dalam setiap bilik. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-1
Ini pulak master bedroom di tingkat tiga. Kemudahan yang disediakan sama juga seperti master bedroom di level dua. Cantik kan wallpaper dinding dekat belakang tu sebab nampak macam real sangat. Sekali pandang macam batu betul bukan wallpaper. Hehehe. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini juga merupakan katil di master bedroom tingkat tiga. Bilik untuk master bedroom ni sangat luas dan selesa. Nak berlari lari dalam bilik ni pun boleh. Hahah! Bilik dekat Idaman Villa ni ala ala glasshouse tau. Menarik sangat!
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-2
Ha ini lah bilik Nani dengan Zatie masa di Idaman Villa hari tu. Katil tu walaupun single bed tapi besar okeh. Memang selesa sangat lah tidur, Dalam bilik ni jugak terdapat kipas dan aircond so boleh pilih nak guna yang mana satu. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-3
Bilik 3-3 ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen dan bilik air berkongsi dengan bilik 3-2. Nampak kan macam glasshouse? Suka sangat sebab dari ruangan bilik ni boleh nampak pantai tau. Memang cantik sangatlah pemandangan.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ada juga disediakan ruangan balkoni yang kecil di bilik 3-3 ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian luar bilik di tingkat tiga. Ada sedikit ruang tamu kecil. Boleh lah kalau nak duduk bincang bincang sambil tengok pantai. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Dekat Idaman Villa ni bukan sahaja bilik yang tip top tapi kelengkapan dapur juga disediakan sepenuhnya oleh tuan empunya homestay ni. Kiterang hari tu siap buat BBQ lagi memandangkan BBQ pit disediakan di bahagian laman rumah. Memang kalau nak enjoy enjoy bercuti dengan family sesuai sangat menginap di Idaman Villa.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Jangan tak tahu dekat Idaman Villa ni korang boleh jugak nak memasak sebab semua keperluan seperti periuk nasi, heater, periuk memasak, pinggan, cawan pun disediakan juga. Peti ais pun ada kalau korang nak beli barang basah untuk dimasak. Eh semua benda lah ada dekat villa ni. Ha memang macam dekat rumah sendiri dah rasa bila menginap dekat sini tau.
Untuk korang yang nak bercuti ke Melaka nanti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai tempat penginapan korang. Memang selesa sangat menginap dekat sini sebab semua disediakan dengan lengkap. Kalau nak lebih mudah korang boleh juga membuat tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web di bawah atau terus sahaja meghubungi talian yang tertera. 
Nombor Telefon : 012- 2118246 / 016-2098623
Email : support@idamanvilla.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page