Segmen Bloglist & Blogwalking Sally Samsaiman

Assalamualaikum & Hello.
Jom lah join segmen Sally ni, mana tahu anda terpilih !

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Assalamualaikum & Hello.

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih
[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


Kebab Sedap !

Assalamualaikum & Hello.

Tiap kali pergi pasar malam, tak pernah aku tak blur nak beli makanan. Bila banyak sangat pilihan, memang jadi tak tahu pula nak makan apa, aku selalu macam tu. Pusing pasar malam tiga empat kali pun tak jumpa lagi makanan apa nak beli. Haaaa, memang kalau orang yang pergi pasar dengan aku kena banyak bersabar, sebab aku akan pusing satu pasar malam tu sampai aku puas hati. Kohkoh ;p Baru ni teman ibu pergi pasar malam,biasa kalau pergi dengan ibu tak ada maknanya nak pusing banyak kali. Pusing banyak kali kang, memang ibu sound lah aku. Hahahah. 
Kebab Sedap !
Bila dah tak tahu nak makan apa, kebab juga yang aku belinya. Kebab dekat sini sedap, isi tak kedekut,so banyak, murah pulak tu. Kalau dekat KL, jarang jarang nak jumpa yang macam ni :p
Kebab Sedap !
Gambar tak berapa nak berkualiti. Hahaha ! Tangan kanan pegang kebab, tangan kiri nak ambil gambar. Kalau kebab tu jatuh, tak tahu lah nak cakap apa. 
Kebab Sedap !
Ada yang suka makan kebab jugak? Kita geng ! 

Krik Krik

Assalamualaikum & Hello.

nakbebel

Balik Kampung

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni sempat balik kampung dua tiga hari duduk dengan nenek. Nenek asyik tanya aje bila Nani nak balik tido dekat kampung. Memang dah lama tak balik bermalam, kadang kadang balik pagi, petang balik semula rumah. Bila dah balik kampung macam macam lah nenek masakkan, dari pagi sampai malam ada je menu nak dibuatnya.
Nasi Lemak
Rindu pula nak makan nasi lemak ni. Sedap sangat. Bangun tido je, semerbak bau nasi lemak :p
Kuih Anak Dara Tiga Sebilik
Belajar buat kuih anak dara tiga sebilik dari nenek. Baru tahu rupanya kalau kuih yang kita kukus, nak tahu kuih tu dah masak ke belum, daun pisang tu dia terbuka macam dalam gambar tu
Kuih Anak Dara Tiga Sebilik
Puas hati dapat makan kuih sedap macam ni.
Berbakti kepada tanah
Baru lagi nenek Nani ni berkebun dekat belakang rumah. Berbakti pada tanah katanya. Macam macam sayur ditanamnya. 
Berbakti kepada tanah
Nenek cakap senang tanam macam ni, nak makan petik aje dekat belakang rumah. Tak payah nak pergi kedai dah beli sayur. Untung duduk kampung banyak ruang nak tanam sayur macam - macam. Kalau rumah Nani memang tak lah nak tanam macam ni, tanah pun sekangkang kera je. Hahahaha !



Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Assalamualaikum & Hello.

Jom ramai ramai join Giveaway Mommy Irra ni,mana tahu anda pemenang yang dicari !
Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh
klik SINI untuk join 

Giveaway Duit Saku Dari BBL



Giveaway Duit Saku Dari BBL

< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Resepi : Kek Butter 10 Minit !

Resepi Kek Butter Mudah 


Nani jumpa resepi ni dekat blog Namee Roslan, tengok bahan nak buat semua dah ada dekat rumah, apa lagi petang semalam masuk dapur membaking lah kita. Heheh. Dalam masa 10 minit dah siap semua tinggal nak bakar dalam oven aje. Haaa, memang mudah sangat kan nak buat kek butter ni. Nanti bila bila teringin nak makan, boleh lah try, test , cuba. Kohkoh :p

Bahan - Bahan :

  • Gula Kastor
  • Esen Vanilla
  • Tepung Gandum
  • Butter
  • Telur
  • Coklat Cardburry
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
Bahan bahan ni untuk anggaran dalam tiga biji cupcake. Nani buat dalam cuppies sebab rumah ni tak dek loyang. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
1) Masukkan sebiji telur, tiga sudu butter dan gula kastor dalam lima sudu(kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan lagi) Gaulkan semua sekali sampai sebati. Nani kacau guna senduk je sebab malas nak bawa keluar mixer. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
2) Kemudian masukkan tepung gandum dalam setengah gelas & sikit esen vanilla. Gaulkan semua sekali sampai sebati. Dah siap bancuhan kek butter !
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
3) Sebelum masukkan bancuhan tu, sapu minyak masak pada loyang atau cuppies supaya nanti kek tu senang nak dikeluarkan. Mula mula letaklah bancuhan tadi sedikit & dua ketul coklat cardburry. Lepas tu ambil lagi bancuhan kek tuang atas coklat cardburry. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
4) Last sekali, bakar lah kek ni dalam oven dalam 170 darjah 30 ke 40 minit macam tu. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
5) Ini lah hasil kek butter 10 minit air tangan daku. Hahaha. Buka aje oven semerbak bau kek. Nasib baik menjadi cubaan membuat kek semalam. Haaa memang kejap je kan nak buatnya, cuma nak bakar aje lah makan masa sikit. Kalau yang dah pro tu rasanya tak sampai 10 minit pun dah siap. 
6) Ini lah rupa kek butter ni dekat bahagian dalam. Selamat mencuba resepi yang mudah sangat ni :p Boleh jadikan minum petang juga. 







Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum & Hello.
Ini memang gulai paling feveret lah rasanya, tiap kali balik Pahang mesti ibu masak gulai ikan patin masak tempoyak. Kalau ibu tak masak pun Nani akan suruh ibu masak. Hehehe :p Duduk dekat KL jarang nak jumpa gulai macam ni yang betul betul sedap melainkan masak sendiri. Tapi sebab Nani ni geng geng bujang, duduk pulak hostel mana ada dapur, periuk semua nak masak. Lain lah kalau bawa secara harom. Hahaha ! Nak makan, cafe je lah yang ada dik non :p
Ikan Patin Masak Tempoyak
Phew ! Nani yang tengah buat entri ni pun kecur air liur tengok. Hahaha ! Makan dengan nasi panas panas tambah pulak ada ikan masin goreng, makan berpinggan pinggan rasanya. Nani suka hirup kuah gulai ni kalau makan. Masak lagi pedas lagi sedap. Anak jati Pahang kan, mesti lah makan pedas pedas. Bila dah lama tak balik Pahang, mesti mengidam nak makan gulai ni sangat sangat. Kahkah ! 

Pavlova Krim Tak Jadi !

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu Nani acah acah buat pavlova sebab tengok cara nak buat macam mudah. Ewah, mudah lah kalau yang memang dah pro buat kan. Lepas Google resepi, pagi esoknya tu terus pergi pasaraya beli bahan bahan nak buat. Semangat betul nak buat pavlova masa tu. Hahaha ! Nani ni jenis suka nak mencuba benda benda yang baru, kononnya ekstrem lah. Kalau menjadi lagi berganda seronok dia. Kalau tak jadi senyap senyap sudah :p
Bahan bahan nak buat pavlova ni tak banyak sangat, nak nak kalau jenis yang suka buat kek lagi lah barang barang ni semua dah ada dekat rumah kan. Masa pergi pasaraya hari tu, namapak Whipping Krim yang ni je, so beli lah mana yang ada. Tak tahu pulak ada jugak jenis dia. Sobss T_T
Nampak kan whippping krim tu cair. Makanya berhuhuhu lah Inani Hazwani dekat dapur masa tu. Hahaha. Kak Rara cakap lepas ni guna je krim yang dah ready made tu confirm menjadi. Hari tu ada juga kawan bagi tahu guna yang tu tapi Nani ni nak juga try buat sendiri. Sekali krim cair yang Nani buat. Haihh, sabor je lah :p Lepas ni ingat nak buat lagi guna krim yang dah siap. 
Gambar ni maringue tak nampak sebab Nani guna bekas cupcake. Hahaha ! Yang cuppies kertas tu ada yang saiz paling kecik tu je (standard orang buat biksut raya tu ) tak jadi lah nak beli. Nak pergi beli dekat kedai lain malas dah. So gunakan apa yang ada, lagi pun nak makan sendiri aje kan. 


Tip Mudah !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa dekat sini ada roomate ke housemate ke yang susah nak tutup alarm phone bila berbunyi boleh try tip yang ni, manalah tahu berkesan kan. Nani ni pun antara orang yang jarang dengar bila alarm phone berbunyi. Hahaha ! Sebelum tidur bukan main lagi set alarm, bila berbunyi dia boleh buat tak dengar je. Siap tarik selimut sambung tido lagi. Phew ! Biasanya kawan Nani yang bangun awal dia akan tutup kan alarm. Hahaha ! Kalau dia pun tak bangun lagi, dia akan kejutkan suruh tutup alarm. Haaa, punya dasyat bila nak bangun pagi kan :p 
Tip Mudah
Haaaa mudah je kan nak buat. Boleh lah pakat pakat buat lepas ni untuk kawan yang susah nak tutup alarm phone tu. Hahaha ! Nani kalau seharian tu memang penat sangat, lagi lah tak sedar alarm berbunyi. Kadang tu terus lupa nak set alarm bila penat sangat, letak je kepala atas bantal terus lena. Penyakit susah nak dengar alarm ni memang dari zaman sekolah lagi. Dasyat kan :p Tapi bukan lah hari hari tak dengar alarm, tu melampau sangat pulak ! Anyway, selamat mencuba tip mudah ni !

Magnum l White Almond

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni baca entri blog mekonie pasal aiskrim, terus Nani craving nak makan aiskrim Magnum White Almond ni hah. Petang tu dengar je bunyi motor abang aiskrim paddle pop, terus rembat tudung nak pergi beli. Hahaha ! Paling tak tahan, siap berlari keluar rumah takut terlepas. Tak pernah pernah Nani buat macam tu tapi sebab Magnum White Almond ni hah kemain gigih lagi aku kejar motor abang paddle pop. Nani tengok dekat "menu asikrim" tu tak dek, terus tanya dia, magnum yang baru ni tak dek jual eh? Terus abang tu bawa keluar Magnum White Almond tu. Terus bersinar mata, hahaha. 
Magnum l White Almond
Sebenarnya masa Nani berlari keluar nak tahan abang paddle pop tu tak bawa duit pun sekali. Hahaha. Sudahnya, Nani suruh abang tu tunggu kejap sebab nak ambil duit :p Kalau dah excited sangat memang semua benda dia lupa nak ambil.
Magnum l White Almond
Tak sia - sia beli sebab aiskrim ni memang sedap. Tapi satu je lah, manih leting bak kata Onie. Hahaha. Memang manis sikit aiskrim ni, Nani pun lepas makan terus nak air kosong. Korang dah cuba belum yang ni? Kalau belum cepat cepat cari dekat kedai yang berdekatan. Heheh. Tak pun, buat macam Nani :p
Fruttare l Strawberry & Banana Smoothie
Lepas ni misi membeli aiskrim ni pulak. Ada sesiapa yang dah rasa? 


Famous Amos l Hand Made Cookies

Assalamualaikum & Hello.
Dulu Nani tak pernah suka pun makan cookies ni sebab ingatkan tak sedap & ingatkan macam cookies dekat kedai biasa tu je. Biasalah mak cik ni suka sangat buat andaian sendiri sebelum rasa. Ada satu hari tu kawan Nani bawa cookies ni masa nak buat discussion, bila dah rasa terus jatuh cinta. Hahaha ! Dalam hati masa tu, "apasal aku tak pernah tahu cookies ni sedap gila walaupun mahal." Lepas dah rasa tu, tiap kali keluar mesti nak beli cookies ni. Pantang nampak outlets dia laju je kaki ni nak pergi. 
Famous Amos l Hand Made Cookies
Baru ni beli, Famous Amos ada buat diskaun sepanjang bulan ni kalau tak silap. Nani pun tak sure sampai berapa hari bulan, ke dah habis diskaunnya tu. Hahaha ! Murah lah sikit dari harga biasa, untuk 200 gram dapat RM18++ macam tu. Kalau tak, dalam RM21++ ke RM 23++ untuk 200 gram. 200 gram cookies ni sekejap je dah habis, nak pula makan waktu tengah tengok tv. 
Biasanya Nani beli cookies ni hari Jumaat sebab ada student's price. Kalau beli 200 gram punya tu dapat 20% extra cookies So, dapatlah banyak sikit dari beli hari biasa kan. Paling suka cookies dekat sini, double chocolate chip cookies. Siapa dekat sini suka makan famous amos juga, kita geng ! 


ps : Siapa tahu ig/web yang jual BUKU ONLINE & POSTAGE FREE tinggalkan komen kat bawah. TQ !

Kisah Ummi Yang Tabah

Assalamualaikum & Hello.
Tadi masa tengah scroll facebook terbaca satu kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Ainun Mardhiah. Kisah seorang ummi yang sangat tabah bila diuji oleh Allah dengan kematian suami beliau. Aku sendiri pernah diuji kehilangan orang yang paling dekat dengan diri aku, orang yang aku sayang bulan Jun hari tu. Aku pernah kongsikan entri kehilangan tu di sini, Masa tu rasa macam tak boleh nak terima hakikat yang dia dah pergi. Susah nak move on bila hari hari teringat yang dia dah tak dek. Tapi bila baca kisah ni,aku  rasa Ummi ini ada kekuatan yang luar biasa yang tak semua orang ada. 
Kisah Ummi Yang Tabah
Kisah Ummi Yang Tabah
Moga kita juga mampu jadi seperti Ummi ini saat diuji oleh Tuhan. 


Sarapan Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni terlebih rajin pulak nak buat sarapan sendiri, biasanya beli aje setiap hari. Cuti cuti ni rajin sikitlah nak cuba memasak macam macam. Tiga minggu cuti rugi kalau tak belajar memasak. Hahaha. Ilmu untuk survive diri dekat tempat orang nanti. Sebenarnya dari semalam lagi dah nak buat tapi sebab bahan tak berapa nak ada so kita tangguhkan dulu. Tapi yang kali ni, Nani tak berhajat pun nak kongsi resepi sebab terlampau senang sangat nak buat. Hahaha. Budak budak sekolah pun pandai buat ni, gitu. 
Sarapan
Tengok gambar pun dah tahu senang sangat nak buat kan. Hahaha. Baked beans tu memang sentiasa ada dalam peti ais sebab orang dalam rumah ni semua suka makan. Nani cuma buat telur hancur, goreng fries sikit + tabur garam, roti bakar dan yang paling istimewa sos lada hitam. Nani lagi suka kalau fries makan dengan sos lada hitam daripada sos cili tu. Sos lada hitam ni Nani beli yang dalam paket so bila nak makan bancuh dengan air, masak atas dapur tambah dengan tepung jagung sikit bagi pekat. Pehh, memang sedap. Ini lah jadinya bila dekat Pahang teringin nak makan makanan western macam ni. Dari pergi beli dekat kedai tak tahu sedap ke tidak, baik buat sendiri. Hikhik.

p/s : Siapa tahu kalau dari KTM Serdang nak pergi MAEPS kena ambil Rapid yang mana? 

Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum & Hello.
Sebelum balik Pahang hari tu, Nani singgah dekat NU Sentral semata mata nak makan tengah hari. Eheh ! Masa tu barang tak banyak boleh lah nak singgah sekejap, itu pun cari tempat makan dekat area bawah tu aje. Malas pulak nak naik atas (even guna escalator) cari tempat makan. NU Sentral tempat makan banyak dekat bahagian atas (termasuklah food court) 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Ini pun first time Nani makan dekat sini, selalunya pergi dekat food court tak pun tempat lain. Ingat nak masuk Waroeng Penyet tapi takut ramai sangat orang, sebab masa tu dah dekat lunch hour. Bukan apa, pernah sekali tu Nani pergi NU Sentral time lunch hour, semua tempat makan orang beratur. 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Apa yang menarik dekat restoran ni, kita boleh pilih nak nasi kukus yang macam mana. Ada nasi kukus lemak, nasi kukus putih (biasa), nasi kukus bunga telang, nasi kukus beras perang dengan nasi kukus pandan. Haaaa, tinggal pilih nak yang mana,
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah (RM 13.65)
Masa ni Nani cuma pilih nasi kukus putih, yang memang biasa tu. Portion dia memang besar, sebab Nani pun tak habis makan nasi. Ayam dia pun besar lepas tu ada telur sebiji dengan acar. 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Dekat sini bukan ada Nasi Kukus semata - mata, ada jugak menu yang lain macam nasi goreng, roti jala dengan mee. Jangan lupa terjah nanti !
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Nani suka tengok kerusi dekat sini, sebab lain daripada yang lain. Hahaha. Dah macam kerusi dekat Boat Noodle pun ada jugak Nani rasa. Haaa, tunggu apa lagi, lepas ni kalau ke NU Sentral jangan lupa try makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dekat sini. 



Thank You Abah & Ibu !

Assalamualaikum & Hello.
Bila balik Pahang, mesti macam macam ibu dengan abah nak bagi Nani makan. Hahaha. Kejap kejap kang tanya, nak makan apa? nak makan ini tak? Seronok betul sekali sekala balik ni, dilayan dan ditatang dengan penuh kasih sayang. Aiwah ! Makanya bila balik Pahang, tak payah lah kau berhajat nak diet segala bagai Nani, memang takkan menjadi. Kahkah. Tengok ibu masak sedap sedap rugi tak makan. Bukan selalu dapat makan sedap, nanti dah balik KL hari hari makan lauk beli. Huhu.
Thank You Abah & Ibu !
Hari tu masa balik Raya Haji, abah masak lamb chop untuk makan malam. Walaupun petang tu Nani dah makan pizza, memang kenyang sangat balik tu tengok ada lamb chop tak sampai hati nak menolah. Sedap sangat, daging tu pun lembut je abah masak. Memang secukup rasa lah. 
Thank You Abah & Ibu !
Bukan setakat ada lamb chop aje, siap ada coleslow lagi. Pehhh, makin power abah dari aku. Hahaha. Cuma abah tak buat kentang putar aje, kalau tak memang dah complete lah satu set lamb chop :p
Thank You Abah & Ibu !
Fries pun ada, jangan main main bila abah dah masak. Hahaha. 
Thank You Abah & Ibu !
Yang ni pulak ibu masak tadi, ikan keli goreng berlada, sambal tumis terus anggur dengan ikan masin. Pehhh, alhamdulillah kenyang. Bertambah tambah lagi makan nasi. Heheh. Terima kasih  abah & ibu selalu masak sedap sedap bila balik Pahang. 


Craving KFC !

Assalamualaikum & Hello.
Baru hari ni nak kembali fokus dengan blog, minggu lepas sebab busy dengan exam lepas tu dah balik rumah macam macam benda dia buat sampai hilang semangat nak taip entri. Hahaha. Ni cerita dah basi, kalau tak silap dua minggu lepas kot Nani pergi makan KFC ni. Eheh ! Mula mula niat memang nak pergi KFC yang dekat dengan universiti ni aje sekali terlajak sampai ke Mid Valley. Eleh, terlajak lah konon. Dah sampai Mid Valley, terus pergi KFC dekat bawah, sekali full house. Perut dah lapar sebab tak sarapan dari pagi sekali sampai dah full house. Sobs. 
KFC MID VALLEY
Dengan pasrah keluar KFC pergi makan aiskrim dulu, buat alas perut. Gitu. Ingatkan nak try makan aiskrim Jipangi yang orang cakap sedap sangat tu malangnya tak jumpa dekat bahagian mana. Hahaha. Hari tu dah tanya kak Ida Baharum  kat mana kedai tu tapi tetap tak jumpa. Bukan apa, masa Nani pergi tu hari Sabtu memang ramai gila orang nak jalan pun hilang mood. Huhu. 
KFC MID VALLEY
Finally, lepas siap solat zohor turun balik pergi KFC ada lah tempat kosong untuk duduk. Ehh sejak bila ada udang tiga ekor tu? Jeng Jeng Jeng. Ni KFC yang baru, Nani pun baru tahu masa tengah beratur nak beli. Hahaha. Sebab ada yang baru haruslah grab yang tu kan, ayam dua ketul, udang tiga ekor dengan air dalam RM 15++ Nani add on coleslow dengan extra cheese tu so total dalaM, RM 20 macam tu lah. Puas hati dapat makan KFC sebab dah lama craving :p


Cabaran7Hari l Perkara Wajib Buat Setiap Hari

Assalamualaikum & Hello.
Mula mula aku blank tak tahu nak letak yang mana sebab banyak snagat benda yang aku buat hari hari. Hahaha. Konon konon nak cakap dia busy sangat lah tu kan, sampai hari hari buat benda yang sama. Ekekeke. Macam biasa lah hari hari mesti makan, minum, pergi kelas, siapkan assignment bla bla bla. Itu kira memang jadi rutin harian lah. Tapi ada dua benda yang aku akan buat walaupun aku sibuk macam mana. Nak tahu apa dia, jom baca dekat bawah.
Cabaran7Hari l Perkara Wajib Buat Setiap Hari
Ni memang aktiviti yang aku selalu buat. Hahaha. Hari - hari mesti akan masuk semua akaun media sosial tu. Kadang kadang sementara tunggu lecturer masuk sempat lagi balas Whatssap orang lah tengok gambar orang dekat Instagram. Ehek. Busy macam mana sekali pun, tapi bila masuk bab media sosial ni mesti ada masa. Huhuhu T_T


Resepi : Fries Cheese Baked

Assalamualaikum & Hello.
Kali ni aku nak share resepi ala ala omputeh pulak. Resepi ni tersangatlah senang, sebab tu aku nak kongsi dekat dalam ni. Ewah ! Alah, resepi yang sebelum sebelum ni pun semuanya senang - senang. Kalau yang susah tu, aku pun malas nak buat. Kalau nak tahu resepi yang aku pernah masak, boleh tengok kat sidebar tu. Mana lah tahu dapat ilham nak masak apa nanti. Aku punya resepi sejak akhir - akhir ni memang banyak pasal cheese, sebab aku nak habiskan stok cheese yang dalam peti ni. Haha ! Panjang pulak membebel dia ni, jom baca resepi semudah ABC air tangan aku ni. Ekekeke !

Bahan - Bahan :

  • Fries ( beli dekat pasaraya )
  • Cheese
  • Cili kering yang dah siap dikisar
  • Garam

Cara - Caranya : 

Resepi Cik Manis
1) Mula mula sekali letak fries dalam try macam ni, kemudian masukkan dalam oven dan bakar dalam masa setengah jam dengan suhu dalam 200 darjah, api atas bawah.
Resepi Cik Manis
2) Kemudian panaskan minyak dan tumiskan cili kering tadi sampai pecah minyak. Senang cakap, sampai cili tu betul betul masak. Jangan lupa masukkan garam. 
Resepi Cik Manis
3) Fries yang dah siap dibakar tadi, keluarkan dan gaul dengan sebati bersama sambal cili kering yang kita masak tadi. 
Resepi Cik Manis
4) Seterusnya, taburkan cheese di atas fries tadi & masukkan dalam oven selama 15 minit.
Resepi Cik Manis
5) Untuk yang kali ni cheese jangan bakar sambil garing, nanti tak boleh nak tarik tarik. Hahaha. Bakar sampai dia dah cair leleh leleh tu, keluarkan dari oven dan sedia untuk dimakan.
Resepi Cik Manis
6) Ni pun macam dah tergaring sikit cheese nya, tapi still boleh tarik tarik lagi. Hahaha ! Selamat mencuba resepi yang ni. Kalau tak faham boleh tanya dekat bawah. In sha Allah nanti Nani balas. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page