Jalan Jalan Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Memandangkan semalam cuti public holiday dan kita orang pun tak ada plan nak berbuka dekat mana, itu yang rajin sikit nak jalan jalan bazaar Ramadhan. Dah dekat dua minggu puasa, baru semalam jejak bazaar Ramadhan. Nani pergi bazar Ramadhan dekat Wangsa Maju ni aje yang dekat dengan Stesen Lrt Wangsa Maju tu. Seksyen satu kalau tak silap Nani. Tak tahu lah sebab cuti ke apa, semalam ramai bebenor orang, nak berjalan pun siap boleh berlaga. Hahah! Bazaar dekat sini boleh tahan jugaklah panjang dia tu, letih hoi nak habiskan satu pusingan. Tambah pulak dengan ramai orang lagi, phew! Memang cerita dia lalu sekali aje lah, tak ada dah nak pusing sampai dua tiga kali lepas tu baru decide nak beli. Dengan manusia yang boleh tahan jugak ramai time tu, lagi lah rasa nak cepat aje balik. Nasib semalam cuaca tak panas sangat, kebetulan baru lepas hujan time tu. Lega sikitlah, kalau tak rasanya berpeluh jugaklah nak berjalan pusing bazar tu. Banyak sangat pilihan makanan yang ada, sampai tak tahu mana satu nak beli. Hahah! Dekat sini ada Roti John famous kot, kemain panjang orang beratur sampai cross laluan orang nak berjalan. Kalau Nani, rasanya tak gigih lah nak beratur panjang berjela macam tu. 
Mula mula niat asal pergi bazaar Ramadhan ni nak beli Tepung Pelita Paya Jaras tu aje, tiba tiba banyak pulak plastik bawa balik. Eheh. Itu yang tak suka sangat kalau pergi bazaar ni, ada aje benda yang dia nak beli. Hahah! Sebab puasa kan, semua nampak sedap aje. Kalau air tu jangan cakap, macam macam jenis ada. Sudahnya terbeli jugaklah dua tiga jenis kuih lain sama. Nasib baik semua sedap yang Nani beli semalam. Kalau tidak, ada jugaklah kot yang rasa menyesal beli banyak banyak lepas tu makan tak habis. Semalam ada jugak nampak ada orang jual ayam bakar tempayan. Terliur jugak tapi siapa pulak nak makan kalau beli setengah ekor ayam tu kan. Hahah! Kita orang bertiga aje pun, memang tak akan habis punya. Mungkin sama aje kot macam ayam bakar biasa, cuma yang ni dia bakar dalam tempayan. Itu aje lah kelainannya sikit. 
Hasil menapak dekat bazaar Rramadhan semalam. Tepung pelita tak sempat nak ambil gambar dia dah terlingkup dulu. Hahaha! Sebab Nani beli tepung pelita masa mula mula sampai, so memang dia terlingkup habis lah bila balik. Ada jugak beli laksa, nasi lemak apa semua. Overall yang Nani beli semalam okay lah, tak ada lah isu basi ke, ke apa ke. Cuma nasi lemak tu aje sambalnya manis sikit, Nani tak berapa suka sangat kalau sambal manis sangat ni. Nama pun sambal kan, kita expect pedas lah bukan manis. Heheh. Popia tu pun sedap jugak, patutlah ramai orang beratur dekat situ. Tapi beratur pun tak ada lah lama sangat pun. Sebekas popia basah tu tiga ringgit, boleh tahan. Hahah! Sekali sekala nak makan boleh lah nak beli. Korang pulak, dah jejak ke belum bazaar Ramadhan? 

Berhujung Minggu di Sungai Tua, Ulu Yam

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh dua bulan ni entry tak sampai sepuluh pun. Aiyoo 😆 Hari ni dah masuk hari ke 12 Ramadhan, dah busy buat persiapan Raya ke tu? Heheh. Bila scroll Instagram tengok ada yang shopping baju Raya lah, dah start buat biskut Raya lah, kemain lagi masing - masing. Nani selalunya seminggu dah nak dekat Raya nanti baru mood nak membaking tu datang. Sekarang misi utama nak balik berbuka dengan family dulu. Takzabaaar nak tunggu Khamis ni hah, nak balik Pahang, nak habiskan masa berbuka puasa & terawikh dengan family pulak. After two weeks, baru dapat balik. Actually nak share pasal benda lain dengan korang, tetiba masuk topik Ramadhan pulak kan. Hahah! Hari tu before puasa (tapi baru sekarang nak share) Nani ada lah pergi berkhelah dekat Sungai Tua, Ulu Yam. Rasa macam dah bertahun jugak tak pergi mandi sungai semua ni since banyak gila kes kencing tikus hari tu. Fobia okay, nak nak spesis yang selalu overthinking macam Nani ni. Hahah! Sekarang baru lah rasa macam dah kurang sikit dengar isu kencing tikus ni. First time datang sini so teruja dia lain macam sikit. Asyik duduk dekat area bandar aje, sekali sekala kena lah jugak back to nature kan. 
Sungai Tua, Ulu Yam
 Overall, sungai dekat sini bersih jugaklah, jernih dan air tak ada lah dalam mana sangat pun. Dah dapat berendam dalam air rasa tak nak balik dah. Eh? Hahah! Serius best gila, air pun sejuk aje. Suka lah, mungkin next time boleh repeat lagi. Cuma bab toilet tu Nani tak berkenan sangat. Kotor gila dan tak dijaga dengan baik pun padahal masuk sini kena bayar dua hengget sorang. Bukan lah nak berkira sangat kan dua ringgit tu tapi sayanglah sebab tempat ni ramai orang pergi, sungai pun cantik, bersih, sayang bila toilet tu tak dijaga dengan elok. Nani masuk, rasa nak keluar terus. Hahaha!

Sungai Tua, Ulu Yam
Bila dah berkhelah macam ni wajiblah ada aktiviti bakar bakar ayam. Heheh. Walaupun hari hujan time nak dekat dekat hujung tu, habis jugaklah dia orang membakar ayam. Iyee dia orang yang bakar, Nani tolong makan aje. Eh? 
Sungai Tua, Ulu Yam

Sungai Tua, Ulu Yam
Sekali sekala dapat spent time dekat tempat macam ni bila weekend memang syok habis. Lupa sekejap segala jenis timbunan kerja yang ada. Hahaha! By the way, Sungai Tua ni tak jauh mana pun kalau dari Gombak. Dalam 15 - 20 minit macam tu aje dah sampai. Kawasan dia luas jugaklah, ada jugak pondok dia orang sediakan. Cuma kalau datang lambat, alamatnya tak ada lah pondok apa semua. Hahah! Jambatan gantung pun hado dekat sini, boleh lah fefeeling macam dekat kampung sikit. Dekat sini macam susah sikit nak jumpa kedai makan, rasanya tak ada pun. Hahah! So nasihat aku, kalau nak datang berkhelah sini bawa makanan siap siap. Dekat kawasan parking kereta tu ada aje orang jual tapi burger dengan aiskrim aje lah. Hahah! So prepare siap siap, senang. Nak lagi best, angkut semua dapur masak dekat sana. Baru lah boleh fefeeling zaman camping time sekolah dulu. Gittew! Korang ada tak yang pernah sampai sini? 

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Lamanya rasa tak menulis blog betul betul. Hahah! Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keenam kita berpuasa. Rasanya tak terlambat lagi Nani nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak untuk korang semua 😊 Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ni. Dah masuk hari keenam puasa ni, dah mula lah perangai malas nak bangun bersahur. Hahah! Tak semangat betul rasa berbuka puasa dan bersahur sensorang dekat sini. Ikutkan hati ni, memang rasa naaak sangat balik Pahang berbuka dengan family. Lagi lagi bila tengok ibu masak lauk macam macam jenis. Selalunya tahun tahun sebelum ni, mesti munggu pertama Ramadhan tu Nani akan balik berbuka puasa dengan family. Tapi memandangkan hari tu dah balik seminggu time cuti PRU, takkan lah nak balik lagi kan. So kita berpuasa dekat sini lah nampaknya. Itu yang rasa syahdu semacam aje bila teringat family dekat rumah. Hahahah! Tak sabarnya rasa nak balik berbuka dengan family, tapi tu lah boleh tahan jugak lambatnya lagi 😆Sampai ke hari ni, Nani masih menahan diri daripada jejak mana mana bazaar Ramadhan. Heheh. Tak tahu lah sampai bila boleh bertahan, dah ada jugak ni kawan kawan yang ajak pergi. Bukan apa, takut terkawal nafsu nak membeli tu nanti kan. Hahah! 
Korang pulak macam mana bila dah masuk hari keenam puasa ni? Dah berapa kali pergi bazaar Ramadhan? Percayalah, sesedap mana pun lauk dekat bazaar tu, tetap jugak lauk yang ibu sendiri masak paling sedap. Seronok macam mana pun berbuka dengan kawan kawan, moment berbuka puasa dengan family tu jugak lah yang paling tak ternilai. Jeles betul mana yang duduk dekat dengan family ni tau, banyaaak sangat ruang dan berpeluang nak berbakti dengan orang tua. Pengorbanan duduk jauh ni, tu lah tak selalu boleh jenguk dia orang. Selalu Nani buat video call aje dengan abah dengan ibu, lepas dah letak, nangis sensorang sebba rindu. Hahah! Entah lah, rasa syahdu sangat  aje, mungkin sebab terkesan dengan pemergian ayahanda kawan Nani pagi semalam. Terkejut pun masih tak hilang lagi. Mudah mudahan ujian yang kita lalui bulan Ramadhan ni akan menguatkan lagi iman kita semua. 
Apa apa pun, jom lah kita manfaatkan sama sama keberkatan bulan Ramadhan ni. Masa ni lah nak tambah lagi amal yang kurang dekat mana mana tu. Mudah mudahan setiap amal yang kita buat akan diterima oleh Nya. Nani pun pesan dekat diri Nani jugak lah ni. Paling senang, doa lah selalu especially waktu sahur dan waktu nak berbuka tu. Ini antara waktu waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Mana lah tahu ada doa kita yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah. Kalau tak sekarang, mungkin esok atau akan datang. Mana lah kita tahu kan, yang penting doa dan buat lah sebanyak mana pun kebaikan sementara kita berada dalam bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia dari segala bulan ni.

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Assalamualaikum & Hello.
Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa
 klik SINI untuk join. Esok dah last day korang, so cecepat join okay! 
Mana lah tahu ada rezeki jadi salah seorang pemenang. 

Pengalaman Mendapatkan Rawatan di Klinik 1 Malaysia

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani ni sejenis yang ada alahan dengan ubat tau. Kira nya memang tak boleh lah nak makan ubat sebarangan aje tanpa nasihat doktor. Pernah lah dulu Nani balik dari satu program ni lepas tu selesema dengan demam teruk sampai tak larat langsung nak bangun. Disebabkan Nani ni malas sikit nak pergi hospital, telan aje lah ubat yang ada dekat rumah. Heheh. Memang ubat ubatan selalu lah ada dekat rumah ni. Tiba tiba bangun aje pagi esok tu, badan Nani jadi gatal gatal dan rasa tak selesa. Bahagian muka pulak habis naik bengkak sampai lain gila jadi muka Nani. Masa tu memang tak syak lagi lah, sah Nani ada allergic ubat, padahal ubat tu elok aje sebelum ni orang lain makan. Bila dah sampai bengkak muka macam tu, memang kena pergi jumpa doktor lah cerita dia. Memandangkan rumah Nani agak jauh sikit dengan hospital, so abah Nani bawa pergi Klinik 1 Malaysia, paling dekat. Seberang jalan aje klinik 1 Malaysia ni dengan rumah Nani. Untung jugak bila ada klinik dekat dengan rumah kita ni, kalau ada kecemasan mudah. 
Bila dah sampai klinik tu, memang terus lah dapat kan rawatan dengan doktor yang ada. Serius laju dan bagus sangat servis yang dia orang bagi. Siap tanya lagi sama ada nak inject atau pun bagi ubat makan untuk surutkan bengkak dekat muka tu. Hei, harus lah I pilih telan ubat kan daripada kena cucuk dengan jarum tu. Hahaha! Dasaar penakut! Tengok jarum tu pun dah rasa seram sejuk, ini kan pulak nak kena cucuk. Sejak daripada kejadian tu, bila demam ke apa ke, kalau tak serius sangat memang Nani pergi Klinik 1 Malaysia ni aje. Taubat jugak dah tak nak main telan aje ubat yang ada, takut tengok muka sendiri time bengkak tu. Dah lah dengan gatal lagi, phew! Doktor dekat Klinik 1 Malaysia tu pun siap pesa lagi, tak semua ubat yang orang lain makan sesuai dengan kita. Heheh. Baik doktor, lepas ni kalau sakit terus zasss saya pergi klinik. 

Apa yang Nani suka dengan Klinik 1 Malaysia ni sebab servis dia orang sangat bagus. Staff nurse, doktor pun friendly aje. Paaaling penting sekali murah sangat okay. Bayar seringgit aje korang untuk dapatkan rawatan dekat Klinik 1 Malaysia ni hah. Untuk rakyat marhaen macam kita ni, elok lah pergi klinik macam ni, sama aje layanannya macam yang swasta tu. Heheh. Banyak dah cawangan Klinik 1 Malaysia ni sekarang, korang boleh lah check it out mana yang paling dekat dengan rumah. Lagi lagi kalau korang tinggal dekat area yang agak jauh dengan hospital. Bukan apa, bila ada emergency nanti senang, dah tahu mana nak pergi. Orang kata, elok lah sediakan payung sebelum hujan. Korang pulak pernah dapatkan rawatan dekat Klinik 1Malaysia ni tak? 

Crunchy Brownies Sedap

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraaang! Apa khabar semua? Heheh. Baru ada masa nak update blog betul betul. Bulan lepas busy sangat sangat sampai kan sembilan entry aje sempat tulis. Hahah! Busy tambah dengan malas lagi memang macam tu lah jadinya. Sekejapnya dah masuk bulan lima, tinggal berapa minggu lagi nak puasa. Tak sabaaar! Tak sabar nak pergi terawikh, tak sabar nak berbuka puasa ramai ramai. Semua lah tak sabar, harapnya kita sempat sampai ke bulan Ramadhan. Actually harini Nani nak share dengan korang pasal Brownies Crunchy daripada #OvenMamakayrul ni. Korang boleh check it out hashtag tu dekat Facebook atau pun Instagram okay! Daan ni bukanlah entry berbayar ke apa, Nani memang nak share dengan korang sebab sedap sangat sangat. Ini masuk kali ketiga dah Nani order dengan kak Kayrul. Heheh. Sebab sedap lah Nani repeat order. Serius tak tipu! Korang suka makan brownies tak? Haa kalau korang sejenis yang suka makan brownies, wajibb try brownies crunchy ni pulak. Lagi sedaap okay daripada brownies yang biasa tu. Nani makan sebalang aje sorang tu. Hahahah! Hadap laptop sambil mengunyah memang tak sedar dah habis sebalang. Eh? 
Ini lah rupa brownies crunchy tu. Dalam sebalang ni ada dalam 45pcs macam tu. Sedaaap sangat korang sebab rangup ala ala biskut Raya tu. Tapi kalau tanya Nani memang tak lah kot nak hidang dekat orang sebab sedap sangat. Hahahah! Crunchy brownies ni pun tak manis sangat macam brownies biasa kita makan tu. Sedang elok lah pada Nani. 
Sebiji lah rupa brownies yang biasa tu cuma ni versi rangup dan ala ala cookies. Nani bagi jugak budak budak ni rasa, sampai dia orang pun terjebak sama nak beli. Hahahah! Jeles betul dengan orang yang terror baking macam kak Kayrul ni hah, semua yang dia buat sedap. Nani kalau bab baking ni kelaut sikit. Kalau jadi tu, memang tang tu jugak rasa nak buat sujud syukur tahu. Hahah!
Dulu Brownies Bites Nani order dengan kak Kayrul ni jugak. Lepas tu tengok ada 'baby baru' ni pulak. Order sebalang time harga promosi hari tu lepas tu rasa menyesal sebab tak cukup weh sebalang. Hahaha! Sedaaap sangat, memang lah tak cukup kan. Ahad baru ni Nani repeat lagi order, bukan sebalang tapi empat balang terus. Adik Nani lah dekat Pahang teringin jugak nak rasa sebab dia kata nampak sedap. Alang alang nak balik cuti PRU ni, boleh lah bawak balik Pahang bagi dia orang rasa. Korang kalau teringin nak makan brownies yang ada banyak versi ni boleh lah tempah dengan kak Kayrul ni hah. Check hashtag #OvenKayrul okay, macam macam lagi jenis kek yang ada. Nani tiap kali tengok mesti terliur. Hahaha! Setakat ni Nani dah rasa semua brownies yang kak Kayrul ni jual, semua sedap dan puas hati. Korang boleh lah try jugak, harga pun muraah sangat. Korang ada yang dah pernah try Crunchy Brownies ni? 

Sumbangan Nur Ramadhan Buat Golongan Yang Memerlukan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Berbaki lebih kurang dua minggu aje lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua sempat bertemu dengan Ramadhan kali ni. Nani dah mula rasa tak sabar nak pergi terawikh dan berbuka puasa ramai ramai nanti. Masa bulan Ramadhan ni jugak lah sebenarnya peluang untuk kita 'top up' amalan kita yang tak banyak mana sangat tu sebab pahala berganda ganda sangat. Rugi lah kan kalau kita tak manfaatkan sepenuhnya bulan yang paling mulia dari segala bulan ni. Tak sabaaarnya rasa! Tapi dalam kita tak sabar dan gembira nak sambut Ramadhan ni, jangan lah pulak kita lupa mereka yang kurang bernasib baik. Iye lah, tak semua orang senang kan, ada tu yang sampai terpaksa catu makanan untuk teruskan kehidupan dia orang. Sebak pulak rasa bila terfikir sebab Nani alhamdulillah setakat hari ni cukup lagi segala benda. 
Kadang kadang bila tengok dia orang punya struggle nak cari rezeki tu memang rasa kesian sangat. Tambah pulak bila kita ni duduk dekat bandar, memang kos sara hidup tu boleh dikatakan tinggi jugaklah. Kita mungkin tak rasa sangat sebab ada income yang stabil tapi untuk golongan macam asnaf, ibu tunggal semua ni memang besar sangat kesannya dekat diri dia orang. Jadinya sepanjang bulan Ramadhan ni, boleh lah kalau kita jugak sama sama tolong golongan yang memerlukan ni. Mudah mudahan dengan sumbangan kita yang tak seberapa tu boleh berikan sedikit kebahagiaan untuk dia orang. Macam yang kita tahu, amalan yang disarankan untuk kita buat tu bukan setakat solat, berpuasa aje tapi sedekah pun salah satu amalan yang dituntut dalam agama kita. Nani pun berpesan untuk diri sendiri jugaklah ni. 
Sumbangan Nur Ramadhan
SUMBANGAN NUR RAMADHAN 
Korang pernah dengar tentang Sumbangan Nur Ramadhan ni? Actually program Nur Ramadhan ni merupakan program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, golongan asnaf dan jugak ibu tunggal dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan. Setiap daripada golongan ni menerima sumbangan sebanyak RM 150 seorang daripada pihak MAIWP sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri nanti. Mungkin pada kita jumlah tu tak banyak mana tapi sekuarang kurangnya dapat meringankan beban mereka. Pada Nani, program ni antara salah satu inisiatif yang bagus oleh pihak MAIWP dan seharusnya dicontohi oleh kita semua jugak. 
Sumbangan Nur Ramadhan
Bukannya orang tertentu aje yang patut menjalankan tanggungjawab macam ni tapi kita jugak sesama Islam kena lah tolong saudara sendiri kan. Untuk pengetahuan korang jugak, Sumbangan Nur Ramadhan ni diadakan di 13 kawasan parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Dalam masa yang sama, pihak MAIWP juga turut memberikan sumbangan untuk menaik taraf masjid. Mudah mudahan dengan sumbangan ini akan dapat menggembirakan hati mereka semua. Kita pun boleh lah jugak sama sama tolong. Kalau tak mampu bagi dalam jumlah yang banyak, sikit pun tak apa. Sedekah ni bukan terletak pada jumlah nya tapi ikut ikhlas kita nak bagi banyak mana. Besar ganjarannya bila kita bersedekah. Semoga bulan Ramadhan ni akan memberikan sinar kebahagiaan buat mereka jugak. Jom korang kita sama sama bantu mana yang boleh.
Tidak akan berkurang harta yang diinfaq & disedekahkan dengan niat ikhlas kerana Allah
melainkan Allah akan melipat ganda kan lagi rezeki baginya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page