Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sedar tak sedar, lebih kurang sebulan lebih aje lagi kita nak masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia. Makin lama makin cepat kita puasa kan. Awak tu dah habis ke belum puasa ganti? Ehem. Bila bulan puasa ni selalunya paaaling susah sekali nak decide tempat untuk berbuka lah. Berbuka dekat rumah dengan family dan kawan kawan tu dah memang jadi satu ativiti wajib, tapi kadang kadang nak jugak ubah selera berbuka dekat luar. Betul tak? Kalau Nani mesti ada dua tiga kali berbuka dekat luar. Heheh. So hari ni Nani nak share salah satu cadangan tempat berbuka yang korang boleh pergi bulan Ramadhan nanti especially yang duduk dekat area Kuala Lumpur dan jugak Selangor. Kali ni Nani nak kongsikan menu berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. Untuk tahun ni, mereka menggunakan konsep Buffet Aneka Selera dengan menyediakan lebih daripada 30 jenis hidangan untuk kita nikmati. Senang cerita, kira memang berbaloi sangat sangat lah dengan harga yang kita bayar untuk berbukat dekat sana. Percayalah cakap Nani semua menu yang disediakan sedap sangat korangg! Nak nak kalau jenis peminat masakan kampung, memang wajib korang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang.
Buffet Aneka Selera di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ni akan bermula pada 16 May 2018 sehingga lah 14 June 2018. Waktu pulak macam biasa lah dari pukul 7 malam sehingga 10 malam. Dalam masa tiga jam, memang macam macam lah kita boleh nikmati, daripada hidangan utama sampai lah pencuci mulut. Heheh. 'Tapi nak pergi solat terawikh pulak, mana sempat nak makan lama lama dekat sana?' Iye Nani tahu semua orang nak kejar pergi terawikh, tapi korang jangan risau kalau berbuka dekat sini sebab pihak hotel memang menyediakan surau yang sangat selesa untuk kita solat. Kiranya lepas dah siap buat solat terawikh tu boleh sambung makan lagi sampai puas hati. Heheh. Jom tengok hidangan hidangan istimewa yang disediakan untuk bulan Ramadhan nanti.
Kambing Bakar & Nasi Arab
Menu yang wajib ada dan paling menjadi tumpuan ramai bila bulan Ramadhan. Hiks. Siapa peminat kambing bakar memang boleh gang dengan Nani. Istimewanya dekat Royale Chulan Bukit Bintang ni, kambing bakar ni disediakan bersama dengan nasi arab dan jugak dua jenis sos istimewa iaitu, sos black pepper dan jugak sos mushroom. Seriously, kambing bakar dekat sini lembut sangat dan juicy.
Ketupat Palas
Tak payah nak tunggu Raya, bulan Ramadhan nanti pun dah boleh jumpa ketupat palas kalau korang pilih untuk berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Daripada korang beli dekat luar dan belum tentu sedap tu, baik korang berbuka dekat sini memang dijamin puas hati.
Bukan setakat ketupat palas aje tau, lemang pun ada korangg! Dua dua lah sedap, cukup rasa santan apa semua. Makan pulak dengan tiga jenis serunding, memang tak pandang kiri kanan dah Nani. Hahah! I memang peminat lemang dengan ketupat palas okay tapi jarang nak jumpa yang sedap. Yang dekat sini memang kena dengan citarasa Nani. Recommended!
Pulut Kuning
Hidangan pulut kuning dekat sini memang dia orang sediakan panas panas tau dalam pengukus, memang sedap lah bila makan. Pulut pun lembut sangat, tak ada rasa mentah sikit pun. Bila makan pulut ni, tak lengkap lah kalau tak ada rendang. Nak tahu tak rendang apa yang istimewanya dekat sini? Haa jom tengok dekat bawah.
Rendang Itik
Jaraaaang sangat Nani jumpa ada rendang itik untuk Buffet Ramadhan ni. Heheh. Kira memang wow lah sebab dia orang ada menyediakan menu rendang itik untuk yang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Nani pun selama ni tak penah makan itik, tapi hari tu bila makan terus rasa suka pulak. Sedap jugak rupanya, lebih kurang macam ayam.
Gulai Kawah
Gulai kawah ni bukan setakat makan dengan pulut kuning aje sedap, makan dengan nasi putih pun boleh jadi tambah berpinggan pinggan. Hahah! Daging lembut, cukup rasa rempah kari dan memang ikut citarasa Melayu.
Nasi Hujan Panas
Lembut sangat nasi hujan panas dekat sini, tak tipuuu. Selain daripada nasi hujan panas, ada jugak nasi putih dan jugak nasi arab. Boleh lah nanti pilih nak makan yang mana satu. Kalau tanya Nani, memang Nani akan suruh makan semua sebab semua sedap macam kita makan dekat rumah.
Daging Dendeng
Menu daging dendeng dekat sini agak lain sikit daripada yang Nani selalu makan dan kelainan tu lah yang buat jadi lagi sedap. Ada rasa pedas pedas sikit dan jugak berempah.
Pajeri Nenas
Udang Masak Lemak Cili Api
Udang dekat sini boleh tahan jugak saiz dia, memang puas hati makan. Sedap dan recommended jugak untuk korang try!
Ayam Percik
Kerabu Taugeh
Selain daripada pelbagai pilihan menu masakan kampung, terdapat jugak macam macam jenis kerabu yang disediakan. Ada tu yang Nani tak pernah makan. Yang paling Nani suka kerabu dekat sini semuanya still rangup bila kita makan. Memang dia orang totally guna bahan bahan yang segar.
Kerabu Mangga
Terpaling sedap sampai Nani ulang alik dua tiga kali ambil ni. Hahaha! Tak payah makan dengan nasi pun dah sedap. Masam masam mangga tu campur dengan lobak, lada besar memang ngam sangat.
Kerabu Ayam
Sejujurnya ni first time Nani jumpa kerabu ayam, memang lain daripada yang lain. Selalunya yang kita makan kerabu seafood semua tu, tapi kali ni kerabu ayam. Untuk yang nak rasai kelainan, wajib try kerabu ayam ni tau!
Tak lengkaplah Buffet Ramadhan kalau tak ada pencuci mulut. Pencuci mulut aje dah ada macam macam jenis sampai rasa semua nak makan. Hahah! Sedap sedap pulak tu semua. Antara pencuci mulut yang terdapat di Royale Chulan Bukit Bintang, sagu gula melaka, cheese tart, kuih muih tradisional dan macam macam lagi lah. Biskut raya pun ada koranggg.
Sebut aje dessert apa yang korang nak, memang mostly ada lah dihidangkan dekat sini. Tempat hidangan dessert ni pun antara salah satu yang jadi tumpuan jugak bila berbuka puasa. Nani pun suka jugak sebab time ni lah nak rasa kuih kuih yang beraneka jenis tu kan.
Kuih Buah Gula Melaka
Pastries
Kuih Seri Muka
Memang macam macam jenis hidangan yang akan disediakan di Royale Chulan Bukit Bintang ni pada bulan Ramadhan nanti. Tak kira lah menu tradisional ke, western ke, semuanya ada disajikan.
Harga Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang:
RM 98.00 (Adult)
RM 60.00 (Children & Senior Citizen)
Tapi kalau korang booking awal, boleh dapatkan Special Ramadhan Promotion yang korang boleh jimat berganda ganda. Ada potongan sebanyak RM 20 untuk dewasa. So better book awal awal okay dan korang akan dapat potongan harga. Makanan dekat sini semua sedap, memang berbaloi lah dengan harga yang kita bayar untuk berbuka puasa dekat sini.
Memang macam macam jenis hidangan yang akan disediakan di Royale Chulan Bukit Bintang ni pada bulan Ramadhan nanti. Tak kira lah menu tradisional ke, western ke, semuanya ada disajikan.
Harga Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang:
RM 98.00 (Adult)
RM 60.00 (Children & Senior Citizen)
Tapi kalau korang booking awal, boleh dapatkan Special Ramadhan Promotion yang korang boleh jimat berganda ganda. Ada potongan sebanyak RM 20 untuk dewasa. So better book awal awal okay dan korang akan dapat potongan harga. Makanan dekat sini semua sedap, memang berbaloi lah dengan harga yang kita bayar untuk berbuka puasa dekat sini.
Untuk pengetahuan korang, Royale Chulan Bikit Bintang akan turut mengadakan Kempen Amal Ramadhan yang dipanggil Kad Ketupat (sebanyak RM 10.00) untuk anak anak yang kurang bernasib baik di Rumah Anak Yatim Shifa. Korang yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor memang wajib masukkan Royale Chulan Bukit Bintang ni dalam list untuk berbuka puasa bulan Ramadhan nanti. Hotel ni terletak berdekatan dengan Monorail Bukit Bintang dan Monorail Jalan Imbi. Memang mudah sangat. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh check it out dia orang punya website okay. Jangan lupa berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang nanti 😊
Website:
Contact Number:
+603-21479898
Alamat:
Royale Chulan Bukit Bintang
(also known as The Royale Bintang Kuala Lumpur)
17-21 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.