Pengalaman Baru

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani berpeluang ke sebuah sekolah dekat Hulu Selangor sana. Time tu tak berapa nak busy sangat, boleh lah nak join event dengan adik adik. Heheh. Dulu dulu Nani memang tak berapa nak ngam sangat lah dengan budak budak ni semua. Nani jenis cepat rasa geram lepas tu malas nak layan. Hahahahah! Teruk betul kan perangai sampai Nani pernah cakap dekat kawan macam mana lah eh nak ada anak sendiri kalau macam ni. Iye, aku sejenis manusia yang suka fikir jauh sangat ke depan. Hahah! Alah, korang pun macam tu juga kan? 😆 So apa yang Nani buat nak bagi hilang rasa yang 'bukan bukan' tu? Nani berani kan diri join mana mana event yang melibatkan budak budak. Mula mula dulu susah jugak nak biasakan diri, dah lah sedia tak berapa nak ngam dengan dia orang kan. Tapi lepas dah banyak kali pergi aktiviti dengan dia orang, lama lama Nani dah mula rasa selesa. Percayalalahhh bukan senang nak buang rasa tu, ambil masa jugaklah nak biasakan dengan diri tu. Bila buat benda yang kita tak berapa suka ni memang susah tapi itu aje lah satu satunya cara nak sesuaikan diri. Kalau tak, sampai bila bila lah wujud rasa 'bukan bukan' tu. 
Rindunyaa dengan adik adik dekat sana. Dia orang ni semua sejak daripada darjah empat lagi okay dah duduk asrama. Wowerzzz sangat rasanya. Serius kagum dengan adik adik ni semua, kecik kecik lagi dah belajar berdikari. Nani yang start dari form one duduk asrama ni pun menangis nak balik rumah dulu. Kahkah! Nasib baik survive jugak sampai form five. Iye lah, takkan nak buat perangai pulak kan, kesian lah dekat abah dengan ibu. Lepas tu habis form five, dapat sambung belajar pun jauh jugak dari rumah. Tak pernah keluar dari Pahang, so nya time tu memang nak tak nak kena lah jugak survive sorang sorang diri. Sebab tu lah Nani kagum dengan adik adik ni. Luar biasa betul semangat dia orang. 
Hari tu kebanyakkan nya semua program buat dekat surau dia orang. Cantik sangat okay surau dekat sini,siap ada aircond apa semua. Rasa nak duduk dalam tu sepanjang masa pun ada. Hahaha! Paling best makanan dekat dewan makan dia orang lah. Sedap, rasa macam air tangan ibu sendiri. Hiks. 
Cabaran nya bila dengan adik adik ni bila nak suruh dia orang senyap dan behave. Hahah! Biasalah kan budak budak, bila dengan kawan kawan bercakap 24 jam pun boleeeh. Bab tu lah penat sikit, lepas tu nak kena layan soalan dia orang yang macam macam versi tu. Heheh. Mungkin sebab ni lah kot dulu dulu tak berapa nak suka & ngam dengan dia orang. Eheh. Sekarang dah much much better, siap boleh duduk dan gelak ketawa dengan adik adik ni semua. Harapnya perasaan tu tak berubah lah dah sampai bila bila. 
Rasa macam dah lama gila tinggal aktiviti gotong royong ni semua. Hari tu memang penat jugaklah mengecat apa semua dengan adik adik ni. Balik tu, elok aje bas gerak terus lena masing masing. Hahaha! Paling best sekali sebab dapat imbau semula kenangan duduk asrama dulu dulu. Rasanya last time Nani tidur dalam dorm ramai ramai lepas tu bangun pukul lima pagi siap mandi apa semua, time form five dulu lah. Hari tu dapat buat balik semua tu, alah rindunyaa. Hahah! Wajib lah kan bangun awal, kalau tak malu lah dengan adik adik ni. Dia orang boleh buat, takkan kita tak boleh buat kan. Heheh. Apa apa pun satu lagi pengalaman baru dan manis yang akan dikenang sepanjang kehidupan ni. Jumpa lagi adik adik! 

14 comments:

  1. Dah namanya budak nak suruh diam tu macam pelik jew. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Itu lah pasal, kalau dengan budak budak ni benda tu lah paling susah nak control.

      Delete
  2. Wow kagum dengan adik2 ni darjah 4 dah duduk asrama. Bagus sangat2. Rindu pula zaman duduk asrama masa form 4 dulu nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann cik Su, power sangat ni darjah empat dah boleh berdikari, duduk asrama apa semua. Kagum!

      Delete
  3. hehehe dulu Cici cakap benda yg sama. siap cakap taknak anak lagi. sekali ha amek, Tuhan bagi tiap tiap tahun >,<

    syok nya, event apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan Nani dulu. Hahah! Pernah terfikir dapat sorang anak pun jadi lah. Lepas tu tak nak dah, punya lah kan tak suka. Sekarang tiba tiba dah jadi lain. Hahah! Ni event dekat Uni :)

      Delete
  4. Bagusnya kak nani join benda2 camni. Kalau saya entah boleh ke tak nak handle budak2 xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Eh dulu pun fikir macam tu lah jugak. Boleh ke tak entah nak handle bebudak ni kan, dah lah anak orang. Lama lama dah biasa okay aje :)

      Delete
  5. seronoknya aktiviti dengan bebudak tu..mesti riuh kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Jangan cakap lah yang tu kak El. Macam macam cerita nak bagitau kalau duduk dengan dia orang. Riuh! :)

      Delete
  6. Replies
    1. Seronok lah jugak cuma bila dah habis event tu fuhh penat dia. Hahaha!

      Delete
  7. Aktiviti dengan budak-budak mmg kadang tu mencabar betul..hahahaha...Sally pernah jadi part=time fasilitator dulu...mmg rasa nak jadi mak kau hijau je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Sally. Hahahah! Nani pun masa mula mula nak biasa kan diri dengan dia orang hampir hampir jugak bertukar jadi mak kau hijau.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page