Big Apple Donuts

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh seminggu lebih tak update blog langsung. Minggu lepas paaaaling busy, habis kelas petang sambung pulak dengan macam macam kerja lain yang nak kena buat malam tu. Kadang kadang ada meeting lagi yang nak kena pergi. Keluar pagi, malam baru jejak bilik. Serius penat gila sampai rasa nak menangis. Hahah! Blog pun terpaksa dianak tirikan sekejap. Bila buka pun sempat approve kan komen korang aje. Nani baca tau semua komen komen korang cuma tak sempat nak reply aje. InshaAllah Nani akan reply satu satu nanti okay. Ada siapa entah yang tanya soalan hari tu, pun Nani tak sempat nak jawab. Sorry sangat tauu :") Sebab minggu lepas busy sangat, baru ni Nani ke Kuantan jalan jalan. Eheh. Rasa tenang okay dapat pergi pantai apa semua, lupa sekejap segala macam jenis kerja tu. Sekali sekala kena jugak tenangkan diri dan jiwa Gituu. Panjang pulak mukadimmah hari ni. Kahkah! Back to the topic, donat yang paling jadi fav Nani haruslah Big Apple. Hari tu pernah try jugak rasa yang Krispy Kreme dekat Times Square tapi Nani tak berapa minat sangat lah. Sebab donat Krispy Kreme tak selembut Big Apple dan manis sikit. Tapi kalau harga rasanya lebih kurang aje dua dua ni. 
Big Apple Donuts
Makan sorang kan, beli sekotak yang ada dua ketul ni pun dah cukup. Eheh. Sekarang dah banyak donut yang macam ni ada jual, cuma sedap dengan tak aje plus kena dengan selera kita ke tidak. Setakat ni yang Nani selalu beli Big Apple lah. Selain daripada Big Apple, pernah try Krispy Kreme tapi pada Nani biasa biasa aje rasa dia. Tak tahu lah, mungkin tekak dah terbiasa dengan Big Apple aje kot. Hahah! Ada jugak lagi satu brand yang famous, J.CO tapi Nani tak pernah beli lagi. Nampak macam sedap jugak. Pernah tengok cawangan dia orang dekat Times Square. 
Big Apple Donuts
Flavour yang selalu Nani beli bila ke Big Apple. Banyak aje lagi flavour lain yang Nani suka tapi dua ni antara yang wajib beli. Heheh. Tiba tiba rasa nak cari Big Apple pulak. Hahah! Apeni sendiri yang buat entry, sendiri yang terliur 😆 Sekali sekala nak makan boleh lah kan, kalau hari hari pergi beli Big Apple, memang cari penyakit namanya. Even sekarang dah banyak donut yang topping macam macam ni, donut yang biasa tu jugak yang paling sedap. Cuma kena pandai cari lah, kalau beli yang jenis keras lepas tu kedekut gula tak jadi jugak. Hahah! Korang pulak suka donut yang original ke atau pun donut yang macam dekat Big Apple ni? 

14 comments:

  1. Hoho... Big Apple... Lama juga tak makannya... Hmmm...sedapnya pulak bila tengok gambar di Blog Nani ni.. Adeh... terliur pulak dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Lepas ni kena cari lah Illya. Sedap kan Big Apple ni. Hiks :)

      Delete
  2. huishhh.. mengancam betul.. Nurul pun suka donut tu ^^

    ReplyDelete
  3. Dua je ke?
    Kalau Mrs. A mesti beli yang size besar ialah mana cukup anak je dah 3 orang sorang nak dua campur mak pak dia lagi hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Makan sorang je Mrs. A dua pun jadilah. Kalau ramai ramau baru beli box yang besar tu.

      Delete
  4. kalau pergi Big Apple miza tak cari lain Alien Coklate jew jadi pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu pun sedap jugak kak Miza. Semua lah sedap dekat sini.

      Delete
  5. lama x makan donut mahal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Sekali sekala boleh lah kan kak El nak makan. Heheh.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page