Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni baru berpeluang nak kongsikan resepi double chocolate chip cookies yang Nani buat masa Raya hari tu. Kalau dah namanya Inani Hazwani, haruslah resepi tu semua mudah mudah dan sedap kan. Eh Nani pun malas kalau nak buat resepi yang payah payah tu hah. Bukan apa, takut tak jadi dah satu hal satu lagi nanti membazir sebab tak ada orang nak makan. Hahah ! Korang yang nak buat cookies nanti boleh lah gunakan resepi ni kalau nak. Heheh. Lepas ni makin rajin lah buat cookies ni, kalau nak beli Famous Amos memanjang memang boleh cepat kering duit poket. 
Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah
Ini lah hasil double chocolate chip cookies yang Nani buat hari tu. Rasa dia pahit pahit manis gitu sebab Nani ada tambahkan sekali serbuk koko. Ini pun baru pertama kali Nani buat cookies ni jadi tak ada lah resepi bergambar. Heheh. So, bahan bahan untuk buat cookies ni boleh tengok dekat bawah. Semua korang boleh beli dekat satu kedai aje.

BAHAN A : 

1. 1 cawan brown sugar (gula perang)
2. 1 cawan gula kastor
3. 1/2 cawan minyak masak
4. 1/2 cawan mentega
5. 1/2 sudu kecil esen vanilla
6. 1 sudu besar susu segar
7. Telur sebiji (gred apa pun tak kisah)

BAHAN B :

1. 3/4 cawan tepung gandum *
2. 3/4 cawan tepung jagung *
3. 3/4 cawan serbuk koko *
4. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1 cawan almond nib
6. 1 cawan chocolate chip 
Yang bertanda (*) perlu diayak terlebih dahulu sebelum dicampurkan sekali.

CARA - CARA :

1. Campurkan semua bahan A ke dalam mixer dan putarkan sehingga semua bahan bahan tadi sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit semua bahan yang telah diayak tadi (tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko) 
3. Bila semua dah bergaul sebati, masukkan chocolate chip dan almond nib tu tadi. Gaul lagi sehingga semua sebati dan menjadi doh.
4. Bila dah sebati, Nani masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 30 minit supaya nanti bila kita nak bentukkan senang dan bila kita bakar cookies kita ni akan kembang cantik aje.
5. Sementara tu, boleh lah panaskan oven dengan suhu 160 darjah dalam masa 20 minit macam tu. 
6. Selepas 30 minit, keluarkan daripada peti ais dan boleh lah bentukkan bulat bulat kecil dan susun di atas loyang. Jarakkan sedikit sebab nanti cookies ni akan mengembang,
7. Bakar dengan suhu 160 darjah dalam masa 15 ke 20 minit bergantung pada oven masing masing.
8. Bila dah siap dibakar jangan terus susun dalam bekas, biarkan cookies kita tu sejuk terlebih dahulu. Baru lah nanti cookies kita rangup bila dimakan. 

Ha senang aje kan nak buat cookies ni, masukkan aje semua dalam mixer lepas tu settle. Kalau korang malas nak bentukkan dengan tangan, beli aje scoop aiskrim yang kecil tu lagi senang. Ini resepi yang Nani tengok dekat facebook dan ada yang Nani dah ubah ikut citarasa sendiri. Sukatan gula tu boleh kurangkan lagi kalau korang tak nak manis sangat. Serbuk koko tu pun sama, boleh kurangkan kalau tak nak warna dia terlalu gelap. Selamat mencuba korang, kalau ada nak tanya apa apa boleh drop komen dekat bawah. Nani akan cuba balas satu per satu. 

24 comments:

  1. Nak kata senang sangat pun tak juga Nani
    Sebab kena teliti dan sabar juga nak buat sampai habis dan cantik macam tu..

    ReplyDelete
  2. wahh..sedapnye nani..bak mai sini sikit..hehe

    ReplyDelete
  3. bagusss tepuk tangan! sebab bleh geng dgn akak..kalau boleh nak resepi paling malas paling mudah didunia..hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Nak rasa air tgn nani...sebab akak selalu gitu kalau buat dessert ada je rasa kurenggg kt lidah sendiri...kalau orang buat...bertambah2 makan...hahhahahha

    ReplyDelete
  5. Aci suka ni... Sebab... Sama warna dgn kulit Aci.. Legam... ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Senang betul! Padanlah Nani rajin membuat. Akak ni bab-bab macam ni entah bilalah sampai seru terujanya nak membuat, Nani. Tapikan asal tengok resepi orang tempek, terus rasa nak save tau. Buatnya entah bila pun tak tahulah!

    ReplyDelete
  7. kena ade oven bru blh buat.. skrg takde oven lg.. huhu

    ReplyDelete
  8. Senang je kan sbnrnya..hahahaha...sally selalu buat yg choc chunks...suka makan coklat cecair tuu..hihihi

    ReplyDelete
  9. senang nya bt.... tp akak nih tau n rajin makan je nani hehehhehe

    ReplyDelete
  10. Simple jer resipi. Bley try nih.

    ReplyDelete
  11. wow.. sfera.. selalunya tgok jenis bulat leper je..

    ReplyDelete
  12. woohooo resepi dah up
    thanks adik

    ReplyDelete
  13. bab baking ni memang lemah takut fail langsung tak boleh makan :(

    p/s : Salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete
  14. Terbaik ni... hujung2 aidilfitri ni tengok makin berselera pulak... best!! :)

    ReplyDelete
  15. wah...boleh try...nampak sedapnya la hai...

    ReplyDelete
  16. Kak Inani ni kan ish. Suka betul lah buat orang terliur tauuu! Pos sikit mehhh haha.

    ReplyDelete
  17. wah. sdapnyaaa. rajinnya. xmampu jd serajin cam nani ni. hahah

    ReplyDelete
  18. jarang buat biskut, so rasanya kalau saya yg buat mcm tak menjadi jekot? huhu

    ReplyDelete
  19. rajinnya nani buat sekut. Akka mmg dha lama gile tak buat sekut2 ni. semua tunjuk hahaha

    ReplyDelete
  20. Rajinnya anak dara ni buat biskut :-)

    ReplyDelete
  21. Salam sis nani.. Kalau semua bahan dah campur tapi still lembik tak bole membentuk doh.. Perlu tambah atau lebihkan bahan apa ye? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sorry lambat reply. Selalu kalau doh still lembik tambahkan tepung gandum. Bila doh dah tak melekat dekat tangan, kira dah okay lah tu. Selamat mencuba!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page