Kaw Kaw Burger Bakar

Assalamualaikum & Hello.
Rasa macam dah lama betul tak update blog ni sejak dari minggu lepas. Hahah! Busy sangat dengan macam macam benda sekarang ni, tak sempat nak membebel dalam blog. Hari tu pun cuti, sempat balik Pahang sehari aje memandangkan ada banyak sangat kerja yang nak kena siapkan dekat sini. Jeles betul tengok orang lain pergi bercuti dengan family. Haih, tak sabar nak habis sem ni, lepas tu nak plan pergi bercuti lah. Dalam sibuk itu pun sempat lagi dia pergi makan dekat Kaw Kaw Burger Bakar. Hiks. Sebenarnya Nani dah lama sangat simpan niat nak pergi makan dekat sini. Dia orang ada banyak jugak cawangan, yang Nani pergi ni dekat Sunway Putra Mall (suka betul pergi mall ni sebab pilihan tempat makan banyak). Mula mula singgah sebab nak solat zohor aje, tapi sebab lapar, terus lah cari tempat makan. Heheh 😊
Kaw Kaw Burger Bakar
 Founder Kaw Kaw Burger Bakar ni Muslim tau, siap ada tulis lagi dekat banner tu tapi tak nampak pulak sebab dekat belah bawah. Ada banyak sangat pilihan burger, tinggal pilih aje mana yang tekak tu nak makan. Hahah! Nani mula mula ingat nak makan burger tapi bila nampak cheesy fries terus tukar menu. Next time nak datang lagi try burger dia orang pulak πŸ˜†
Kaw Kaw Burger Bakar
 Hari tu Nani tak baca semua pun menu dia orang, jadi jangan lah tanya apa lagi yang ada. Hahah! Sebab lapar sangat, tak ada mood nak pilih lama lama. Kalau yang dekat Sunwa Putra Mall ni, cawangan dia tak besar sangat. Best lepak dekat sini sebab tempat dia santai santai aje. Konsep mall ni pun, ala ala dekat street food gitu. Deko dia pun lain dari mall yang Nani pernah pergi. 
Kaw Kaw Burger Bakar
Cheesy fries dia sedap sangat sangat, cheese dia pun melimpah ruah hah. Tak kedekut langsung okay. Masa nak order tu, Nani tengok ada portion kecil & besar tapi sebab lapar sangat pilih lah yang besar. Harga dalam sembilan ringgit macam tu kalau tak silap Nani. Sekali bila dah sampai, terus rasa macam banyak lah pulak. Hahaha! Siapa suruh tamak lagi kan. Heh. Dah lah sorang diri, lepas tu order yang besar memang lah rasa banyak gila. Terus rasa menyesal tak order yang kecil aje. Serious rasa nak repeat lagi makan dekat sini nanti. Hari tu tengok dekat Wangsa Maju, seksyen 2 ada jugak Kaw Kaw Burger Bakar ni. Boleh lah try yang dekat situ pulak kan. Heheh 😁

Pengalaman ke Sekolah Anak Orang Asli

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu minggu lepas berpeluang ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol di Jenjarom untuk satu program dengan anak anak orang asli dekat sana. Sekolah ni memang semua nya daripada kalangan anak anak orang asli, pelajar pun tak sampai seratus orang kalau tak silap Nani. Mula mula nya Nani ingat ni sekolah agama sebab (A) tu selalu nya untuk agama, rupa rupanya untuk asli. Heheh. Ampunkan saya! Nervous jugak lah Nani sebab tak pernah lagi join program dengan anak anak orang asli ni kan. Nani dah lah sejujurnya tak berapa nak ngam dengan budak budak. Cuma dua tiga tahun ke belakang ni, Nani baru belajar nak interact & handle budak budak. Mungkin dah ada sikit perasaan mak mak tu. Hahahahahha! Serius tau, dulu dulu Nani tak boleh langsung masuk dengan budak budak kecik ni, lagi lagi kalau dia orang tantrum lepas tu menangis. Fuhhhh! 
 Kakak kakak mentor yang baik hati lagi penyayang. Ehem. Nani ajak dia orang ni join sekali, since weekend lepas macam tak ada apa sangat nak buat.  Assignment tu memang lah ada tapi tinggal lah sekejap kan. Bila lagi nak timba pengalaman macam ni πŸ˜‰

Masa awal awal sampai tu krik krik jugak lah dengan dia orang. Adik adik ni pun malu malu lagi, bila tanya soalan, sepatah aje yang dia jawab. Alahai dik. Tapi bila dah lama hah keluar semua perangai dia orang. Hahah! Adik adik dekat sini bukan lah yang macam selalu kita tengok dekat luar sana okay. Kadang kadang datang dia punya perangai hyper tu, mashaAllah. Tapi tu lah degil macam mana pun dia orang kena sabar sikit, tak boleh marah marah sebab dia orang sangat sensitif. 
Start daripada game yang first ni, baru lah nampak dia orang dah mula suka. Susah jugak rupanya nak handle adik adik ni. Hahah! Kena cakap berulang kali baru dia orang dengar kata. Memang senang cerita kalau buat program dengan dia orang, sabar tu kena up sikit lah dari biasa sebab tak boleh nak marah marah kan. Kalau nanti dia orang terasa ke apa, dia dah tak nak layan kita. Ada masa nya jugak, dia orang akan cakap direct terus apa yang dia tak suka. Haaa gitu. 
Adik adik dekat sekolah ni mungkin lambat sikit dari segi pembelajaran akademik tapi antara dia orang ni ada yang berbakat dan aktif bersukan. Hari tu ada cikgu dekat sini cerita dah dua tahun ada pelajar sekolah ni yang mewakili daerah untuk sukan bola baling. Kagum! 

Apa apa pun, terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima baik kehadiran kami. Adik adik yang sporting sangat, cikgu cikgu pun baik aje melayan. Dekat sekolah ni, tak ada pun yang darjah satu, mostly darjah lima dengan enam. Bila pergi sekolah anak anak orang asli ni, seboleh mungkin janganlah tanya soalan pasal agama. Sebab dia orang ni, ada yang beragama Islam, ada jugak yang tak ada agama. Kalau boleh, soalan soalan sensitif ni kena elakkan. 
Terlalu banyak benda baru yang Nani belajar lagi lagi bahasa dia orang. Ada lah sikit sikit adik adik ni ajar. Hahah! Seronok jugak sekali sekala kita cabar diri untuk buat sesuatu yang kita tak pernah buat walaupun penat sikit lepas tu. Nani salute sangat dengan cikgu cikgu yang berkhidmat dekat sekolah sekolah macam ni. Nani yang bersama dengan dia orang tak sampai separuh hari pun, balik tu terus pengsan. Hahahah! Patutlah tak terpilih masuk IPG kan πŸ˜†Sejujurnya, ini lah antara pengalaman yang paling manis dan berharga untuk dikenang di sepanjang perjalanan kehidupan. 

Boat Noodle M3 Mall

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni dengan gigihnya ajak kawan kawan pergi makan Boat Noodle dekat M3 Mall. Sebab teringin sangat nak makan, sanggup masing masing pergi walaupun badan penat sebab baru habis program. Hahah! Bab makan memang laju, tak ada siapa pun yang nak tolak πŸ˜† Nani baru first time masuk M3 Mall ni, tak sangka ada The Sore, MPH apa semua. Ingatkan mall biasa biasa aje. Heheh. Cumanya dekat sini macam tak ramai orang sangat (tak tahu lah kot waktu Nani pergi tu tak ramai kan). Kita orang siap makan dalam pukul 9.30 malam macam tu, ingat nak jalan jalan sekejap sekali banyak kedai dah tutup. Sebab kedai banyak tutup, siap makan terus balik. Hahah! Bagus lah, kalau tidak kang banyak pulak duit yang keluar. Dari niat nak makan makan je jadi lain pulak! Biasa lah perempuan. Ehem πŸ˜‰
Boat Noodle
Punya lah lama dah simpan niat nak lepak dekat Boat Noodle ni, Sabtu lepas baru dapat. Cuma Nani rasa sekarang, harga makanan dekat Boat Noodle ni macam dah naik sikit. Nasib baik makanan still sedap. Hahaha! Sekali sekala lepak dekat tempat macam ni, ok lah. Sebenarnya nak reward diri sendiri sebab dah berjaya siapkan dua assignment dalam seminggu. Fuhh!

Boat Noodle
Kali ni tak makan bermangkuk mangkuk pun mee sebab dalam kepala dah set siap siap nak makan Yum Mama (kerabu maggi). Sebab nya hari tu ada makan kerabu maggi orang jual dekat sini lepas tu tak cukup pulak. Hahah! Itu yang gigih kemain nak makan yang dekat Boat Noodle pulak.

Boat Noodle
Mula mula makan sesuap rasa tak pedas, lepas tu pergi tambah dua sudu cili flakes. Haaa terus rasa asap keluar dekat telinga. Hahah! Pedas weh, cili flakes dekat sini bukan macam dekat Domino's yang tak ada rasa pedas tu. Menyesal letak banyak banyak.

Boat Noodle
Side dish yang wajib order. Cuma baru ni makan macam tak sedap sangat, dah sejuk lepas tu tak crunchy. Huhu. Portion dia pun tak banyak sangat macam dulu.

Boat Noodle
Ini pun wajib jugak order sebab suka roti dia yang lembut tu (padahal boleh aje kalau nak buat sendiri dekat rumah). Hahah! Tak sama tu lah masalahnya. Nak jugaaak makan yang Boat Noodle punya. Akhirnya, tertunai jugak hasrat hati nak makan Boat Noodle sebab dah lama tak melepak dekat sini. Next time nak try menu baru dia orang yang Kraken Kari tu pulak. Bulan depan lah pulak kot. Tiap tiap minggu pergi Boat Noodle tak boleh jugak. Hahah! Apa menu feveret korang kalau makan dekat sini? 

Cuti Umum

Assalamualaikum & Hello.
Semalam tengok tengok kalendar, baru sedar tak lama dah nak cuti sempena Hari pertabalan Agong dengan Hari Pekerja. Nani tersangaaatlah laju bab bab cuti ni okay! Hahaha! Lagi lagi bila sekarang sibuk mengahadap bertimbun timbun kerja. Elok submit satu, datang lagi satu assignment. Semoga diberi kekuatan yang luar biasa lah nak hadap lagi enam assignments ni hah. Eh dalam sibuk sibuk pun sempat jugak cari masa sikit nak update entry. Tak sabar sebenarnya nak submit semua assignments ni supaya boleh bercuti dengan tenang nanti. Sebab ada dua minggu berturut turut weekend tu cuti lama sikit, terus otak laju laju fikir nak ke mana. Ingat cuti Pertabalan Agong nak balik Pahang sekejap, minggu lagi satu tu masih lagi merangka rangka nak ke mana. Sebenarnya bukan lah nak bercuti sangat pun, dapat lari sekejap daripada semua kerja ni dah ok. Kalau dapat pergi tempat yang ada pantai pun macam best ni. Eh? πŸ˜† Mungkin nak check in mana mana hotel aje, 
Sekarang lagi lah terasa nak berehat. Huhu. Physically & mentally totally drained. Tapi itu lah lumrah belajar kan, awalnya pahit insha Allah penghujungnya nanti akan ada kemanisan yang menanti. Selalu pegang pada kata kata ni bila rasa down tak pun rasa penat dengan macam macam kerja. Sikit aje lagi Nani, tak lama dah nak jumpa garisan penamat :")
Rindunya Langkawi. Hahah! Sesuatu sangat buat throwback tempat tempat pergi bercuti hari tu. Duit tabung tak penuh lagi kalau nak pergi bercuti, kena tunggu hujung tahun baru lah boleh plan nak jalan jalan jauh sikit. Heheh. Berjalan tempat orang ni memang best, lagi lagi kalau pergi dengan family tak pun kawan kawan. Fuh! Perasaan dia bila dapat pergi bercuti tu, macam dah tak ingat jalan nak balik. Hahaha! Korang pulak dah ada plan ke nak pergi mana cuti umum tak lama lagi ni? 😊 

Samyang | Sedap Sangat Ke?

Assalamualaikum & Hello.
Samyang ni dah lama sangat viral dekat Malaysia tapi baru baru ni terjebak nak makan. Dulu dah pernah lah rasa sekali, itu pun seurat tu aje. Hahah! Sebenarnya Nani tak suka sangat Samyang ni sebab dia punya maggi tu jenis yang kembang dan besar. Hari tu beli sebab kawan Nani jual. Mesti lah nak support sikit kan bisnes kawan. Beli sebungkus terus lah masak, itu pun tak habis okayy! Makan dua tiga sudu lepas tu bagi dekat orang lain. Tekak ni memang tak boleh terima sangat Samyang ni hah walaupun sana sini cakap dia sedap. Boleh tahan jugak lah pedas cuma kalau maggi dia tak kembang sangat, lagi sedap kot. Demand betul eh, makanan segera pun sibuk nak complain bagai. Hahaha! Setahu aku sekarang dah ada banyak jenis Samyang ni, cheese lah, lepas tu cool apa benda entah. Tak tahu sangat sebab tak berapa minat. 
 Kawan Nani siap bersungguh lagi cakap kalau makan sebungkus ni memang kenyang sampai ke malam. Sebab hari tu sebungkus ni pun tak mampu nak habiskan jadi nya tak tahu lah betul ke tidak kenyataan yang dia buat tu. Ehehe. Tapi sebungkus ni memang banyak pun, padanlah dengan harga dia kan. Kalau tak silap Nani lah, sepakat besar Samyang ni dalam RM25 kot. Fuhhhh! 
Setakat ni Nani pernah rasa yang original ni aje, yang lain lain tu tak pernah lagi. Roomate ni selalu jugak offer nak bagi rasa tapi laju laju aku tolak. Lol πŸ˜† Kalau dah tak minat tu memang tak boleh nak paksa paksa walaupun yang dia offer tu free of charge. Hari tu masa rasa yang mula mula dulu tak ada lah sampai berair mata. Mungkin sebab seurat je kan, apa lah sangat. Kali ni ambik, sampai merah bibir aku. Tapi pada Nani, maggi yang selalu makan tu jugak sedapnya. Tekak ni pun bukan boleh sangat terima makanan yang pelik pelik. Hahah! Korang dah pernah makan ke Samyang ni? Sedap ke tidak? 

Homemade Pizza

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni tersangatlah produktif okay, tiap hari ada discussion dari pagi sampai ke malam. Fuh! Dah rasa macam weekdays pun ada jugak. Bagus jugak bila sibuk dengan discussion ni, tak ada lah duit mengalir untuk benda yang tak berapa nak berfaedah tu. Hahah! Tapi tu lah bila sibuk sangat (termasuk lah weekend pun ada kerja) memang otak tu rasa berat betul. Pantang baring aje, terus terlena walaupun sekejap. Sebab tak keluar ke mana mana weekend baru ni, tak ada lah sangat cerita yang best nak kongsi dengan korang. Ingatkan nak keluar jugak pergi makan Pizza Hut tak pun Domino's tapi tak ada pulak masa yang sesuai. Tapi sebab tekak menggedik nak makan pizza, kita cari lah homemade pizza yang dekat cafe sini. Jangan lah korang fikir homemade pizza ni Nani yang buat. Memang dah serik rasanya nak buat lagi lepas tak menjadi hari tu. 
Taraaa! Walaupun tak setaraf Pizza Hut atau pun Domino's tapi sedap lah jugak Hawaiian Chicken ni. Makan pulak time tengah panas panas tu, memang layan. Sesekali makan homemade pizza kan, apa salahnya. Lagi sedaap dari Pizza Hut pun iye jugak Nani rasa, sebab dia punya pizza tu lembut sangaat. Ini yang rasa hari hari nak makan pizza dekat cafe. Kah! πŸ˜†
Lapan slices pizza ni cuma RM13. Standard lah kan harga macam tu, kongsi berdua lagi jimat. Kenyang sampai ke malam okay makan empat keping pizza hari tu. Mula mula dulu, asyik tengok aje orang beli sebab takut tak sedap. Sekali dah cuba, rasa nak repeat order pulak hari hari. Hahah! Time tengah busy dengan segala assignment yang bertimbun ni, tak ada masa sangat nak fikir makan dekat luar. Apa yang ada dalam uni ni, kita makan aje. Heheh. Korang pulak ke mana weekend baru ni? 

Giveaway Sunway Lagoon Ticket by Miamorzafirah

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Sunway Lagoon Ticket by Miamorzafirah
klik SINI untuk join 😊

Jom Bali di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni habis aje tengok movie Kimchi Untuk Awak, terus cari tempat nak makan dulu. Sebab tayangan movie tu awal tak sempat lah nak makan dulu sebelum masuk dalam wayang. Heheh. Mula mula Nani dah duduk dekat Teh Tarik Place tau lepas tu tengok tengok menu macam tak berapa nak best sangat, kita orang terus bangun cari tempat makan lain. Hahah! Payah betul bila bab nak makan ni. Nasib baik masa tu pelayan dia tak datang lagi nak ambil order. Jalan punya jalan, sudahnya Nani dengan kawan masuk ke Jom Bali. Dekat Jom Bali ni ada banyak sangat pilihan makanan, dari makanan melayu sampai lah ke western pun ada. Pilih aje mana yang tekak tu rasa nak makan. Heheh. Kalau sebelum tu tak tahu nak makan apa dekat Teh Tarik Place, ni dah masuk Jom Bali pun sama jugak tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat pilihan yang ada πŸ˜†
Jom Bali di Wangsa Walk
Jom Bali ni ada banyak sangat cawangan dia orang. Nani pun baru pertama kali makan dekat sini, sebelum sebelum ni lalu aje. 
Jom Bali di Wangsa Walk
 Mee rebus dekat sini sedap lah, kuah pekat sangat lepas tu siap ada daging lagi. Cuma kalau ada cili potong lagi layan. Semangkuk mee rebus ni kalau tak silap Nani dalam RM12.90 macam tu lah. Portion banyak sangat sampai tak terhabis hari tu. 
Jom Bali di Wangsa Walk
Kawan Nani pilih nasi lemak dengan kari ayam. Untuk yang ni, Nani tak ingat pulak berapa harganya. Sorry korang. Heheh. Kari ayam dia tu pun sedap jugak. Memang Nani puas hati lah menu dekat Jom Bali ni, lain kali boleh lah repeat lagi makan dekat sini. Kalau korang nak makan dekat Jom Bali di Wangsa Walk ni boleh cari dekat level bawah tu. Jom Bali ni dekat dengan Texas Chicken & Hokkaido Cheese Tart. Korang pernah makan dekat Jom Bali? 
p/s : Dah siap makan boleh pulak terserempak dengan Nazim Othman tengah busking dekat dengan Restoran Jom Bali ni hah πŸ˜‰ 

Tersalah Naik Tren!

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu nak ke Pulau Ketam, Nani dengan dua orang lagi kawan gerak ke sana pagi Sabtu lepas habis program universiti. Konon nya kali ni tak nak naik KTM dekat KL Sentral untuk ke Pelabuhan Klang, nak naik dekat Subang Jaya terus. Kita orang bertiga pun direct lah naik LRT dari Gombak terus ke Subang Jaya dan dekat sana tukar naik KTM. Naik LRT terus ke Subang Jaya sebab masing - masing cakap LRT laju sikit, kalau KTM nanti lambat. Sampai dekat Subang Jaya, tengok platform tu macam dah betul so turun lah dengan rileks rileks aje, sebab masa tu tak sedar lagi yang KTM dah ada. Bila dah separuh anak tangga, baru nampak ada ramai orang keluar dari KTM. Kita orang pun apa lagi, berlari lari lah nak kejar KTM tu. Faham aje lah kan, kalau dah terlepas satu train, next train tu nak kena tunggu lagi 45 minit. Fuh, lama kot kalau nak kena tunggu. 
Sumpah masa tu malu gila sebab ramai orang tengok kita orang berlari lari semata mata nak kejar train. Gigih gila kan sebab nak kejar train. Lepas tu elok aje kawan Nani dua orang tu dah masuk dalam KTM, terus pintu train tu tertutup. Nani pulak tak sempat nak masuk lagi weh time tu. Dalam kepala satu aje "aku nak kena tunggu train lain." Sekali ada makcik tu dia jerit "dik, cepat tekan butang tu!" Hahahah! Kalau ingat balik benda ni memang gelak sakan. Memang buat drama betul lah πŸ˜† Dan mujurlah pintu tu terbuka, terus laju laju masuk lepas tu guess what?! Ramai gila orang pandang. Pffft! Elok train dah gerak, terus jalan cari coach wanita. Tak sanggup nak jadi perhatian orang. Kah!
Lepas tu dah masuk coach wanita still lagi gelak gelak sebab teringat drama sebabak yang kita orang bertiga buat. Dengan dia orang berdua masa tu gigih nak halang pintu train tu tertutup. Lol πŸ˜† Pintu tu automatik memang tak lah nak halang pulak kan. Hahahhaha! Adoi. Dah lama train bergerak, tiba tiba kawan Nani cakap "apesal train ni ke belakang balik?" Masa tu dah lepas dua stesen baru sedar yang kita orang tersalah platform. Bayangkan, dah lah buat drama sebabak sebelum tu tiba tiba tersalah naik train pulak. Kita orang pun tukar lah platform dekat mana entah masa tu. Dah turun, sekali lagi berlari lari nak kejar train yang dah sampai dekat platform sebelah sana. Kali ni tak ada lah dah buat drama sebabak sebab masing - masing sempat masuk dalam train. Hahah! 
Rasa macam 'mencabar' betul naik KTM kali ni. Hahah! Dengan berlari lari lagi dekat Stesen KTM, memang dah macam pergi merentas desa pulak πŸ˜† Tak pernah pernah buat kerja macam ni hah, tapi gara gara tersilap platform terus jadi entah apa - apa. Nasib baik tak drag banyak sangat masa sebab tiap kali sampai Stesen KTM tu, terus ada train (cumanya tersilap naik aje. Lol). Tak tahu lah apa masalah hari tu, tak nampak platform ke apa entah tiba tiba aje pergi salah naik. Nasib baik sedar awal tersalah naik KTM, kalau tak sia - sia oi patah balik ke belakang. Hahah! Alhamdulillah selamat jugak sampai ke Pulau Ketam tengah hari tu walaupun macam macam hal jadi. Korang pernah ke tersilap naik KTM atau LRT? πŸ˜€




Segmen Blogwalking Janji Kita

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Janji Kita
klik SINI untuk join 😊

Pengalaman ke Pulau Ketam

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu lepas kosongkan jadual semata mata nak join program bersama adik adik di Akademi Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam. Ikutkan ini dah kali kedua Nani jejakkan kaki ke sana tapi perasan teruja tu tetap jugak sama. Alhamdulillah setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar sepanjang tiga hari berkampung dekat sana. Nani ke sana Sabtu pagi sebab Jumaat tu ada beberapa urusan yang nak kena settle kan dulu. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang aje, tak jauh mana pun. Dekat sini kebanyakkan penduduk nya Muallaf. Kalau nak cari kedai makan halal pun agak susah lah, kalau korang nak ke sini eloknya dah bawa siap siap stok makanan sendiri. Hehe. Ramai jugak Nani tengok orang datang ke Pulau Ketam ni nak jalan jalan. Mungkin sebab dekat kot.
Untuk ke Pulau Ketam ni, boleh menggunakan feri atau pun speed boat. Kita orang hari tu naik feri, RM 10 seorang untuk one way. Feri nak ke Pulau Ketam ni pun dah makin cantik dan selesa lah sekarang. Heheh. Dulu masa mula mula Nani pergi tak ada lagi feri yang ni. 
Hampir hampir tak jadi pergi sebab kekangan masa tapi memandangkan dah setuju untuk jadi sebahagian daripada komiti, cuba jugak untuk ke sana. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Sepanjang tiga hari dekat sana, kiterang menginap di Pulau Ketam Inn. Gambar bilik tak ada pulak nak tunjuk, Nani pun datang dah hari Sabtu, faham faham lah keadaan bilik dah macam mana. Hahah! Tapi selesa lah duduk hotel tu, bilik luas sampai boleh muat enam orang. 
 Memang syok lah kalau dapat tengok view macam ni hari hari. Rasa tenang sangat okay duduk dekat sana sebab tak ada pencemaran bunyi langsung. Dekat Pulau Ketam ni, dia orang cuma guna basikal aje nak ke mana - mana so tak ada lah bunyi bising - bising apa semua. Motor pun ada jugak tapi dia orang guna bateri bukan minyak macam kita. Heheh. 
Antara komiti yang terlibat untuk menjayakan program dengan adik adik di Maahad Tahfiz Mandarin baru ni. Seronok dapat bekerja dengan team ni, masing - masing perangai masuk air jugak πŸ˜†
 Pusat Tahfiz Mandarin ni baru aje dibuka, start bulan satu hari tu. Seronok lah tengok adik adik dekat sini, ada tu yang dah hafal sampai lapan juzuk ayat Al - Quran. Mula mula Nani ingat dia orang ni semua duduk sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor aje, rupanya ada jugak dari Kelantan, Perak. Kecil kecil lagi dah pandai berdikari, kagumnya dengan dia orang. 
Nani pun hari tu sampai dah Sabtu tengah hari, banyak jugak lah slot yang dah terlepas. Dekat sini memang semua pelajar lelaki aje dan selain menghafal ayat Quran, dia orang belajar jugak bahasa Mandarin & mengaji kitab. 



Hari terakhir dekat sana, adik adik ni tak bagi kita orang balik. Hahah! Siap suruh sambung lagi buat program dengan dia orang lagi dua tiga hari. Alahai dik, kalau kami tak ada komitmen lain memang boleh sangat nak sambung. InshaAllah next time kami datang lagi buat program. Moga dengan setiap perkongsian hari tu memberi manfaat buat kalian dan menjadi saksi untuk kebaikan yang kita lakukan. Doakan adik adik ni dipermudahkan urusan mereka untuk menjadi huffaz 😊
 Bebel apa entah dekat depan tu. Hahah! Rasa kerdil sangat dikelilingi adik adik ni. Moga satu hari nanti dapat jugak merasa peluang untuk menghafal sekurang kurangnya satu juzuk Al Quran seperti adik adik di Akademi Tahfiz ini.  

Finally we did it guys! Moga dengan setiap perkongsian baru baru ni menjadi saksi di atas kebaikan yang kita lakukan. Jarang jarang join program yang komiti lelaki lagi ramai daripada perempuan. Hahah! Masing - masing berbeza kos tapi boleh bersatu dalam program ni. Jumpa lagi next time! Walaupun dalam satu universiti yang sama, kadang kadang berselisih pun tak pernah. 


Lepak di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni habis aje program dekat Pulau Ketam, masing - masing ajak lepak dulu dekat NU Sentral. Nani sebenarnya dah lama tak jalan jalan sana, tiba tiba masuk rasa macam banyak pulak tempat makan baru dan best untuk dicuba. Hahah! Lepas ni boleh lah ke NU Sentral lagi buat edisi jalan jalan cari makan pulak. Eh? Memang selalu nya datang sini pergi makan aje tak pun cari buku dekat MPH. Hari tu Nani lepak dekat Kenny Rogers Roasters dengan dia orang ni, walaupun sebenarnya mula mula tu nak makan dekat Chicken Rice Shop 😏 Memang kalau keluar ramai ramai macam ni, tempat makan lah yang paling susah sekali nak decide. Hahaha! Dah faham sangat dah perangai semua orang macam mana. Nani selalunya lepak Kenny Rogers ni bila ada buy 1 free 1 tu je sebab jimat dan berbaloi. πŸ˜†
Kalau yang selalu singgah sini, mesti dah selalu nampak muka muka dia orang ni dalam entry sebelum ni. Antara yang paling dekat dengan hati, kenal pun dari zaman asasi lagi, memang bond tu kuat macam dah satu family walaupun tak ada pertalian darah. Heheh. Thank you belanja makan dekat Kenny Rogers, terharu betul sesekali ada orang nak belanja ni. 
Tu eyebag berkilo kilo nak bawak pergi mana entah. Hahah! Sejujurnya minggu lepas Nani rasa paling hectic sampai kan tiap malam berjaga. Ini pun ada lagi enam assignment nak kena siapkan. Nasib baik due date lambat lagi, boleh lah weekend baru ni letak tepi dulu semua tu dan fokuskan dekat program dengan adik adik tahfiz di Pulau Ketam. 
Hari tu macam tak tahu sangat nak makan apa, sudah nya Rollie's Bowl ni jadi pilihan. Portion yang ni memang kecil, so kalau masa tu tengah lapar sangat not recommend untuk order yang ni. Heheh. First time makan mac & cheese dekat Kenny Rogers dan rasa dia pada Nani sedap lah jugak. Nani teringin nak buat mac & cheese macam ni dekat rumah tapi selalu tak menjadi. I don't know why, semua resepi mac & cheese yang Nani try satu pun tak menjadi. Hahah! Sis dah pasrah tak pandai buat mac & cheese sendiri. 
Konon hari tu nak tengok aje cerita apa yang tayang dekat wayang sekarang ni, sekali masuk jugak tengok movie Life. Sebenarnya nak tengok Baby Boss tapi tiket sold out semua. Biasalah kan weekend tambah pulak kalau beli 10 minit sebelum movie start, jangan mimpi lah ada tiket available lagi. Tapi Life ni pun not bad jugak story dia, pasal angkasa apa semua cuma ending dia tergantung. Nani rasa nanti ada yang kedua pulak. Korang kalau suka movie yang thriller sikit boleh lah tengok movie ni. Oh ya, dekat GSC ni ada surau rupanya. Nani pun baru tahu. Hehe. Hari tu movie start 6.30 petang, kalau nak tunggu habis movie baru nak solat memang dah terlepas waktu lah cerita dia. 
Memang kalau lepak dengan team ni, tak pernah sekejap. Plan asal nak pergi makan aje tiba tiba bukan setakat makan, siap tengok wayang + shopping dekat Brand Outlets lagi. Dari kononnya nak balik sebelum maghrib, pukul 10 jugak baru sampai bilik. Hahah! Korang pulak ke mana weekend baru ni? 😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page