Seminggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas seminggu berkampung dekat Pahang dan kebetulan sangat kali ni midsem break sama dengan cuti sekolah. Meriah sikitlah rumah sebab cuti sekolah kan, kalau tidak memang sampai tak tahu nak buat apa walaupun tengah cuti. Tapi kali ni cuti nan hado nya nak relax sangat, assignment bertimbun sampai semua kena angkut bawa balik rumah. Nangis dalam hati. Hahah! Blog ni pun terabai sungguh bulan ni, 11 entry aje mampu buat. Itu pun dah curi curi masa yang ada. Nak jalan jalan singgah blog korang pun tak sempat. Kadang kadang sebelum tidur sempat lah singgah satu dua blog lepas tu kelaut. Bila tengah sibuk macam ni, memang susah nak maintain update blog hari hari. Eh macam dah jauh sangat tersasar dari tajuk dekat atas tu. Hahah! 😆 
 Seminggu cuti hari tu, macam macam yang ibu masak. Biasalah ibu pun bercuti jugak dari mendidik dan mengajar anak bangsa, jadinya meriah sikitlah menu. Hari hari breakfast makanan berat. Nikmat sangat okay lagi lagi bila ibu sendiri yang masak 😊
Kuih badak berendam. Baru ni ibu Nani beli gula kabung konon nak buat stok untuk bulan puasa nanti, sekali dah guna jugak baru ni hah. Hahah! Kuih ni memang selalu sangat lah ibu buat sebab kalau beli selalu tak kena dengan citarasa sendiri. Biasalah, air tangan ibu jugak yang sedap kan. 
 Hari tu jalan jalan pasar malam, terjumpa mak cik yang jual jambu air ni. Memang tak fikir banyak kali dah, terus aje beli. Hahah! Dulu dulu ada pokok boleh lah tunggu berbuah, ini pukok pun dah tak ada, kena lah beli. Jarang jugak dah sekarang nak jumpa orang jual buah jambu air ni. Selalu kalau dekat pasar malam kampung ada lah. Nanai beli satu plastik baru dua ringgit. Muraaah!
 Nasi kerabu daging bakar. Tiap kali balik Pahang, mesti ada aje hari yang breakfast nasi kerabu. Heheh. 
Sempat jugaklah hari tu buat ayam panggang versi campak campak. Resepi boleh tengok dekat SINI. Memang mudah sangat nak buat, yang penting kena rajin aje. Heheh. Seminggu bercuti pun Nani tak sempat nak ke mana mana sangat. Banyak habiskan masa dekat rumah, lepas tu balik kampung sekejap tengok nenek Nani yang tak berapa sihat. Korang ke mana cuti sekolah baru ni? 
p/s : Esok dah masuk 1 April pun, kejap je masa berlalu. 


Resepi Ayam Panggang Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni balik Pahang, memang rasa macam macam nak masak. Biasalah kalau dekat sini memang jemu hari hari hadap makanan dekat cafe. Kadang kadang sampai tak tahu nak makan lauk apa sebab hari hari lauk yang sama. Sekali sekala dapat balik Pahang, mesti lah rajin sikit nak memasak tu kan. Masak yang simple simple boleh lah, kalau yang complicated tu fikir banyak kali jugak nak try buat. Eh? Dah alang alang ada resepi yang simple macam ni, Nani nak lah jugak kongsikan dengan korang. Mana lah tahu ada yang nak try buat pulak kan dekat rumah. Jangan risau, resepi yang Nani nak kongsikan ni memang semua bahan bahan dia senang nak cari. Entah entah memang dah ada dekat dapur korang kan. Dapur bujang, haruslah resepi pun senang. Asal perut kenyang, hati senang, settle kerja. Tak gitu? 😆
Resepi Ayam Panggang Mudah
Mula mula sekali kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, garam dengan sedikit kunyit. Kunyit tu ikutlah nak guna kunyit hidup atau pun yang serbuk, Nani lagi suka guna yang serbuk. Lepas tu lumurkan lah dekat atas ayam tu. Dah siap, lumur kukus dalam 30 minit ke 45 minit. Tak nak kukus dulu pun takpe. Ibu Nani dia suruh kukus supaya nanti bila dah half-cook tak payah lama sangat kita panggang atau pun goreng. Terpulang mana yang korang suka. Masak ni kenal chill chill. Ehehe.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Siap kukus, bagi lah ayam tu sejuk sikit lepas tu masukkan dalam oven tak pun panaskan minyak dan goreng. Kalau nak panggang dalam oven dalam 30 minit macam tu aje lepas tu dah siap. Jangan lama lama nanti ayam tu kering sangat tak sedap jugak. Kalau tak ada oven, boleh lah goreng aje sampai garing sikit. Settle bab ayam, jom buat gravy untuk ayam ni pulak.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Untuk gravy, cairkan butter dalam dua sudu, masukkan sedikit susu cair, sos tiram, sos lada hitam, garam, air dan serbuk lada hitam. Kacau sampai mendidih, lepas tu masukkan sedikit tepung jagung sebab nak bagi gravy tu pekat. Dah siap masak gravy boleh lah lumurkan gravy tu dekat atas ayam yang dah dipanggang dengan sempurna tadi. Haaa, kalau rajin sikit boleh lah letak sayur sebagai hiasan. Hahah! Mudah sangat kan, so kalau korang tak tahu dah nak masak apa tu boleh lah try buat ayam panggang ni dekat rumah. Seekor ayam ni boleh lah makan untuk lima ke enam orang. Kalau geng geng bujang memang sekejap aje habis seekor ayam ni 😆 Selamat mencuba!

Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang tentang sebuah Akademi Tahfiz Mandarin yang terletak di Pulau Ketam. Nani difahamkan Akademi Tahfiz ini baru sahaja dibuka dan jumlah pelajar yang ada setakat ini pun hanyalah dalam 34 orang (linkungan umur 8 ke 16 tahun). Buat masa sekarang ni, Akademi Tahfiz Mandarin ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja. InshaAllah kalau tak ada apa apa halangan Nani sendiri akan ke Akademi Tahfiz ni minggu depan untuk bertemu dengan adik adik dekat sana. Kalau berkesempatan, Nani akan kongsikan lagi keadaan dekat sana macam mana 😊 Teruja okay nak ke sana, sebab nak tengok sendiri macam mana cara dia orang belajar dan menghafal Al - Quran. Untung sangat, kecil kecil lagi dah boleh menghafal ayat Al Quran. 
 Ini antara orang orang kuat yang menguruskan Akademi Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam ni. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang. Untuk ke sana, boleh menaiki feri dalam setengah jam macam tu. Dulu dah berpeluang ke sana sekali, tapi masa tu Akademi Tahfiz ni belum ada lagi. 
 Sebahagian daripada adik adik yang menuntuk ilmu dan menghafal Al Quran di Akademi Tahfiz Mandarin. Ini ketik taklimat bersama ibu bapa/ penjaga di Balai Islam. 

Dekat Pulau Ketam ni, masjid atau pun surau dia orang panggil Balai Islam. So, kalau ke sana jangan tanya mana masjid atau surau sebab nanti dia orang tak faham. Nani pun dulu mula mula ke sana blur jugak lah. Heheh. Iya lah kan sebab kita jarang jarang guna istilah Balai Islam. 


 Perpustakaan mini yang akan menempatkan buku buku dan kitab rujukan untuk adik adik di sini. Memandangkan Akademi Tahfiz ni masih baru, jadi nya tak banyak lagi buku buku yang diletakkan di sini. Jadi nya, untuk korang yang berminat untik memberikan sumbangan untuk adik adik di Akademi tahfiz, boleh lah salurkan ke akaun bank yang tertera di bawah. 
Semoga dengan sedikit sumbangan yang kalian hulurkan mampu membantu adik adik di Akademi Tahfiz ni. InshaAllah dengan bantuan yang dapat dikumpul ni boleh lah beli buku dan kitab kitab rujukan untuk mereka. Kalau nak tahu lebih lanjut atau ada pertanyaan mengenai Akademi Tahfiz ni boleh WhatsApp Nani terus okay (0145439384). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page