Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang tentang sebuah Akademi Tahfiz Mandarin yang terletak di Pulau Ketam. Nani difahamkan Akademi Tahfiz ini baru sahaja dibuka dan jumlah pelajar yang ada setakat ini pun hanyalah dalam 34 orang (linkungan umur 8 ke 16 tahun). Buat masa sekarang ni, Akademi Tahfiz Mandarin ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja. InshaAllah kalau tak ada apa apa halangan Nani sendiri akan ke Akademi Tahfiz ni minggu depan untuk bertemu dengan adik adik dekat sana. Kalau berkesempatan, Nani akan kongsikan lagi keadaan dekat sana macam mana 😊 Teruja okay nak ke sana, sebab nak tengok sendiri macam mana cara dia orang belajar dan menghafal Al - Quran. Untung sangat, kecil kecil lagi dah boleh menghafal ayat Al Quran.
Ini antara orang orang kuat yang menguruskan Akademi Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam ni. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang. Untuk ke sana, boleh menaiki feri dalam setengah jam macam tu. Dulu dah berpeluang ke sana sekali, tapi masa tu Akademi Tahfiz ni belum ada lagi.
Sebahagian daripada adik adik yang menuntuk ilmu dan menghafal Al Quran di Akademi Tahfiz Mandarin. Ini ketik taklimat bersama ibu bapa/ penjaga di Balai Islam.
Dekat Pulau Ketam ni, masjid atau pun surau dia orang panggil Balai Islam. So, kalau ke sana jangan tanya mana masjid atau surau sebab nanti dia orang tak faham. Nani pun dulu mula mula ke sana blur jugak lah. Heheh. Iya lah kan sebab kita jarang jarang guna istilah Balai Islam.
Perpustakaan mini yang akan menempatkan buku buku dan kitab rujukan untuk adik adik di sini. Memandangkan Akademi Tahfiz ni masih baru, jadi nya tak banyak lagi buku buku yang diletakkan di sini. Jadi nya, untuk korang yang berminat untik memberikan sumbangan untuk adik adik di Akademi tahfiz, boleh lah salurkan ke akaun bank yang tertera di bawah.
Semoga dengan sedikit sumbangan yang kalian hulurkan mampu membantu adik adik di Akademi Tahfiz ni. InshaAllah dengan bantuan yang dapat dikumpul ni boleh lah beli buku dan kitab kitab rujukan untuk mereka. Kalau nak tahu lebih lanjut atau ada pertanyaan mengenai Akademi Tahfiz ni boleh WhatsApp Nani terus okay (0145439384).
bagus ada tempat gini di sana. pulau ketam ramai cina kan
ReplyDeleteseronok tgk budak2 ni begitu mendalam cita2 nak belajar menghafal alquran dan semoga menjadi seorang tahfiz amin
ReplyDeleteoh kt sana panggil balai islam utk surau/masjid
ReplyDeletedlu penah jgk ada bt lawatan ke pulau ketam, 2 ke 3 tahun lps...
ReplyDeletepulau ktm ni rata2 kaum cina yg ddk kan.... bgs jgk kalau ada ramai yg berminat utk membantu tahfiz mandarin nih
Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas perkongsian ini Nani. Moga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Nani membantu mereka di sini ya.
ReplyDeleteBestnya makan dalam talam, dah lama tak makan dalam talam. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha ini.
ReplyDeletemakan dalam talam, mengimbau kenangan masa sekolah asrama dulu2 nih..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan adik2 ni belajar.
Nice sharing Nanie. Moga segala urusan dipermudahkan. :D
ReplyDeletebest tngk adik2 yg bersemangat utk menjadi seorang tahfiz
ReplyDeleteThanks for sharing nani. Insyaallah.. kita tolong sama-sama
ReplyDeletebagus ye ada tempat macam ni..makan dalam talam
ReplyDeleteJemput Join Segmen Blogwalking Janji Kita