Kenduri Kahwin & Reunion

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas sekali lagi ke Temerloh untuk memenuhi undangan walimah sahabat sendiri. Dari tingkatan satu sampai lah spm kiterang sekelas dan pernah jugak satu dorm. Memang dah faham sangat perangai masing masing macam mana. Masa tahu dia nak kahwin, ofcourse lah teruja tu lain macam sikit. Hahah! Biasalah, sahabat sendiri kan nak tamatkan zaman bujang, siapa tak teruja. Kenduri hari Sabtu, tapi Jumaat pagi lagi dah sampai sana. Semangat betul aku nak pergi walimah dia. Eheh. Dia yang minta Nani datang awal sebab banyak benda nak cerita. Hahah! Last jumpa bulan enam tahun lepas masa buat potluck dekat rumah Nani, memang dah lama sangat. Bila terikat dengan komitmen yang ada memang susah nak jumpa tambah pulak dia belajar dekat Unisza, Nani pulak dekat Selangor. Cuti pun tak sama kalau nak ajak jumpa. 
Kalau ikutkan, ini orang ketiga dalam batch Nani yang dah selamat menamatkan zaman bujang. So turn siapa pulak lepas ni geng? 😆 Yang pasti bukan Nani. Hahah! Bagi lah orang lain jalan dulu. 
Seronok sangat bila dapat jumpa balik kawan kawan sekolah dulu. Ada yang dah bertahun tak jumpa, sekali dah jumpa macam tak nak berhenti berborak aje semua orang. Ini baru sebahagian aje yang datang, kalau satu batch tak tau lah nak bayangkan kecohnya tu macam mana. Hahah! 
 Nani dulu bukanlah sekolah perempuan pun tapi hari tu yang lelaki semua nya datang lambat, tak ada sangat gambar dengan dia orang. Ehehe. 
 Gigih nak selfie dengan pengantin yang tengah nak makan tu. Hahah! Satu satunya gambar yang ada Jihah dan suami, yang lain semua gambar dengan Jihah sorang 😆
 Lauk kenduri hari tu pun semuanya sedaaap! Gulai daging tu paling Nani suka, siap bertambah lagi. Hahah! Makan awal awal sebab lepas tu sibuk masing masing nak bergambar dengan pengantin lah, kawan kawan lah. Meriah oi! 
 Cantiknyaaa sahabat saya ni 😍 Hari tu walaupun gelabah sebab pengantin lelaki dah sampai & dia tak sempat nak pakai tudung lagi tapi elok jugak terletak tudung tu akhirnya. Hahaha! Gelabah dia tu sampai tangan pun jadi terketar ketar. Sabar aje lah aku yang tengok ni. 
Barakallah sahabat dan selamat menjaga amanah yang Tuhan kurniakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih sebab selalu dengar setiap cerita aku, layan perangai aku yang entah apa - apa dan untuk segala galanya. Dulu selalu dia cakap yang Nani akan kahwin dulu tetiba sekarang dah jadi lain. Hahah! Jodoh kan, siapa boleh jangka diapa yang akan kahwin dulu. Gitu. Walaupun hari tu macam sedih sikit sebab dia dah kahwin tapi berlagak cool aje. Hahah! Semua nya akan jadi lain lepas ni tambah pulak dia akan menetap di Terengganu. Lagi lah susah nak jumpa. Sekali lagi, selamat pengantin baru sahabat dan semoga kekal hingga ke syurga 😊 

19 comments:

  1. Replies
    1. Hahah! Gitu lah kak lagi lagi perempuan kaann!

      Delete
  2. Barakallah.... buat sahabat nani.
    cuti sekolah memang sinonim dengan kenduri kahwin.

    Alhamdulillah dapat juga la merasa makan nasi kenduri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, bila cuti sekolah memang meriah dengan undangan kenduri. Tu lah lagi best makan nasi kenduri sahabat sendiri :)

      Delete
  3. Bestnya kenduri kahwin and dapat buat reunion sekali hehe. Syed pun dapat banyak undangan ke majlis perkahwinan, tapi buat masa ni semua tak dapat nak pergi hmmm :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua dalam satu gitu! Nani kalau tak ada apa apa hal akan cuba jugak pergi. Heheh :)

      Delete
  4. Akak nak puji...walimatulurus yang simple dan menjadi diri sendiri adalah paling cantik sekali akak pernah linat...tak perlu makeup2 tebal berejam2...hanya sediakan yang paling terbaik dari diri sendiri...serius akak nampak mereka bahagia...nani ramai yer kawan dia...seronok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, memang simple pun majlis ni, cuma ada makan beradab aje. Heheh. Memag meriah lagi lagi bila dah lama tak jumpa. Seronok dia tu sampai tak boleh nak describe macam mana. Hahah!

      Delete
  5. suke tgk majlis pantin kwn nani nih, simple je....

    tp ttp manis lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang simple aje kak tapi meriaah! Lagi lagi dapat jumpa kawan lama. Syok sungguh!

      Delete
  6. time kenduri kawen camni laa boleh buat reunion teruss.. pakejj..ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Kalau tak, kemain susah nak jumpa semua orang. Hahah!

      Delete
  7. Syoknya jumpa kengkawan lama.. mesti meriahkan.. Anw Selamat Pengantin Baru Pengantin.. hehehe

    ReplyDelete
  8. insyallah jodoh tak kemana tu

    ReplyDelete
  9. Ramainyaaa! Ni memang reunion habis ni hahah. Time wedding camni lah baru boleh jumpa semua kan. Kalau nak jumpa saja-saja tu memang susah laa.

    ReplyDelete
  10. kemaheeenn meriah tuuu... Simple tp meriah.. tu yg best..

    BW sini dari AFB family.. sori lambat follow blog ni.. Dah follow.. :)

    ReplyDelete
  11. Wahhh seronoknya.. alhamdulillah, tahniah buat pasangan pengantin. Semoga berbahagia hingga ke syurga... aamiin ya Rabb. :)

    ReplyDelete
  12. Lama tak makan gulai kenduri! Sedapnya. Meriah p kenduri kawan ni lain macam sikit. Hahahahaa. Selamat Pengantin Baru kawan Nanieee. :D

    ReplyDelete
  13. Selamat pengantin baru buat mereka. Lpeas ni turn nani pulak ☺☺

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page