Pertemuan Singkat

Assalamualaikum & Hello.
Entry ni memang dah lama aku peram dalam draft, mungkin dah tiba masa nya untuk aku kongsikan dengan korang. Ceh! Over sangat šŸ˜† Kisahnya hari tu masa balik dari Pulau Pinang naik ETS, Nani duduk sebelah seorang mak cik ni, memang baik dan peramah sangat tau. Rasa macam berborak dengan mak sendiri. Nani naik ETS dari Butterworth, mak cik tu naik dekat Bukit Mertajam kalau tak silap. Masa mak cik Julia ni duduk, ingatkan nak buat tak tahu aje sebab ye lah stranger kan (tapi ada lah jugak senyum bukan buat tak tahu 100%) šŸ˜€Nani pun mengantuk sangat masa tu, dalam kepala memang nak tidur aje. Pagi tu pukul lima dah bangun semata mata nak kejar ETS, memang sah lah mata pun berat. Tapi tak lama lepas tu mak cik Julia ni tegur Nani dulu. Dari niat Nani nak tidur terus tak jadi tidur hah. Sepanjang perjalanan berborak dengan beliau. 
Yang lagi rancak perbualan tu sebab anak bongsu mak cik ni satu tempat belajar dengan Nani, cuma nya tahun dan kos lah berbeza. Mak cik Julia siap tunjuk lagi gambar anak dia kot kot Nani kenal. Heheh. Memang sah sah lah tak kenal kan tambah pulak anak nya tu lelaki. Perjalanan yang lebih kurang enam jam tu tiba tiba rasa sekejap sangat. Macam macam ilmu yang mak cik ni kongsikan dalam ETS hari tu. Sebab tu lah Nani rasa macam berborak dengan ibu sendiri. Rasa seronok sangat bila dapat dengar pengalaman orang dulu dulu ni lagi lagi tentang kehidupan, kekeluargaan dan banyak lagi lah. Kalau ada rezeki, Nani nak sangat jumpa dengan mak cik Julia ni lagi. 
Sembang punya sembang, rupanya mak cik ni ada tiga buah homestay dekat Pulau Pinang. Korang kalau nak bercuti ke Penang, tak tahu nak menginap dekat mana boleh lah contact mak cik Julia ni. Ya Allah, dia baik sangat sangat. Dari niat suka suka nak buat homestay, dah jadi punca rezeki dia. Hari tu Nani ada tengok gambar gambar dekat homestay mak cik ni, memang lengkaplah semua benda. Mak cik ni tak upah orang pun untuk bersihkan homestay ni, semua dia uruskan sendiri dengan suami dia. Memang kagum lah dengan mak cik Julia. Nani ni pun kadang kadang mengeluh bila nak kena kemas satu rumah. Hahaha! Penat kot šŸ˜†
Betul lah kan, setiap pertemuan yang Tuhan aturkan tu mesti akan ada hikmah yang tersendiri. Daripada tak nak bertegur tiba tiba boleh jadi rapat dalam sekelip mata, sampaikan rasa tak nak berhenti berborak. Banyak sangat nasihat yang mak cik tu kongsikan dan inshaAllah Nani akan ingat selalu. Paling tak boleh lupa bila mak cik Julia cakap "nanti kalau ada rezeki berumah tangga dan ada anak, didik anak anak dengan ilmu agama secukup mungkin sebab dunia sekarang terlalu banyak keburukan dari kebaikan." šŸ˜Š Terharuu sangat bila jumpa dengan orang yang baik baik macam ni. Korang pernah tak lalui situasi macam ni? Heheh. Dari stranger, tiba tiba jadi rapat sekelip mata? 

19 comments:

  1. apa lagi wani.. mcik tu ada anak lelaki..haha

    ReplyDelete
  2. jodoh pertemuan Allah jua menentukan kan

    ReplyDelete
  3. Makcik julia? Ada homestay?
    Allah rasa macam baca entry ni tuju diri sendiri...mmg impian akak sama mcm makcik julia tu..dah la nama samaaaaaaaaaa...adik wani mohon aminkan doa akak...kalau dpt jd kenyataan kan best...huhhh

    Makcik julia...nanti Kakak Julia dtg nak menginap boleh hahahhaha...tq dik akak nak save nombor dia...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kak, suka lah tengok kak Ju muda muda lagi macam macam dah dapat šŸ˜ InshaAllah satu hari nanti kak Juju pun boleh ada homestay macam ni. Amin šŸ˜Š

      Delete
  4. alhamdulilah semoga bertambah rezeki untuk makcik julia..nti boleh check it out homestay beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Boleh tengom homestay makcik ni dekat fb kak El. Hehe šŸ˜Š

      Delete
  5. betul sangat nasihat Makcik Julia tu, akhir zaman ni sangat mencabar nak didik anak.

    Hebat mak cik Julia, mampu kemas sendiri homestay dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak. Nani sendiri pun risau, macam mana lah nak didik generasi akan datang.

      Hebat sangat, Nani pun tak mampu kalau nak buat sorang diri šŸ˜­

      Delete
  6. Orang meniaga ni kena ringan mulut.
    .
    Ramai kawan. Networking luas
    .
    Makcik Juilia pun dapat seorang lagi prospek kan

    ReplyDelete
  7. Seronok tu berborak. Kadang-kadang bila dengan orang yang kita baru jer kenal tuh bagi nasihat itu ini memang meresap masuk ke dalam hati kan? apatah lagi bila kena cara dan gaya! memang semua pun orang suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak Nany lagi lagi kalau yang macam mak mak kita ni. Nani sendiri pun sampai sekarang macam terngiang ngiang lagi nasihat mak cik Julia dekat Nani hari tu :)

      Delete
  8. jemput singgah ke blog saya
    http://thisisme-38.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah Nani diketemukan dengan stranger yang baik. Siap bagi nasihat lagi. Siqah suka nasihat bab anak tu. tak dapat dinafikan dunia sekarang terlalu banyak keburukan dari kebaikan. Insyallah :)

    kebetulan tahun ni kakak siqah ajak ke penang. Boleh nanti siqah tengok homestay mak cik Julia. tq Nani share kat sini :)

    ReplyDelete
  10. Baik orngnya.. ok, boleh simpan info ni.. nnti klu ke penang mudah nk arrange homestay bermalam.. thanks sharing nani :)

    ReplyDelete
  11. nak jumpe makcik julia lagi jumpa anak makcik julia ni ? hahahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page