Pengalaman ke Kampung Dato' Shariff Ahmad

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu lepas Nani terlibat dengan program selama tiga hari dua malam di Kampung Dato' Shariff Ahmad, Temerloh. Kalau ikutkan tiap kali Nani nak balik Jerantut memang akan lalu kampung ni dulu tapi tak pernah pun singgah apatah lagi nak teroka kampung orang ni. Dah ada peluang untuk turut serta dalam program kemasyarakatan, memang tak nak lah lepaskan peluang. Bila lagi kan nak merasa pengalaman tinggal dengan keluarga angkat dan mendekati masyarakat kampung. Berkampung dekat sana selama tiga hari, memang macam macam pengalaman baru yang Nani sendiri dapat. Seronok sangat, sampai hari ni masing - masing tak boleh nak move on lagi. Hahaha! Penduduk dekat sini pun baiknya ya Allah. Layan kami semua macam anak sendiri :")
Waktu pagi dekat sini memang sejuk gila. Nikmat sangat tidur sampai ada yang overslept. Eheheh. Tapi bila masuk tengah hari sampai lah ke petang memang panas terik sampaikan rasa tak nak duduk dekat luar kawasan dewan. Berpeluh jugaklah masing - masing jadinya. Selalunya dekat kampung memang macam tu kan, malam sejuk, siang panas terik. 
Ini lah keluarga angkat Nani. Satu rumah akan ambil tiga ke empat orang anak angkat. Baik sangat ayah dan ibu angkat kami berempat ni. Layan macam anak sendiri. Masa nak balik tu siap bagi hadiah, makanan dan duit belanja lagi. Terharu sangat dapat jumpa dengan orang orang yang baik macam ni. InshaAllah ada rezeki memang nak sangat jumpa lagi. Hari tu duduk tiga hari aje tak sempat nak beeborak panjang. 
Pagi pagi memang redup aje cuaca dekat sini, sesuai lah nak buat aktiviti luar. Semua aktiviti sepanjang program ni memang semuanya lah best. Sebab tu lah susah nak move on. Eh?
Dekat kampung ni ada banyak jugak penduduk yang mengusahakan perniagaan dan salah satunya Roti Canai Habeb ni hah. Masing - masing teruja bila tengok dalam tentatif ada lawatan ke tempat buat roti canai segera. Padahal dalam kepala dah fikir nanti dapat makan roticanai free. Hahaha!
 Masa kami pergi tu, dia tak ada lah tunjuk macam mana cara nak buat roti canai segera tu cuma dapat lah tengok mesin yang dia orang gunakan. Yang bertudung labuh tu owner roti canai segera ni. Bersih sangat tempat dia orang buat roti canai ni. 
Fuhh memang layan roti canai Habeb ni. Lembut sangat sangat sampaikan bertambah tambah makan. Hahah! Jarang jarang jumpa roti canai segera yang sedap macam ni. 
 Nani difahamkan roti canai Habeb ni dipasarkan di sekitar pasaraya di Pahang. Mana mana yang tinggal dekat Pahang tu boleh lah cari. Nani pun tak pernah jumpa (mungkin tak perasan kot sebelum sebelum ni). Lagi pun selalunya abah dengan ibu yang akan beli. Lepas ni nak cari jugaklah sebab sedap sangat sangat. Roti tu lembut. 
Dalam program ni jugk, Nani dengan kawan kawan yang lain sempat menziarah penduduk kampung yang sakit/uzur. Kebanyakkan penduduk dekat sini bukanlah sakit sebab menghidap penyakit yang kronik tapi sebab sakit tua. Macam rumah yang Nani pergi ni, tokwan ni dah berusia 98 tahun. Panjang sangat usia tokwan ni tapi alhamdulillah pendengaran dan penglihatan beliau baik lagi. 
 Sambil menziarah, ada lah sedikit sumbangan yang kami bagi untuk tuan rumah. Seronok dapat jumpa tokwan. Macam macam nasihat yang beliau bagi. Walaupun nampak tokwan tu memang dah tua sangat, tapi dia masih boleh bercakap macam biasa & tak nyanyuk apa pun. 
 Tak pernah kenal pun dengan dia orang sebelum ni, tapi boleh jadi rapat macam satu family walaupun masing  masing bukanlah dalam kos dan tahun yang sama 😍
 Dekat sana jugak, I is belajar macam mana nak jadi orang berseni. Hahaha! Hasil gabungan idea banyak kepala, maka terhasil lah bungan rafflesia untuk slot petang tu. Ada gaya ke tidak? 😆
Apa apa pun memang ini antara pengalaman yang paling manis dan berharga dalam hidup Nani. Terima kasih keluarga angkat dan jugak penduduk kampung Dato' Shariff Ahmad sebab menerima baik kehadiran kita orang semua. Seronok sangat dapat mendekati masayarakat macam ni dan rupanya kampung ni luas jugak. Heheh. Bila bila ada masa free, boleh lah ke kampung ni lagi 😊

26 comments:

  1. Replies
    1. Tu lah kak, first time join program kemasyarakatan macam ni :)

      Delete
  2. Seronoknya. Masa zaman u banyak buat komuniti servis memang banyak la keluarga angkat.

    ReplyDelete
  3. Terliur tgk roti canai habeb tu scroll laju2 sambil perut meraung hahahahhaha...bagus dik nani join program kemasyarakatan, seronoknya dapat jadi keluarga angkat diorang...best dpt balik kg keluarga baru weeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nanti balik Kuantan kak Juju try lah cari, dia orang ada jugak letak dekat pasaraya area sana. Seronok kak, rasa tak nak balik pun ada :D

      Delete
  4. sekali sekala aktiviti macam ni mmg terbaik kan...seronok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkk sangat. Bila lagi nak turun jumpa masyarakat kan. Gituu :)

      Delete
  5. Pernah dengar nama kampung ni tapi tak berpeluang pergi lagi... menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani ni pun walaupun selalu lalu situ, tapi haritu baru first time sampai :)

      Delete
  6. menarik gak aktiviti gini ya

    ReplyDelete
  7. Wahhhhhhh. kampung saya ni! hehehe. Suka program2 yang berbentuk komuniti macamni. dapat merapatkan diri kita dengan komuniti dia sesuatu tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yekee? Hahah! Lupa Syed orang Temerloh. Kann, sekali sekala join program macam ni memang syok.

      Delete
  8. BErtambah teguh ukhwah...dapat keluarga angkat
    JanjiKita

    ReplyDelete
  9. Best Klau dpt ikuti program opkim ni. Dpt byk pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ibu, lamanya Nani tak singgah blog ibu. Heheh. Seronok, cari pengalaman baru :)

      Delete
  10. cantik bunga raflesia tu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Bila lagi kak nak tujuk seni tu kan :p

      Delete
  11. seronok aktiviti gini...bertambah kenalan.. :)

    ReplyDelete
  12. wah...dapat keluarga angkat...tambah ahli keluarga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Seronok dapat kenal keluarga ni :)

      Delete
  13. Mek tkde experience ni time study dlu. Untung nani 😍

    ReplyDelete
  14. Seronoknya joined aktiviti begini :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page