Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Ada yang bercuti lagi ke hari ni? Mana lah tahu kot ada yang ambil extra cuti ke kan. Macam biasa, bila cuti panjang sikit ni mesti masing masing ambil peluang nak berjalan atau pun balik kampung. Iye tak kira lah musim perayaan mana sekali pun tak pernah lagi tak ada issue jalan jammed. Nani memang dah ada dekat Pahang, so kali ni tak merasa lah hadap jammed tu. Seksaaa betul rasa kalau stuck dalam jammed ni, semua rasa tak kena lah. Hahah! Ada ke yang sangkut dalam jammed baru ni? Kali ni balik, memang cari juga masa jumpa kawan kawan & melawat family dekat kampung. Aktiviti wajib setiap kali balik  Pahang. Nani dulu sekolah rendah dengan sekolah menengah memang dekat Pahang, sebab tu ramai kawan area sini. Bila dapat tawaran asasi baru lah berhijrah keluar dari Pahang sampai lah sekarang ni pun. Dah rezeki kita di negeri orang, nak buat macam mana kan. Itu yang awal awal dulu bila nak balik aje ke tempat belajar, mesti syahdu semacam sebab nya tak pernah duduk jauh. Eh sekarang pun sama lagi rasanya. Hahaha! 
Bila cuti memang sinonim sangat dengan kenduri kahwin. Macam biasa, bila ada invitation kenduri kahwin memang laju kita pergi. Hahah! Bukan apa, sambil sambil tu boleh lah jumpa dengan geng geng sekolah dulu. Ini kawan sejak dari sekolah rendah lagi, kemain lama kan. Kadang kadang rasa macam tak sangka juga boleh berkawan sampai lama macam ni. Setiap kali balik Pahang, ada lah beberapa muka yang memang wajib jumpa. Banyak betul kaaan catch up session yang dia nak buat. Hahah! Jumpa depan depan lagi seronok daripada berborak dekat WhatsApp. 
Daaan misi yang paling utama; spent time dengan the whole family. Cuti macam ni aje lah boleh nampak semua orang dekat rumah. Heheh. Kalau masa lain tu susah lah nak nampak muka semua orang dekat rumah. Benda paling best sekali, of course buat ayam bakar.
Bahan bahan nak perap ayam ni simple aje - kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, kunyit serbuk, garam, gula dan madu. Simple aje lepas tu hah perap lah lama mana pun yang korang nak. Hahah! Lagi lama kita perapkan ayam tu lagi sedap tau. Kalau nak bakar malam, eloknya pagi tu dah start perap ayam tu. 
Paling fav bakar ayam guna arang macam ni, pada Nani lagi sedap bakar macam ni compare dengan bakar atas kuali ajaib. Heheh. Cuma yang tak tahan tu nak tunggu ayam siap bakar lah, boleh tahan ye panas dia dengan bau asap lagi. Hahah! Semestinya bukan Nani lah yang bakar ayam hari tu, abah yang buat. Kita tolong ambil gambar aje, eh dasar sangat Nani. Memang cuti Chinese New Year baru ni habiskan masa dekat rumah aje. Berehat puas puas sambil buat catch up session dengan kawan kawan lama. Memang tak ada berjalan ke mana sangat pun, tambah tambah pula musim virus ni hah. Jaga diri okay, kalau boleh elakkan pergi ke tempat yang ramai sangat orang. Korang pula ke mana cuti Tahu Baru Cina baru ni? 

Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi simple yang korang boleh try buat dekat rumah. Tapi rasanya ramai dah yang tahu Resepi Sambal Tumis Udang ni kan, cuma mungkin cara atau ada bahan bahan yang lain sikit. Masak sambal ni memang antara fav jugaklah, hari hari buat masak sambal pun tak ada hal. Hahah! Nasi panas panas dengan lauk sambal tumis gini memang ngam habis. Tak payah ada lauk lain pun tak apa dah. Iye, memang sejenis yang suka makan pedas pedas. Kalau tak pedas tu, mula lah rasa macam tak kena. Bahan bahan yang diperlukan untuk buat Sambal Tumis Udang Petai ni simple aje - bawang besar (dikisar), cili kering (dikisar), bawang holland (potong bulat), udang, petai (optional), minyak untuk menumis dan semestinya gula garam secukup rasa. Kalau tak nak letak petai tu pun tak apa sebab ada sesetengah orang tak makan kan. Selain daripada udang, boleh juga ganti kan dengan sotong. Macam Nani kalau buat sambal tumis memang tak letak belacan sebab tak suka. Apa apa pun, masak ni kena ikut citarasa dan selera masing masing okay! Kena selalu try and error sampai lah sedap ikut tekak kita. Agittew! 
Resepi Sambal Tumis Udang Petai
Cara caranya pun mudah jugak - mula mula macam biasa lah kena tumiskan bawang besar dan cili kering yang kita dah kisar tadi. Tumis sampai cili betul betul garing kemudian masukkan gula sikit aje untuk bagi sambal tu cantik warna nya dan garam secukup rasa. Nani tak suka jugak kalau sambal ada rasa manis, so letak sikit aje - tak sampai satu sudu besar pun. Bila sambal tu dah agak garing, masukkan udang dan petai. Kacau sehingga sebati, lepas tu baru lah masukkan bawang holland. 
Ada sesetengah orang bila masak sambal, letak air asam jawa tak pun asam keping tapi untuk sambal tumis udang ni memang Nani tak letak. Tips untuk dapatkan sambal yang cantik merah macam ni tumis tu kena lama tau. Minyak pun kena banyak. So bila masak sambal ni memang kena bawa bersabar sebab lama nak tunggu cili tu betul betul garing. 
Resepi Sambal Tumis Udang Petai
Yass dah siapp. Itu aje resepi nya - cuma memerlukan kerajinan aje nak memasak. Hahaha! Ini kalau beli dekat kedai, berapa ekor aje udang boleh dapat so nak sedap, kena lah buat sendiri. Udang pun besar, puas hati okay makan. Resepi ni memang Nani guna untuk buat sambal tumis udang atau sotong aje. Kalau macam nak buat sambal ikan atau sambal ayam, lain pulak caranya walaupun nampak macam sama. Ada dua tiga jenis bahan lain yang akan Nani tambah kalau buat sambal ikan atau ayam. Next time kalau ada masa Nani share dengan korang okay! Untuk yang baru berjinak jinak nak try buat Sambal Tumis Udang Petai, boleh guna kan resepi Nani ni okay. Selamat mencuba! Korang punya style masak sambal pulak macam mana? Cuba share sikit dengan Nani dekat bawah!

Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Semalam meriah okay timeline social media pasal e-Tunai Rakyat ni hah. Masing masing update cara nak tebus duit RM30 tu. Macam biasa, bab bab duit ni kita memang laju. Hahah! Hei 30 ringgit pun jadi lah, lepas juga nak pergi beli  Mcd ke Tealive ke. Eh? Hah korang dah tebus ke belum tu? Actually, ada banyak aje eWallet yang kita boleh buat penebusan e-Tunai Rakyat ni. Antaranya melalui aplikasi Grab, Boost dan juga TnG. Ramai yang cakap lagi berbaloi guna app TnG sebab nanti dapat bonus lagi RM30 so total semua sekali RM60. Nani ternampak pasal ni sebab ada yang share dekat Twitter tapi tak sure lah macam mana cara nya untuk dapatkan bonus lagi RM30 tu sebab Nani pun tebus guna app Grab. Rasanya memang ramai yang layak untuk dapatkan e-Tunai Rakyat ni sebab syaratnya pun sikit aje. Asalkan umur atas 18 tahun dan pendapatan tahunan bawah daripada 100k hah boleh lah minta. Paling penting kena lah ada salah satu aplikasi eWallet tu yang kita install dekat dalam phone. Gittew! 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
 Walaupun kita ada sampai tiga akaun eWallet sekali pun, nanti duit tu akan masuk dekat salah satu akaun aje tau. So apply lah ikut akaun eWallet yang korang suka. Heheh. Macam Nani, memang app Grab lah yang jadi pilihan sebab nya app tu aje yang selalu guna. Kadang kadang tu dalam seminggu sampai dua tiga kali order makanan thru Grab Food. Heheh. Bukan apa, sambil sambil tu nak collect point sekali. 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
Macam Nani memang dah pernah guna app Grab Pay ni, so tak ada masalah untuk verification. Cuma semalam kena selfie aje dekat ic sendiri, lepas tu settle. Ingatkan ambil masa dua ke tiga hari untuk duit masuk ke dalam akaun eWallet tapi rupanya sekejap aje. Nani buat pagi semalam, tengah hari tu duit dah masuk dah dalam akaun. Cepat pulak sebab tengok orang lain ada yang kena tunggu sampai ke lima hari. 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
Ini pulak sebahagian daripada reward yang Grab offer lepas dah dapat e-Tunai Rakyat tu. Kalau korang tak sempat nak claim lagi, boleh lah buat terus okay lepas ni. Mudah sangat cara nak claim duit tu, follow aje step yang dia suruh. Duit yang kita dapat tu boleh lah guna sampai 14 March 2020. Elok aje duit tu masuk dalam eWallet, kemain banyak Grab ni bagi promo. Kalau sebelum ni, jarang ye nak dapat promo dari Grab. Hahah! Ini siap ada RM5 off bila guna Grab Car. Yass memang akan manfaatkan sepenuhnya lah promo yang ada dekat app Grab ni. Hahah! Nani selalunya guna promo untuk Grab Food or Grab Car aje, boleh lah jimat juga sikit sikit kan. Heheh. Korang pulak dah terima ke belum e-Tunai Rakyat ni? 

Resepi Bihun Sup Mudah

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Rasanya macam dah lama Nani tak share resepi dekat dalam blog ni; last hari tu buat masak paprik ayam tak silap. Heheh. So hari ni nak kongsi kan dengan korang Resepi Bihun Sup Mudah. Iye resepi ni memang simple sangat, campak campak aje lepas tu dah siap dan boleh makan. Biasa lah dapur bujang kan eheh. Bila dah jemu asyik makan nasi hari hari, sekali sekala kita tukar lah menu pulak makan bihun sup. Bahan bahan yang diperlukan semestinya bihun (dicelur sampai lembut dalam air panas) & untuk sup tu pulak, Nani tumiskan bawang merah, bawang putih (tumis sehingga garing), kemudian masukkan ayam (kalau nak - kalau tak nak boleh skip part ni). Nani selalunya akan make sure ayam tu dah half cooked, baru Nani masukkan sup bunjut or rempah sup dan tambah air biasa. Last sekali, mesti lah kena tunggu sampai sup tu masak. Hari tu Nani buat ayam carik, so bila kuah sup dah mendidih, Nani keluarkan ayam tu. Bila ayam dah sejuk, boleh lah carik carikkan sehingga halus. Settle! Kalau rasa macam malas nak buat ayam carik, korang potong aje ayam tu kecil kecil, masak aje sekali dalam sup. Alah macam kita selalu tengok mak mak kita buat sup ayam tu. 
Resepi Bihun Sup Mudah
 Bila buat bihun sup ni, yang paling penting sekali semestinyaa sambal kicap. Sambal kicap versi Nani senang aje, tumbuk cili dengan bawang goreng lepas tu tuang kicap. Hah jadi lah pekat macam dalam gambar.  Bahan bahan lain tu optional aje tau, kalau korang tak nak pun tak apa. Nani jenis yang kalau makan bihun sup, wajib ada kacang goreng, fish cake (digoreng atau direbus sekejap), ayam carik dan juga bawang goreng. Kalau ada taugeh dengan bergedil lagi power! Tapi dah nama pun yang simple kan, so kita guna aje lah bahan apa yang ada dekat dapur. Gittew! 
Resepi Bihun Sup Mudah
Hah lepas tu boleh lah makan sampai puas hati. Hahah! Hari tu Nani punya kacang goreng tu tergaring sikit, itu yang warna gelap semacam. Api pun kemain besar - nasib still boleh makan lagi. Tauhu tu pun dah alang alang ada lagi dalam peti ais, kita campak masuk dalam sup. Masak sendiri ni ikut suka aje kita nak masukkan apa, asalkan sedap. Simple aje kan resepi nya, hah lepas ni korang boleh lah try buat sendiri pulak dekat rumah. Kalau rasa tak nak makan dengan bihun, boleh ganti kan dengan nasi impit, mee kuning atau pun kuey teow. Ikut suka masing - masing. Nani ni time rajin, boleh lah masak macam macam. Bila sampai angin malas dia tu, apa pun tak jadi. Hahah! Lepas ni kalau buat sup, nak try pulak buat sambal merah yang macam dekat belah utara sana. Nanti kita try cari resepi sambal merah tu, kita buat sampai jadi. Kalau korang pernah buat ke, boleh lah share resepi sambal tu dengan Nani dekat bawah okay! 

Texas Chicken di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni sebelum balik Pahang, sempat lah jalan jalan cuci mata sekejap dekat Sunway Putra Mall. Iyee bab window shopping ni memang sentiasa ada masa okay, tak kira lah apa jadi sekali pun. Hahah! Sebenarnya plan asalnya nak singgah sekejap aje, sebab nak beli set Burger King yang tengah promo sekarang. Nani bila dengar ada promo memang laju aje kaki tu nak pergi. Eh? Hahah! Tapi serious berbaloi, ada empat set burger dekat Burger King ni yang kita boleh dapatkan dengan harga RM20. Iiye memang RM20 tepat tak ada extra charge ke apa kecuali kalau add on menu lain. Heheh. Hari tu Nani beli set C (ada empat burger & dua cheesy fries). Cumanyaa tak sempat nak ambil gamabr, sebab yang tu Nani tapau bawa balik Pahang. Sampai aje Pahang, terus masing masing ambil burger tu, hilang kisah nak ambil gambar dulu. Hahah! Tak silap Nani promo tu last hari ni, sempat lagi kalau korang nak pergi terjah Burger King. Settle aje tapau burger dekat Burger King, terus pergi  Texas Chicken (bebetul sebelah Burger King tu okay) sebab tekak teringin nau nak makan bubur dekat sini. Oh ye, Texas Chicken ni dekat Level Ground Floor tau! 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
   Pada Nani bubur dekat Texas ni lagi sedap daripada yang dekat Mcd. Makan pulak dengan ayam goreng Texas phew memang ngam sangat lah. Hahah! Hari tu Nani ambil set Mega Crunch Box kalau tak silap; ada air, ayam goreng dengan bubur - total RM 9.40. Honey butter biscuit tu Nani add on - RM 1.50 per pieces. Itu antara yang wajib order bila makan dekat Texas. Heheh. Sekarang ni Texas Chicken dah jadi salah satu fav Nani jugak. Ayam goreng dekat sini pun rasanya lagi besar berbanding dengan fast food lain. Berbaloi sangat kalau beli. 
Texas Chicken di Sunway Putra Mall
Rasanya baru lagi outlet Texas Chicken ni dekat Sunway Putra Mall. Sebelum ni sebelah Burger King tu kedai lain. Hari tu check directory mall, KFC pun dah buka juga dalam ni. Dulu Nani selalu pergi outlet Texas Chicken yang dekat Pasar Seni, betul betul dekat tepi Stesen LRT. Ada satu hari tu Nani pergi, tengok tengok dah jadi office travel apa benda entah. Hahah! Rupanya dah setahun lebih outlet dekat situ tutup, tapi Nani yang tak tahu. Lol! Masa tu gigih okay patah balik ke KLCC semata mata nak beli Texas Chicken. Maybe dia orang tutup outlet yang dekat Pasar Seni & buka dekat Sunway Putra Mall ni hah. Kalau pergi Sunway Putra Mall selalu macam blur nak cari tempat makan sebab banyak sangat pilihan yang ada. Hahah! Iye banyak sangat choice pun susah jugak. Korang pulak pernah tak makan dekat Texas Chicken ni? Set mana yang korang selalu order? Jom share dekat bawah! Next time boleh Nani try pulak. 

Hujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Ada yang Monday blues ke hari ni? Heheh. Apa apa pun selamat berkerja okay! Selalunya weekend Nani akan habiskan masa tengok movie dekat bilik, tak pun kita cuci mata dalam mall. Tapi baru ni balik Pahang, habiskan masa dengan yang tersayang pulak. Benda yang paling best sekali bila balik rumah parents ni of course lah bab makan kan. Cakap aje teringin nak makan apa, semua terhidang depan mata. Itu pun antara yang paling best juga lah bila balik rumah & tak payah pening nak fikir nak makan apa untuk lunch and dinner. Apa yang ibu kita masak, itu lah yang kita makan kan. Gitu lah kasih sayang orang tua ni, setiap kali anak anak balik kemain mewah makanan dekat rumah. Selagi masih ada, masa ini lah nak menumpang kasih sayang orang tua. Kali ni balik lama sikit sebab cuti, sekarang pun Nani still dekat Pahang lagi so boleh lah makan sedap sedap. Iye setiap hari makan lauk dekat cafe pun naik bosan juga kadang kadang tu. Lauk pula hari hari lah menu ayam, memang jemu lah. Hahah! Balik baru ni memang awal awal lagi dah request nak makan asam pedas, kebetulan dalam peti ada kepala ikan merah terus lah ibu masak kan asam pedas. Awhh, seronoknyaaa balik rumah macam ni. 
 Jangan tanya eh ni asam pedas style mana, Nani memang tak tahu. Hahaha! Serious tau, sampai sekarang Nani tak tahu apa bezanya asam pedas negeri Johor dengan Melaka. Pada tekak Nani, memang sama aje rasa semua asam pedas. Hahah! Nani jenis suka asam pedas yang kuah pekat sikit, kalau cair tu macam tak feel pulak bila makan. Kalau dekat KL, jarang lah jumpa asam pedas yang kena dengan selera Nani - selalunya cair sangat lah, tak masam sangat lah. So nak yang sedap, memang minta ibu sendiri juga yang masakkan. Gituh! 
Kalau korang nak recommend any kedai yang ada asam pedas sedap, boleh lah share dekat bawah okay! Kalau dekat nanti Nani terjah. Thank you in adanvace! 
Ini pulak goreng kacang dengan paru. Paru tu ibu Nani rebus dulu lepas tu baru masak macam biasa. Resepi ni simple sangat okay, tumis aje bawang mewah, bawang putih & lada. Tumis sampai garing, masukkan paru yang dah dipotong nipis nipis tadi, perasakan dengan garam dan last sekali baru masukkan kacang panjang tu. Siapp! Sayur tu tak payah masak lama lama sangat, nanti tak sedap. Korang try lah nanti okay, serious simple aje nak buat ni & sedap! Selain goreng macam ni, buat paru masak sambal atau pun rendang pun sedap jugak! 
Petang semalam orang dekat rumah ni request nak makan tauhu bergedil, buat lah juga dalam 15pcs macam tu. Jadi lah, bukannya ramai sangat pun dekat rumah Nani ni. Heheh. Sambal kicap tu wajib ada bila buat tauhu bergedil & wajib buat pekat pekat. Resepi tauhu ni memang dah baaaanyak kali Nani share, korang boleh check dekat side bar blog ni okay! Mee goreng pun ada jugak tapi tak sempat dah nak ambil gambar. Hahah! Sekali sekala balik ni memang syok, macam macam jenis makanan ada. Kadang tu balik rumah nya sekejap aje, tapi macam macam lah request nak makan itu ini. Kemain kan! So kali ni lama sikit duduk Pahang, jangan pelik lah kalau hari hari dekat Instagram ada macam macam gambar makanan yang Nani share. Hahaha! Korang pulak, ke mana weekend baru ni? 

Susu Pisang Nilofa

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Memandangkan sekarang musim orang buat review susu pisang, so macam bisa lah kita pun nak jugak try. Eh dasar cepat terpengaruh sangat kaaan. Hahah! Sebelum ni Nani pernah minum susu pisang jenama Pokka aje, jenama lain memang tak pernah try so tak tahu lah yang mana satu sedap. Susu pisang yang Korea tu pun Nani tak pernah try walaupun ramai orang cakap yang tu sedap kemain rasa dia. Selalu juga pergi Family Mart tapi tak pernah rasa pun nak beli. Oh ye, ini review personal Nani tau, bukan sponsored post ke apa. Cerita dia, bila dah hari hari lalu dekat timeline orang asyik promote Susu Pisang Nilofa ni, memang ada juga lah rasa nak try tu kan. Hakikatnya Nani bukan lah penggemar susu semua ni. Mula mula hari tu nak beli sendiri dengan agent area Gombak ni tapi tapi dah out of stock so tak dapat lah nak rasa. Sekali bila balik Pahang baru ni, tengok ibu Nani order dua pack susu pisang jenama Nilofa. Kemain kan nak minum Susu Pisang Nilofa ni pun, sampai ke Pahang baru dapat rasa. Fuhh boleh tahan kuat penangan susu pisang keluaran Neelofa. Nani yang tak berapa minum susu ni pun sibuk juga nak rasa. Hahah! 
Susu Pisang Nilofa
 Ini lah rupa packaging susu pisang jenama Nilofa. Nani tengok dalam gambar nampak macam besar tapi bila dah dapat, eh tak ada lah besar mana pun (200ml). Masa dapat tu susu ni tak sejuk lagi so masukkan lah dalam freezer dulu. Minum time sejuk baru nikmat ye, tak kira lah air apa sekali pun. Hahah! Pada Nani not bad jugak lah rasa susu pisang Nilofa ni, ada rasa lemak lemak manis gitu. Cumanya cukup sekali tu aje lah kot rasa sebab Nani tak berapa gemar sangat susu pisang semua ni. Selalunya beli pun untuk rasa aje semata mata. Tapi kalau korang memang jenis yang suka kan susu pisang, hah boleh lah masukkan dalam list untuk dicuba okay! 
Susu Pisang Nilofa
Harga untuk satu pack ni RM 4.90. Ibu Nani cakap mahal, tapi pada Nani memang harga standard lah tu. Hahah! Nani baca ramai yang cakap nak lagi jimat beli satu kotak yang ada enam pack tu terus. Kalau nak jimat sikit boleh lah ajak kawan kawan share sekali. Gittew! Korang boleh dapatkan susu pisang jenama Nilofa ni dekat agent yang berdekatan. Rasanya setiap tempat ada agent, biasa lah kan bila founder yang strong macam ni, memang semua orang nak jadi agent. Setakat yang Nani tahu tak ada lagi masuk any mart or pasaraya. Korang boleh check it out dekat Instagram or Facebook, memang ramai yang jual air ni. Pada Nani, okay lah untuk cuba - sambil sambil ikut trend. Hahaha! Korang pulak dah pernah try ke belum Susu Pisang Nilofa ni? Sedap ke tidak? Hah cuba share sikit dengan Nani pendapat korang. Heheh. Apa apa pun, setiap orang ada citarasa dan selera masing masing kan. Mungkin pada Nani, biasa biasa aje tapi pada korang luar biasa. Betul tak? 


Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum & Hello
Hai korang! Rasanya tak terlambat lagi untuk Nani ucapkan selamat tahun baru. So, setakat ni macam mana korang punya tahun 2020? Masih okay atau dah ada benda benda yang tak best jadi? Heheh. Nani baru hari ni ada mood nak update blog (padahal azam baru nak rajin kan diri update blog, hah macam mana eh tu). Tak apa, kita slow slow back on track. Gituh! Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi benda benda yang tak best yang jadi, harap harap memang tak ada lah. Actually hari ni nak share dengan korang pasal Basque Burnt Cheese Cake. Semestinya bukan yang Nani buat ye. Hahah! Dulu pernah tau Nani buat cheese cake yang japanese tu tak silap, tapi tak menjadi. Sedih betul rasa; dah lah bahan bahan nak buat tu boleh tahan juga harganya. Konon tengok dekat Youtube, nampak senang betul dia buat. Tapi bila sendiri yang try buat, kelaut habis. Jadi macam puding okay cheese cake yang Nani buat tu. Jangan tanya kenapa jadi puding dan bukannya kek, Nani sendiri pun tak tahu. Hahaha! Tak tahu lah step mana yang salah dan sejak dari tu, memang tak pernah dah buat sendiri cheese cake, kalau rasa teringin nak makan memang beli aje. 
Basque Burnt Cheesecake
 Sebenarnya memang dah lama sangat nak try basque burnt cheesecake ni, tapi Nani tak pernah jumpa yang orang jual per slice. Kalau tengok dekat Facebook atau pun Instagram, kebanyakkan nya jual satu kek yang besar tu dan harga pun memang boleh tahan kalau satu kek tu. Nani ni duduk sorang aje, siapa pulak nak makan kalau beli banyak banyak. Hahah!  Kebetulan hari tu ada kawan call cakap nak bagi barang. Ingatkan apa, rupanya basque burnt cheesecake. Eh macam macam tahu tahu aje apa yang orang nak makan. 
Basque Burnt Cheesecake
Baru suapan pertama pun dah terasa nikmatnya cheesecake ni. Sedaap kemain okay! Nama pun burnt cheesecake memang atas tu ada rasa pahit pahit sikit tapi sumpah sedap. Lupa pulak nak tanya dia beli dekat mana hari tu. Cuma cheesecake ni bila makan banyak, dia jadi macam muak sikit. Hari tu dua tiga kali jugaklah repeat makan cheesecake ni nak bagi habis satu slice. Makan pun sikit sikit aje sebab takut cepat habis. Hahaha dasar Nani! Nani rasa dekat Secret Recipe tak ada burnt cheesecake ni, kalau korang teringin nak rasa, boleh cari dekat Instagram atau pun Facebook. Memang ramai sangat dah orang yang jual cake ni, cumanya nak jumpa yang jual per slice tu susah sikit. Macam teringin juga nak try buat sendiri, tapi takut kejadian yang sama dulu jadi balik. Hahah! Tak apa lah, daripada membazir buat kek tapi tak menjadi, baik beli aje lah. Dah sah sah orang yang jual tu buat lagi sedap. Korang dah pernah try ke makan basque burnt cheesecake ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page