Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Lama betul menghilang kali ni, sampaikan entry bulan Disember pun ada dua aje. Pffft! Serius hujung tahun ni dia punya busy sampai tak sempat nak update langsung. Lepas tu dengan telefon rosak lagi hari tu, terus lah mood kelaut sebab nak baiki pun ambil masa. Tapi memandangkan hari ni dah last day 2017, Nani gigihkan jugak lah nak menaip entry kenkonon nak recap balik semua benda yang jadi sepanjang tahun ni. Kahkah! Iye lah, nanti boleh baca balik kan. Korang punya azam untuk tahun ni dah tercapai ke semua? Takpe kalau tak tercapai pun, boleh bawa ke tahun depan okay! Macam tak biasa guna azam yang sama setiap tahun. Hahah! Kalau tanya Nani, memang ada banyaaak jugaklah azam yang tercapai. Tahun ni pun banyak jugak achievement yang Nani sendiri tak sangka boleh dapat. Hehehee. Hopefully untuk next year dan tahun tahun seterusnya akan jadi yang lebih baik untuk Nani dan korang jugaaak. Kalau nak list semua yang jadi sepanjang tahun ni memang banyak gila lah. For sure, terlalu banyak yang manis manis untuk dikenang sepanjang tahun ni. Gittew!
Azam untuk tahun depan macam biasa lah, nak improve lagi diri ni jadi lebih baik, nak kenal dengan lebih ramai orang yang baik baik dan harapnya boleh kembali aktif dengan blogging ni. Hahah! Selalunya azam yang last tu bila dah hujung tahun mesti kelaut dalam pergi. Macam tahun ni lah, tak pernah pernah aku buat dua jeee entry sebulan, memang cipta sejarah betul. Kahkah! Bukan apa, bila weekdays dah busy sangat dengan macam macam kerja, memang weekend tu berehat sungguh. Salute dengan blogger yang boleh update entry hari hari tu. Anyway, thank you jugak korang yang selalu baca entry Nani yang entah apa apa ni. Hahah! Jom lah kita throwback sikit apa yang jadi sepanjang tahun 2017 ni.
1) Travel
Tahun ni tak banyak pun berjalan compare dengan tahun 2016. 2016 memang merata Nani pergi tapi tahun ni tak ada sangat. Awal tahun hari tu aje Nani jalan jalan Pulau Pinang, lepas tu ke Legoland bulan 9 hari tu. Actually Legoland tu unplanned punya trip. Rezeki blogging ni jugak lah dapat empat keping free ticket ke Legoland. Tak pernah pun terfikir yang blog ni boleh jadi punca rezeki Nani. Nani ni memang sejenis yang suka berjalan sebab best kot dapat tengok tempat orang. Cuma kena struggle sikit lah kumpul duit kalau nak berjalan ni lagi lagi student macam Nani ni hah.
2) Blogging
Kalau tengok entry Nani setiap bulan mesti tak lebih daripada 20. Kalau ada pun awal awal tahun harit tu aje Nani rasa. Hehehe. Dulu niat nak suka suka aje buat blog ni, tapi alhamdulillah boleh jadi sumber pendapatan jugak sikit sikit. Tak ada lah sampai ribu riban, tapi boleh lah jugak buat saving sendiri. Hari tu pun yang travel pergi Penang, sepenuhnya guna duit dari blog. Dari blog ni jugaklah Nani dapat kenal korang even ada yang tak pernah berjumpa pun. Bila attend event, baru lah dapat jumpa depan depan, itu pun kadang kadang segan jugak nak tegur. Hehehee.
3) Skill Memasak
Yang ni paaaaling banyak Nani improve. Ehem. Daripada zero bab bab memasak ni, sekarang dah power banyak. Eh? Hahahha! Serius tau, dulu mana pandai sangat nak masak gulai semua ni sekarang dah boleh improve lah sikit. Kuih tradisional pun banyak jugak yang dah pandai buat. Alah senang cakap makin rajin lah masuk dapur tahun ni. Belajar sikit sikit dengan ibu, tengok video orang memasak, lama lama memang boleh jadi pandai. Percayaaalah! Next year ingat nak belajar baking pulak sebab Nani sangat lah failed bab bab baking ni. Hahahah!
Rasanya tahun ni jugak Nani dah macam boleh terima sikit budak budak. Eh? Dulu memang tak sebulu langsung hoi dengan budak budak ni, sekarang dah suka sikit. Hahah! Banyak lagi benda lain tapi sebab kekangan masa ni tak sempat nak list semua. Hahah! Apa pun semoga tahun 2018 akan jadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Mana yang kurang, boleh lah improve lagi tahun depan. Next entry tungguh tahun depan pulak okay! Selamat menyambut tahun baru koraaang!