Resepi Sambal Tumis Petai Tempoyak

Assalamualaikum & Hello.  
Hai korang! Hari ni nak share lagi resepi yang jadi fav semua orang. Eh yeke? Suka hati kan buat statement sendiri. Hahah! Walaupun zaman sekarang ni dah macam macam jenis sambal yang orang buat dan jual, sambal yang masak sendiri juga yang paling suka. Nama pun air tangan sendiri kan mana nak sama dengan yang kita beli. Pergi lah tengok dekat Instagram, Facebook memang ramai betul yang buat bisnes jual sambal ni, cuma sedap dengan tidak aje. Nani tak pernah lagi beli sambal tempoyak ni, selalunya beli macam sambal goreng garing tu aje tak pun sambal hitam. Kalau macam sambal tempoyak tetap jugalah nak makan yang buat sendiri. Bukan apa takut kang dapat sambal yang masam sangat pun tak sedap juga. So buat sendiri juga yang paling puas hati. Nak buat sambal tumis petai tempoyak ini simple aje sebenarnya - cuma kena rajin aje. Hahah! Kalau korang teringin nak buat, boleh lah refer resepi dekat bawah ni okay! Bahan yang paling utama mesti lah tempoyak - tak ada tempoyak tak jadi lah buat sambal ni. 
Resepi Sambal Tumis Petai Tempoyak
Bahan bahan lain yang diperlukan untuk buat sambal ni bawang besar atau bawang holland, lada (ikut suka lah nak guna lada apa pun), ikan bilis (optional), tempoyak dalam dua ke tiga sudu besar dan minyak untuk menumis. 
Cara caranya, korang kisarkan sedikit bawang besar, lada dan juga tempoyak tadi kemudian tumis sehingga sambal garing. Kemudian masukkan petai dan ikan bilis. Ikan bilis tu memang tak goreng dulu pun, lepas tu boleh masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali, letak lah bawang holland atau bawang merah yang kita potong bulat. Siapp! 
Resepi Sambal Tumis Petai Tempoyak
Iye macam tu aje caranya nak buat sambal tumis petai tempoyak. Kalau korang tak nak letak ikan bilis, boleh aje ganti kan dengan udang atau sotong. Kadang kadang dekat rumah ni buat sambal tumis ikan bilis tempoyak aje pun boleh makan nasi bertambah tambah. Nampak aje simple lauk ni tapi sedap okay! Hahah! Petai tu banyak sebab dekat Pahang petai murah kemain, seikat tu dalam RM 10 aje. Memang buat sendiri lagi berbaloi, kalau beli mahunya sebotol sambal ni pergi dia RM 25. Siapa yang tak pernah try buat tu, boleh lah follow resepi ni okay. InshaAllah sedap kalau ikut step by step. Sambal ni lagi pedas lagi sedap makan. Selamat mencuba korang! 

12 comments:

  1. petai dgn tempoyak, boh apa pun bila ada dua gabungan memang sedap meletup kebabom nani oi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sedaap kan, makan dengan nasi panas panas fuhh tak toleh kiri kanan dah.

      Delete
  3. waalaikumussalam. ya Allah. lapaq nasi terus aih. alang2 dah tengahari ni. hahahaa

    ReplyDelete
  4. tak tak, bukan kegemaran saya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  5. sedapnya nani :) teringat arwah mertua kak ana selalu masak macam ni bila balik Benta :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kan kak Ana, kalau dekat Pahang ni memang selalu jumpa sambal tumis macam ni.

      Delete
  6. awak ni memang suka tempoyak eeyhhh hehe.. kite suka gak la tp petaiiii no no noooo hahaha..

    ReplyDelete
  7. Allah, sedapnya!
    ni antara feveret aida tau. cuma x reti nak buat, nani.
    kurang menjadik la. org melaka dgn tempoyak, kan :) ha ha ha ha...
    goreng ikan. nasi putih. fullllamak, nani, memang bertambah makan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page