Resepi Gulai Tempoyak Ayam

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah yang korang boleh try buat dekat rumah. Iye sekarang memang rajin share resepi dah macam jadi blog masakan pulak. Hahah! Ceh tak ada lah yang sebenarnya baru ada kerajinan nak ke dapur dan memasak. Kalau korang macam dah lama tak nampak Nani update entry resepi tu maksudnya hm memang dah lama lah tu tak ke dapur. Jangan lah tanya lagi kenapa. Hahah! Okay selalu nya kalau orang cakap pasal Gulai Tempoyak mesti orang akan fikir ikan patin kan. Dekat Pahang ni memang Gulai Tempoyak Ikan Patin lah yang paling famous, pergi lah mana mana kedai pun mesti ada yang jual. Tapi sebenarnya bukan ikan patin aje tau yang sesuai buat gulai tempoyak, ada aje lagi ikan lain yang kita boleh buat masak tempoyak tak pun ganti kan dengan ayam. Serious sedap! Kalau korang tak pernah try lagi lepas ni boleh lah try, guna resepi dekat bawah ni okay! Simple aje resepi nya, pejam mata pun boleh buat. Eh? 
Resepi Gulai Tempoyak Ayam
Bahan bahan yang diperlukan, cili dalam segenggam (ikut tahap kepedasan masing - masing tau), kunyit hidup dan tempoyak. Tiga bahan utama ni kisarkan sampai lumat. Bahan bahan lain macam daun kesum tu optional aje lah, kalau korang tak nak letak pun tak apa tau. Hah itu aje lah bahan bahan yang diperlukan. 
Cara - caranya pula, korang masukkan bahan yang dah dikisarkan tadi dalam periuk. Tambah lah air juga tau ikut suka korang nak tahap kepekatan kuah macam mana. Lepas tu masukkan garam kemudian masukkan ayam dan daun kesum. Siappp! 
Resepi Gulai Tempoyak Ayam
Makan nasi panas panas dengan gulai tempoyak ni lepas tu ada pula ikan masin hei memang nikmat donia! Hahah! Simple aje kan resepi nya, korang leburkan aje semua sekali dalam periuk lepas tu tunggu aje gulai tu mendidih. Kalau dekat Kuala Lumpur ni, memang mahal okay gulai tempoyak. Sekali makan mahu pergi dia sampai RM10 ke RM12 semangkuk untuk ikan patin padahal dekat Pahang tu harga seekor ikan patin. Heheh. Plus, dekat sini susah kan nak dapat kan ikan patin segar so ganti kan lah dengan ayam. Nak lagi sedap, masukkan cendawan sekali. Fuhh! Actually, ini pun first time Nani try buat sendiri gulai tempoyak, tak sangka menjadi. Selama ni asyik makan yang ibu masak aje. Heheh. Korang suka tak makan gulai tempoyak? 


11 comments:

  1. tk mkn gulai tempoyak..biasa dgr menu tempoyak gini ikan..ni ayam

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. nyummm sedap ni ^_^

    ReplyDelete
  3. akak tak pernah cuba masak dengan ayam, nanti nak cuba lah masak gulai tempoyak ayam... tapi kene beli stok tempoyak lagi lah ni

    ReplyDelete
  4. tak penah cuba lagi tempoyak ayam.. tapi penah la tengok hidangan tu kalo kt kedai.
    sebab usually dgn ikan kan.. but whyyy not kalo sedap kita cubaa nanti =D

    ReplyDelete
  5. tq la nani for sharing.
    melaka ni nak mencari patin, takde la yg fresh.
    aida pernah buat dgn ikan tenggiri.
    and ayam??? wow! gojes idea nani ni. akan aida cuba.
    bahan2 nak masak memang semua nyer ada.

    ReplyDelete
  6. wahh nani musim tempoyak ye skarang ni :)

    ReplyDelete
  7. memang sukan makan tempoyak tapi saya suka dengan ikan...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis Inani, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  9. wah.. tak pernah masak tempoyak ayam... biasanya ikan patin jer... boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  10. uitt memang sedap dan dah lama tak buat sebab tempoyak tak de..

    ReplyDelete
  11. hai jemput dengar lagu saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page