Aiskrim Mickey Mouse Nestle

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Kalau hari tu kita bercakap pasal Ice Cream Kit Kat Baru, hari ni pula Nani nak share pasal Ice Cream Mickey Mouse. Hah korang tahu ke tidak pasal kewujudan aiskrim Mickey Mouse ni hah? Tak silap Nani, ini pun antara aiskrim keluaran Nestle. Rasanya memang sekarang tengah musim macam macam jenis aiskrim baru yang keluar dekat pasaran. Hahah! Untuk Nani yang memang peminat tegar aiskrim ni, memang takkan lepaskan lah 'peluang' untuk beli. Nak juga kan rasa, dan macam biasa beli sebab terpengaruh dengan masyarakat di Twitter. Hahah! Hari tu masa tengok berita dekat Tv3 memang dah nampak dia orang promosi kan Ice Cream Mickey Mouse ni. Tapi sebab masa tu baru aje launching so tak banyak lagi mart yang jual aiskrim ni. Sekarang ni jangan cakap lah, banyak dah okay mart yang jual. Semalam pergi Aeon Big dekat Wangsa Maju pun dah ada juga dah aiskrim ni. So, sedap ke tidak aiskrim Mickey Mouse ni? 
Aiskrim Mickey Mouse Nestle
Pada Nani Aiskrim Mickey Mouse ni jauh lagi sedap berbanding dengan Aiskrim Kit Kat yang hari tu. Kali ni memang Nani recommend untuk korang beli dan cuba sendiri. Sedap dia tu sampai rasa tak cukup lah makan sebatang aje. Heheh. Dalam aiskrim ni siap ada caramel dan coklat lagi. Puas hati makan aiskrim ni cumanya Nani rasa size dia macam kecil sikit. Hahah! Kalau korang tak pernah try lagi aiskrim Kit Kat dengan aisksrim Mickey Mouse ni, better korang beli yang Mickey Mouse. Confirm tak menyesal, entah entah nak repeat lagi beli macam Nani. Eh? 
Aiskrim Mickey Mouse Nestle
Comel sangat okay bentuk aiskrim Mickey Mouse ni pun. Harga untuk sebatang aiskrim Mickey Mouse ni RM 3.60 aje. Dari segi harga pun, aiskrim ni lagi murah berbanding dengan yang Kit Kat hari tu. Murah murah pun sedap okay! Macam biasa lah korang boleh cari dekat 7Eleven atau pun mana mana mart yang berhampiran. Patutlah ramai orang suruh try, rupanya memang sedap. Tak sia sia duit beli aiskrim ni. Macam biasa - ini adalah pandangan Nani sendiri. Mungkin pada Nani sedap aiskrim ni tapi pada korang biasa biasa aje -  citarasa kita kan tak sama. Hah korang pula dah pernah try ke belum aiskrim Mickey Mouse ni? Sedap ke tidak pada tekak korang? Cuba share sikit dekat bawah.

11 comments:

  1. menggodanya, akak tak try lagi... aiyan memang dah usha je... tapi lum kesempatan nk belikan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh kena ttry tu nanti kak Dana. Serious sedap! Puas hati lah beli :)

      Delete
  2. wah..nampak sedap ni..nak kna bli jgk ni..:)

    ReplyDelete
  3. I dah kena pau dah sekerim nih ngan bebudak, ahaks! Jemput singgah: Review SS Borneo Homestay @ Kuching

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Wrmbth Sis Inani Hazwani. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. InshaAllah ada masa nanti saya join okay!

      Delete
  5. akak dh try aritu..part coklat tu ada rs masin2 skit so bergabung dgn vanila aiskrim tu not bad juga tp eskrem magnum tetap di hati hehe

    ReplyDelete
  6. hari tuu da cuba ni tapi sebab rasa yashe2 je.. sedap tapi suka yang luar dia je dalam macam biasa.

    gambar dibiarkan sepi x up entry pun.

    ReplyDelete
  7. wah...
    menarik utk dicuba ni, nani.
    anak2 aida kalu suruh pilih, diorang amik cornetto.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page