Teh Tarik | Origina Dairy

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni pergi 7Eleven semata mata nak cari air Origina Dairy flavour Teh Tarik. Gigih sangaat kaan! Hahah! Iye ini sebab kawan Nani cakap air ni sedap. Dulu pernah aje nampak Remy Ishak promote air ni (dia duta kot - ke founder tah) tapi masa tu tak rasa pun nak beli. Biasa lah kan; bila orang cakap sedap baru boleh beli. Tak silap Nani ada banyak flavour air keluaran Origina Dairy ni cuma masa Nani pergi 7Eleven hari tu ada tiga flavour aje yang available - Teh Tarik, Coklat dengan Kurma. Nani sebenarnyaa tak pernah minum susu Kurma jenama selain daripada Farm Fresh sebab takut tak sedap - so tak beli lah flavour yang tu. Coklat pula tak berapa minat sangat, itu yang ambil Teh Tarik. Plus, kawan Nani pun recommend untuk beli yang Teh Tarik ini hah. Biasa lah, pengaruh rakan sebaya ni memang lain macam sikit aura dia. Eh tibeee! Hahah! Kalau korang nak tahu flavour apa lagi yang ada - maybe korang boleh check it out dekat Instagram atau Website dia orang. Tak salah Nani, selain daripada air dairy milk macam ni ada juga air flavour buah buahan. 
Teh Tarik | Origina Dairy
Harga satu pouch air Origina Dairy ni dalam RM 4.50 tak silap Nani. Alamak tak berapa ingat pula - tapi lebih kurang itu lah harga nya. Memang tak lebih daripada RM5, itu yang Nani pasti. Kalau korang jenis suka kan air yang kurang manis, memang wajib try Teh Tarik keluaran Origina ni hah. Sedaap! Next time boleh lah try flavour lain pulak, ingatkan rasa air ni biasa biasa aje. Hahah!  Cumanya air ni - kuat sikit rasa teh tu. Hm tak tahu nak explain macam mana, tapi walaupun rasa teh tu agak 'strong' still sedap. 
Teh Tarik | Origina Dairy
Untuk 200ml dengan harga below than RM5, memang okay sangat dah. Dekat mana nak dapatkan air ni? Korang boleh pergi beli dekat mana mana outlet 7Eleven. Selain dari 7Eleven, dekat Watsons pun ada juga jual air ni. Rasanya dua store ni memang antara yang paling senang nak jumpa kan, so korang boleh lah try tengok okay nanti. Kalau tak ada juga, hah boleh lah purchase dekat website Origina, itu kira dah last option lah tu. Cumanyaa kalau beli direct dekat website Origina Dairy, tak dapatlah nak beli satu pouch macam ni aje. Memang kena beli banyak terus. Hahah! Apa apa pun memang not bad air ni, boleh lah nak minum sekali sekala. Recommended! Korang pernah try tak air keluaran Origina Dairy ni? Flavour mana yang paaaaling sedap? Cuba share sikit dekat bawah! 

21 comments:

  1. Waalaikumussalam. Oh tak penah perasan plak menda ni. Kena buka mata masa masuk 7e 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ada tu dekat 7Eleven, nanti try cari & rasa okay :)

      Delete
  2. ok nak beli ni nanti! nampak sedap hehe

    erin x | littlesipsoftea.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap! Kita suka yang jenis kurang manis macam ni so yass wajib beli buat stock.

      Delete
  3. dulu pernah try susu kurma dalam pek mcam ni. sedap. teh tarik kena try la pasni. Jarang2 minum takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pulak tak pernah try yang susu kurma sebab takut tak sedap. Hahah! Okay nanti boleh try yang susu kurma.

      Delete
  4. Kat Petronas ada tapi masa tu belum ada teh tarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak rupanyaa flavour dia orang, Nani baru try yang teh tarik. Next time boleh try yang lain pulak.

      Delete
  5. akak ni jarang bebeno ke 7 E nani oi, nampak sangat pesen orang tua-tua kan... menarik air nih... sekarang macam-macam bentuk dan bekas org jual air teh tarik ni ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha iye kak Dana, sekarang dah macam macam jenis air ada. Pilih aje nak minum yang mana satu.

      Delete
  6. prnh tgk air ni kat ig remy ishak..
    yela kot dia duta air ni.. haha..

    nmpk mcm sedap jeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah kann! Kita pun macam pernah tengok tapi tak sure dia duta ke founder.

      Delete
  7. balik kerja ni memang terus singgah 7e bawah office ni semata-mata nk cari air ni. actually baru tahu pasal air ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha gigihhh! Dah dapat ke belum tu air nya?

      Delete
  8. tak pernah cuba lagi product ni.. nanti boleh la cuba..

    ReplyDelete
  9. belum pernah minum lagi, tapi cantik packaging dia..kalo inani cakap sedap, harus cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yepp yang ni memang recommended untuk try! Sedaaap!

      Delete
  10. huurmmm menarik untuk dicuba.. lepas ni nampak boleh beli.
    ni pengaruh Nani hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page