Resepi Ayam Goreng Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani pernah cakap nak share pasal Resepi Ayam Goreng Korea kan baru hari ni sempat nak kongsi dengan korang. Ingat dah share hari tu, rupanya bila scroll published entry, belum  share lagi. Hahah! Sorry sangat! Tapi yang Nani buat ni versi derhaka sikit lah sebab tak guna cili paste yang korea tu, Nani guna cili kering kisar yang biasa tu aje. Nani masak ni hari tu time balik Pahang, dekat sana memang susah sikit lah nak jumpa cili paste yang Korea tu. Sally kata kena guna Ghochujang (rasanya betul dah ejaan dia macam ni. hahah) baru lah rasa macam ala ala Korea sikit. Iye lah kalau nak rasa yang betul betul authentic ayam goreng Korea kena pergi sana lah. Hahaha!  Nani punya resepi ni simple aje, hari ni pun korang boleh buat terus kalau ada ayam. Heheh. Nani suka guna bahagian kepak ayam bila buat ayam goreng Korea ni, tapi ikut korang lah okay! Boleh check it out dekat bawah ni resepinya! Nani pun hari tu first time buat, so try and error aje lah time memasak tu, tak ada sukatan sangat pun bahan bahannya. Semua main agak agak aje, nasib baik menjadi jugak sampai orang dekat rumah tu suruh buat lagi. Amboi! 
Resepi Ayam Goreng Korea
Bahan - Bahan:
- Ayam (bahagian kepak atau pun mana mana bahagian yang korang suka)
- Tepung ayam atau pun tepung gandum ikut lah apa yang korang ada. 
- Cili kering yang dah dikisar.
- Serbuk cili.
- Cili sos.
- Kicap pekat dan kicap cair.
- Madu.
- Bijan.
Cara - Cara: 
1) Mula mula korang gaulkan ayam tu dengan tepung, Nani guna tepung ayam goreng Adabi tu sebab senang tak payah dah nak tambah garam ke apa. Lepas gaul dengan tepung goreng ayam sampai garing.
2) Sementara nak tunggu ayam tu garing, panaskan minyak dan tumiskan cili kisar tadi. Nani memang tak guna bawang tau untuk resepi yang ni.
3) Kemudian, korang ambil serbuk cili, cili sos, kicap pekat, kicap cair gaulkan dalam satu bekas dan tambah air sedikit,
4) Bila cili kering tadi dah garing, korang masukkan semua bahan bahan yang dekat step ketiga tadi. Kacau bagi sebati semua bahan bahan tu.
5) Lepas tu boleh masukkan pulak madu, agak agak lah ye jangan banyak sangat pulak. Ikut kesesuaian ayam korang banyak mana. Selalunya bila dah masuk madu, sos tu akan jadi pekat sikit so tambah lah air sikit tapi janganlah sampai berkuah pulak. Hahahah!
6) Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi ke dalam sos tu, kacau rata dan tabur bijan. Siapp! 
Memang simple sangat resepi Nani ni, kalau korang jenis yang memasak memang semua bahan bahan ni ada aje kot dekat rumah kecuali bijan tu lah. Heheh. Oh ye, kalau korang nak bagi ayam tu crunchy, bila sos tu dah masak sejukkan dulu tau then baru masukkan ayam. So bila korang makan tu dia still rangup lagi ayam tu. Boleh lah try buat nanti okay, kalau malas pergi aje lah makan dekat mana mana outlet makanan Korea. Hahaha! Selamat mencuba! 


10 comments:

  1. Oo mudah aje resepi ya.. bolehlah Cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Ni kalau Adik Ika nampak ni mau dia cuba ni Nani :) Maceh Nani share resepinya, sama lah macam kak ana kalau masak suka ati jer ikut bahan yang ada derhaka gak hehe :)

    ReplyDelete
  3. Hahah..pesanan yg last tuh boleh tahan juga yer. Akak lom pernah makan ayam goreng ni. Kot2 teringin rajin nak buat..leh refer sini.

    ReplyDelete
  4. Macam menarik. Boleh cuba nie. hehe.

    thank you

    ReplyDelete
  5. Tak sangka mudah dan senang ja. Haha. Selama ni tahu makan je :D

    ReplyDelete
  6. Sedap tu . Akak xpernh try lg. .Aritu adik ipar dh try masak ayamkorea

    ReplyDelete
  7. Menarik resepi ni. Nanti boleh cuba buat.

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaa. favourite saya nie hehe

    ReplyDelete
  9. hai,jemput join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  10. Wahh terbaiklah.. dah boleh buat sendiri lagi jimat dan puas makan ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page