British Rose The Body Shop

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni ada lah cuci cuci mata sikit dekat KLCC, kita kan memang suka pergi situ walaupun sebenarnya banyak kedai yang kau mampu tengok aje dari luar. Hahaha! Dah alang alang sampai sana kan, masuk lah The Body Shop dekat situ. Sebenarnya memang aim Nani dari awal lagi nak pergi Body Shop sebab nak beli hand lotion. Sebelum sebelum tu selalu jugaklah Nani check harga dekat website dia orang dengan harapan ada lah buat online sales ke apa kan. Hahaha! Tapi sedih betul sebab time tu ada promotion barang lain aje. Barang yang Nani nak beli tu harga sama aje. Jarang jugak masuk outlet Body Shop ni sebab faham faham sendiri lah kan rate harga dia macam mana. Kalau nak reward diri sendiri (macam Nani ni) lepas dah penat buat macam macam benda, pejam mata aje lah bayar tu. Heheh. Ini pun dah lama duduk dalam wishlist Nani sebab baca review ramai yang cakap best dan wangi. Lagi lah meronta ronta hati ni nak beli kann. Hari tu masa tengok dekat website nampak macam besar aje hand lotion yang harga RM 23++ tu sekali tengok depan depan mak aih, kecik cenonet aje. Hahaha! Ibaratnya pakai dua tiga kali lepas tu confirm habis. 
So Nani pun decide lah beli yang besar ni terus. Sebelum beli tu ada lah dia orang bagi try dulu. First time bau terus jatuh cinta, memang tak lah kan nak letak balik. Hahahah! Nani ni pulak jenis kalau dah nak tu kena beli, kalau tak nanti teringat ingat sampai ke sudah. Packaging yang ni lain sikit sebab masa tu dia orang buat campaign selamatkan koala bear daripada pupus. Harga satu tube ni RM 56.60. Memang mahal kemain, tapi bau dia wangi sangat sangat. Nak guna pun picit sikit sikit aje sebab sayang & takut cepat habis. Hahaha! 
Sikit tu aje kita guna sekali pakai. Hahaha! Punya lah sayang nak guna banyak banyak. Nani paling suka sebab losyen ni cepat gila weh serap lepas tu tahan lama. Walaupun harga dia boleh tahan jugak tapi sekali sekala nak reward diri sendiri why not kan. Nak repurchase tak? Kalau time tu ada duit extra boleh lah repurchase. Hahaha! Punya lah berkira kan, padahal diri sendiri jugak yang nak guna. Sebenarnya sekarang dah masuk misi nak kumpul duit sikit sikit lama lama jadi bukit. Harap harap kali ni misi tak kelaut lah. Ini pun macam macam benda rasa nak beli, macam mana entah nak stabil menyimpan duit ni. Hahah! Korang pulak pernah ke guna apa apa produk daripada The Body Shop ni?

9 comments:

  1. airah kalau pegi body shop beli hand scrub dia je.yang sarung tangun untuk scrub tu sebab lain2 mahal walaupun dah berderet wishlist kitaaaaa TT

    ReplyDelete
  2. Hari tu ada baca kawan pakai yang ni juga. Dia kata best sangat. Wangi gila katanya! Teringin juga nak cuba tak belum check dia available dekat Canada ke tak. Plus, tengah pakai lotion lain sekarang. Rasa macam kena habiskan lotion yang sekarang ni dulu.

    ReplyDelete
  3. Baru ni... sebelum2 ni xpnh nmpak...
    Barang body shop mmg boleh tahan tp akak suke sbb barang dia xde chemical...

    Akak pun nk jln2 ke bodyshop gk... perfum laki akak dh abis.... dia mana mau bwli sndiri nk akak belikn gk... perfum peberet dia jenama bodyshop je

    ReplyDelete
  4. Dulu zaman student beli perfume, body wash, kapsul vitamin E sapu di muka. Best barang2 body shop ni.

    ReplyDelete
  5. mesti best bau dia tu kan. Memang dah lama tak pakai hand lotion ni. hihi

    ReplyDelete
  6. hai nani ! rinduuuuuu! hehehe. ana pon kalo nak beli BodyShop punye brg mmg kat perut dulu pastu karang baru reward diri hehehe

    ReplyDelete
  7. Lama xsinggah body shop ... Xpernh tgk yg ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page