Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk bulan April dah kita ni, maksudnya tinggal lebih kurang sebulan aje lagi nak menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan. Macam biasa lah bila bulan Ramadhan ni, mesti ada masanya kita rasa nak berbuka di luar kan. Heheh. Tak salah pun sekali sekala untuk tukar selera dengan berbuka dekat luar. Iye lah, kalau hari hari masak tak pun beli lauk di bazaar Ramadhan, boleh naik jemu jugak nanti. So bulan Ramadhan nanti boleh lah ajak kawan kawan dan family berbuka di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur. Baru - baru ini, Nani sendiri berkesempatan ke Preview Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur yang bertemakan Masakan Bonda Kembali. Jadinya, untuk korang yang teringin nak merasai menu dan lauk pauk yang bertemakan tradisional, boleh lah berbuka dekat sana okay. Highly recommended sebab semuanya sedap, memang puast hati & berbaloi lah berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur.
Lokasi Dorsett Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu Dorsett Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang sangat mudah dan senang untuk kita pergi tau. Pada Nani, kedudukan hotel ni sangat strategik sebab berdekatan dengan Stesen Monorail Bukit Bintang dan juga Mrt Bukit Bintang. Bukan setakat itu aje, hotel ini terletak kira kira 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu, Dorsett Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan pusat membeli belah seperti Pavilion, Starhill dan Fahrenheit 88. KLCC & Berjaya Times Square pun tak jauh mana dari Dorsett Kuala Lumpur ni, so lepas berbuka puasa boleh lah shopping untuk Raya pulak nanti. Eh? Hahah!
Menu di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur
Untuk tahun 2019 ini, Bonda Kak Shikeen kembali lagi dengan 13 jenis hidangan utama yang mewakili setiap negeri di Malaysia dan yang paling best sekali, semuanya disediakan dengan menggunakan resepi tradisional. Selain daripada 13 jenis hidangan tersebut, terdapat juga 100 lagi menu untuk dinikmati apabila kita berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur. Antara hidangan tersebut ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Kambing Panggang Bersama Nasi Arab, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak, Udang Masak Kailo Melaka, Ayam Masak Tomato Kedah dan pelbagai lagi hidangan lain.
Apa yang Nani suka dengan Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ni, kebanyakkan hidangan dia orang lebih kurang sama dengan yang ibu kita selalu masak dekat rumah. Bila berada di perantauan ni, mesti lah rindu kan nak makan masakan daripada air tangan ibu kita sendiri. Tapi lepas ni Nani dah tak susah lah, sebab boleh ajak kawan kawan semua berbuka di Dorsett Kuala Lumpur. Tempat makan pun sangat selesa & ruang untuk solat pun turut disediakan.
Untuk korang yang bercadang untuk berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur, jangan lupa untuk buat tempahan melalui pihak hotel okay. Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur bermula dari 10 May 2019 sehingga 2 Jun 2019 (7 petang sehingga 10.30 malam).
HIDANGAN BUFFET RAMADHAN DI
CHECKERS CAFE DORSETT KUALA LUMPUR
Fuhh menarik kan semua hidangan di Dorsett Kuala Lumpur. Ini antara salah satu yang Nani rasa sangat berbaloi untuk pergi. Macam macam menu ada, paling penting sedap. Memang rasa macam berbuka dekat rumah lah. Heheh. Jangan lupa lepas ni terus buat tempahan okay, nanti boleh lah dapat harga promosi, jimat jugak tu. Korang boleh refer harga Buffet Ramadhan di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur dekat bawah ni. Salam Ramadhan semua!
HARGA PROMOSI (EARLY BIRDS)
RM 88 (per person)
HARGA BIASA
RM 98 (per person)
KANAK KANAK (BAWAH 11 TAHUN) & WARGA TUA
30% DISKAUN (per person)
Korang boleh mendapatkan voucher Ramadhan secara online melalui:
Website:
info.kualalumpur@dorsetthotels.com
Contact Number:
+603 2716 1010
ya ampun nani, sedapnya nengok segala menu tuh... terus lapor perut nih lahai
ReplyDeleteHihih. Memang ssedap sedap semua menu dekat sini kak Dana, berbaloi lah pergi.
Deletesdap2 menu dia..:)
ReplyDeleteSedaaap Cik Nor, puas hati kita makan.
Deleteadoi stress tengok makanan hahaha.. diet ni diet !!
ReplyDelete