Resepi : Kek Butter 10 Minit !

Resepi Kek Butter Mudah 


Nani jumpa resepi ni dekat blog Namee Roslan, tengok bahan nak buat semua dah ada dekat rumah, apa lagi petang semalam masuk dapur membaking lah kita. Heheh. Dalam masa 10 minit dah siap semua tinggal nak bakar dalam oven aje. Haaa, memang mudah sangat kan nak buat kek butter ni. Nanti bila bila teringin nak makan, boleh lah try, test , cuba. Kohkoh :p

Bahan - Bahan :

  • Gula Kastor
  • Esen Vanilla
  • Tepung Gandum
  • Butter
  • Telur
  • Coklat Cardburry
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
Bahan bahan ni untuk anggaran dalam tiga biji cupcake. Nani buat dalam cuppies sebab rumah ni tak dek loyang. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
1) Masukkan sebiji telur, tiga sudu butter dan gula kastor dalam lima sudu(kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan lagi) Gaulkan semua sekali sampai sebati. Nani kacau guna senduk je sebab malas nak bawa keluar mixer. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
2) Kemudian masukkan tepung gandum dalam setengah gelas & sikit esen vanilla. Gaulkan semua sekali sampai sebati. Dah siap bancuhan kek butter !
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
3) Sebelum masukkan bancuhan tu, sapu minyak masak pada loyang atau cuppies supaya nanti kek tu senang nak dikeluarkan. Mula mula letaklah bancuhan tadi sedikit & dua ketul coklat cardburry. Lepas tu ambil lagi bancuhan kek tuang atas coklat cardburry. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
4) Last sekali, bakar lah kek ni dalam oven dalam 170 darjah 30 ke 40 minit macam tu. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
5) Ini lah hasil kek butter 10 minit air tangan daku. Hahaha. Buka aje oven semerbak bau kek. Nasib baik menjadi cubaan membuat kek semalam. Haaa memang kejap je kan nak buatnya, cuma nak bakar aje lah makan masa sikit. Kalau yang dah pro tu rasanya tak sampai 10 minit pun dah siap. 
6) Ini lah rupa kek butter ni dekat bahagian dalam. Selamat mencuba resepi yang mudah sangat ni :p Boleh jadikan minum petang juga. 







46 comments:

  1. Mudah sgt nie.. Nk try la..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jangan tak try. Sukaa mek nanti dapat makan. Heheh

      Delete
  2. Replies
    1. Memang pun KG. Pejam mata pun boleh :)

      Delete
  3. Nani ni kakak kategorikan anak gadis rajin tau..
    Kalau dah kawen lagilah entah apa-apa lagi dimasak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa. Jeng Jeng Jeng. Hari hari menu baru agaknya :p

      Delete
  4. perhh gebu nnyaaa kek tu ! nanti nak try :D

    ReplyDelete
  5. menarik ni...boleh cuba nanti...thanks nani

    ReplyDelete
  6. nampak best . tapi ain kurang sikit dgn kek . hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun tak minat sangat. Ada masa makanlah :)

      Delete
  7. Salam kenal Inani,

    Tengok kek tu gebus sangat..
    Pastu 10 minit.
    Ada pulak coklat cadbury kat dlm kek tu...
    Macam teruja akak nak mencubanya..


    Akak follow #787 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah kak, sedaap. Salam kenal juga :)

      Delete
  8. wah nani, gebu gebasnya cupcake, nak cuba jugalah nanti in shaa allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Itulah nasib baik menjadi kali ni kak Na :)

      Delete
  9. Replies
    1. Hahaha. Tu Nani dah update entri, tengok lah :)

      Delete
  10. kreatifnya letak coklat dekat dalam

    ReplyDelete
  11. wah 10 minit je. boleh cuba ni. masalahnya oven tak de. -____- kena tunggu dewasa sikit baru boleh beli oven .asyik tengok resepi je

    ReplyDelete
  12. ingatkan 10 minit terus siap utk dimakan kek ituu., ;p

    ReplyDelete
  13. senang nya cara buat kek butter,nampak sedap pulak kek butter :-)

    ReplyDelete
  14. mesti sedap sbb ada coklat di dalamnya kan ?
    thanks nani berkongsi

    ReplyDelete
  15. mudah dan menarik nampaknya ni...boleh la akak cuba nanti

    ReplyDelete
  16. sedapnya lahai siap ada cadbury tu x tahan

    ReplyDelete
  17. Nani, ni macam kek Milo 3 minit guna microwave tulah. Sama aje akak tengok. Yang kek milo 3 minit tu akak pernah buatlah. Tengah malam Nani, akak membaking kononnya. Lepas tu tak dan nak rasa sebelum masuk tidur. Keh3x.

    ReplyDelete
  18. senangnyaaaaaa.. 1 jer bahan tak ada kat rumah .. coklat cadbury..tak menjadi la kan tak ada bahan wajib tu..

    ReplyDelete
  19. Mudah! Mudah! Ni kalau ada semua bahan, bolehlah cuba buat ni.

    ReplyDelete
  20. suka baking, tapi selalu malas nak buat sebab baking can sometimes ambil masa yang lama. haha. yg ni 10 minutes! tak sabar nak cuba! :)

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  21. Wah, cute je keknya... bahan yang mudah.. nak try la ^-^

    ReplyDelete
  22. Gebunya kejadian kek nani ni geram kak tgok. Adui mlasnya nk buat hahahaha

    ReplyDelete
  23. Simple jer resepi. Blh lah try ni. Tapi tak tau bila...hehehe...

    ReplyDelete
  24. menarik !!!
    mudah and nampak sgt sedap tu nani...

    ReplyDelete
  25. wahhh sdapnyaaaa. tp tak rajin la. wuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page