Famous Amos l Hand Made Cookies

Assalamualaikum & Hello.
Dulu Nani tak pernah suka pun makan cookies ni sebab ingatkan tak sedap & ingatkan macam cookies dekat kedai biasa tu je. Biasalah mak cik ni suka sangat buat andaian sendiri sebelum rasa. Ada satu hari tu kawan Nani bawa cookies ni masa nak buat discussion, bila dah rasa terus jatuh cinta. Hahaha ! Dalam hati masa tu, "apasal aku tak pernah tahu cookies ni sedap gila walaupun mahal." Lepas dah rasa tu, tiap kali keluar mesti nak beli cookies ni. Pantang nampak outlets dia laju je kaki ni nak pergi. 
Famous Amos l Hand Made Cookies
Baru ni beli, Famous Amos ada buat diskaun sepanjang bulan ni kalau tak silap. Nani pun tak sure sampai berapa hari bulan, ke dah habis diskaunnya tu. Hahaha ! Murah lah sikit dari harga biasa, untuk 200 gram dapat RM18++ macam tu. Kalau tak, dalam RM21++ ke RM 23++ untuk 200 gram. 200 gram cookies ni sekejap je dah habis, nak pula makan waktu tengah tengok tv. 
Biasanya Nani beli cookies ni hari Jumaat sebab ada student's price. Kalau beli 200 gram punya tu dapat 20% extra cookies So, dapatlah banyak sikit dari beli hari biasa kan. Paling suka cookies dekat sini, double chocolate chip cookies. Siapa dekat sini suka makan famous amos juga, kita geng ! 


ps : Siapa tahu ig/web yang jual BUKU ONLINE & POSTAGE FREE tinggalkan komen kat bawah. TQ !

32 comments:

  1. Adik nanie...akak pun suka buat andaian ntah apa2 sbeelum mencuba...tp bila dah cuba sedap plak kan...andaian tu tinggal berabuk hahahha geng akak lah ni...nak sikit !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ! Patutlah ada pepatah cakap,don't judge a book by its cover. :D

      Delete
  2. Biskut ni memang sedap dan sapa yg mkn mesti nak beli dan beli lagi..tak rugi wpun mhal tapi sedap cuma x bleh la nak beli selalu..koyak poket..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tu lah pasal kak wana. Sedap sangat cookies ni :)

      Delete
  3. sedapnya..yanie pun suka.. bau dia lagi perg...suka...sedappp!!

    ReplyDelete
  4. alahai ..pcl tak pernah cuba rasa lg ni famous amos. Nani belanja pcl..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kalau nak belanja tu lambat lagi nampaknya. Hahaha !

      Delete
  5. ohhhh ni pun faveret Okje gak ni..... sedap mmg sedap, sekarang dah mahal sikitlah Nani....Okje suka yg campur kacang, so rasa dia ada lemak lemak gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal dah sekarang, tapi kalau nak makan tu beli juga lah :p

      Delete
  6. x pnh beli.
    stkat ni buat sndiri je.
    sedap kehkehkeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, Nani tak pandai nak buat. Ajarkan ciksu :D

      Delete
  7. haiiii kuat bebenow review pasal makanan..ahahahahhhaa...amik jadi duta kang baru tau...hahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhah ! Over beno sampai nak ambik jadi duta :p

      Delete
  8. cookieeeeeeesss! Ya Allah cravingnyeeeee. pebret gile gileeeee!

    ReplyDelete
  9. elya baru beli groupon famos amos ..400g dapat RM29 ,kira ok la kot kan..hehehe.
    tak savar nak beli.dah lama tak makan famos amos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murahnyaaaaa. 400g tu banyak gilaaa. Sedaplah makan famous amos :p

      Delete
  10. Nanti nak cari juga la cookies tu ^-^

    ReplyDelete
  11. Wahh, rajinnya kak Diana. Nani ni nak buat cookies2 ni, takut tak menjadi. Hahah

    ReplyDelete
  12. Feveret akakkkkk!!!..sedapnyeeeee..mana nak carik fames emes kat tgh2 melaka nie..

    ReplyDelete
  13. Sekali sekala beli boleh lah. Harga bley tahan gak tu. Tapi sodap.

    ReplyDelete
  14. Bolehlah geng dengan Bubbly Abang. Anak akak tu suka betul Famous Amos. Kalau ternampak aje mesti nak suruh beli. 200gram tu memang dia makan soranglah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page