Rumah Makan Cibiuk di Kajang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ahad lepas Nani ke Bangi sebab ada event dekat KipMall. Dah alang alang sampai sana, dapatlah jumpa sepupu Nani kejap. Lagi pun event tak lama sangat, rasa tak berbaloi pulak nak balik terus. Hahah! Nani seriously jaraaang sangat ke Bangi ni, sebab jauh okay nak ke sana. Tambah pulak bila kena naik KTM semua ni. Kalau KTM tu macam LRT, yang tiap masa ada tak ada hal. Ini sejam sekali weh. Berjanggut tunggu KTM nak sampai. Hahaha! Kalau ada keperluan baru lah ke sana. Sebab jarang sampai Bangi, dia orang bawak Nani luch dekat Rumah Makan Cibiuk cawangan Kajang. First time okay, Nani tahu kewujudan restoran ni. Blur sekejap bila dengar nama restoran ni hari tu πŸ˜† Rupanya restoran ni menyediakan masakan khas sunda. Jom lah tengok menu apa yang best dekat sini. Mana tahu, korang nak pergi pulak lepas ni kaan. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Haritu sepupu Nani order tiga set Nasi Liwet Komplit Ayam Kampung Bakar. Nama dia kemain lagi susah nak sebut. Kahkah! Ada lagi satu jenis nasi tau, nasi timbel. Daan jangan lah korang tanya apa beza kedua dua nasi ni. Memang Nani tak tahu. Mungkin kena repeat lagi makan dekat sini nanti. Hahah! Oh ye, restoran ni famous jugak & sentiasa ramai orang. Suasana kedai pun superb! Nak makan bersila pun boleeeh. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Pavlova (RM 11.90) 
Sementara tunggu makanan sampai, kita layan pavlova dulu. Sedap wehh. Meringue dia tu tak keras pun. Eh suka lah pavlova macam ni. Tak terlalu manis sangat. Yang ni sepupu Nani ambil double punya. Kalau satu je dalam RM 5.90 kalau tak silap. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Ini lah rupa nasi dekat Rumah Makan Cibiuk ni. Dia orang bungkus membujur macam ni dalam daun pisang. Wangii aje bau okay, nasi pun lembut dan macam pulut sikit. Kenyang jugak makan walaupun nampak macam sikit kan. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
 Sambal yang banyak tu memang dia orang akan letak sekali dalam set nasi kita. Cuma yang dalam kuali kecil tu boleh ambil sendiri (percuma). Hari tu sambal dia tak pedas sangat, biasa biasa je. Mungkin lada tak cukup. Hahah! Sebab sepupu Nani cakap selalu dia orang makan sampai berpeluh peluh kot. Phew! 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Nasi Liwet Komplit Ayam Kampung Bakar (RM 18.80)
Setiap satu hidangan ni ada nasi of course, ayam bakar, tempe goreng, ikan masin, ulaman (timun, petai bakr dengan salad). Ayam tu boleh jugak pilih kalau nak yang goreng punya. Tapi Nani suka ayam bakar ni sebab cukup rempah apa semua lagi lagi part yang hitam hitam tu. Sedaap! Menu menu lain pun ada jugak, nasi goreng, sate, sup and macam macam lagi lah. Kalau tak nak ayam, ikan pun ada. Dia orang ada jugak buat set makanan untuk dua orang, empat orang. Makanan memang sedap, serius Nani rasa nak pergi lagi. Tengok dekat facebook semalam, ada cawangan dekat Wangsa Maju. Cantikk! Boleh pergi nanti makan dekat sana pulak. Korang pulak pernah makan dekat sini tak? 

25 comments:

  1. Masha Allah nampak sedapnya. Terliur terus hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sedapp awak. Try tau nanti 😝

      Delete
  2. Bwrkecur air liur..

    Ayam kampung memang terbaik tu..

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba jugak ne dah tak jauh rumah miza

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Heheh. Jom pergi Cibiuk cik Nor 😁

      Delete
  5. Apa susah sangat nak sebut nama menu dia.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang pun, rasa macam berbelit lidah. Lol πŸ˜‚

      Delete
  6. teringin jugak nak makan sini...tapi mahal sikit eh...nasi tu sikit...kalau makan mesti nak tambah lagi nanti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah, not bad pada Nani. Eh nampak je sikit tapi banyak & kenyang sebab beras tu macam pulut sikit.

      Delete
  7. Byk cawangan nye ni.. Akak pn xpernh pi juga tp kwn2 dh byk kali ajak.. Yg terdekat ngan umh kt wangsamaju.. Kt area opis s.alam pn ada.. Naik KTM mmg berjanggut la tunggu nasibaik dpt p mkn2 lps event kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, Nani pun baru tahu ada cawangan dekat Wangsa Maju. Nanti Nani nak try yang dekat situ pulak lah.

      Kannn. Geram je rasa, dekat sejam tunggu haritu. Sabar aje lah.

      Delete
  8. tula tergeliat nak nyebutnya uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Memang. Nani pun blur blur je baca menu dia orang πŸ˜‚

      Delete
  9. nasib baik baca entry ni lepas makan....

    ReplyDelete
  10. Nama restoran macam pernah dengar tapi memang tak pernah singgahlah. Mungkin kot masa ke Bangi tempohari ada ternampak restoran ni. Kalau di Wangsa Maju pun ada, memang sahlah pernah nampak nama ^_^

    Akak ni kalau kata restoran Indonesia cuma tahu ayam penyet aje. Tapi bab sambal tu memang sukalah sebab selalunya pedas. Lagi menjelir lidah, lagi best. Nasi tu kalau dah namanya beras pulut mungkinlah sikit pun dah kenyang. Macam makan nasi Jepunkan, nampak macam tak cukup makan aje tapi bila habis semangkuk kecil tu kenyangnya boleh buat mengantuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya ada banyak lagi cawangan dia orang sampai Shah Alam sana. Nani pun baru tahu ada dekat Wangsa Maju tapi tak tahu lah dekat belah mana sebab tak pernah nampak pulak sebelum ni.

      Samaaalah kak. Nani pun tahu ayam penyet tu je lah. Baru ni tahu ada makanan macam ni pulak. Namanya pun sampai tergeliat lidah nak sebut. Hahaha! Kann, nampak aje kecil, bila dah makan memang kenyang sangat πŸ˜‚

      Delete
  11. Kakak cik sue dia makan dekat cawangan shah alam sedap katanya. Kita yang tengok ni memang terliur. Fuh..untung la Nani dah pernah makan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapp ciksu. Nani suka lah jugak makanan dia orang. Nanti try tau!

      Delete
  12. 2 kali makan di cibiuk melaka.
    paling rare is dia punyer sambal-sambal.
    then di isi dlm kuali kekenit, kan :)
    i like...
    tapi dari segi rasa (yg melaka punyer la) tak la kick sgt.
    biasa-biasa...

    ReplyDelete
  13. Fuhhh.. buat makan tengah hari santai2 hujung minggu ni pun puas hati ni.. menyelerakan!

    ReplyDelete
  14. hihi. tkleh nk sebut oii name. tp nmpk tempting.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page