Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah seminggu lebih entry Legoland ni terperap dalam draft. Tak sempat sempat nak tulis, ni baru ada masa sikit. Phew! Lately ni memang serius busy sungguh sampai weekend pun ke hulur ke hilir, langsung tak lekat dekat bilik. Keluar pagi, malam baru balik lepas tu terus rasa nak tidur. Hahah! Blog pun kelaut nak update. Oh ye, untuk korang yang terlepas entry pertama Nani pasal legoland ni hari tu, korang boleh klik Pengalaman ke Legoland Theme Park . Ini kira sambungan daripada cerita yang hari tu. Jemput lah baca okay, mana tahu boleh jadi panduan bila korang nak ke sana nanti. Legoland Theme Park ni memang banyak sangat benda yang boleh main, Nani cadangkan elok sehari betul habiskan masa dekat theme park. Baru puas hati sebab boleh main semua benda. Heheh. Let's check it out apa lagi yang menarik dekat theme park ni.
1) Miniland
Untuk pengetahuan korang, dekat Miniland ni, kita boleh tengok pelbagai replika bangunan yang dibina dengan menggunakan LEGO. Nani kagum okay tengok replika ni semua sebab kukuh betul bertahan. Rasa nak masuk dalam tu, nak try pegang sendiri. Hahah! Dah lah replika tu siap boleh bergerak gerak lagi macam bas, kereta api. Eh bestlah! Memang teruja habis okay kita orang tengok. Replika bangunan ni jugak bukan setakat dekat Malaysia lah, ada jugak yang dari negara lain macam Indonesia, Singapore, Thailand dan banyak lagi lah. Jom tengok dekat bawah ni.
Nampak tak sayup sayup bangunan KLCC dekat belakang kita orang tu? Jangan main main okay, KLCC pun dah ada dekat Johor sekarang. Hahah! Gigih masing - masing bergambar, walaupun cuaca dah panas terik. Kah! Bawak topi atau pun payung baru tahan sikit kot. Heheh.
Bangunan Sultan Abdul Samad.
Kagum tengok hasil replika ni semua. Memang tabik lah siapa yang punya idea nak buat macam ni. Lain daripada yang lain okay!
Angkor Wat
Taj Mahal
Ini first time lah Nani jumpa replika bangunan yang diperbuat dengan menggunakan LEGO macam ni. Bukan setakat satu dua bangunan okay, tapi banyak sangat termasuklah yang dari negara lain. Dekat sini jugak ada tulis tentang sejarah bangunan tersebut. So bukan takat tengok saja saja okay, ilmu pun boleh dapat bila masuk Miniland ni.
Tugu Negara
Kalau ikutkan apa yang Nani baca dekat pamplet dia orang, setiap hari Jumaat sehingga Ahad, pada pukul 4 dan 5 petang akan ada Miniland Guided Tour. Lagi best lah sebab dia akan bawa kita tengok keseluruhan replika bangunan dekat Miniland ni hah.
Port Tanjung Pelepas
Actually ada banyaaak lagi tau replika lain yang Nani tak sempat pergi. Sebab time ni cuaca dah panas, kita orang pulak berkejar nak masuk water park pulak. Heheh. Bila dah balik baru perasan yang kita orang tak tengok pun Miniland Kampung. Dekat situ mesti lagi best. Menyesal sikit tapi tak apa lah, mungkin next time boleh pergi lagi sini (lagi lima enam tahun mungkin). Hahah!
Actually ada banyaaak lagi tau replika lain yang Nani tak sempat pergi. Sebab time ni cuaca dah panas, kita orang pulak berkejar nak masuk water park pulak. Heheh. Bila dah balik baru perasan yang kita orang tak tengok pun Miniland Kampung. Dekat situ mesti lagi best. Menyesal sikit tapi tak apa lah, mungkin next time boleh pergi lagi sini (lagi lima enam tahun mungkin). Hahah!
2) LEGO Technic
Lego Technic ni kita orang main sebelum keluar daripada theme park. Dekat theme park pun ada jugak permainan yang basah macam ni so kalau korang nak main Nani sarankan main bila dah nak dekat keluar. Kalau basah teruk, tak ada lah malu sangat. Hahah! Dekat sini jugak ada Project X (Roller Coaster yang paling extreme). Tapi masa Nani pergi hari tu dia orang tutup sebab tengah baiki apa entah. Frust sikitlah sebab tak dapat naik. Hahah! Naik yang biasa tu pun kemain lagi menjerit, ada hati nak naik yang paling extreme. Eh? 😆
Sudahnya main Water Splash ni aje dekat Lego Technic. Nani tak main pun, kawan kawan aje yang main. Memang macam tak ada orang sangat sebab time ni dah pukul satu petang macam tu. Cuaca pun panas, nan hado sangat orang. Hahah! Dia orang siap main sampai dua kali kot yang ni. Layan kan aje lah, bukan selalu kan dapat datang. Yang ni okay lah pemainan dia sebab tak basah sangat. Tapi kalau yang dekat Dino Island (bawah ni) memang boleh basah kuyup okay!
3)Land Of Adventure
Masa naik Observation Tower masing masing macam dah tak sabar nak naik Dino Island yang dekat Land of Adventure ni hah. Memang turun aje dari menara tu, kita orang berempat terus pergi cari Dino Island. Hahah! Teruja okay sebab nak naik roller coaster yang boleh masuk dalam air tu. Sampai aje situ Nani tengok semua orang pakai raining coat tu. Ingatkan dia orang provide, rupanya kena beli dan harga dia bukan setakat seringgit dua tapi RM 15 sehelai. So kita orang abaikan niat suci murni nak beli tu. Hahah! Tapi tetap jugak nak main. Makanya dengan senang hati, kita orang naik tanpa pakai baju kalis air tu. Kahkah!
Bukan apa, Nani tanya brother yang jaga dekat situ sama ada basah ke tidak kan kalau main ni. Lepas tu dia cakap ikut nasib lah, kalau nasib baik tak basah sangat. So, Nani pun fikir nasib kita orang baik lah hari tu. Hahahah! Ada mak cik tu suruh tengok dulu orang lain main, tapi kita orang jenis tak sabar sikit. Eh? Redah aje lah kan, basah ke tak basah ke cerita kedua. Hahah! Mula mula tu okay lah lagi sebab masing masing fefeeling macam naik bot je. Heh.
Video ni ada time naik je okay sebab bila turun tu bukan setakat basah sikit sikit weh, tapi basah kuyup dari atas sampai bawah. Hahaha! Maluu gila okay, siap pakej dengan orang pandang pandang lagi. Mula tu siap cakap nak naik dua kali, sekali dah basah kuyup macam ni nan hado nak naik untuk kali kedua dan seterusnya. Dekat situ ada je dryer, bayar lah ye RM 10 sekali guna, tapi kalau dah basah kuyup macam tu dryer pun tak dapat nak keringkan sangat baju tu. Tapi kita orang guna lah jugak sebab segan kot orang pandang pandang. Hahahah! Ye lah, tu theme park dah kenapa kau basah kuyup macam main air dekat water park. Lol!
Nak jugaaak main yang ni walaupun tak extreme mana. Hahaha! Pening jugaklah main benda alah ni sebab lama sangat dia pusing. Kahkah! Nani ni dok tertunggu tunggu jugak bila dia nak berhenti.
Keluar dari theme park, kita orang pergi makan dulu dekat Medini Mall (area Legoland). Kalau korang nak makan dalam ni pun boleh jugak tapi Nani tak sure lah berapa harga makanan dekat sana. Cuma kalau air dalam RM 5 sebotol Nani beli haritu. Heheh. Standard theme park lah kan. Mall tu dekat sangat okay, jalan kaki dalam dua minit macam tu je. Ada Chicken Rice Shop, Burger King, KFC, Absolute Thai, pilih lah mana satu yang korang nak. Nani hari tu dah penat main, haruslah cari nasi. Hahah! Dekat situ ada jugak gerai gerai yang jual macam macam makanan. So jangan risau okay. Kalau nak tanya apa apa, drop dekat bawah. Nanti Nani try reply satu satu.
Entry Legoland :
bestnyaaa ke legoland.. busyra belum smpai lg.. hehe
ReplyDeleteBest sangat 😍 Nanti ada rezeki sampai jugak tu Busyra.
DeleteBestnya nani g legoland. Teringin gak nak masuk sana. Semua nampak menarik.
ReplyDeleteSeronok kak Ana. Macam macam main sampai burn muka. Hahah!
DeleteBestnya! Teringin nak pergi Legoland sebab nak tengok mini buildings tu tapi belum ada rezeki lagi. Hari tu nak pergi tapi entrance fee dia buat rasa nak nangis.
ReplyDeleteSamaalah. Nani pun teruja tengok mini buiding tu. Fee dia memang macam mahal sikit tapi berbaloi lah sebab boleh main semua benda. Heheh :)
Deletebestnya...klau budak2 msti lg sronok
ReplyDeleteMemang. Yang tak budak ni pun bukan main lagi seronok. Hahah!
DeleteWah banyaknya menggunakan otot kaki berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Bagus bagus..satu senaman juga ni.
ReplyDeleteKagum tengok bangunan dalam Miniland tu. Cantik dan kemas je. Dari lego boleh tercipta macam2 bangunan. So impressed.
Hahaha! Memang kena gigih sikitlah berjalan. Kalau macam haritu cuaca panas, lagi lah terasa letih dia tu. Tapi dah sekali sekala sampai rugi pulak kalau tak pergi semua tempat.
DeleteKann! Nani pun kagum tengok. Memang wow lah orang yang bagi idea ni.
Bestla Nani dapat pergi Legoland. kita pun tak jejak lagi ni..sedih =__='
ReplyDeleteLimaa tahun simpan niat nak pergi. Hahahah!
DeleteBestnya. Kalau beli makanan. Dlm Legoland mmg la Mahal kan
ReplyDeletePergi lah mana mana theme park pun memang harga makanan mahal sikit daripada biasa. Heheh :)
Deleteseronok kan..rasa nak letak semua gambar..
ReplyDeleteJanji Kita
Betul sangat ni kak Mar. Hehe.
DeleteMenunggu masa nak pergi legoland ja ni. XD
ReplyDeleteWahh. Hahah! Serius memang have fun sangat dekat dalam tu 😍
Deletegigih betul kan dorang buat replika ni guna lego xD
ReplyDeleteKannn. Daripada sebesar besar lego sampai lah yang kecik dia orang gunaa. Power!
DeleteMmg seronok ke legoland ni.. klu bergambar mmg mcm2 angle nak snap :)
ReplyDeleteSetujuu. Banyak sangat tempat boleh bergambar 😊
Delete