Pelbagai Koleksi Kasut di Hypershoe, KIP Mall Bangi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share salah satu kedai kasut yang menjual pelbagai koleksi kasut lelaki dan wanita iaitu Hypershoe. Korang pernah dengar tak jenama Hypershoe ni? Untuk pengetahuan korang, Hypershoe telah memulakan perniagaan dia orang sejak tahun 1996 lagi sampai lah sekarang. Lamaa kan? Nampak lah yang ramai orang suka dengan koleksi kasut yang dikeluarkan oleh Hypershoe. Ahad minggu lepas Nani berkesempatan ke KIP Mall Bangi sempena meraikan Hypershoe Outlet Grand Opening. Masuk aje dalam kedai Hypershoe ni, memang jadi rambang mata dibuatnya. Banyaaak sangat okay pilihan kasut yang ada sampai rasa nak beli dua tiga pasang terus. Hahah! Sejujurnya hari tu first time Nani pergi kedai Hypershoe ni dan rasa menyesal sikit sebab tak tahu kewujudan kedai ni dari awal lagi. Serius, kasut dekat sini semuanya cantik, berkualiti dan yang paling penting harga mampu milik. Dekat Hypershoe ni jugak bukan ada kasut untuk lelaki dan wanita aje tau, untuk kanak kanak pun ada. Jom tengok dekat bawah ni, koleksi kasut keluaran Hypershoe. 
Cawangan Hypershoe ni memang ada banyak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antaranya di Bangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Seksyen 18 Shah Alam dan banyak lagi lah. Korang boleh klik Outlet Hypershoe untuk tengok cawangan mana yang paling dekat untuk korang terjah.
 Mix Point merupakan jenama untuk koleksi kasut lelaki. Banyak sangat pilihan yang ada. Nak cari kasut untuk bersukan ke, pejabat ke, casual ke, memang semua ada dekat sini. Warna pun ada macam macam, memang suka lah masuk Hypershoe ni. 
 Nani paling suka kasut yang ada jahitan macam ni tau sebab nampak kemas sangat. Selalunya kasut yang macam ni tahan lebih lama daripada yang biasa tu. 
 Koleksi sandal lelaki. 
Koleksi kasut kasual untuk lelaki. Kalau korang tengok dalam gambar ni pun dah nampak berkualiti sangat, apatah lagi bila dapat pegang dan tengok depan mata sendiri. Nampak kemas dan kain pun jenis yang lembut gitu. Kawan Nani siap ajak pergi lagi kedai kasut Hypershoe sebab dia nak beli sepasang kasut yang macam dalam gambar ni. Nasib baik lah ada cawangan Hypershoe dekat Gombak ni, boleh lah teman dia nanti. 
 Ini pulak koleksi kasut wanita, Vetini. Nani ni memang jenis yang suka buat koleksi kasut tau. Bila masuk bahagian ni, rasa semua kasut nak try. Hahah! Paling best sebab kasut dekat sini semua ringan aje. Kalau korang boleh nampak dalam gambar dekat atas ni, tapak kasut untuk koleksi wanita ni lain daripada yang lain. Tak macam yang biasa kita tengok. 
 Berkenan okay tengok high heels macam ni. Hampir hampir nak beli dah sepasang hari tu, tapi mengenangkan yang Nani jarang pakai so tak jadi nak ambil. Heheh. Nanti kalau tak pakai, rugi jugak. Tapi cantik kan korang. Teringat ingat pulak kasut yang ni hari tu. 
 Tak nak kasut tinggi, yang biasa macam ni pun ada. Memang banyak lah koleksi kasut wanita dekat Hypershoe ni. Macam mana tak rambang mata bila masuk kedai Hypershoe. Silap silap, boleh berjam habiskan masa nak pilih kasut sebab semua Nani suka. 

 Yang bertutup macam ni pun ada jugak. Selalunya kalau remaja, memang kasut macam ni lah yang jadi pilihan. Nani pun ambil sepasang kasut bertutup macam ni. Tak boleh lah kita tengok kasut lawa macam ni, memang nak jugaak ada sepasang dua.
Ini pulak MP Sport (Men & Women Shoes). Mana yang suka bersukan, berjogging, boleh lah ke sini jugak untuk cari sport shoes yang berkualiti. Saiz pun ada banyak yang available, jadi korang jangan risau okay. 

  •  MP Kids, koleksi kasut untuk kanak kanak. Ini kalau mak mak memang confirm suka bahagian ni. Terdapat pelbagai pilihan untuk si kecil. 
 Suka tengok kasut yang warna pink dengan kelabu tu. Tapi kalau nak beli pun, nak bagi siapa pulak pakai kan. Mana ada anak lagi. Hahah! Kasut budak budak pun dah macam macam pattern ada. Oh ye, kasut sekolah pun ada jugak tau dijual di Hypershoe ni. 
 Selain daripada kasut, beg sekolah macam ni pun ada jugak di Hypershoe. Senang tau kalau mak ayah yang nak cari barang sekolah untuk anak anak bila nak masuk tahun baru nanti. Boleh beli kasut dengan beg sekali dekat tempat yang sama. Jimat masa dan tenaga. Hehe. 

 Taraaa ini pulak kasut yang jadi pilihan Nani hari tu. Kasut jenis bertutup dan flat jugak yang Nani ambil sebab boleh pakai pergi kelas. Cantik kann? Nani suka sebab tapak tu warna putih. Kasut yang macam Nani pilih ni ada dua warna, coklat dan jugak kelabu. Dua dua lawa, lama jugak fikir hari tu nak warna coklat ke kelabu. Akhirnya, ku pilih warna coklat. Heheh. 
Selesaa sangat pakai kasut ni, ringan dan berkualiti. Korang kalau nak beli jugak kasut macam Nani ni, boleh beli secara online dekat website Hypershoe. Nak lagi puas hati, korang walk in mana mana outlet Hypershoe yang terdekat. 
Haaa rambang mata tak tu tengok macam macam koleksi kasut yang terdapat di Hypershoe? Lepas ni boleh lah ajak yang tersayang atau pun kawan kawan ke mana mana cawangan Hypershoe & borong lah dua tiga pasang kasut yang korang suka. Heheh. Harga memang muraaah sangat compare dengan kedai kedai yang lain. Memang lepas ni kalau nak beli kasut, Hypershoe lah yang jadi pilihan utama Nani. Untuk maklumat lanjut tentang Hypershoe, korang boleh lah layari mana mana social media dia orang okay! Dekat bawah ni jugak Nani letak sekali alamat cawangan Hypershoe di Bangi. Jangan lupa terjah tauu! 😊
Sosial Media Hypershoe
Facebook : Hypershoe 
Instagram : hypershoeofficial 
Twitter : Hypershoe1996

Alamat Hypershoe Cawangan Bangi
Lot M-02, M-03, M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor. 

28 comments:

  1. Wah ada banyak pilihan memamng rambang mata. Cute kasut nani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak Miza. Banyaaak sampai rasa tak tahu nak pilih yang mana satu. Hahah!

      Delete
  2. Dulu tak suka hypershoe ni.. Sekarang comel-comel kasut dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Nanti boleh lah pergi Hypershoe tau! Serius, rambang mata tengok banyak gila pilihan 😍

      Delete
  3. Replies
    1. Cantikkk 😍 Nani suka koleksi Hypershoe ni.

      Delete
  4. Banyaknye pilihan kasut dekat sini. Kasut budak2 pun comel semuanya. Kak ana minat kasut bertutup macam nani juga. Senang nak pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak Ana. Semua cantik koleksi kasut Hypershoe. Kann, Nani pun suka jenis bertutup macam ni 😉

      Delete
  5. Cantik cantik kasut yang dijual di HS. Kasut Nani pilih pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Nanti terjah Hypershoe tau ciksu 😍

      Delete
  6. bahayanya baca entry nih...terus rasa nak g Bangi sambar satu..hihi..btw, salam ziarah & kenal..kite follow #900 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Terjah tau nanti. Banyak lagi cawangan dia orang. Boleh tengok dekat web Hypershoe.

      Thank you sudi follow. Nanti Nani singgah blog awak okay!

      Delete
  7. Kita first time dengar pasal Hypershoe ni. Lawa juga eh kasut-kasut dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawaaa sangat Farah. Harga pun mampu milik, tak mahal sangat pun 😘

      Delete
  8. pernah pergi time sale kaw-kaw. memang ramai gile orang yang borong time tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time sale kaw kaw memang syok borong dua tiga pasang terus kann. Heheh 😉

      Delete
  9. Serius best... sbb kasut lelaki nampak banyak pilihan.. selalunya kalau kekedai kasut ni.. tak byk pun kasut lelaki yang ada..

    blh la cari kasut kat situ nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sangat. Dari kasut lelaki sampai lah kanak kanak ada banyak betul pilihan. Nak cari kasut untuk satu family pun boleeeh.

      Terjah tau nanti 😊

      Delete
  10. Cantik-cantik sungguh koleksi kasut dia... nak order terus laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Hahah! Cecepat terjah tau website dia orang 😘

      Delete
  11. Banyak pilihan menarik.. cantik2 kasut di hypershoe ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak sangat pilihan yang ada. Rambang mata masuk Hypershoe ni. Heheh :)

      Delete
  12. Replies
    1. Selesaa mek. Nani suka lah pakai koleksi kasut Hypershoe ni :)

      Delete
  13. pernah shopping sini. kasut -kasutnya mmg berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann :) Nani pun lepas ni nak beli kasut dekat Hypershoe aje dah.

      Delete
  14. Tak pernah tau pun pasal kedai kasut ni. Akak pun suka pakai yg flat2 tapi bertumit sket jer mcm yg nani beli tuh. Senang nak bergerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Sama lah dengan Nani. Tak pakai sangat kasut tumit tinggi ni, susah nak kalan. Hahah!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page