Shakeaway di Sunway Pyramid

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang, selamat berhujug minggu! Apa plan korang weekend ni? Kalau tak ada lagi, apa kata korang ajak kawan kawan atau family lepak dekat Shakeaway Sunway Pyramid. Serius best sangat pilihan ice cream dan jugak milkshake yang ada dekat Shakeaway ni sampai kan semua yang ada dekat situ Nani nak rasa. Memang tak rugi lah kalau datang dari jauh pun. Sekarang ni pun dah mudah nak ke Sunway Pyramid sejak ada BRT. Turun aje dekat Lrt USJ21 boleh lah ambil BRT terus ke Sunway Pyramid dan lepak di Shakeaway. Oh ya, selain dari Sunway Pyramid, Shakeaway ni ada jugak cawangan dekat The Curve. Boleh lah pergi mana mana yang dekat dengan korang. Tempat dia pun cozy sangat, memang sesuai nak duduk lepak sambil makan ice cream 😊
Shakeaway di Sunway Pyramid
Shakeaway ni terletak berdekatan dengan TGV Sunway Pyramid, memang tak susah mana pun nak cari. Cawangan di Sunway Pyramid ni pun dia orang baru aje buka minggu lepas. Jom tengok ice cream , smpoothies, shaved ice dan jugakk milkshake yang ada dekat Shakeaway ni. Semua ni wajib untuk korang cuba! Lepas dah rasa memang jatuh cinta terus! Eh? 
Shakeaway di Sunway Pyramid
Macam mana tak rambang mata nak pilih menu bila ada lebih daripada 180 pilihan. Haa memang sekejap nak yang ni, sekejap nak yang tu pulak. Dasar kuat makan betul. Hahah! Apa yang best nya lagi dekat Shakeaway ni, ada jugak ice cream yang less sugar, so sesuai lah untuk semua peringkat umur datang sini. Nama nama milkshake & ice cream dekat sini pun unik dan rare sangat tau korang. Nani tak pernah jumpa lagi nama menu ada nama Nadiah, Rahim, Samad, Husin dan banyak lagi lah! Masa tengok menu tu terus rasa macam wah lain daripada yang lain sangat konsep Shakeaway ni 😍
Shakeaway di Sunway Pyramid
Untuk smoothie, Nani pilih Trish. Untuk yang ni, gabungan buah strawberry dan jugak pisang. Memang healthy sangat lah kan sebab buah buahan. Tambah pulak ada whipped cream sebagai topping, lagi lah sedap! Kalau tak nak smoothie yang ada buah buahan campuran macam ni, korang boleh jugak pilih yang jenis single flavour macam epal, laici, orange dan banyak lagi. 
Shakeaway di Sunway Pyramid
Milkshake yang paling famous dan sedap dekat sini ialah Dave. Tengok pun dah tahu sedap kan. Untuk yang minat coklat macam Nani, boleh lah order milkshake Dave ni. Milkshake Dave ni sedap sebab ada coklat ferrero rocher dan jugak kinder bueno dikisarkan sekali. Selain daripada Dave, ada jugak milkshake dengan citarasa Malaysia, iaitu milkshake Haris. Milkshake Haris ni kombinasi pulut inti, teh tarik dan jugak kacang tanah dalam satu cawan. Nak tahu macam mana rasa dia kena lah ke Shakeaway. Nani pun excited sangat bila tengok hari tu. 
Shakeaway di Sunway Pyramid
Yang ni pulak frozen yoghurt ice cream! Macam biasa, pilihan Nani tentulah yang ada buah mangga. Ini namanya frozen yoghurt Amelia. Sedap sangat sangat sebab buah tu fresh dan manis. Bila makan dengan yoghurt ice cream tu memang ngam sangat lah. Satu bekas ice cream ni boleh kongsi dua atau tiga orang tau sebab banyak. Kalau korang nak tambah topping lain pun boleh jugak. 
Shakeaway di Sunway Pyramid
Dekat Shakeaway ni jugak ada shaved ice tau! Untuk yang ni memang sepenuhnya rasa buah dan tak ada tambahan gula. Rasa dia memang natural betul lah. Nani pilih shaved ice Zoey dengan rasa strawberry. Masam masam sikit tapi nice lah, bukan sampai tak boleh makan langsung. Heheh. Selain daripada strawberry, ada jugak flavour nenas, mangga, raspberry dan jugak kiwi. Cumanya kena makan cepat sebab dia mudah cair. 
Shakeaway di Sunway Pyramid
Fries dekat sini pun sedap sebab bila kita order baru dia orang buatkan. Bila sampai tu memang panas lagi lah. Satu lagi yang Nani suka sebab rendah lemak. Kalau tengah diet pun tak ada hal lah nak makan dekat sini. Fries ni boleh pilih nak saiz besar atau pun kecil, semua ada. 
Shakeaway di Sunway Pyramid
Macam macam jenis coklat ada! Memang best lah Shakeaway ni sebab menu dia orang ada yang citarasa Malaysia dan jugak citarasa London. Boleh lah pilih mana yang tekak korang suka. Untuk topping pun ada macam macam jenis. Sebelum order tu memang kena tengok betul betul lah menu dekat Shakeaway ni. 
Shakeaway di Sunway Pyramid
Nak tahu apa lagi menu menu dia orang boleh tengok melalui:
Shakeaway di Sunway Pyramid
Untuk korang yang nak rasa milkshake, moothies, shaved ice, frozen yoghurt dan jugak fries ni boleh lah ke Shakeaway di Sunway Pyramid. Memang terbaik menu yang ada dekat sini, staff pun peramah sangat. Dekat atas tu antara menu yang jadi pilihan utama Nani. Lama jugak nak pilih sebab semua sedap dan istimewa. Next time, boleh lah repeat lagi dan cuba menu lain pulak kan. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok Facebook dan jugak Instagram dia orang okay! Jangan lupa ke Shakeaway di Sunway Pyramid! Have a nice weekend everyone!
Shakeaway Sunway Pyramid
F1. 53, First Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall
No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
46150, Petaling Jaya, Selangor. 

12 comments:

  1. lama sangat dah rasanya tak pergi Sunway Pyramid.. last time study dedulu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Lama sangat dah tu Siti. Meh lah jalan jalan sini, teringin nak jumpa teacher ni hah :)

      Delete
  2. Kenapa semua nampak sedap!!!menggoda betul kena masuk list ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua sedaaap! Wajib masuk list. Nani paling suka yogurt ice cream Shakeaway ni. Tak terkata sedap dia tu!

      Delete
  3. Meriah milkshake ngan eskrem tu.. Lama xpi Sunway pyramid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Memang meriah! Flavour pun ada macam macam jenis :)

      Delete
  4. banyaknya sampai 180 pilihan, padahal pencuci mulut je! :D
    hahaha seriouslah nama milkshake dgn aiskrim dia pakai nama org? contohnya 'vanilla icecream samad' ke? xD betul2 unik nama setiap menu tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangaat Mazni sampai tak tahu nak pilih yang mana. Hahah! Yesss memang macam tu nama nama menu dekat sini. Unik dan rare!

      Delete
  5. tgk sambil telan liur... glup3

    ReplyDelete
  6. Memang nampak sedap, Nani tapi akak lama betul tak pergi Sunway Pyramid ni. Shopping malls banyak sangat dekat dengan rumah, itu yang malas nak pergi jauh. Parking pun siksa jugakan dekat Sunway Pyramid ni. Tapi bila tengok Shakeaway tu beraneka jenis, terliur jugalah nak merasa...

    ReplyDelete
  7. Perghhh meriahnya semua tu... best2

    ReplyDelete
  8. Macam sedap ni.. siqah jarang pergi Sunway. Kalau pergi, boleh cuba jugak ni ☺️

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page