KFC Fill UP

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Happy Friyay! Apa plan korang untuk weekend ni? Ada yang dah book ticket nak pergi layan Avengers End Game ke tu? Hiks. Nani plan nak keluar jugak weekend ni sebab rasa macam dah lama tak cuci mata sambil tu nak pergi layan movie. Tapi bukan cerita Avengers lah yang pasti sebab Nani tak layan sangat movie Marvel ni, eheh. Nak tengok movie Friend Zone dulu sebab tengok ramai yang cakap best. Rasa macam dah lama jugak lah tak layan movie sebab asyik sibuk memanjang. Ceh! Macam dia aje lah kan yang banyak kerja nak buat. Hahah! Sebenarnya hari ni Nani nak share dengan korang satu promo KFC. Baru ni saja ajak kawan pergi makan KFC sebab ternampak promo dekat Twitter, ada satu menu Fill Up (limited time) yang berbaloi jugak lah untuk beli. Iye lah, satu set yang ada ayam goreng, nugget, coleslow, mashed potato dengan air baru RM 8.90. Murah wakk kalau nak compare dengan set yang lain. So, gigih lah pergi KFC Sri Gombak walaupun masa tu hujan mencurah curah ke bumi dan harga Grab pun boleh tahan mahalnya. Hahahah! Tapi disebabkan perut yang lapar dan dah lama kemain tak makan KFC, sanggup okay meredah hujan. Kah! 
Berbaloi jugaklah beli satu set dengan harga yang bawah RM 10 ni, cuma air tu bukan air Tropicana tu lah, air biasa tu aje. Pandai betul marketing dia orang ni. Nugget memang dapat 4pieces sama macam dalam gambar. Kawan Nani yang order set Fill Up ni siap add on nasi sebab takut tak kenyang. Hahah! Padanlah dengan harga tu kan. Kalau korang teringin nak makan KFC, tapi nak set yang jimat boleh lah oder ni. Nani tak sure sampai bila ada promo ni, mungkin sampai hujung bulan April aje. So, cecepat lah pergi KFC okay! 
Nani hari tu sebelum sampai KFC punya lah dah 'berzikir' nak order set yang ni, tapi bila dah sampai depan kaunter eh lain pulak yang dia order. Hahaha! Betul lah orang cakap selera makan ni boleh berubah ubah. Lol! Tak, yang sebenarnya takut tak kenyang sebab nampak sikit pulak. Hahaha! So, kita order lah satu set Snack Plate macam biasa. Kalau dah order yang dua ketul ayam macam ni, memang tak add on benda lain dah lah, kenyang sangat okay! Heheh. Nani memang tak suka sangat mashed potato, tiap kali makan KFC akan ambil coleslow dua dua. Jangan lupa okay terjah KFC lepas ni untuk dapatkan harga promo tu. Selamat berhujung minggu korang! 

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni meriah sikit lah menu kita sebab balik Pahang. Kalau duduk sini, hari hari lah hadap nasi bungkus tu hah sampai naik jemu dah kadang kadang. Hahah! Bila balik Pahang ni, menu yang wajib ada mesti lah gulai tempoyak ikan patin. Nikmat betul rasa dapat makan gulai tempoyak. Kah! Nasib baik lah Kuala Lumpur - Jerantut ni tiga jam aje perjalanan, boleh lah balik selalu bila rasa rindu dengan air tangan ibu sendiri. Kebetulan pulak baru ni abah Nani ada meeting dekat Cameron Highlands, so kita balik lah teman ibu dekat rumah sambil sambil tu dapat lah jugak rasa strawberry & jagung fresh all the way from Cameron Highlands. Hahah! Elok betul timing balik Pahang kali ni hah. Sebelum balik Pahang kemain lagi plan nak masak macam macam dekat rumah, tapi bila dah sampai kelaut semua. Balik weekend ni memang tak sempat mana lah nak masak itu ini, nanti lah tunggu cuti Raya esok kita masak lah puas puas dekat rumah. Advanced betul ni dia punya fikir, dah smapai Raya! Amboi Nani! 
Macam biasa, bila gulai ikan patin tempoyak ni mesti lah ibu yang masak. Seminggu sebelum balik Pahang lagi, dah WhatsApp ibu siap siap nak makan gulai ikan patin tempoyak. Kemain lagi dia punya request tu kan. Hahah! Sayur dalam peti ais semua dah tak ada, yang tinggal cendawan aje. Mula mula ingat nak buat sayur tumis aje cendawan tetiba last minute tukar, buat goreng tepung. Sedap okay, cendawan celup tepung makan panas panas. Rangup! 
Nani hari tu first time guna tepung jenama bestari, sedap jugak rupanya. Sebelum ni guna jenama lain, tak pernah try pun jenama besatri tu. Lepas dah viral dekat Twitter rasanya baru terdetik nak beli. Hahah! Pengaruh Twitter ssangat! Tapi memang sedap & lepas ni nak stick dengan jenama bestari ni lah. Cendawan goreng ni paling senang nak buat atas muka bumi ni. Kalau guna tepung jenama bestari tu lagi lah senang, tak payah tambah garam apa semua dah. Nani haritu gaulkan cendawan tu dengan telur lepas tu celup dalam tepung & goreng sampai garing. Siapp! 
Hari Jumaat hari tu, sampai sampai aje rumah gigih buat karipap inti kentang. Resepi Nani dah pernah share dulu, korang boleh check dekat sidebar blog okay! Tengok dekat dapur ada tiga biji ubi kentang, terus lah buat sebab teringin sangat nak makan. Tak nak beli sebab selalunya tak sedap lepas tu angin aje yang banyak. Hahahah! So, kita buatlah sendiri dalam 20 biji macam tu, masukkan dalam peti ais. Bila bila nak makan atau pun lapar time tengah malam, boleh lah goreng aje. Senang kerja kita. Cuma yang 'leceh' sikit bila buat karipap ni time nak nipiskan tepung tu, mashaAlllah penat dia. Hahah! Tapi dah nak makan tu, buat aje lah kan. Heheh. Sekarang dah kira pro lah buat karipap ni. Eh? 😜


SAFI DERMASAFE | Rangkaian Produk Terbaru dari Safi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Jenama Safi ini bukanlah satu jenama yang asing lagi kalau dekat Malaysia ni. Rasanya sejak zaman Nani kecil kecil dulu lagi, dah ada banyak produk kecantikan keluaran Safi. Kali ini Safi keluarkan lagi produk terbaru mereka, SAFI DERMASAFE yang mana sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Yayy! Untuk korang yang ada kulit sensitif tu dan susah nak jumpa produk yang bersesuaian dengan kulit muka, boleh lah try guna SAFI DERMASAFE ni pulak. Macam yang korang tahu, Safi merupakan antara produk yang selamat untuk digunakan dan yang paling penting sekali HALAL! Tak ada lah risau sangat kan nak guna bila kita tahu produk ini HALAL di pasaran. Macam yang Nani cakap tadi, produk ini antara produk yang sudah lama bertahan di Malaysia, semestinya lah produk ini bagus dan berkualiti untuk setiap wanita. Apa yang bestnya produk SAFI DERMASAFE ini bebas dari alkohol, pewarna dan juga bebas ujian ke atas haiwan. 
 SAFI DERMASAFE kali ini hadir dengan lima jenis produk bermula daripada pencuci muka, moisturiser dan juga booster mist. Memang lengkap lah satu set untuk kita cuba. Kalau nak beli yang trial set pun ada tau korang, boleh cari dekat Watsons. Tapi Nani memang yakin produk keluaran Safi ini akan memberikan kesan seperti kulit wajah yang lebih mulus, bebas dari jeragat dan berseri. 
πŸ’—Pencuci Muka SAFI DERMASAFE
Ada dua jenis tau cleanser SAFI DERMASAFE ni iaitu Mousse Cleanser dan juga Gel Cleanser. Apa perbezaan Mousse Cleanser dan Gel Cleanser? Mousse Cleanser ini merupakan pembersih lembut dan ringan yang akan menghasilkan buih dengan hanya satu pam. Gel Cleanser ini pulak sama macam cleanser yang kita selalu guna. Picit aje dan gosok dengan sedikit air sehingga berbuih. Apa yang Nani suka tentang cleanser ni sebab ia tak membuatkan kulit kita tegang langsung dan yang paling penting sekali low pH. Penting okay untuk kita gunakan cleanser yang low pH lagi lagi kalau korang jenis kulit sensitif dan kering. 
 πŸ’— Day Moisturiser & Night Moisturiser 
Moisturiser ni sangat penting tau korang untuk mengelakkan kulit kita kekal lembap dan tak kering. Nani suka moisturiser keluaran Safi ni sebab pantas meresap ke dalam kulit kita so tak ada lah lama sangat nak ambil masa untuk pakai sunscreen pulak. Tunggu aje seminit macam tu dah boleh apply sunscreen dan yang paling penting sekali pelembap keluaran Safi boleh kekalkan kelembapan di wajah kita selama 24 jam. Packaging moisturiser yang dalam bentuk tube ni lagi lah senang untuk kita guna, I like! Bila nak apply moisturiser ni? Kalau Nani, Nani akan pakai selepas Nani apply toner. Kalau korang skip toner, boleh lah pakai terus selepas mencuci muka. Gittew! 
πŸ’— Booster Mist 
Booster mist ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan pada wajah dan membolehkan solekan di wajah kita kekal lama. Booster mist ni pun best jugak tau sebab cepat meresap ke dalam kulit dan produk ini diperkaya dengan ekstrak Likouris & Chamomile. Nani selalunya gunakan booster mist ni as step yang terakhir lepas dah siap pakai make up semua tu. Macam mana nak pakai? Sembur aje ke sekitar wajah dan biarkan ia kering seketika. 
Serious Nani cakap SAFI DERMASAFE ni memang bagus dan sesuai sangat untuk kita gunakan. Untuk yang masih tercari cari lagi produk yang bersesuaian dengan kulit, korang boleh lah try produk SAFI DERMASAFE pulak lepas ni. Ini antara produk local yang terbaik dan bagus di pasaran. Untuk korang yang teringin nak mencuba produk terbaru keluaran Safi ni, korang boleh dapatkan di mana mana pasaray berdekatan atau pun mana mana drugstore seperti Watsons, Guardian dan sebagainya. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk ini, korang boleh layari laman sesawang dekat bawah ni okay! Selamat mencuba korang!
Website:
Facebook:
Instagram:

Buffet Ramadhan 2019 | Cosmo Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Tinggal lebih kurang dua minggu aje lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan ni, tak sabar betul rasanya. Dah terbayang bayang suasana berbuka puasa ramai ramai lepas tu pergi pulak solat terawikh dekat masjid, memang seronok. Setahun sekali aje kita menyambut Ramadhan, rugi kalau tak manfaatkan betul betul bulan yang paling mulia ni. Macam biasa, bila datangnya bulan Ramadhan, mesti lah banyak tempat tempat yang menawarkan Buffet Ramadhan dengan harga yang berbaloi. Hari ni Nani share dengan korang satu lagi hotel yang menyajikan pelbagai juadah istimewa sepanjang bulan puasa nanti iaitu Cosmo Hotel Kuala Lumpur. Tahun ini Cosmo Hotel menyediakan lebih 50 menu bertemakan Juadah Ramadhan. Untuk korang yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, memang wajibkan masukkan Cosmo Hotel dalam list korang sebagai salah satu tempat untuk berbuka puasa nanti. Jom tengok menu apa yang akan disajikan di Cosmo Hotel sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. 
 Lokasi Dorsett Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu Cosmo Hotel Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang sangat mudah dan senang untuk kita pergi tau. Pada Nani, kedudukan hotel ni sangat strategik sebab berdekatan dengan Stesen LRT Masjid Jamek dan juga Mrt Pasar Seni. Bukan setakat itu aje, hotel ini juga terletak kira kira lima minit daripada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. So lepas berbuka puasa nanti boleh lah pergi solat terawikh dekat Masjid Jamek, memang mudah lah kita nanti tak ada rushing sangat. Dah siap solat terawikh, boleh lah pergi shopping pulak dekat Jalan Tar. Eh? 
 Menu di Cafe Mint, Cosmo Hotel Kuala Lumpur
Untuk tahun 2019 ini, antara hidangan utama yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan di Cafe Mint, Cosmo Hotel Kuala Lumpur ialah Satay Kampung Keramat, Kambing Panggang dan Nasi Briyani Gam. Selain daripada hidangan utama ini, ada juga gulai lemak siput sedut, sotong masak kicap, rendang ayam, gulai lemak daging, sambal tumis udang campur petai, satay, kuih muih tradisional dan buah - buahan. Apa yang Nani suka sekali, kebanyakkan menu dekat sini berasaskan masakan tradisional. Memang layan lah makan dekat sini. 
  Untuk korang yang bercadang untuk berbuka puasa di Cosmo Hotel  Kuala Lumpur, jangan lupa untuk buat tempahan melalui pihak hotel okay. Buffet Ramadhan di Cosmo Hotel Kuala Lumpur bermula dari 5 May 2019 sehingga 3 Jun 2019 (6.30 petang sehingga 10.00 malam). 
HIDANGAN BUFFET RAMADHAN DI 
CAFE MINT COSMO HOTEL KUALA LUMPUR






Fuhh menarik kan semua hidangan di Cosmo Hotel Kuala Lumpur. Ini antara salah satu Buffet Ramadhan yang Nani rasa sangat berbaloi untuk pergi. Macam macam menu ada, paling penting sedap. Memang rasa macam berbuka dekat rumah lah. Heheh. Jangan lupa lepas ni terus buat tempahan okay, nanti boleh lah dapat harga promosi, jimat jugak tu.  Untuk harga early bird,valid bermula 29 April 2019 sehingga 4 May 2019 aje tau. Korang boleh refer harga Buffet Ramadhan di Cafe Mint, Cosmo Hotel Kuala Lumpur dekat bawah ni. Salam Ramadhan semua! 
HARGA PROMOSI (EARLY BIRDS)
RM 65.00 (per person)
HARGA BIASA
RM 88.00 (per person)
KANAK KANAK (BAWAH 12 TAHUN) & WARGA TUA 
50% DISKAUN (per person)


Cara Mudah ke KLIA & KLIA 2

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally it's Friyay! Tak sabar nak berehat puas puas weekend ni. Cuaca panas sangat sekarang, memang cepat aje badan rasa letih. Nak tunggu masuk waktu Isya' pun kadang kadang boleh terlelap, punya lah penat kan padahal duduk dalam aircond aje seharian. Hahah! Ada masa masa yang duduk bawah panas matahari tu, fuhh sabar aje lah kita ni menahan bahang tu. Heheh.  So, hari ni Nani nak share dengan korang cara mudah untuk  kita ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA & KLIA 2). Macam yang korang tahu, sebenarnya ada banyak aje options untuk kita ke KLIA tak pun KLIA 2 ni, sama ada mahal atau pun tidak aje. Nani selalunya kalau tak rushing memang pilih untuk naik KLIA Transit lah, sanggup okay turun dekat Putrajaya Sentral dulu then tukar ke KLIA atau pun KLIA. Kalau yang transit ni jimat sikit lah daripada biasa. Nak tahu banyak mana boleh jimat jom baca perkongsian Nani dekat bawah ni.  
 Macam biasa bila nak ke airport ni Nani lagi prefer untuk guna public transport lah. Setakat ni tak pernah lagi naik teksi atau pun grab car ke airport sebab harga dia boleh tahan jugaklah mahal tu. Hahah! Konsep dia selagi boleh jimat, baiklah berjimat kan. Untuk yang pertama kali nak ke KLIA atau KLIA 2 korang boleh lah refer entry ni okay, semoga bermanfaat! Kalau nak drop soalan pun boleh, nanti Nani cuba jawab :)
 KLIA Ekspress
Salah satu cara untuk ke KLIA/ KLIA 2 adalah dengan mengambil KLIA Ekspress dari KL Sentral. Tiket RM 55 seorang untuk satu hala & kalau korang beli secara online boleh dapat diskaun 10% macam tu. Nak lagi jimat, korang boleh guna Visa Paywave, yang ni boleh dapat diskaun sebanyak 15%. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit macam tu. Tapi Nani rasa haritu macam tak sampai setengah jam pun. Heheh. Memang express lah, kalau korang dah terlewat nak ke airport boleh lah guna KLIA Express. Memang agak mahal sikit tapi selesa. Depends lah pada korang sendiri dan bajet yang korang ada untuk ke KLIA atau KLIA 2 ni. 
KLIA Transit 
Untuk KLIA Transit ni, korang boleh naik dari mana mana stesen yang macam dalam gambar dekat atas ni. Macam yang Nani cakap tadi, Nani naik KLIA Transit ni dari KL Sentral, turun dekat Putrajaya dulu lepas tu beli tiket lain ke KLIA 2. Total baru RM 23.50 macam tu. Kalau ada student card lagi banyak discount, boleh dapat RM 16 aje tau untuk satu perjalanan. Cuma untuk student card, lepas beli kena terus masuk dalam within two minutes. Jimat sikit lah bila guna KLIA transit ni daripada kita KLIA Ekspress dari KL Sentral - KLIA 2 (RM55). Ini pun selesa jugak, sama macam KLIA Ekspress, cuma ada berhenti dekat a few stations sebelum sampai airport. 
Shuttle Bus 
Ini cara yang paling jimatlah untuk ke KLIA/ KLIA 2. Kalau sebelum ni, shuttle bas cuma ada dekat dua tempat aje, KL Sentral dan jugak Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Harga shuttle bas ni pulak tak silap Nani around RM 10 - RM 12 one way, lebih kurang sejam perjalanan. Sekarang ni dah ada satu lagi Stesen LRT yang provide service ke KLIA/KLIA 2, iaitu Stesen LRT Putra Height. Kalau sesiapa yang tinggal berdekatan dengan Stesen LRT ni senang lah lepas ni, tak payah dah susah susah nak ke KL Sentral atau pun TBS. Cuma harga tu Nani tak sure lah berapa ringgit untuk one way. Okay itu aje yang Nani nak share dengan korang hari ni. Semoga bermanfaat dan selamat berhujung minggu! 

Berhujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Entry hari ni kita throwback sikit cerita balik Pahang hari tu. Heheh. Walaupun dah tiga minggu berlalu tetap jugak nak share πŸ˜› Nani memang jenis yang setiap bulan wajib balik Pahang sekali, tak kira lah sibuk macam mana pun tetap nak balik. Penat jugaklah kadang kadang tu bila balik weekend aje, tapi bila dah jejak kaki dekat rumah tu fuhh seronok okay. Lagi lagi bila semua makanan fav terhidang depan mata. Hahah! Selalunya kalau serabut dengan macam macam kerja masa tu lah lagi membuak buak rasa nak balik rumah. Sekurang kurangnya bila balik jumpa mak ayah & spend time dengan orang yang kita sayang ni boleh lah relax kan sikit kepala tu. Lagi pun masa ini lah nak tumpang bermanja dan cerita macam macam dengan orang tua kan. Hargai selagi ada, iye lah kita pun bukan tahu selama mana Tuhan nak pinjamkan dia orang untuk kita. Selagi masih ada ruang dan masa ni, balik lah selalu jenguk dia orang. Paling penting minta dia orang doakan kita, inshaAllah keberkatan tu sentiasa ada. Gittew!
 Macam biasa bila balik Pahang ni mesti lah bersepah sepah gambar makanan aje. Hahaha! Kebetulan haritu semua adik beradik Nani ada balik jugak, so abah belanja lah makan satay sebab dapat bonus sempena 20 tahun berkhidmat. Hihi. Lama dah abah kita kerja, sikit lagi dah boleh berehat dah tu dekat rumah. Mula mula abah ajak makan Marrybrown tapi masing masing menolak, semua pilih satay daripada fast food. Woww jarang jarang benda macam ni jadi. Hahah! 
 Sambal Hitam Pahang. Ini ibu Nani lah yang buat satu kuali sambal sebab ada orang tempah. Makan sambal hitam ni dengan nasi panas panas lepas tu ada telur dadar tak pun ayam goreng memang layan wakk. Mahunya berpinggan pinggan nasi makan okay. Hahah! Nani jaraaang jumpa sambal hitam yang betul betul pedas, kena dengan citarasa Nani. Selalu kalau beli tu, mesti ada rasa manis lah, turn off betul makan sambal tapi ada rasa manis ni. Nani kureng sikit sambal yang ada letak gula ni. 
 Menu yang paling wajib ada dalam list bila balik Pahang, nasi lemak ibu. Sambal nasi lemak tu yang paling win, Nani tak pernah menjadi buat sambal nasi lemak macam ibu. Hari tu siap ada rendang ayam lagi, terus fefeeling macam Hari Raya. Hahah! Nasi lemak rendang ayam memang ngam sangat lah buat sarapan hujung minggu kan. Lepas tu balik KL naik bas kerja Nani tidur aje lah sepanjang perjalanan. Dasar! Hahahah! 
Gambar cekodok bodo bodo dengan sambal sardin pun nak masuk jugak dalam blog. Hahah! Walaupun nampak biasa biasa aje tapi sedap okay. Sambal sardin tu Nani tumis dulu cili yang dah ditumbuk lumat lepas tu masukkan sardin tin, garam dengan bawang. Sedaap! Nani tak suka sangat kalau cekodok makan dengan cili sos, gigih okay masak sambal sardin semata mata nak makan dengan cekodok. Hahah! Sekali sekala balik kan, memang seronok sebab abah dengan ibu layan kita macam macam. Tak cukup satu dua hidangan, kalau boleh semua dia orang nak masakkan. Harap harap satu hari nanti sempatlah nak berbakti semula dengan dia orang πŸ’—

Resepi Sandwich Telur Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi yang tersangat lah simple dan sedap. Kebetulan haritu ada potluck lepas tu dah tak tahu nak bawa apa, terus lah google menu apa yang senang nak buat. Heheh. Mula mula ingat nak buat agar agar tapi dekat sini tak ada dapur, so tak jadi lah plan yang tu. Sudahnya kita buat lah sandwich telur ni hah, senang sebab guna tiga bahan aje. Telur tu pun Nani rebus dalam heater, nasib baik lah telur tu masak elok okay. Nama pun dapur bujang kan, so konsep dia kita guna apa yang ada.  Gittew. Telur tu Nani rebus dua kali dalam air panas, memang menjadi. Next time dah tahu lah macam mana nak buat kalau tak ada dapur. Hahah! Nani lagi suka buat sandwich telur ni sebab murah sikit bahan bahan yang nak beli, kalau sandwich sardin tu tak berapa sesuai nak buat untuk makan ramai pada Nani. Iye lah sardin mahal sikit kan daripada telur, kalau nak makan sendiri tu okay lah. So untuk korang yang nak try buat sandwich telur simple, boleh tengok resepi Nani dekat bawah ni okay! 
 Nani cuma guna bahan bahan dekat atas ni aje, garam & juga roti. Of course lah kan wajib ada roti, kalau tak macam mana nak buat sandwich. Ada sesetengah orang dia suka perahkan lemon sikit tapi Nani hari tu tak sempat nak beli lemon, so kita guna lah apa yang ada. Senang. Itu lah hasil telur yang Nani rebus guna heater. Dua kali rebus lepas tu Nani rendam aje dalam air panas tu, memang masak elok. Nani buat sandwich ni guna sebuku roti yang panjang, itu pun ada lebih lagi telur tu. First time buat untuk makan ramai, tak pandai nak budget berapa banyak telur. Heheh. 
 Cara dia tersangatlah mudah, telur yang kita dah rebus tadi korang hancurkan lah guna garfu lepas tu masukkan mayonis, garam dan jugak serbuk lada hitam. Nani guna tiga pack mayonis yang macam dalam gambar dekat atas tu & telur dalam tujuh biji.  Tapi rasanya kalau nak buat sandwich untuk sebuku roti yang panjang tu, lima biji telur pun dah cukup. Serbuk lada hitam tu pulak korang agak agak lah nak letak banyak mana. Heheh. Gaul sampai sebati lepas tu boleh lah sapu dekat atas roti. 
Ini lah dia hasil Sandwich Telur yang Nani buat hari tu. Nervous okay first time buat sandwich untuk bagi orang makan. Kalau setakat untuk makan sendiri tu, kalau tak sedap tak apa lah sebab makan sendiri kan. Heheh. Rasa macam gigih betul buat sandwich comel comel macam ni. Tapi berbaloi lah buat sendiri sebab boleh letak isi tu banyak banyak. Cuma Nani haritu tak letak pun sayur ke apa sebab terlupa nak beli. Hahah! Memang sandwich simple sangat sangat ni, jadi lah kan. Laris jugak sandwich ni hari tu, tak tahu lah sebab sedap ke atau pun masing - masing tengah lapar. Korang suka tak makan sandwich telur macam ni? 

Buffet Ramadhan 2019 | Dorsett Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk bulan April dah kita ni, maksudnya tinggal lebih kurang sebulan aje lagi nak menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan. Macam biasa lah bila bulan Ramadhan ni, mesti ada masanya kita rasa nak berbuka di luar kan. Heheh. Tak salah pun sekali sekala untuk tukar selera dengan berbuka dekat luar. Iye lah, kalau hari hari masak tak pun beli lauk di bazaar Ramadhan, boleh naik jemu jugak nanti. So bulan Ramadhan nanti boleh lah ajak kawan kawan dan family berbuka di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur. Baru - baru ini, Nani sendiri berkesempatan ke Preview Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur yang bertemakan Masakan Bonda Kembali. Jadinya, untuk korang yang teringin nak merasai menu dan lauk pauk yang bertemakan tradisional, boleh lah berbuka dekat sana okay. Highly recommended sebab semuanya sedap, memang puast hati & berbaloi lah berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur.
Lokasi Dorsett Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu Dorsett Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang sangat mudah dan senang untuk kita pergi tau. Pada Nani, kedudukan hotel ni sangat strategik sebab berdekatan dengan Stesen Monorail Bukit Bintang dan juga Mrt Bukit Bintang. Bukan setakat itu aje, hotel ini terletak kira kira 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu, Dorsett Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan pusat membeli belah seperti Pavilion, Starhill dan Fahrenheit 88. KLCC & Berjaya Times Square pun tak jauh mana dari Dorsett Kuala Lumpur ni, so lepas berbuka puasa boleh lah shopping untuk Raya pulak nanti. Eh? Hahah!
Menu di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur
Untuk tahun 2019 ini, Bonda Kak Shikeen kembali lagi dengan 13 jenis hidangan utama yang mewakili setiap negeri di Malaysia dan yang paling best sekali, semuanya disediakan dengan menggunakan resepi tradisional. Selain daripada 13 jenis hidangan tersebut, terdapat juga 100 lagi menu untuk dinikmati apabila kita berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur. Antara hidangan tersebut ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Kambing Panggang Bersama Nasi Arab, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak, Udang Masak Kailo Melaka, Ayam Masak Tomato Kedah dan pelbagai lagi hidangan lain. 
Apa yang Nani suka dengan Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ni, kebanyakkan hidangan dia orang lebih kurang sama dengan yang ibu kita selalu masak dekat rumah. Bila berada di perantauan ni, mesti lah rindu kan nak makan masakan daripada air tangan ibu kita sendiri. Tapi lepas ni Nani dah tak susah lah, sebab boleh ajak kawan kawan semua berbuka di Dorsett Kuala Lumpur. Tempat makan pun sangat selesa & ruang untuk solat pun turut disediakan. 


 Untuk korang yang bercadang untuk berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur, jangan lupa untuk buat tempahan melalui pihak hotel okay. Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur bermula dari 10 May 2019 sehingga 2 Jun 2019 (7 petang sehingga 10.30 malam). 
HIDANGAN BUFFET RAMADHAN DI 
CHECKERS CAFE DORSETT KUALA LUMPUR
















Fuhh menarik kan semua hidangan di Dorsett Kuala Lumpur. Ini antara salah satu yang Nani rasa sangat berbaloi untuk pergi. Macam macam menu ada, paling penting sedap. Memang rasa macam berbuka dekat rumah lah. Heheh. Jangan lupa lepas ni terus buat tempahan okay, nanti boleh lah dapat harga promosi, jimat jugak tu. Korang boleh refer harga Buffet Ramadhan di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur dekat bawah ni. Salam Ramadhan semua! 
HARGA PROMOSI (EARLY BIRDS)
RM 88 (per person)
HARGA BIASA
RM 98 (per person)
KANAK KANAK (BAWAH 11 TAHUN) & WARGA TUA 
30% DISKAUN (per person)

Korang boleh mendapatkan voucher Ramadhan secara online melalui:
Website:
info.kualalumpur@dorsetthotels.com
Contact Number:
+603 2716 1010






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page