Resepi Roti Sosej Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Monday blues ke tu? Heheh. Hari ni Nani nak share resepi lagi atas permintaan kawan kawan. Ewaah! Resepi paling simple, macam biasa. Tapi yang ni memang mudah sangaat, bahan bahan pun murah aje nak beli. Bajet bawah 10 hengget aje nak buat ni. Hari tu saja buat untuk minum petang. Jarang jarang ada minum petang dekat rumah ni, kecuali kalau rajin macam baru ni. Hahah! Yang Nani buat ni roti sosej cheese tapi kalau tak nak letak cheese pun boleh okay. Nani pun rasa macam lagi sedap tak letak cheese. Mana yang tak ada idea nak masak apa breakfast tak pun untuk minum petang tu, boleh lah buat ni okay! Jom check it out! 
Ini bahan bahan yang diperlukan okay. Roti, sosej (goreng atau rebus  terlebih dahulu), cheese, telur, serbuk roti dan jugak minyak untuk menggoreng. 
Mula mula sekali nipiskan dulu roti dengan roll. Kalau tak nak nipiskan boleh. Nani lagi sula nipis so nanti tak ada lah tebal sangat roti sosej kita ni. Heheh. Ikut suka & citarasa masing masing okay.  
Lepas tu letak cheese & sosej elok elok atas roti tu tadi. Gulungkan kemas kemas supaya nanti bila kita goreng gulungan tu tak terbukak. Gittew!  
Celupkan dalam telur. Nani tambah kan jugak sikit garam dalam telur ni bagi ada rasa. Heheh. Pastikan semua permukaan roti tu kena telur tau supaya nanti serbuk roti tu elok aje melekat. 
Lepas celup dalam telur tadi, terus golekkan dalam serbuk roti. Sama macam tadi jugak, pastikan semua permukaan kena. Serbuk roti ni Nani beli dekat kedai bakeri, sebab ada packaging yang kecik dalam tiga ringgit lebih kalau tak silap. Dekat pasaraya pun ada jugak tapi besar gila. Hahah! Dah macam nak menjual pulak. Last sekali goreng sampai kekuning kuningan.  
Ini lah hasil Roti Sosej Cheese ikut citarasa Nani. Heheh. Senang ke idok? Korang pun boleh try jugak buat dekat rumah nanti. Tak ada gambar tengah menggoreng sebab tangan tercelup sekali dalam minyak panas. Hahah! Nasib baik tak teruk. Sedaap makan time panas panas roti ni, kalau dah sejuk jadi keras pulakk. Heheh. Nak buat bento untuk anak anak pun sesuai jugak ni hah. Korang pernah try buat roti sosej ni? 

21 comments:

  1. Replies
    1. Yasss! Nani suka masak yang simple macam ni.

      Delete
  2. oo buh cis jugak ek. boleh try la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nani saja tambah cheese. Heheh. Kalau tak nak letak pun boleeeh πŸ˜€

      Delete
  3. Replies
    1. Sedapp cik Nor. Nanti try tauu 😝

      Delete
  4. memang best pun roti sosej ni.,kalau akak rotinya di kukus dulu sekejap...hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke kak. Nanti Nani nak try kukus jugaklah. Heheh. Thank you kak!

      Delete
  5. sedap ni. Anak2 suka la sebab ada sosej dengan cheese. Buat masa breakfast kejap je bole habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sedap sangat. Nak buat pun mudah ya amat. Heheh.

      Delete
  6. mudah sedap.... tp kene mkn panas2... kalau mkn dh sejuk tak best jadinya hehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak Dana. Haritu makan time sejuk, kemain liat. Hahahah!

      Delete
  7. Replies
    1. Sedaaap Mazni. Nanti try tauu 😝

      Delete
  8. Senang sgt tp tula xterbuat lg hehe.. Tgu la kerajinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Fahaam kak. Kalau tak rajin tu satu apa pun tak jadi.

      Delete
  9. sedapnyaaaaaaaaaaaaaa kalau orang buat. haha. azah aritu try roti dengan tepung bestari yang salut dengan ayam tu. at last, jadi muak. mungkin sebab minyak banyak kot. sobs. nak try pulak la cara sis. hehe. jemput join: http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Takpe nanti try lagi tau. Mesti menjadi punya. Okay nanti kita join πŸ˜™

      Delete
  10. Haa tu dia bila nani masuk dapur. Ngences pula kak ana tgk pagi2 ni. Rasa nak try buat juga lah. Boleh ajar syafi sekali.

    ReplyDelete
  11. muah tp sedap!! nnti busyra nak try la.. hehe. tetiba laparrr.

    ReplyDelete
  12. da lama tak buat ni.
    dedolu time rajin menerpa, ada la buat.
    cuma aida tak salut dgn breadcrumb tu.
    just telur. then goreng, nani.
    ada breadcrumb tu lebih sedap ekk...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page