Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni rajin pulak nak share resepi Ikan Siakap Tiga rasa (ikut citarasa Nani). Kalau korang rasa resepi ni mudah dan ringkas boleh lah save siap siap okay! Nanti bila bila ada masa terluang boleh try buat. Nani lagi suka kalau masak sendiri macam ni sebab puas hati, kalau order dekat kedai entah berapa puluh kan sepinggan ni. Hehehe. Korang boleh check it out bahan bahan & cara nak masak siakap tiga rasa ni dekat bawah. Memang paaaling senang dan simple sangat nak buat. Nani ni pun sejenis manusia yang tak suka masak benda yang remeh dan complicated. Hahah! Sebab nanti sendiri yang jadi malas sebab banyak sangat step nya. Sukaa masak yang senang dan sedap macam ni aje. Dah ready ke tuu nak belajar? Hahaha! Jom check it out ๐Ÿ˜‰
Bahan - Bahan :   
- Ikan Siakap 
- Tepung Jagung
- Bawang (mayang halus)
- Halia (mayang halus) 
- Cili Kering
- Sos Cili & Tomato
- Sunquick (optional)
- Timun & Tomato (potong dadu)  
Cara - Cara : 
1) Salutkan ikan dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas sehingga garing & kekuning kuningan. Ada jugak yang salut telur jugak tapi Nani tak letak pun telur. Dah siap goreng, letak tepi dulu.
2) Untuk sos tu pulak, mula mula tumis bawang dan halia sehingga naik bau. 
3) Kemudian masukkan cili kering. Agak agak cili dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan jugak sunquick. Agak agak lah nak letak banyak mana. Nanti boleh rasa untuk adjust nak manis ke, masam ke. Heheh. 
4) Masukkan air supaya berkuah sikit & perisa kan dengan gula dan garam. 
5) Last sekali masukkan tomato dan timun yang dah dipotong dadu. 
Image may contain: food
Siappp! Ini lah hasil siakap tiga rasa Nani. Oh ye, kalau rasa tak nak letak sunquick boleh lah korang gantikan dengan air perahan limau atau lemon asalkan ada rasa masam masam sikit. Dulu dulu Nani letak limau jugak lepas tu mak cik yang ajar letak sunquick. Mula mula macam err sedap ke letak sunquick ni. Hahahah! Ye lah selalu buat air aje kan, dah kenapa pulak letak dalam ikan tiga rasa ni. Sekali sedaap hoi, lepas tu terus Nani ikut resepi dia. Hehee. Korang pun boleh lah try buat pulak dekat rumah lepas ni. Hiks. Nani suka lebihkan halia jugak bila masak ikan siakap tiga rasa ni sebab suka bau halia tu. Depends pada korang okay, kalau nak adjust resepi tu. Tekak masing masing kan. Hehehe. Selamat mencubaa!    

11 comments:

  1. kalau tak bgtau ikn siakap mmg tak tau ikan apa... almaklum terttp ngn sos yg banyak tuh.... msk sndiri jgk puas hati kn nani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Nani suka kuah banyak gitu kak Dana. Kalau kering sangat tak best pulak rasa. Kannn, masak sendiri yang puas hati.

      Delete
  2. Unik tu ltk sunquick.. Tgk pn mengiurrkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Dulu dulu Nani tak letak jugak lepas makcik ajar tu memang Nani letak sunquick sama. Sedaap! Try lah nanti kak.

      Delete
  3. dah lama tak masak ikan siakap..resepi pun senang..boleh lah try nanti...thanks for resepi

    ReplyDelete
  4. Tq Nani. Mesti kena cuba ni. Tak pernah letak sunquick lagi. Nak tahu juga rasa dia macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kak Su. Heheh. Sedaap jugak bila letak sunquick sebab ada rasa masam masam sikit.

      Delete
  5. tudia..siakap berlumur ngan sos tiga rasa...tutup habis..suka tengok nani rajin masak sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukaa buat sos banyak macam ni. Hahaha! Kak SA lagi rajin, dah lah semua nampak sedaap :)

      Delete
  6. Kena cuba ni guna sunquick. Bahan-bahan pun mudah. Thankz inanihazwani ๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page