Short Vacay Langkawi : Twin Peaks Island Resort

Assalamualaikum & Hello.
Masa Nani ke Langkawi hari tu kiterang menginap dekat Twin Peaks Island Resort (area Pekan Kuah) Secara keseluruhannya Nani puas hati dengan servis resort ni hah. Cuma nya area Kuah ni kalau waktu malam tak ada lah meriah macam dekat Cenang. Kalau korang rasa waktu malam nak jalan jalan lagi korang stay lah dekat area Pantai Cenang. Heheh. Malam malam memang meriah sebab ramai orang menjual dekat situ. Nani ni memang banyak habiskan masa waktu siang, malam malam kita berehat. Hehe. Tapi sejujurnya lah tiga hari dua malam tu memang tak cukup nak jelajah semua tempat dekat Langkawi, paling paling tidak kena duduk sana seminggu kot. Amboi sangat kaaaan, nak duduk seminggu poket pun kena tebal lah ye. 
Twin Peaks Island Resort
Kalau korang datang dengan geng geng bujang, boleh lah duduk sini. Selesa ! Tapi kalau datang dengan family yang besar okay aje nak duduk sini tapi kena sewa banyak bilik lah. Heheh. Sebab bilik dekat sini tak ada lah besar mana. Pada Nani dah okay sangat, lagi pun bukan banyak sangat masa nak duduk dekat bilik. Cuma untuk tido je kan.  
Twin Peaks Island Resort
My morning view selama tiga hari dekat Langkawi. Syok oo bangun pepagi tengok pemandangan macam ni. Rasa nak duduk Langkawi terus pun adaa. Hahah !
Twin Peaks Island Resort
Dekat resort yang kiterang menginap ni surau ada, bilik iron ada, pool pun ada. Ingat nak ambik gambar sebelum check out sekali hujan rahmat turun. Jadi tak sempat lah nak ambik gambar (menyesal sikit sebab tak ambik gambar awal awal. Haha)
Twin Peaks Island Resort
Ada satu katil saiz queen dan boleh jugak kalau nak mintak extra tilam. Tapi ruang dalam bilik agak sempit kalau takmbah extra tilam memang akan jadi makin padat. Hehe. Kalau geng bujang memang ok sangat lah dapat bilik macam ni. 
Twin Peaks Island Resort
Tv tu siaran tak berapa nak ok sangat. Alah nak berjalan kan, bukan nak tengok tv sangat pun. Balik bilik, update media sosial sikit sikit lepas tu lelap terus. Hahah ! Peti ais pun ada so boleh lah kalau nak simpan coklat yang borong banyak banyak tu kan sementara nak tunggu balik. Dekat sini diorang akan kemas bilik kita setiap hari. Kalau tak nak diorang kemas kan pun takpe tapi kena bagi tahu dekat receptionist lah. Nani hari tu tak bagi kemas pun sebab barang banyak gila. Kesian pulak dekat diorang nanti. 
Rasanya ni entry last entry Short Vacay Langkawi Nani ni hah. Banyak lagi tempat Nani tak sempat nak pergi, Tasik Dayang Bunting, Makam Mahsuri. Dulu dah pernah lah pergi tapi tu sembilan tahun yang lepas. Hahaha ! Mungkin next year kena buat lagi sekali kot trip ke Langkawi ni. EH :P Korang kalau ada yang tengah plan nak bercuti ke Langkawi ke hujung tahun ni boleh lah baca entry entry dekat bawah ni :)

12 comments:

  1. tak sangka resort tu pun ada pool, tengok bilik cam comel kecik jer...

    ReplyDelete
  2. Rasa kakak tak banyak bezalah Nani walau dah 9 tahun
    Yg pasti minyak gamat dan coklat juga yg pasti dpt kalau ke sana kan.

    ReplyDelete
  3. Berguna unformasi yg awk tulis.

    Thanks from.
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Menarik ni. lpasni p langkawi boleh try sini :) Blogwalking :) Eh klik terus nuff ads

    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. teringin tu teringinlah nak p lkawi tu tp berat plak kaki nak pi
    tapi syok gak bw budak2 tu skrg mcm2 dah ada eh

    ReplyDelete
  6. Comel kecik je bilik! Saya pun baru je bercuti ke Langkawi July yang lepas :D

    ReplyDelete
  7. akak tak prasan pulak hotel ni belah mana .... rate die ok ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resort ni tepi jalan aje kak. Rate dia 3/5 kalau tak silap. Heheh.

      Delete
  8. Oh, Nani pergi Langkawi rupanya ya! Best alahai...

    Kalau akak satu famili ni memang tak sesuailah ya Nani menginap di sini. Kami berempat beranak ni ganas sikit walau sekadar tidur malam. Lama dah tak pergi Langkawi. Lebih daripada 9 tahun rasanya!

    ReplyDelete
  9. hi,sis singgah sini follow awak :)

    ReplyDelete
  10. Fuyoo g langkawi tak hajakkkk ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page