Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya

Assalamualaikum & Hello.
Zaman sekarang ni memang ramai yang gunakan khidmat suprise delivery untuk bagi dekat orang tersayang kan. Sepupu Nani ni pun baru aje buat servis Chocolate Bouquet ni hah dan sesuai lah kalau nak hadiahkan buat yang tersayang. Tak kisah lah sempena nak sambut hari lahir ke, ulang tahun perkahwinan ke atau pun saja saja nak bagi dekat yang tersayang kan. Heheh. Jadi untuk yang tinggal di sekitar bandar Jerantut, Jengka dan sekitarnya boleh lah kalau nak buat tempahan gubahan coklat daripada sepupu Nani ni. Buat masa sekarang cuma ada servis dekat Pahang aje dulu, luar kawasan Pahang belum lagi. Harga cuma dalam RM30 - RM50 sahaja. Murahkann uolsss. Selalu yang Nani jumpa mesti letak rate harga dalam RM70 ke RM80 ke atas tau. So kalau nak buat tempahan boleh hubungi, WhatsApp : 017 939 0395 [Najwa]
Nani tengok sepupu buat gubahan ni pun rasa berbaloi lah dengan harga tu. Iya lah, bukan senang nak gubah tu dengan harga barang yang boleh katakan sekarang mahal lagi. Untuk orang yang berseni, memang sekejap aje lah kan dah siap. Kalau Nani yang buat ni mahu makan hari baru siap. Hahah! I is bukan orang yang KRAFTANGAN tapi KERASTANGAN. Eh 😂
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Kalau yang tersayang dapat sejambak gubahan coklat macam ni, memang sah sah dia senyum sampai telinga kan. Siapa tak suka dapat coklat macam ni. 
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
 Korang boleh request nak Chocolate Bouquet ikut bajet yang korang ada. Nak minta hantarkan terus kepada yang tersayang pun boleh. Kalau dekat, nak self pick up dekat Bakery pun boleh, tak ada hal. Boleh pm tepi, kita runding sampai puasa hati. Heheh 😄
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Untuk minggu ni ada promosi tau, boleh dapatkan dengan harga serendah RM30 ringgit aje. Start minggu depan, harga dah lain. So jangan lepaskan peluang tau untuk dapatkan harga promosi ni hah. Rugi uolsss kalau terlepas tawaran istimewa ni.
Surprise Delivery di Jerantut & Sekitarnya
Untuk korang yang nak buat tempahan Chocolate Bouquet ni boleh terus aje WhatsApp lelaju nombor telefon yang tertera dekat bawah. Tempahan boleh dibuat seawal tiga hari tau, jangan last minute pulak nanti tak sempat nak siapkan tempahan gubahan coklat korang tu. Jom gembirakan hati yang tersayang dengan hadiahkan gubahan coklat yang macam dekat atas ni.
WhatsApp : 017 939 0395 [Najwa]

12 comments:

  1. zmn skrg ni mcm2 blh bt duit jnji kite reti nk berusaha kan nani...

    mmg dh ada bakat org yg bt gubahan tu, di tambah ngn idea tuh yg menjadi businessnya

    ReplyDelete
  2. Masa hari graduation anak kakak hari itu selain bunga ada coklat macam ini Nani
    Tapi kakak belikan bunga. Bukan selalu kan
    COklat dah selalu makan

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya! Bilalah mummy nak dapat jambangan coklat macam ni..sobsss..

    ReplyDelete
  4. Macam-macam orang business sekarang ni kan? Seronok tengok lagi seronok kalau kita yang dapat! HAHAH!!!

    ReplyDelete
  5. cantikk wp simple...

    ReplyDelete
  6. sedapnye coklat tuu..kan best kalau ada orang bagi kat kite camtu..ekekekeke

    ReplyDelete
  7. wahhh! kat Jerantut...xde ke org nak bg kat sally ni? nak kena konvo ASAP laaa..hahahaha

    ReplyDelete
  8. nti dik nani hadiahkan k.el sejambak coklat ms besday nti tau ok bai

    ReplyDelete
  9. wah, ni memang boleh buat senyum sampai ke telinga hehe

    ReplyDelete
  10. eyh, murah dah tu weii ! biasa service kat sini rm100 --'

    ReplyDelete
  11. menarik
    smga bisnes sepupu bjlan lancar dan dimurahkan rezeki
    aamiin

    ReplyDelete
  12. Wahhh kat Jerantut pun dah ada perkhidmatan camni. Biasa dengar kat bandar besar je. Bagus2 :D

    Semoga bisnes sepupu berjalan dengan lancar. Menarik konsepnya dan harga berpatutan :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page