Dapatkan Promosi Percutian Hujung Tahun di Traveloka!

Assalamualaikum & Hello.
Ha dah nak dekat dekat hujung tahun ni mesti ramai yang tengah plan nak pergi bercuti kan. Hujung tahun selalu nya memang ramai yang akan buat percutian dengan family betul tak? Iye lah time ni kan anak anak cuti sekolah, so boleh bawak jalan jalan keliling dunia sebab tak terikat dengan jadual waktu persekolahan. Nani pun selalu nya kalau nak buat short vacation dengan the whole family mesti pilih tarikh cuti sekolah sebab majoriti semua orang akan dapat pergi. Bercuti ni kalau tak ramai tak best oo, nanti macam suram aje. Nak buat aktiviti pun mesti tak syok sangat. Heheh. Selalu korang dengar Jualan Hujung Tahun je kan, kali ni Nani kongsikan tentang Promosi Percutian Hujung Tahun. Ha suka ke idok? Meh sini mana yang suka travel, yang suka bercuti tu baca entry ni. Nani nak mudahkan korang pergi bercuti lepas ni. Gitu.
Korang pernah dengar tentang website Traveloka? Traveloka merupakan salah satu laman web yang akan memudahkan carian korang untuk travel ke mana sahaja destinasi yang korang nak pergi. Destinasi tu pulak bukan sahaja terhad untuk dalam negara aje tau tapi antarabangsa pun ada jugak. Bila ada lama web macam ni memang dapat membantu sangat lah kan. Tambah pulak kalau kita ni tak pernah sampai pun tempat tu jadi laman web macam ni memang akan jadi tempat rujukan lah. Heheh. Pertama kali Nani buka website Traveloka ni Nani rasa macam teruja sangat nak explore semua benda yang ada. Bukan setakat boleh book tiket flight atau pun hotel aje tau tapi korang jugak boleh tahu tempat tempat yang menarik dan jugak sejarah tempat tersebut. Tak best lah kalau Nani cerita semua dekat sini kan, untuk korang yang nak tahu lebih lanjut kena lah ke website Traveloka, https://www.traveloka.com/en-my/  

Hujung tahun ni Traveloka mengadakan promosi jimat berganda ganda untuk korang yang ingin terbang dan bercuti ke mana sahaja destinasi tak kira lah luar negara atau pun dalam negara. Yay or yay? Hahah ! Gila nak cakap nay? Siapa tak nak harga promosi tambah pulak bila nak pergi bercuti ni kan. Kalau spesis macam Nani ni sah sah mata tu jadi blink blink bila nampak perkataan promosi. Kalau korang nak tahu, Traveloka bukan sahaja mengadakan promosi untuk penerbangan aje tau tapi untuk tempahan hotel jugak. Tak percaya? Ha korang pergi klik link ni cepat mesti korang pun akan rasa terus nak pergi bercuti lepas ni, https://www.traveloka.com/en-my/promotion. Haih memang boleh jimat berganda ganda sangat ni kan. Flight dah diskaun, hotel dah diskaun so nanti masa berjalan korang boleh habiskan duit untuk shopping sepuas hati. Eh :p 

Apa yang buat Nani rasa best sangat Traveloka ni korang jugak boleh tahu destinasi hotel popular yang ada di Cherating, Melaka, Langkawi, dan banyak lagi lah. Eh bukan dalam Malaysia aje tau korang, destinasi hotel popular di Bangkok pun ada. Senang cerita dekat Traveloka ni semua dah lengkap, korang tinggal pilih aje nak naik flight bila dan nak menginap di hotel mana. Tambah pulak tu siap ada diskaun lagi kan memang syok sangat lah. Nak pergi bercuti ni kena relax, untuk memudahkan kerja korang tengok aje dekat Traveloka. Sangat membantu korang dari semua segi. 
Melalui webiste Traveloka ni juga, korang boleh tahu rating hotel tersebut. Selalu nya tempat penginapan ni memang akan jadi perkara yang paling utama kan. Dah nama pun bercuti tentu lah nak bagi tenangkan fikiran, nak berseronok dan haruslah tempat penginapan pun kena best. Kalau tempat penginapan biasa biasa aje nanti rosak pulak mood nak bercuti tu kan. Tapi korang jangan lah fikir dekat Traveloka ni cuma ada hotel yang mewah dan terbaik aje. Korang boleh jugak tengok hotel bajet tapi dijamin akan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Apa yang penting ikut keselesaan dan bajet korang sendiri nak pilih penginapan yang macam mana. Heheh. Kan dah cakap tadi, Traveloka sediakan yang terbaik dan dapat memudahkan semua. Gitu !
So lepas ni dah tak payah pening nak fikir nak naik flight apa, nak book hotel mana. Korang buka aje website Traveloka, semua dah tersedia. Sesekali nak pergi bercuti tentu lah kita nak pilih yang best best aje semua, dan Traveloka sememangnya menyediakan itu. Traveloka kena jadikan pilihan utama tau lepas ni. Heheh. Selamat bercuti dan jangan lupa dapatkan Promosi Percutian Hujung Tahun dengan Traveloka untuk penjimatan yang berganda ganda ! 


18 comments:

  1. wah untunglah tengah promo kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untung sangat kan Rai. Boleh jimat gitu!

      Delete
  2. wow menarik sangat ni, all in one tak payah susah2 lagi dah nak pikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Nani ni pun sekarang guna Traveloka je dah. Takyah pening pening :)

      Delete
  3. adik wani...akak penah guna booking hotel guna traveloka...tau tak masa guna booking.com hotel berkenaan yg sis nak kata dah penuh tarikh tu...tp kt traveloka tarikh tu available utk 2 hari hahaha...harga pun lebih kurang so akak terus book guna traveloka...mudah juga cuma dia kredit terus duit kita dari akaun la...tak perlu guna kad kredit...

    membantu traveloka ni di saat kecemasan...alaaa jom holiday lagi dik wani...best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat ingat yang kak Juju cerita hari tu. Memang best kan Traveloka ni, memudahkan sangat. Heheh. Jom jom Nani tengah plan nak ke Penang ni. Crai nasi kandar! Hahah :D

      Delete
  4. nak bercuti nak bercuti nak bercuti nak bercutiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha pergi tengok website Traveloka cepat. Haha!

      Delete
  5. Siapa tak suka dengar perkataan 'promosi', 'diskaun' dan sebagainya. Memang boleh bikin crazylah, tak tidur malam dibuatnya memikirkan!

    Cuti sekolah dah nak bermula tapi akak satu plan pun takda. Akak ni pulak tak suka jalan bila kena bersesak makanya tourist spots yang sesak macam Langkawi, CH dan sebagainya tu memang tiadalah dalam senarai kalau ya pun nak berjalan masa musim cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaaan. Hahah! Nani ni blink blink mata bila nampak perkataan promosi. Pantang ada duit xtra sikit siaplah.

      Kak, Nani hari tu pergi Langkawi bukan musim cuti sekolah pun ramai gila orang apatah lagi kalau time cuti sekolah kan. Tak tahu lah bila tempat tempat macam tu yang tak ramai orang. Hahah!

      Delete
  6. ok k.el nak try traveloka loka ni..kut2 dpt murah dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha lelaju pergi terjah kak El. Mana tahu terus datang idea nak bercuti ke mana mana. Hehehe :)

      Delete
  7. Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaa langkawiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nanti kena buat lagi trip gi Langkawi kak Rara :)

      Delete
  8. nak bercuti jugak..arghh geram tengok promosi

    ReplyDelete
  9. Akak ni ntah berapa kali bukak tutup bukak tutup Traveloka tu, rasa mcm semua hotel nak book hahahaha

    ReplyDelete
  10. Hehehe bestnya kalau blh booking dgn harga murah..apalagi jom la bercuti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page