Mango | Jenama Pakaian Pilihan

Assalamualaikum & Hello. 
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua tentang fesyen sikit. Siapa yang tak suka dengan fesyen kan dan ofcourse semua orang ada jenama fesyen yang diorang paling suka. Kalau tanya Nani jenama apa yang paling Nani suka, Nani akan cakap Mango ! Ha kenapa Mango? Kenapa bukan jenama lain? Meh Nani nak kongsikan dengan korang kenapa Mango yang paling dekat dengan hati Nani ni. Lepas baca ni mesti korang pun akan berkenan sama nak guna jenama Mango. Heheh. Pada Nani Mango ni satu jenama fesyen yang sentiasa up to date dan Mango mempunyai banyak sangat pilihan yang Nani nak. Kadang - kadang sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya lawa lawa dan sangat berkualiti. Bila yang berkualiti ni tentu tentu lah kita akan beli lagi dan lagi akan datang. Betul tak? Heheh.
Kalau ada yang dekat sini tengah mencari dress yang anggun dan cantik menarik korang boleh lah tengok koleksi Mango. Koleksi dress daripada Mango ini sememangnya mempunyai stail yang sangat bergaya dan sesuai dengan trend terkini. Mango jugak menawarkan pelbagai jenis blouse yang sesuai untuk ke pejabat dan aktiviti santai. Eh bukan itu aje tau, skirt pun ada. Pilih aje mana yang berkenan dekat hati settle semua. Heheh. Antara koleksi pakaian Mango ni, Nani paling suka Ribbed Cardigan sebab sangat selesa dan sesuai nak pakai dengan seluar atau skirt labuh. Jarang jarang sangat nak jumpa cardigan yang bebetul kena dengan citarasa Nani ni so bila dah jumpa haruslah grab sehelai jadikan koleksi. Tambah pulak kalau time malas, memang sarung aje cardigan. Hehehe. 
Bila tahu ada je koleksi terbaru keluaran Mango memang selaju mungkin pergi tengok. Hahah ! Kalau ada yang berkenan memang tak fikir tiga empat kali dah, terus aje beli. Ha jom tengok antara stail pakaian Mango kegemaran Nani. Mana lah tahu kot kot korang pun berkenan sama nak ada koleksi ni. Heheh.
Sekarang memang boleh dikatakan ramai wania yang menggayakan dress bercorak floral macam ni. Memang cantik sangat kan sesuai untuk dipakai ke majlis pekahwinan. Heheh. Kalau lengan pendek macam ni Nani suka kenakan dengan cardigan labuh putih atau hitam.
Blouse yang santai santai macam ni pun cantikkan. Padankan pulak dengan skirt labuh atau pun seluar slack ha memang dah lawa sangat dah untuk berjalan jalan. Heheh. 
Wide leg pants daripada Mango ni pun antara yang paaaaaling Nani suka sebab lebar dan labuh. Sekarang kan trend orang pakai palazo so keluaran Mango ni sangat selesa. Nani suka sangat pakai sebab senang, sarung je dah pun siap. Warna pulak macam macam yang menarik hati. Nani suka hitam sebab boleh padankan dengan banyak warna.
Ha nampak tak memang cantik cantik kan koleksi keluaran Mango ni. Harga pun berbaloi sangat tau, tambah pulak yang jenis berkualiti macam ni. Nani jenis tak kisah harga kalau koleksi tu sangat berkualiti dan best untuk dipakai. Tunggu apa lagi lelaju tengok koleksi keluaran Mango ni tau, dijamin korang berpuas hati dengan jenama ni hah. Pilihlah Mango dan lupakan yang lain. Heheh. 

17 comments:

  1. husna suka jugak! tp kdg² tu ada yg tak bleh matching jd boleh tgk jelaa.. huhuhu.. cantik dress dalam gambaq tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan. Suka jugak tengok dress tu. Sekarang trend lah dress corak bebunga macam tu. Haih rasa nak tambah aje lagi koleksi dress munge munge gitu. Hahaha !

      Delete
  2. Bila dah memenuhi citarasa kita soal harga bkn lagi the main concern kan.

    Boleh mix and match itu yg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuu :D Kualiti yang paling utama kan kak su

      Delete
  3. Hand-bag Mango kakak ada hadiah dari anak kakak
    Tapi baju dia tak ada lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handbag Mango pun lawa lawaa kan kak :) Untungnya dapat hadiah dari anak anak

      Delete
  4. mmg cantik2...
    paling menarik yg dress bunga tuh... cantik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun dah berkenan sangaat ni tengok. Warna pun soft aje :)

      Delete
  5. Assalamualaikum Nani,

    Jenama Mango mengingatkan saya zaman belajar di kolej. Memang pakai brand ini ke class. Material selesa dipakai dan casual. Accessories Mango pula saya prefer wallet.. ;-)

    ReplyDelete
  6. sukaaa brand Mango. office attire dia lelawa. handbag pun cantik

    ReplyDelete
  7. ofkos la minat fesyen.. pantang tgk design unik2 Hsna xkisah sgt brand apapun..janji style!

    one more thin' luv black attire...xpenah xmenarik..hihi

    ReplyDelete
  8. orang kurus boleh lah pakai Manggo ni
    sbb kebykkan size yang ado semua kecik2 sabo je lah

    ReplyDelete
  9. Wauuu tak pernah beli brand mango sebab selalu fikir mesti tak ada size hahahha...leh usya la nanti

    ReplyDelete
  10. Cam x sesuai je utk sis JM ��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page