Lelaki & Sales Padini

Assalamualaikum & Hello.
Kemain sangat kan tajuk dekat atas tu. Eheh. Hari ni nak sembang sembang kosong aje dengan korang sebab pagi tadi tetiba teringat kisah Jumaat lepas. Hehe. Nani jalan jalan dekat Sunway Putra Mall baru ni, maklumlah dah lama tak excercise kaki dekat dalam mall. Hahah ! Tak ada pun yang nak cari sebenarnya, just nak cuci cuci mata. Ingat nak cari novel baru dekat Popular tapi tak ada pulak yang berkenan dekat hati. Ha lepas tu panjang lah langkah ke Big Apple makan donat. Kalau jalan sorang sorang ni, memang suka lepak dekat Big Apple tu sebab tak ramai sangat orang. Selalu kan orang take away je kalau dekat Big Apple ni. Eh apa kaitannya Big Apple dengan tajuk dekat atas? Hahaha ! Biasa lah lencong sikit dari tajuk kan. 
Kisah nya baru ni kan Padini buat sales selama empat hari tapi Nani tak terjebak sangat nak membeli belah dekat situ. Hahah ! Entah kali ni rasa macam tak bernapsu sangat nak shopping. Yang sebenarnya duit tu simpan nak jalan jalan Melaka. Gitu. Biasa lah kan kalau Padini buat sales, mana pernah tak penuh orang walaupun masa tu time bekerja. I is tengok aje gelagat orang memilih macam macam, baju lah, kasut lah. Tengok jugak lah sebab nak keluar ke Stesen Lrt PWTC tu kan lalu Padini dulu. Ehehe. Sekali masa dah sampai dekat stesen LRT tu Nani terdengar perbualan dua orang lelaki ni. Terdengar okeh sebab tak jauh mana jarak.
Dua dua ada pegang shopping bag Padini tau and suddenly I heard one of them said "Jangan bini aku tau dah lah yang aku shopping Padini ni. Kalau tak masak aku nak kena bawak pulak dia datang sini." Nani yang dengar masa tu terus macam nak tergelak pun ada. Hahahahahah ! Amboi dia shopping takpe tapi isteri dia nak shopping tak boleh pulak. Hahah ! Yang tak tahan tu kawan dia siap bagi cadangan letak dulu barang yang dia beli tu dalam kereta supaya isteri dia tak tahu. Hahahahah ! Adoi lah perangai. Terhibur aku yang dengar ni.

11 comments:

  1. Oh... Padini di JPO sini pun buat sales 4 hari juga Nani
    Tapi kakak pun tak pergi.

    ReplyDelete
  2. hahaha. kalau bini dia dtg jugak. masak la dia nak membayar

    ReplyDelete
  3. hamboi dua mamat tu. lelaki kalau tang tolong kawan/ bagi suggestion ngelat dari bini/ gf memang no 1. hahahah

    i pun tak terjebak. sebab tengah pokai + saving. kang kalau masuk kang takut nangis golek golek pulak

    ReplyDelete
  4. ermm macam2 ragam orang kan nani..
    big apple ramai orang suka takeaway jer, dekat giant umah akk pun gitu..

    ReplyDelete
  5. hover sgt tau laki tuh... nsb laki akak tak mcmtu...

    nani esok2 kalu laki bt camtu siap la hehehhe

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya PCL antara dari ramai2 lelaki yg shopping padini sales tempohari...tapi PCL tukang beratur masa nak bayar kaunter je, tapi oklah ada upah baju sehelai..haha ok kan.

    ReplyDelete
  7. Ya ampun..arituh pergi jgk padini lepas tuh tengok orang ramai sgt terus tak jadi masuk.haha

    ReplyDelete
  8. hahahaha sian bini dia kan
    suami sapelah tu
    mujur en. shumi k.el x shopping padini
    dia kalau shopping mesti sama2 dapat merasa haha

    ReplyDelete
  9. Hahaha. Bab yang letak dulu dalam kereta tu macam biasa aje akak amalkan. Akak pun macam tu. Kalau dah ligat shopping, takut nak bawa balik semua ke rumah. Takut kena marah dengan HD walaupun sesen tak guna duit suami. Makanya, akak ambil langkah bijak supaya tak kena hempuk - simpan dulu dalam bonet kereta. Dah lama peram, campak baling terus belakang almari. Tamat cooling period, barulah guna. Masa tu kalau kena tanya, tetiba aje penyakit alzheimer sampai - entahlah, lupa pulak berapa harga sebab lama dah beli!

    Hehehe...nak selamat punya pasal ^_^

    ReplyDelete
  10. amboi...lelaki tu dh macam pompuan kaedahnya...hehe...taktik letak barang dlm bonet tu dalam lama pompuan guna la...sure bini tu tau nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page