Phone Problem

Assalamualaikum & Hello.
Dah seminggu lebih kot tak guna smartphone. Perasaan dia tu jangan cakap macam mana. Rasa macam terus lost contact dengan orang luar. Hahaha! Malam sebelum nak ke Melaka, Nani buat insta story masak masak dekat dapur (eh, sibuk jugak nak cerita! Kahkah)  lepas tu masa nak letak phone atas meja makan boleh pulak terjatuh ke bawah. Masa Nani ambil tu elok je lagi phone nya siap boleh post gambar dekat Instagram lagi kauu. Heheh. Lepas tu entah macam mana, Nani tengah makan phone terpadam sendiri lepas tu dah tak boleh nak restart. Banyak kali buat sampai dah bukak keluar masuk balik semula tapi tetaplah sama. Esok nak jalan tetiba malam tu phone buat hal, memang swing terus mood lepas tu. Padahal salah sendiri. Hahah!
Terus rasa menyesal sikit. Eheh. So terpaksa lah guna telefon adik beradik untuk bawa pergi berjalan. Balik dari berjalan pulang lah balik dekat dia dan Nani ni pulak tak ada telefon lain dekat rumah ni hah. Dah seminggu telefon hantar dekat kedai nak baiki sebab katanya software rosak. Hantar dekat satu kedai ni, dah lima hari kot dekat kedai dia tetiba time nak ambil dia cakap tak boleh nak baiki. Hantar pulak ke kedai yang kedua tetiba nak ambil hujung minggu baru ni, dia tak buka pulak dah. Nangis dalam hati. 
Makanya sekarang ni Nani cuma bergantung pada laptop aje. Sorry kalau ada yang call atau pun WhatsApp tapi Nani tak reply sebab sekarang phone tengah rosak. Hopefully hari ni kedai tu dah buka and dia boleh baiki lah. Seminggu takdek phone rasa macam peliknya. Hahah! Dah lah tak boleh nak berhubung melalui WhatsApp dan bila mana semua nak through social media, susahnya lahai. Kalau tak boleh baiki juga nampaknya kena korbankan duit sikit beli yang baru. Eh. 
Ok lah tu je nak bebel bebel hari ni. Hahah! Dekat Pahang ni cuaca mendung, mata asyik nak mentido je. Kahkah! Happy working people :)

20 comments:

  1. Alahai dugaannya cik nani. Bertabah la yer. Rasanya ada baiknya utk berehat2 dari dunia maya buat seketika. .. ala jgn la serius sangat nani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Sabo je lah, harap harap hari ni dah ok phone nya :)

      Delete
  2. laaa..phone rosak..patut la tak respon wasap kite..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Ye mekti takdek phone sekarang. Pm kat fb tau :)

      Delete
  3. huhuhu bila dh biasa dia ada, bila takde aduh rasa mcm dok kt utan tanpa ada reception hp huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak Dana. Selalu belek belek juga phone bila nak tido ke ada masa lapang sikit ke, ini nan hadonya. Hahaa!

      Delete
  4. semoga phone nani dapat dibaiki.
    sunyi tanpa phone sbb kita dah terbiasa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak su. Bleh pulak rosak time macam ni :)

      Delete
  5. memang sush bila phone rosak..takpe nanti boleh baiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harapnya lah kak Nad. Dah banyak kedai hantar tapi takleh baiki :(

      Delete
  6. I've been in that situation Nani :D hahaha perasaan lost contact tu fuhh. Lagi lagi kalau info terkini macam kelas cancel etc tu tak sampai, haru sungguh hidup T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed! Mujur sekarang Nani tengah cuti, kalau tak mahu menangis tak tahu apa aoa info langsung dari lect and etc :)

      Delete
  7. adoi nani, memang serba celaru juga tanpa phone ni kan , semoga cepat2 okay balik phone nani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celaru sangaat. Rasa macam tak tahu nak buat apa. Hahah! Selama ni memang bergantung pada phone tu kan :)

      Delete
  8. adik nani...kebetulan next week akak nak review 1 hp baru keluaran ZTE...harga pun murah bawah 1k..kalau nak tunggu akak review ye...nak test dulu ok ke idok...janji kena duit poket nanie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh tak sabar ni nak tunggu kak Juju review. Nani ni pun dah start survey nak beli yang baru lah. Dah macam tak boleh nak baiki je telefon tu

      Delete
  9. Zaman sekarang ni kalau takda handphone, memang rasa susah sangat nak berhubung padahal takdalah susah mana pun. Macam-macam media sosial boleh guna. Takda handphone, laptop ada. Takda laptop, guna aje desktop. Tapi itulah, kalau takda handphone ni, hidup rasa tak sempurna. Susah hati memanjang, kan Nani ^_^

    ReplyDelete
  10. Alahai sian nani..sabor naa sabar ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page