Lily Ice Kacang di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Hello.
Haritu masa Nani naik Bukit Bendera boleh tahan jugaklah cuaca, panas terik. Naik pun dah tengah hari siapa suruh. Hahaha! Pagi tu kemain lengah lengahkan masa hah sekali dah sampai atas matahari elok atas kepala. Tapi dah datang dari jauh kan, explore lah dekat atas tu. Bila dah cuaca panas gitu memang tekak pun cepat je lah hausnya. Nani pun sebelum naik atas tu memang dah set siap siap dalam kepala nak makan dekat Lily Ice Kacang ni hah. Haritu viral pasal kedai ni dekat Twitter, haruslah Nani nak cuba jugak. Heheh. Memang pantang tahu pasal kedai kedai yang viral ni, mesti nak rasa jugak 😆 Dekat situ ada banyaaak kedai yang jual ais kacang macam ni, korang janganlah tertukar pulak okeh. Heheh. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Cari kedai yang ada tulis ni tau. Tak susah pun nak cari sebab bila korang masuk dekat deretan kedai tu, Lily Ice Kacang ni kedai yang kedua tak silap Nani. Dekat sini semua self service tau, pilih dan bayar. Nanti dah siap diorang akan panggil dan ikut suka lah nak duduk belah mana pun. Tempat duduk ada banyak dekat sini, jangan risau. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Macam macam ada, pilih aje mana yang nak makan. Heheh. Nak makan starwberry celup coklat pun ada. Hah boleh lah kan nak fefeeling Cameron Highlands sikit. Ehehe. Nani hari tu rambang mata jugak nak pilih sebab semua nampak sedap. Itu nak try, ini nak try padahal dua orang je pun. Nak order banyak banyak rasa membazir pulak. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Taraaa ini lah yang Nani dengan kawan order, mango ice dengan chocolate strawberry ice. Setiap satu ni RM 10 dan portion banyak sangat. Puas jugaklah nak habiskan hari tu. Bila dapat makan buah sekali dengan ice cream tu memang nikmat!
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Buah yang diorang guna pun fresh sangat. Nani ni memang peminat buah mangga dapat pulak buah mangga yang manis hari tu, memang puas hati. Cumanya Nani tak tahu apa yang kecil kecil warna merah tu. Mula mula ingatkan sagu tapi bukan. Bila masuk mulut dia terus mencair. Tak tahu lah apebenda tapi sedap. Aiskrim tu pun diorang guna mango ice cream. Memang terbaik 😍
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Yang ni pulak diorang guna aiskrim coklat, pun sedap jugak. Aiskrim tu banyak jugak yang diorang letak, memang berbaloi dengan harga yang kita bayar. Cumanya strawberry tu agak masam sampai pejam pejam mata makan. Hahah 😄
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Happy faces bila tertunai hajat hati nak merasa makan dekat sini. Heheh. Tempat dia memang santai sangat, sesuai lah kalau nak duduk lepaskan penat. Hari tu masa tengah makan, boleh pulak ada monyet datang bergayut dekat belakang Nani tu. Ohoi seram jugaklah masa tu takut dia mengacau. Hahahah! Nani ni dah lah spesis penakut. Tapi tak lama lepas tu ada orang halau. Biasalah dekat kawasan macam ni memang banyak monyet. Tourist yang luar negara semua seronoklah dapat tengok monyet macam tu, diorang siap ambil gambar lagi tau. Heheh. So korang yang berpeluang ke Bukit Bendera jangan lupa tau cari Lily Ice Kacang ni. Memang sedap 😊😊

17 comments:

  1. alahaiiii , teringinnya tengok . saya memang nak pergi bukit bendera minggu nih . lepastu , tutup pulak . sedihnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tutup sebab apa? Siannya awak. Nani pergi minggu lepas ok aje 😊 InshaAllah ada rezeki lain kali tu.

      Delete
  2. Saya duduk jauh dari bukit bendera.
    Entah bila dapat gi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun dah lama sangat nak pergi Penang, baru ni ada masa nak jalan jalan sana

      Delete
  3. Sedapnya.. Nengok pun i jeles tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah. Apa lagi kak, boleh lah plan trip ke Penang pulak lepas ni. Hehe 😁

      Delete
  4. Kakak baru nak tanya merah bulat-kilat tu apa. Nani makan aje ye nampak memang nikmat. Kalau kakak pun pilih mangga - menggoda betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tu lah Nani pun masa makan tu puas fikir apa benda tu taoi sampai sudah tak tahu. Sedap sangat, buah mangga dia manis 😊

      Delete
  5. Apaaaaaaaa....RM10 je dik nanie...huwaaaaaa nak balik kg nenek la hahahhahha...TQ dik sharing this one...i love it so much...enjoy tgk nanie bercuti di penang...penang ni pi byk kali pun tetap x puas...ada je tempat2 menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. Kak Juju kena ikut nenek balik Penang ni. Betul sangat, banyak tempat best dekat sana, Nani pun rasa nak repeat lagi pergi sebab ada beberapa tempat tak sempat pergi 😁

      Delete
  6. sedapnye nani, nak-nak makan time panas macam nih...berbaloi RM10 tu, portion besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak Su, time panas memang layan lah 😊

      Delete
  7. pernah pi tpi xpernah cuba makan ice kacang ni

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnya.. saya mmg suka ice kacang.. baru tau tmpt ni. Thanks sharing nani :)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedapnya...makan pula dalam cuaca panas gini kan. Memang heaven :)

    ReplyDelete
  10. kat atas tu banyak sangat kedai jual ais kacang, x tau mana yg sedap.. hari tu tau sebat je, nasib baik sedap..hehehe.. x ingat dah hari tu beli yg lily atau yg lain..

    ReplyDelete
  11. dapnye dapnye..
    pebret ni ice cream hihi
    pekena time panas panas mmg kjap j habis ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page