Assalamualaikum & Hello.
Cuti sekolah dah nak dekat, korang ada yang planning nak
bawak family pergi bercuti ke? Nani ni pun ada jugak dua tiga tempat yang dah
di “short list” kan untuk dijadikan sebagai destinasi percutian. Bukan apa, dah
lama sangat rasanya tak pergi bercuti dan lari sekejap daripada segala jenis
kerja. Agak agak mana tempat yang Nani nak pergi? Jeng jeng jeng. Tak ada lah
jauh mana pun, di negeri kelahiran sendiri jugak Pahang Darul Makmur. Spesifik
sikit lagi, di Cherating, Kuantan. Nani pun memang dah lama tak ke sana,
jadinya memang dah set awal awal dalam kepala cuti Raya Haji ni nak bercuti ke
Cherating. So nah hari ni Nani nak kongsikan apa yang best sangat dekat
Cherating dan wajib untuk korang pergi. Cherating merupakan pekan kecil yang
pada asalnya sebuah perkampungan nelayan yang terletak di utara ibu negeri
Pahang.
kredit : Google
Kalau korang daripada Kuala Lumpur, boleh lah pilih sama ada
nak naik flight ke Kuantan (yang perjalanannya kurang dari satu jam) atau pun
nak drive kereta sendiri. Kalau nak drive makan masa sikitlah, dalam tiga ke
empat jam menggunakan Lebuhraya Karak. Pada Nani, kalau nak syok bercuti ni
baik guna pengangkutan awam. Hehe. Badan pun tak letih sangat sebab bukan kita
yang drive. Boleh jugak kalau nak naik bas sama ada dari Pekeliling atau TBS.
Pekan Cherating yang terletak di persimpangan jalan besar di antara perjalanan
ke Kuantan dan Kuala Terengganu ini telah berkembang daripada sebuah
perkampungan nelayan kecil kepada sebuah tempat tumpuan pelancong yang pesat
membangun. Mungkin juga disebabkan faktor itu, tempat ini menjadi antara tempat
yang terkenal di kalangan pelancong kerana jarak dan lokasinya yang sangat
mudah untuk ke sana. Tempat ini juga dikenali sebagai lokasi pertama Club
Mediterrannee (the Club Med Malaysia) di Asia.
Bila nak bercuti, tentulah semua benda nak kena buat survey
kan terutama nya tempat nak bermalam. Tapi kalau ke Cherating, memang tak perlu
risau lah nak bermalam dekat mana. Korang boleh pilih sama ada nak bermalam di Cherating hotel lima bintang yang terkenal seperti
Club Med Cherating, Suria Cherating Beach Resort dan lain lain lagi. Tak nak
tidur di hotel mahal mahal,hotel bajet pun ada. Kalau nak fefeeling duduk dekat
kampung, boleh jugak bermalam di homestay perkampungan nelayan. Apa yang
penting, ikut kemampuan dan bajet masing masing kan. Nak berjalan, kena enjoy
enjoy ! Kalau tak tahu Cherating hotel yang best untuk bermalam, korang boleh tengok
website https://www.traveloka.com/en-my/ Memang membantu
sangat tau untuk korang pilih hotel yang selesa dan menjimatkan.
Memandangkan Cherating ni merupakan kawasan pantai, memang
rugi lah kalau tak makan makanan seafood yang semuanya segar dari laut kan.
Harga? Jangan risau, semua nya berpatutan. Di sepanjang persisiran pantai dekat
sini, memang banyak sangat pilihan gerai makanan. Bukan itu aje tau, segala
jenis keropok ikan, keropok lekor, sata dekat merata rata gerai ada jual. Ok,
sekarang Nani pulak yang rasa tak sabar nak ke sana ! Hahah !
Ha tahu tak dekat sana macam macam aktiviti yang kita boleh
buat antaranya :
kredit : reenaonline.com
1) Melihat penyu bertelur.
Di Pusat Penerangan dan Santuari penyu, aktiviti ini
merupakan aktiviti wajib bagi pengunjung di si sini tambahan pula bukan semua
pantai di Malaysia mempunyai penyu. Di sini, korang akan diberi pendedahan
tentang spesis dan jenis penyu yang biasa dijumpai oleh petugas yang
berpengalaman luas. Bayaran yang dikenakan RM55 seorang dan korang bukan sahaja
boleh tengok penyu bertelur tetapi dapat jugak melihat anak anak penyu yang dah
bertelur ke pantai. Menarik sangat kan ! Untuk pengetahuan korang, musim penyu
mendarat di pantai untuk bertelur adalah dari bulan April hingga bulan Ogos.
2) Mangrove River Cruise.
Ha bukan sahaja ada pantai tau tapi bila ke Cherating ni,
korang boleh jugak merasai pengalaman menaiki bot menyelusuri sungai Cherating.
Sepanjang perjalanan tersebut korang akan diberi pendedahan tentang kehidupan
liar yang terdapat di hutan paya bakau di sini seperti ular, monyet, ikan dan
sebagainya. Bukan itu aje tau korang, nak tengok kelip kelip yang menyinari
beberapa kawasan pun boleh jugak.
Dah namanya pun pergi ke kawasan pantai, rugi lah kalau tak
menikmati keindahan pantai yang sememangnya menjadi tarikan kebanyakkan para pengunjung.
Pantai yang terletak di sini berteluk dan agak landai jadi selamatlah untuk
korang berkhelah di sepanjang pantai bersama keluarga atau kawan - kawan.Bagi
yang sukakan aktiviti ekstrem, korang bolehlah buat aktiviti surfing. Banyak
surf operators yang menawarkan macam macam servis berkaitan dengan aktiviti
ini.
Ha banyak kan aktiviti yang korang boleh buat dekat Cherating
ni, sebab tu lah Nani jadikan Cherating sebagai destinasi percutian Nani tak
lama lagi. Tak sabar nak jejak pantai dan makan macam macam jenis seafood yang
fresh dari laut. Korang kalau nak ke sana jugak boleh lah ke laman web
https://www.traveloka.com/en-my/ untuk mengetahui special Cherating hotel. Jom bercuti ke
Cherating !