Sekali Sekala ke KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat minggu lepas, gigih lah Nani dengan kawan ke KLCC semata mata nak tengok Rudy Habibi. Ikutkan nak tengok wayang dekat Mid Valley atau NU Sentral, sekali tayangan yang available ada dekat KLCC aje. Sebab nak jugak tengok, tak kira lah dekat mana pun kiterang pergi jugak lah. Tengok weekdays ni murah sikit tambah pulak guna student card dapatlah RM10 aje. Murah lah tu berbanding waktu hujung minggu yang berbelas ringgit tu hah. Heheh. Nani ni boleh katakan lama jugak dah tak mengukur jalan dalam KLCC tu so Jumaat lepas macam blur blur sikit bila masuk sana. Sampai nak cari surau nak solat pun tak jumpa. Hahaha ! Satu lagi sebab ramai orang pun iye jugak. Paling tak tahan, ramai yang cari Pokaemon okay. Jalan sampai nak terlanggar orang lain sebab sibuk sangat nak tangkap Pokaemon. Aiyo !
Rudy Habibi ni sambungan daripada cerita yang pertama dulu. Eh sebenarnya Nani tak pernah tengok pun yang pertama lepas tu baru ni terus tengok yang kedua. Aci lah kan skip yang pertama terus tengok yang kedua? Hahah ! Cerita ni kisah benar yang pernah berlaku suatu masa dulu. Bukan lah sepenuhnya pasal percintaan, tapi ada jugaklah unsur kekeluargaan, perbezaan agama dan politik. Nanti akan datang ada yang ketiga pulak. Eheh !
Set Snacker Box (RM 8.95)
Dah habis layan movie dua jam lebih, masuk lah KFC untuk isi perut yang dah berlagu riang. Maklumlah masuk wayang tak beli popcorn sebab malas nak beratur. Ramai orang okay kalau Jumaat. Kita orang pun dah lambat masa tu (risau movie dah start) terus lah cancel nak beli popcorn. Huhi. Set yang Nani pilih ni set baru dan dalam snacker box ni ada ayam goreng seketul, fries, tiga keping crispy tenders (ayam takdek tulang tu) dengan air. Lepas tu add on coleslow dengan extra cheese. Fuh kenyang perut petang tu makan KFC. Nampak macam alah sikitnya tapi tu pun tak habis. Nani bawak balik, sambung pulak makan malam tu. Heheh. 

10 comments:

  1. rudyhabibi ni cite melayu ke omputeh? xprnh dgr plak.. hihi

    sedapnye kfc.. nyum nyum

    ReplyDelete
  2. snacker box tu bkn dah lama ke ... rasanye mcm dah berbulan dah tukar dr nugget ke ayam tanpa tulang tu hehehe

    kita dah lama tak pi klcc

    ReplyDelete
  3. filem indonesia kan rudy habibie tuh.... akak dh lama sgt tk tgk wayang...
    dulu2 masa bujang rajin jgk nengok wayang kt klcc tuh... skrg nih mmg idak lah...

    terliur lak nengok nani nyer menu kfc tuh... aduhla

    ReplyDelete
  4. ada tu surau dalm klcc dekat maybank.. takpun google je surau klcc hehe..
    first time dgr Rudy Habibi ni.. nnti nk tgk la trailer dia cmner..

    ReplyDelete
  5. lama tak jejak kaki kat klcc tu.. kalau pegi pun lalu jer.. hihi

    ReplyDelete
  6. Wah nani layan cerita Rudy Habibi ye syokkk la guna rate student...lepas ni kena dating dgn nani lah nak tgk wayang leh dapat murah kan kan hehehe

    ReplyDelete
  7. Baru tau tajuk movie tu... mcm best je sinopsis dia... :)

    ReplyDelete
  8. tetiba aku craving sgt tgk ayam kepsi tu...huhu...

    ReplyDelete
  9. cerita apa ya...baru tahu selamat menonton

    ReplyDelete
  10. kfc makin kecik sekarang tak puas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page