Resepi Karipap Sardin Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak kongsi resepi karipap sardin yang paaaaling mudah dan sedap. Heheh. Bahan yang digunakan untuk buat karipap ni pun simple aje. Rasanya semua ada aje kot dekat dapur korang. Actually ni pun first time Nani buat karipap sebab hari tu tertengok video dekat Instagram. Hahah! Tengok cara nak buat tu senang, Nani pun gedik jugaklah nak try jugak. Tup tup menjadi. Heheh. Jarang betul kalau kuih macam ni, sekali buat terus jadi. Selalunya banyak kali try and error baru boleh diterima dek tekak. Hari tu Nani pernah buat kuih keria, tapi tak menjadi. Hahah! Sejak tu, jadi fobia sikit nak buat kuih yang tradisional ni. Susah kot. Nasib baik karipap ni menjadi. Heheh. 
Bahan bahan yang diperlukan untuk buat karipap ni tepung gandum, air, garam dan jugak butter (dicairkan). Kalau tak ada butter, boleh aje gantikan dengan minyak masak yang korang dah panaskan. Ini bahan bahan untuk kulit karipap tauu. So first sekali, campurkan butter yang dah dicairkan tadi ke dalam tepung. Lepas tu ratakan sampai adunan tadi sebati semua. Masukkan air dengan garam dan uli sampai jadi doh. Oh ye, semua bahan bahan ni Nani main agak agak aje, tak ada spesifik pun.
Bila dah elok sebati semua adunan tadi, korang bulat bulatkan lepas tu boleh lah canai nipis nipis guna roller yang kayu tu. Kalau ada mesin lagi senang tapi Nani guna roller kayu tu aje. Penat jugak lah nak buat sebab nak bagi nipis betul betul. Karipap ni kalau tebal sangat tak sedap jugak kan. Heheh.  Untuk inti tu pulak, Nani goreng ubi kentang (potong dadu) lepas tu masukkan bawang, cili, sardin dan garam. Settle. 
Karipap ni nampak helok aje semua sebab Nani guna acuan. Tak pandai nak buat kelim tepi tu. Hahah! Lagi cepat lah bila guna acuan. Gigih okay pergi beli acuan semata mata nak buat karipap. Itu aje step nak buat karipap. Nani buat banyak banyak terus, so bila nak makan tinggal goreng aje. Kalau korang tak makan sardin, boleh aje buat inti ubi kentang macam biasa tu. 
Ini lah rupa karipap sardin Nani. Korang pun boleh lah jugak try buat dekat rumah lepas ni. Cuma nak buat kulit karipap tu aje lah yang remeh sikit sebab kalau keras tak sedap jugak. So korang kena pandai pandai adjust bahan bahan time buat tu nanti. Nani ni pun try and error aje, hasil tengok video dekat Instagram. Hahah! Finally, dah pandai buat karipap sendiri. Lepas ni boleh lah try buat inti lain pulak. Hari tu sebab ubi kentang tak banyak, tu yang Nani buat inti sardin. Makan time panas panas ni, memang ngam. Heheh. Ada peminat karipap tak dekat sini?      

13 comments:

  1. seriau nak buat karipap..tkut kecewa lagii..

    ReplyDelete
  2. Anak cik sue peminat karipap. Cik sue malas part yang nak roll bagi nipis tu ler. Bila aura rajin datang baru buat sendiri karipap.

    ReplyDelete
  3. Akak xpernh buat karipap tp mkn slalu sbb mama akak kn wat jual frozen food.. Suka juga karipap sardin

    ReplyDelete
  4. Tetiba teringin Pula nak makan karipap sardin

    ReplyDelete
  5. akak kalau bt karipap sadin, mcm bt inti biasa boh kentang jgk pastu setin sadin gaul sekali... jnji ada rasa2 sadin... nk rasa lebih boh sadin lebih

    ReplyDelete
  6. mmg favourite karipap ni
    tp nak uli tu yg lemah nak buat karipap
    thanks sharing adik nani

    ReplyDelete
  7. Favourite akak ni karipap sardin....dap dap dap!

    ReplyDelete
  8. Favourite Siqah ni karipap sardin!! Sedap lagi sedap kalau orang buat dan siqah makan je. Hehe

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah kalau rajin boleh buat ni sebab anak-anak dan suami suka sangat makan karipap

    ReplyDelete
  10. Karipap sardin mmg feveret.. klu karipap mmg akan cari karipap sardin :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page