Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum & Hello.
Baru baru ni Nani ke cawangan Mee Tarik Warisan Asli dekat SS2, cawangan yang baru aje bukak awal bulan Julai hari tu kalau tak silap Nani. Hari tu lah masa pergi Murni dekat SS2 tu baru Nani perasan kewujudan Mee Tarik Warisan Asli ni. Dalam hati dok tertanya tanya lah aku yang tak perasan restoran ni ke atau memang baru bukak. Lepas google baru lah tahu diorang baru bukak cawangan dekat SS2 ni hah. Sebelum ni pernah aje nampak cawangan diorang dekat KL Sentral apa semua tapi tak pernah terdetik nak singgah makan. Baru ni sebab nak buat kerja sikit, ajak lah kawan Nani makan dekat Mee Tarik Warisan Asli SS2. Masa kiterang sampai, tak ramai sangat orang mungkin sebab orang tak tahu sangat lagi cawangan yang baru ni. 
Mee Tarik Warisan Asli
Sebab pertama kali kan sampai sini so macam tak tahu sangat nak makan apa. Nani pulak memang tak google ke apa ke sebab pergi pun tetiba aje. Hahah ! Habis kelas, terus ajak kawan pergi sana naik grab car. Dah lah memang lapar masa tu, abang grab car pulak bawak kereta punya lah sentimental. Perjalanan tu dekat aje sebenarnya tapi dekat setengah jam okeh  dia drive. Sikit lagi boleh tertido Nani dalam kereta tu. Hahah !
Mee Tarik Warisan Asli
Restoran baru, besar, bersih dan luas sangat. Selesa lah nak makan atau lepak dengan kawan kawan dekat sini. Kiterang pilih tempat yang jauh sikit daripada orang, maklumlah nak buat kerja kan.  Nak berborak lagi kang menganggu pulak orang lain. Ehehe !
Mee Tarik Warisan Asli
Warna Warni Kehidupan. 
Mee Tarik Warisan Asli
Mee Soup With Braised Beef (RM9.80)
Nani pilih yang ni sebab nak ada rasa pedas pedas sikit tapi pedas dia bukanlah macam pedas sangat sangat. Biasa biasa aje. Kalau tak nak makan mee, banyak jugak pilihan nasi yang ada. Hari tu masa Nani pergi semua order mee sebab masing masing dalam hati dah kedai mee tarik kan ofcourse lah mee dia yang jadi tumpuan utama. Heheh. Lepas ni ingat nak repeat lagi makan dekat situ, nak cuba menu nasi pulak. Kalau bukak buku menu memang rambang mata tak tahu nak makan yang mana satu. Semuanya nampak sedap sangat ha. 
Mee Tarik Warisan Asli
Dekat cawangan Mee Tarik ni jugak, kita boleh tengok sendiri diorang buat mee tu. Ehehe. Memang biasanya dekat kebanyakkan restoran mee tarik diorang buat macam tu. Nani pun first time hari tu tengok diorang buat mee tarik depan mata sendiri. Apa apa pun memang best sangat makan dekat sini, korang yang tak penah pergi Nani sarankan untuk try sekali. Heheh. Kalau nak tahu lebih lanjut cawangan dan menu yang ada dekat Mee Tarik Warisan Asli ni boleh tengok website diorang. 

No telefon : 03-9055 4557
Waktu Operasi : 11 pagi sehingga 11 malam



19 comments:

  1. Kakak tak pernah lagi merasa mee tarik ni Nani
    Nampak memeng menarik.

    ReplyDelete
  2. Wah, buat sendiri ke mee tarik ni. Macam sedap je. Mee pu nampak tebal dan yang penting tak ada bahan pengawet macam asid borik

    ReplyDelete
  3. terliur pulak dahhh...haishhh...lama betul tak pekena mee tarik warisan...jom nani kita rewang sesama hehe

    ReplyDelete
  4. Cawangan baru ye.. selalu gi yang dekat gombak tu je..

    ReplyDelete
  5. suka juga p mee tarik kat bangi...ada sup tak pedas. Sesuai untuk anak

    ReplyDelete
  6. tak penah try lg ... nk try jgk mee tarik nih,
    kwn2 dok review kata sedap lah apa lah

    ReplyDelete
  7. aduhaiii...macam sedap jeeeee....terliur kita nengoknya haaa..

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan, singgah blogwalking kat sini kejap.

    takpernah makan mee tarik, terfikir pulak kenapa nama dia mee tarik? huhu

    ReplyDelete
  9. Ehh, dgk dgn Murni? Tak perasan plk! Nk kena try gak ni...

    P/s: Mee tu sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Sha, cawangan baru bukak. Sebaris dengan Murni belah hujung. Nanti kalau nak pegi roger roger eh, kita dating sanaaa. Ehehehe !

      Delete
  10. Akak dah beberapa kali makan Mi Tarik Warisan ni tapi dah lama juga tak pergi. Lupa apa nama mi yang akak selalu order tu. Semalam lalu belakang Campbell, tengok-tengok restoran mi tarik yang ada berhampiran dah tutup kedai pulak. Mungkinlah berpindah ke cawangan baru di tempat lain kot.

    ReplyDelete
  11. Mee tarik tu rase dia macam mane? macam mee sup ke? Macam nak kene try je ni. Heheee

    ReplyDelete
  12. wah bestnya...kedai kemas....selesa

    kena cuba ni

    ReplyDelete
  13. ada juga dengar cerita kawan ttg mee tarik ni, tp tak pernah rasa lagi... klu ada di area berdekatan mmg bagus singgah ni... thanks sharing nani... :)

    ReplyDelete
  14. Akak dah pernah makan yang kat Bangi..memang sedap

    ReplyDelete
  15. sedapnya! rasa nak pi makan esok juga.. =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page