Assalamualaikum & Hello.
Rasanya memang dah lama tak jejak Murni ni hah sebab tak ada orang ajak nak pergi makan dekat sana. Ehehe. Mula mula plan nak makan Wendys lepas tu tak jadi, ada yang ajak pergi Boat Noodle pun tak jadi jugak sudahnya Murni SS2 yang jadi pilihan. Bila mana ada lima kepala lepas tu nak decide satu tempat makan memang complicated awok weh. Tambah pulak perempuan, lagi lah nya kejap nak makan A, kejap nak makan B. Nak pilih tempat makan pun dah dilema belum lagi kira hal hal lain. Hahaha ! Last minit punya plan sebenarnya ni hah. Malam tu tengah sibuk siapkan exhibition untuk merdeka baru lah memasing terfikir nak keluar makan sama - sama.
Yang sebenarnya dah lama tak keluar dengan diorang ni. Itu yang bila sorang berbunyi ajak pergi makan, ramai yang nak ikut. Bonding time dengan sisterhood pulak kali ni. Bila dah nak dekat habis belajar ni makin rasa tau nak spent time together sebanyak mungkin dan selagi boleh. Ha sampai macam tu sekali, punya lah sayang dekat diorang ni. Mohon terharu berjuta kali kalau baca ni. EH :p Jom lah layan dua tiga keping gambar kiterang dekat Murni Sabtu lepas. Eheh !
Tak ada perrtalian darah tapi bond kuat macam satu family.
Chicken Chop Special
Apa yang specialnya? Ada lapisan cheese dekat dalam chicken chop tu. Ehehe. Kenyang yakmat okeh makan ni sebab portionnya besar. Macam biasa lah kan, semua tahu Murni ni terkenal dengan makanan yang portionnya besar. Tapi baru ni Nani pergi rasa macam dah tak sesedap dulu. Tak tahu lah kan kalau hari tu je yang tak sedap sangat. Hahah ! Nani ni pun jarang jugak melepak dekat sini.
Spaghetti Carbonara + Chicken Chop
Tak senonoh betul gambar ni hah, sudu dengan pisau dah jadi macam tu. Sebenarnya tuan dia dah nak makan baru aku suruh ambik gambar. Hahah ! Dia makan separuh aje lagi separuh bungkus bawak balik. Malam tu semua berebut pulak nak makan spaghetti carbonara yang dah tak banyak mana tu. Hahah !
Soalan paling femes bila dah nak dekat habis ni "macam mana eh nanti masa hari last kita meeting? Tak boleh nak bayang lah." Soalan yang tak ada jawapan sampai sekarang. Hahah ! Takpe lah, jauh dengan jarak tapi dekat dalam doa. Ewah. Selagi tak habis ni, jom lah cipta kenangan sebanyak mungkin. Moga moga jalinan persahabatan ni kekal dan tak terhenti setakat di sini. Hiks :) Nani sayang semua, tak ada kurang atau lebih. Ehem !
alaaa dah lama dengar pasal murni niiii tapi tetap tak dapat nak terjah lagiiii
ReplyDeleteMahu tak mahu memang perpisahan akan terjadi Nani
ReplyDeleteSedih masa berpisah dan bila dah berjauhan akan jadi memori indah.
aduh terliur nengok ciken cop ngn spageti tuh,
ReplyDeleteudahla belum lunch... bfast pun mkn roti je 2 keping... sedih kan
uihh sedap tu
ReplyDeletelagi2 ada cheese...sedap bukan main
Owhh...begini rupanya di restoren Murni. Selalu dengar jer..sampai nyer belum. Hehehe...
ReplyDeletekawan belaajr ka ni?
ReplyDeletesemoga ikatan persahabatan terus kekal...rindu pula kawan-kawan masa belajar
fuh spagetti pun dah ada chicken chop huhu
ReplyDeleteZaman belajar ni lah nak spent masa dgn kawan2 pun. Esok dah kawin priority tu dah bertukar.
ReplyDeletehai cik inani,
ReplyDeletehargai selagi ada.. percayalah.. been there, done that.. :')
sedapnyer. memang memancing selera tul ni.. huntonglah..
chicken chop special.. siap ada cheese tu.. tak pernah lagi rasa tu..
ReplyDeletesmoga pertalian family ini berkekalan.. :)
ReplyDeleteperghh sedapnya chiken chop! last time makan dekat vivo cafe. you should try!
ReplyDeletesedapnya tengok. lama da tak pekena chicken chop ni :)
ReplyDeleteLama tak pekena chicken chop..
ReplyDeleteAt the same time, rindu pada surrounding SS2 and PJ area..
akak kalau dtg sini tapau je dik..tunggu anak2 besau sikit baru boleh lepak makan situ..hehehe..
ReplyDeleteBuat apalah Nani tayang chicken chop special si Murni ni...
ReplyDeleteDah beberapa minggu akak menahan nafsu nak makan chicken chop special ni tau. Kali pertama makan, separuh pun tak habis siap tapau, panaskan semula dan makan esoknya. Tapi bila dah habis, tiba-tiba kenangan menerjah fikiran pulak! Sampailah ni tak dapat-dapat pergi sebab si Murni ni mana adanya tak penuh! Memanjang aje penuhnya! Letihlah!
Oh, dah nak habis ek Nani! Nanti mesti rindu bangat dengan suasana belajar dan kawan-kawan seangkatan makan-makan yerk ^_^
Pehh... sedapnya tengok chicken chop tuuu... berseleralah!! :) :)
ReplyDeletesedap ni....
ReplyDeleteWah spaghetty carbonara chicken chop.
ReplyDeletenak sebut pun panjang bebeno namanya
Sedappppp! Rindu spageti arabiata with salmon :)
ReplyDelete