Seharian di Dengkil - Putrajaya

Assalamualaikum & Hello.
Area Dengkil - Putrajaya ni bukanlah kawasan yang Nani selalu jejak sangat pun. Hari tu seharian habiskan masa ke sana untuk survey tempat program dengan orang asli. Ha plan asalnya memang nak survey tempat program aje tapi nya ada jugak lah sikit sikit melencong ke lain. Hahah ! Sikit ke masalahnya? Eheh. Dah sampai Putrajaya kan, kita jelajah lah mana mana tempat yang boleh pergi. Gitu. Dari Petaling Jaya nak ke Dengkil tu ada lah dalam 20 ke 30 minit macam tu sebab pagi tu jalan tak jammed maka seronok lah driver memandu kan. Perkampungan orang asli ni terletak di Bukit Jenuk, Dengkil. Nani pun tak pernah tahu selama ni ada perkampungan orang asli dekat situ. 
Masa mula mula sampai, terus Ustaz tu bawak kitorang melawat kawasan kampung dan jumpa dengan JKK dekat situ. Ini kira pengalaman kedua Nani pergi melawat perkampungan orang asli jadi tak ada lah rasa macam kekok sangat nak tanya apa apa. Dekat Bukit Jenuk ni, tak ramai mana penduduknya, ada lah dalam 20 buah keluarga macam tu. Dua buah keluarga Muslim dan selebihnya tak ada agama. Menariknya dekat sini, rumah diorang bukan lah jenis yang kayu kayu lagi semuanya dah rumah batu cuma itu lah kadang kadang bekalan elektrik tak ada. 
Gigih hokeh berdiri tepi jalan semata mata nak bergambar dengan board belakang kitorang tu walaupun dah dua tiga kali kena hon dengan orang yang lalu lalang. Hahah! Nak buat kenangan katanya sebagai tanda dah pernah datang Bukit Jenuk. Dekat sini jarang jarang ada yang memberikan sumbangan, kalau ada pun daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 
Muka muka yang tak berjaya menawan hati anak anak orang asli dekat situ. Hahah ! Banyak kali kot kitorang panggil nak ajak bergambar sama sama tapi diorang lari. Lepas tu dok terintai intai ikut tingkap. Malu tapi mahu kot. Heheh. Masa nak balik tu, baru lah diorang keluar sambil lambai lambai tangan. Hahah ! Ingatkan sebelum balik nak jumpa lagi sekali dengan JKK tapi abang Ali tu dah turun ke sungai. So nya kiterang decide pergi makan dulu lepas tu ke Bukit Jenuk semula. 
Dalam tercari cari nak lepak dekat mana terus datang idea nak pergi IOI City Mall. Mula mula nak pergi Shah Alam tapi macam jauh sangat pulak kan so pergi IOI jalan jalan. Dah masuk IOI tu bukan je takat pergi solat dengan makan, singgah District 21 lah, tengok orang main ice skate lah ha banyak sangat misinya kan. Hahah ! Ye lah nak tunggu abang Ali tu lambat lagi sebab janjinya pukul lima baru jumpa dengan dia. 
Sebab dalam mall tu sesak sangat dengan orang, kiterang melepak dekat tepi kolam bahagian luar tu sambil menikmati Aunty Anne's yang orang belanja. Kalau orang belanja memang semuanya sedap kan. Ahaha ! Ye lah daripada berjalan takdek arah tujuan dalam mall tu baiklah duduk dekat luar ni. Nak beli apa apa kewangan tak berapa mengizinkan.
All time favourite. Eheheh. 
Memang spesis suka ambik gambar lepas dah siap makan (baca : kekenyangan) Hahah ! Sanggup tunggu ada meja kosong sebab nak makan dekat chicken rice shop. Memasing lapar nasi maklumlah pagi tu cuma makan roti canai sekeping buat alas perut. Ehehe. Siap makan terus gerak pergi Bukit Jenuk semula nak jumpa dengan abang Ali tu. Dalam perjalanan nak pergi Bukit Jenuk balik tu memang rasa nak terlena gila sebab dah kenyang. Tapi kalau dah yang bawak kereta tu main ugut ugut nak ambik gambar kiterang tido kalau tinggal dia sorang je yang drive, memang tahan aje lah mata tu. Hahaha ! Sabar je lah aku.

Settle semua benda, solat asar jap lepas tu gerak ke Masjid Besi, Putrajaya. Ingatkan nak balik PJ terus tapi sebab awal lagi so pergi sana dulu. Nani lah yang teringin sangat nak pergi situ sebab tak pernah pergi. Hahah ! Selalu baca aje orang tulis pasal masjid tu kali ni pergi sendiri. Sementara nak tunggu maghrib, sempatlah bergambar sekeping dua dekat tepi tasik tu ha. Haha ! Bajet bajet orang luar sangat kan. 
Waktu senja di Putarajaya. 
kredit : Google
Akhirnya tertunailah hasrat hati nak solat maghrib berjemaah dekat sini. Masa mula mula masuk pun terus rasa macam bestnya masjid ni siap ada escalator dengan lift. Hehe. Solat dekat sini rasa sejuk dan nyaman sangat okeh sebab dapat angin daripada luar. Memang best sangat lah masjid ni, dekat level berapa entah ada macam kawasan taman sikit. Ha terus rasa macam nak jadi penduduk Putrajaya. Hahah ! Siap solat maghrib, lepak lepak jap makan durian beli dekat Tesco lepas tu baru gerak balik PJ. Memang seharian betul daripada pagi sampai ke malam habiskan masa dekat Dengkil - Putrajaya. Fuh ! 

10 comments:

  1. Lebih seronok satu batch buat misi yg sama
    Boleh lebih-kurang itu yg selesa walaupun seharian di sana

    ReplyDelete
  2. Akak ni dah nak masuk 10tahun stay Putrajaya...taw ada perkampungan orang asli kat Dengkil tu, tp mmg x pernah smpai & xtaw belah mana ... Hehehe...nice sharing dear. (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  3. mmg seharian yg penuh aktiviti n padat sungguh...

    ingt ada lah gambar anak org asli tuh... takde plk yek...
    kire depa kt sana tuh dh kire moden lah ye....

    ReplyDelete
  4. hai kak nani. alme tak singgh sini

    ReplyDelete
  5. pernah sampai Dengkil Ogos lepas, best kat sini sebab selalu nampak kapal terbang :D

    org asli kat pekan saya, ada yg siap rumah ada astro. cuma itu lah, kadang2 susah nak reach kawasan sbb jalan ada yang one way je.

    ReplyDelete
  6. masjid besi tu mmg cantik..waktu malam lagi cantik tau

    ReplyDelete
  7. Masjid Besi tu memang cantik dan seronok bersolat di sana. Tapi time takda orang, memang ngeri juga nak ambil wuduk sorang-sorang.

    Takpa, Nani. Lepas habis belajar nanti, terus minta kerja dengan gomen sambil berdoa dalam hati dapat kerja di Putrajaya. Memang puaslah melepak sampai tak larat lagi dah!

    Nani tak praktis kenyit mata tu, itu yang anak-anak orang asli tak tertambat. Ajak selfie, manalah depa reti. Hahaha!

    ReplyDelete
  8. Meriah... klu dpt jenjalan berkumpul dgn rakan2 mmg seronok... best! :)

    ReplyDelete
  9. Meriahnya. Selalu gak makan kat dengkil. Tapi tak tau pon ada perkampungan orang asli kat situ.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page