Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Hello.
Fuh seminggu menghilangkan diri tetiba muncul di Hari Raya Aidiladha. Ehehe. Kisahnya Nani busy sangat dengan macam macam kerja nak kena siapkan minggu lepas. Maklumlah nak bercuti panjang kan (bercuti seminggu untuk raya kali ni) so kena lah settle kan semua benda dulu baru boleh bercuti dengan aman dan damai. Gitu. Memang semput jugaklah minggu lepas tu nak kena siapkan semua benda, makin nak dekat cuti, makin belambak kerja. Ha nasib tak menangis je sebab banyak sangat kerja. Hahah ! Korang dah ada yang start bekerja ke hari ni? Kalau dah yang start bekerja tu, selamat bekerja dengan sekuat kuatnya. Hehe. Jom lah baca kisah raya Aidiladha aku yang simple simple aje tahun ni. 
Raya Aidiladha kali ni nenek Nani ajak buat lemang. Memang dah lama sangat nenek (belah ibu) ni tak buat lemang sejak arwah aki meninggal dulu. Baru - baru ni nenek ajak buat sebab adik beradik ibu semua ada balik. Ha meriah lah rumah nenek Nani tu raya Aidiladha kali ni. Tak ada lah buat banyak mana pun dalam tiga kilo macam tu aje, dapatlah 16 batang lemang. Gotong royong lah kitorang hari Ahad tu buat lemang, ketupat. 
Pinjam gambar sepupu Nani sebab memang tak pergi langsung tempat membakar lemang ni semalam. Dengan matahari terik panas, asap lagi fuh boleh tahan jugak mencabar dia. Gambar ni dia dah edit edit sikit tu pasal semacam je gambar lemang atas ni. Hahah !
Ini first time Nani tengok orang buat ketupat guna daun tu. Jakun kejap aku tengoknya, kejap kang tanya macam mana nak masukkan beras ni, macam mana nak tutup dia. Hahaha ! Sabar je lah. Pakcik Nani beli daun tu dekat pasar, balik rumah tinggal nak masukkan beras aje. Kalau nak anyam sendiri, rasanya tak teranyam kot kalau Nani yang buat. 
Menu pagi Raya, nasi lemak, rendang ayam dengan lemang. Nani beraya dekat rumah sendiri dulu sebab ada jiran buat korban dekat sini. Petang tu baru balik rumah nenek Nani semula. Sebab dekat kan, dalam 15 - 20 minit macam tu boleh lah ulang alik aje. Heheh. Korang masak apa tu pagi raya?
Sebab takdek OOTD pagi Raya, kita ambik je lah gambar mana yang hado. Ehehe. Di kesempatan ini Nani ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang selalu menyinggah blog ni, walaupun kadang kadang Nani tak sempat nak balas balik. Hati - hati memandu di musim perayaan ni. Gitu. 

14 comments:

  1. Selamat hari raya aidil adha Nani..
    Raya haji ni akak tak buat lemang..
    Raya puasa tu hari jer buat lemang..
    Tapi ketupat tiap2 raya wajib ada dan anyam sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha kak :) Nani dua kali Raya ni, dua dua melemang. Seronoknya pandai anyam ketupat, Nani ni tak pandai pandai. Hahah !

      Delete
  2. meriah tu siap ada lemang dengan ketupat.

    ReplyDelete
  3. ada lemang n ketupat palas :D instant pun jadilah hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidiladha nani..akak xbalik kampung pun..sedih betul..bestnye bakar lemang buat ketupat..akak dh lama sgt xmerasa suasana gitu..kalau arwah nenek akak ade, ketupat lemang mmg xpenah beli..semua buat sendri..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrmbth, selamat hari raya aidilfitri

    Memang banyak lauk tu. Nasi lemak makan dengan lemang ke? :)

    ReplyDelete
  6. haritu pun saya 1st time masukkan lemang dlm buluh. kitorang masuk pakai tangan, bukan pakai sudu. habis berterabur xD saya buat keje lambat

    ReplyDelete
  7. menu kita sama laa nani..nasi lemak di pagi raya..

    ReplyDelete
  8. perghhh wat lemang tu
    mmg rindu nak wat bakar2 lemang tu
    skrg abah x kuat sgt nak buat
    kita beli jelah..tp mmg rindu time2 bakar2 lemang
    mmg kecoh

    ReplyDelete
  9. Wahh sedap nie.. best... Salam Aidiladha Nani, semoga kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaaaa! Tak merasa lemang tahun ni. Sob sob..

    ReplyDelete
  11. Rajin melemang. Family akak tak pernah bako lemang tapi ketupat nasi tuh memang buat from scratch lah. Hehe..itu jer yang tau. Selamat Hari Raya AidilAdha Nani and keluarga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page