Gerai Kuih Tradisional di Wangsa Melawati

Assalamualaikum & Hello. 
Hai koraang! Hari tu Nani ada lah order kuih dekat Instagram ni & serious sedap sangat. Nani dah lama jugk follow Instagram tu sebab tengok dia orang punya kuih, kek semua nampak menyelerakan okay. Nani pulak memang suka follow semua Instagram yang jual makanan ni. Hahaha! Bukan apa, kalau bila bila nak order, senang. Kebetulan baru ni ada program, terus lah order dengan dia orang. Ada jugak tanya dekat orang lain tapi tak ramai yang nak terima order Nani, sudahnya order dengan akak ni hah. Memang tak pernah rasa pun kuih muih dia orang sebelum ni, memang Nani main order aje lah. Baca feedback dekat Instagram tu pun ramai yang puji sedap. Nani jenis yang picky sikit kalau nak order makanan macam ni. Iye lah kita nak jamu orang makan kan, takkan lah nak hidang yang tak sedap pulak. Lagi pun area sini susah nak jumpa yang betul betul sedap dan padan dengan harga. Mula mula tu Nani plan nak oder brownies atau pun kek, tapi sebab program tu pagi macam tak kena pulak nak makan benda manis macam tu. Sudahnya Nani order kuih muih tradisional. Heheh. 
Kali ni Nani order karipap ayam kentang (30pcs) dengan cucur badak (30pcs). Ada jugak order pulut panggang untuk makan sendiri tapi terlupa pulak lah nak ambil gambar. Hahah! Serious puas hati order, masa sampai pun kuih ni panas lagi. Nani suka yang jenis macam ni, sebab memang dia orang buat fresh untuk kita. Kuih dia pun besar besar bentuknya. Next time dah tahu dah nak order kuih muih sedap dekat mana. Tak sia sia lah Nani follow Instagram dia orang dulu, memang senang nak deal dengan akak ni. Baru aje WhatsApp terus reply bagi harga dengan list kuih yang dia orang jual. 
Karipap Ayam Kentang (30pcs - RM 15)
Karipap ni antara salah satu fav Nani lah, makan hari hari pun tak apa. Hahah! Sedapp betul karipap ni sebab kulit tu nipis aje & inti dalam penuh, bukan karipap inti angin okay. Hahah! Harga pun kira murah jugaklah bagi Nani. Kalau sedap macam ni, memang tak kisah pun nak beli sebab dia orang pun jenis yang tak berkira menjual. Cukup rasa semua, yang penting panas panas lagi masa runner hantar. 
 Cucur Badak (30pcs - RM 18)
Nani order cucur badak sebab dah lama teringin nak makan tapi tak sangka lah pulak ada yang tak pernah makan & tak tahu pun kewujudan kuih ni. Ini pun sedap jugak, inti kelapa dalam tu pedas woo. Haih lah memang confirm nak repeat order lagi lepas ni. Masa Nani whatsApp tanya hari tu, terus akak tu hantar list kuih muih. Kuih muih tradisional aje ada 27 jenis okay, belum masuk kuih talam, sandwich, pastry dengan dessert semua tu. Nani pun pening jugaklah hari tu nak pilih kuih sebab banyak sangat pilihan. Hahah! 
Memang puas hati sungguh order kuih sedap macam ni. Ini memang review seikhlas hati Nani tau. Memang sedap sebab tu Nani share dengan korang. Details semua ada dekat dalam gambar tu. Order selewat lewatnya tiga hari sebelum tau dan tak silap Nani, minimum 50pcs kalau untuk delivery. Dia orang ada jugak kedai dekat Wangsa Melawati kalau nak self pick up. Nani memang guna servis runner aje lah, walaupun tak jauh mana padahal Wangsa Melawati tu. Heheh. Semoga makin murah rezeki dia orang ni sebab jual kuih sedap dan tak kedekut macam ni. Next time nak try order tauhu bergedil pulak. 

7 comments:

  1. Kalau sedap wajib war² kan betul tak.. kalau kuih² macam ni kita memang suka..lama tak makan cucur badak tu

    ReplyDelete
  2. wangsa melawati, nk kene cari kedainya ni bila nani kata sedap... dekat dh tu ngn umah... akak bab kuih2 tradisional ni mmg suka, harga pun bg akak sgt ok

    nani ni selalu ada dkt2 ngn umah akak, kalau lah boleh terserempak kt mana2 kn bestnya...

    ReplyDelete
  3. ada kedai utk self pickup senang juga tu kan

    ReplyDelete
  4. sdap nampak karipap dia..mcm full inti..:)

    ReplyDelete
  5. weih nampak sedap. kuih badak tu mek suka.

    ReplyDelete
  6. Rindunya nak makan kuih! T_T By the way harga dia pun tak mahal sangat eh. Average je harga dia :)

    ReplyDelete
  7. ok boleh try order juga. fav kak ana kuih badak tu nani. tp susah nak jumpa yg sedap skrg ni kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page