Safi Expert Solution | Produk Kecantikan Terbaru Pilihan Wanita

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share tentang salah satu produk keluaran Safi pulak. Macam yang korang tahu, Safi ni bukanlah satu jenama yang asing lagi & memang terkenal sejak dari dulu. Sekarang ni pun dah macam macam jenis produk yang telah Safi keluarkan. Nani paling suka dengan produk Safi ni sebab produk Safi antara produk yang bagus dan dipercayai lah dekat Malaysia. Baru - baru ni Nani berpeluang untuk cuba produk Safi Expert Solution selama seminggu & memang Nani puas hati lah dengan hasil dia. Nampak lah sedikit perbezaan dekat muka ni selepas menggunakan produk terbaru keluaran Safi. Packaging produk Safi Expert Solution ni pun nampak eksklusif sangat tau. Apa yang Nani suka sangat dengan produk ni sebab tidak mengandungi alcohol, bebas daripada paraben dan silicon, tidak mempunyai mineral oil dan paling penting sekali tidak diuji ke atas haiwan. Selalunya kalau nak beli apa apa produk memang Nani memilih sikit dan akan cari yang free from animal tested. 
Macam yang Nani cakap tadi, packaging produk Safi Expert Solution ni nampak eksklusif dan wow sangat kan. Hiks. Setakat seminggu menggunakan produk ni memang nampaklah ada sedikit perubahan dekat kulit wajah. Since produk ni bebas daripada alcohol, silicone & paraben semua tu, memang Nani suka lah. Nani jenis yang kulit kering tau so memang kena elakkan produk yang mengandungi alcohol sebab nanti boleh buat kulit makin kering dan menggelupas. Paling teruk sampai naik dry patches, pedih wooo. 
Rangkaian produk terbaru keluaran Safi iaitu Safi Expert Solution. Antara produk keluaran Safi yang korang boleh try nanti ialah Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation, Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Aging Lines dan Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin. Nak tahu tak apa kelebihan setiap produk ni? Jom apa yang Nani nak share dekat bawah ni. 
Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation 
Produk Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation ini diformulasikan dengan kandungan DN Age Technology yang mana berfungsi untuk memudarkan dark spots, mengekalkan kelembapan pada wajah serta menjadikan kulit lebih sekata. Kesan penggunaan produk ni jugak boleh dilihat seawal dua minggu tau. Wohoo! Cara penggunaan nya pun sangat mudah, kita just perlu sapu rata ke seluruh wajah dan paling Nani suka sebab tak ambil masa yang lama pun untuk meresap. Untuk hasil yang lebih berkesan, selepas menggunakan Intensive Ampoules ni, korang boleh lah pakai SAFI RANIA GOLD Moisturising Day Cream pulak. 
Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin
Milk Drop Serum ni pulak sangat membantu kulit kita untuk kekal lempab sepanjang hari (hydrated skin). Kalau korang yang jenis ada masalah kulit kering sampai naik dry patches tu boleh lah try guna Milk Drop Serum ni okay! Memang sangat membantu sebab produk ni mengandungi  NMF Activator Technology & Ultra - Micro Hyaluronic Acid. Pengalaman Nani sendiri menggunakan produk ni memang ia sangat cepat dan senang meresap ke dalam kulit wajah plus produk ini telah diformulasikan dengan Hydra - Boost capsules. 
Bio Skin Moisturiser - Anti Photo Ageing Lines
Bila kita jenis yang memang terdedah dengan aktiviti dekat luar lagi lah kena extra sikit bab penjagaan muka ni. Iye lah, bila kita buat aktiviti dekat luar memang kulit muka akan terdedah dengan segala jenis kotoran lepas tu nanti mula lah kulit muka jadi tak sekata, kulit kering dan sebagainya. Tapi dengan ada nya Bio Skin Moisturiser ni kita dah tak perlu nak risau lagi sebab produk ni boleh membantu untuk kekalkan kelembapan pada kulit dan mengukuhkan lagi kita punya skin barrier. Untuk pengetahuan korang jugak, produk Bio Skin Moisturiser ni jenis yang tidak berminyak tau dan diformulasikan dengan Amino Peptides. 
Ini lah hasil dia selepas seminggu lebih Nani menggunakan produk keluaran Safi yang terbaru iaitu Safi Expert Solution. Memang nampaklah perbezaan dekat muka tu, kalau dulu muka kusam aje, sekarang dah better sikit dari dulu. Heheh. Baru guna seminggu so tak banyak lagi lah perbezaan yang ketara. Untuk korang yang ada masalah kulit kering, ada dark spot yang tak hilang hilang lagi boleh lah try guna produk Safi Expert Solution ni pulak okay. Produk ni sekurang kurangnya dapatlah membantu mengurangkan dark spot dekat kita muka kita ni. Oh ye, korang boleh dapatkan produk ni di mana mana cawangan pasaraya yang terpilih atau mana mana drugstore. Jangan lupa try okay! 

6 comments:

  1. Packaging memang kebabom sangat. And nampak eksklusif :)
    Tak nampak lagi dekat drugstore. kena cari ni hehe.

    Ika datang singgah sini sis. https://sicasjjm.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html

    ReplyDelete
  2. wahhhh nak kena try jugaklah nti sbb muka K.ana byk dark spot jugak hehe

    ReplyDelete
  3. safi ada product br lg..tk prasan lg yg produk br ni

    ReplyDelete
  4. wahhhh terus nampak lain selalu safi kan simple2 bunga2 dia punya bekas kan... ni mmg betul2 eksklusif rupanya

    ReplyDelete
  5. safi brand yg dipercayai mmg best

    ReplyDelete
  6. wah makin berseri lepas guna tu. tp serius packaging yg terbaru ni memang cun habis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page